Nak KONGSI BAGAIMANA DAPAT MARKAH SPLKPM BANYAK.. Ni saya minta laluan pada admin sebab ramai rakan-rakan guru tak dapat baca komen yang saya sudah share.. Posting ini khas untuk guru yang tercari -cari cara nak dapat markah SPLKPM banyak..
Sebenarnya bukan saja-saja nak banyak. Setiap item dalam SPLKPM ni matkah dia limit je, contoh 20 markah, 15 markah, jadi kat sini saya nak kongsi, usahakan setiap item itu dipenuhi, kalau fokus nak banyak markah kursus atau e -pembejaran sahaja. Tapi markah limit . Buat lebih untuk ilmu tidak masalah, tapi markah limit sahaja.
Kedua, jadikan setiap perkara itu serapang dua mata, contoh cikgu perlu hadir kursus, ambil masa sehari dua, ambil peluang tu untuk buat PLC dengan rakan-rakan daerah atau negeriβ¦
Paste nota di sini,
1. usahakan buat PLC , kalau gbk kena invite lah rakan2 sedaerah, kalau buat online boleh jadi plc peringkat negeri atau kebangsaan ,, hihi pastikan anda sukarela jadi ketua sebb nak key in nanti ketua π«’
Keluarkan surat rasmi dan ditandatangan oleh guru besar, kalau nak buat peringkat daerah usahakan dapat tandatangan pengarah PPD, kalau nak peringkat seterusnya. Usahakan , insyaAllah pasti ada yang membantu. Terutama ketua panitia kita di PPD atau JPN π₯°
2. kedua Buat Bacaan buku, cukupkan jumlah buku 3 -4 buah sepanjang tahun. Buku berkaitan dengan matapelajaran guru, berkaitan sikap murid, keperluan generasi z dan generasi Alpha. Manfaatkan masa cuti ni . Sambil2 teman anak2 baca buku kan buat sinopsis buku semudah abc je cikgu sekarang. Pastikan baca, kerana manfaat tu untuk kita juga
3. kursus simposium dan seangkatan dengannya ini biasa anjuran PPD JPN ATAU KPM , kebiasaan bidang saya insyaAllah penuh setiap tahun termasuk anjuran pihak sekolah sendiri
4. Buat kajian tentang matapelajaran yang kita ajar, sikap atau iklim sekolah. boleh juga kita buat kajian dari segi membantu rakan-rakan sepanitia dengan kita .. lagi baik kalau fokus murid-murid di sekolah kita supaya manfaat itu membantu murid di sekolah dan kemahiran kita. ayuh boleh mula buat soalan masa cuti ni dan edarkan soalan menggunakan google form. Jadi kita boleh merancang program sepanjang tahun 2025 lebih efektif. Lagi baik kalau kajian ini mendapat perhatian ke peringkat lebih tinggi
5. Buat inovasi, jadi kita dapat markah selain kajian dapat markah inovasi, kalau boleh inovasi ni kita buat selepas dapatan daripada kajian yang telah kita buat. jadi selepas inovasinya dapat memberi impak kepada murid /rakan sepanitia sek tersebut atau seluruh malaysia
6. lawatan penanda aras, Ini ada yang buat by sekolah. jika sekolah tidak sempat buat, ayuh cikgu gerakkan panitia cikgu buat lawatan penanda aras itu.. pergi berdua pun cukup pastikan ada surat rasmi. π₯°
7. Cikgu mesti ada jawatan seperti ajk pibg kan di sekolah? Bahagian ni boleh membantu dalam bahagian sumbangan. Program komuniti setempat atau anjuran 2 agensi luar
8. kursus luar untuk meningkatkan kompetensi guru pastikan yang ada sijil ya. jadi senang untuk upload
9. Jika cikgu jadi mentor , wah ini sangat
Bagus. Dapat extra markah
10. Ini bahagian jika cikgu ada sambung belajar. Pun dapat extra markah. kalau bahagian 9 dan 10 ni tiada . cikgu dah boleh dapat markah lebih dari 100 dah
11. cikgu buat penulisan buku, ebook atau buku manual. sekarang sangat mudah buat buku sendiri. Perlukan beberapa aplikasi yang sudah ada dalam sistem kita sahaja. Buatlah buku yang memberi manfaat pada anak murid, pada rakan sekerja dan rakan guru seluruh malaysia. Buat perkara yang kita suka π₯°
Dan ingat ya, setiap bahagian tu ada limit markahnya. Jika cikgu rajin dapatkan 100 markah kursus . Markah cikgu tetap limit sahaja yang diperolehi. Jadi cikgu masa cuti ni pelbagaikan bahagian-bahagian yang sepatutnya cikgu dapat.
Sedia awal bahagian kajian dan inovasi serta plc contohnya..
Ini sangat membantu cikgu jadi guru cemerlang juga, mana tahu inovasi cikgu2 boleh pergi peringkat kebangsaan .
Saya percaya , ramai cikgu-cikgu cemerlang yang mencari cara, Tahniah cikgu π₯°π€²π» Semoga lebih berjaya selepas ini.