Ezaidi Official Fans Club

@ezaiditelegram


Dicipta untuk berkongsi ilmu dan manfaat dengan fans.. Semoga Asbab dari perkongsian ezaidi dan kawan2 dapat merubah diri kita semua untuk selalu memperingati Nabi Muhammad SAW & Allah SWT ♥️

Ezaidi Official Fans Club

22 Oct, 05:42


Terima kasih semua. Yang mana terlepas boleh dengar balik sini ya. Semoga bermanfaat

Ezaidi Official Fans Club

01 Oct, 04:22


Orang tua. #nasehatdiri

Ezaidi Official Fans Club

04 Jul, 08:30


Ilmu akhirat ilmu tentang syurga rugi tak tahu..

Ezaidi Official Fans Club

04 Jul, 08:30


BAYAN SYURGA

1. Sebanyak 17,999 jenis makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.

2. Kenikmatan2 syurga tak pernah didengar oleh mana2 telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.

3. Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.

4. Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah (60 tahun di dunia) daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.Sehari di Akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia.

5. "Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi)

~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.

6. Keindahan dunia hanyalah contoh. Yang asli ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun penjelajahan pun tidak boleh ukur keluasan syurga.

7. Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.

8. Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya lutsinar daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua laki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.

9. Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, tidak perlu kejar dan cemburu dengan orang kafir.

10. Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya.

11. Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.

12. Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.

13. "Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia." (Hadis)

14. Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.

15. Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf as, saiz Nabi Adam as, umur Nabi Isa as, suara Nabi Daud as.

16. Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad saw.

17. Pintu neraka terbuka siap-siap tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi saw akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi sesak.

18. Lalu ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu istimewa. Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.
Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.

19. Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.

20. Malaikat akan umumkan, "Kamu akan muda dan tidak akan tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun"

Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.

Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami. Setiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.

21. Antara nikmat dalam syurga dengar Nabi Daud as baca kitab Zabur, Rasulullah saw baca Surah Toha, Allah swt baca surah ar Rahman.

22. Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan.

23. Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.

24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:

"Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?"

"Tiada apa-apa ya Allah."

"Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu."

Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.

Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.

Ezaidi Official Fans Club

18 Jun, 08:43


Assalamualaikum, just share promo Raya haji Sunna masih available.

Pembelian harini in Sha Allah Esok postage. Minta jasa baik share dengan Yg lain ya 🙏🏼

Ezaidi Official Fans Club

18 Jun, 08:42


https://sunna.onpay.my/order/form/sunna01

Ezaidi Official Fans Club

15 Jun, 16:02


Hebat Allah, korang cuba dengar khutbah ni #real

Ezaidi Official Fans Club

15 Jun, 16:02


https://vt.tiktok.com/ZSYUbMMyk

Ezaidi Official Fans Club

12 Jun, 01:14


Allah ciptakan diri penuh kelemahan untuk meminta pada Nya.

Jangan minta dan harap pada sesiapa selain pada Allah

Belajar bagi masa dekat diri untuk tiap hari bercakap, meminta dan berharap pada Allah

Ezaidi Official Fans Club

07 Jun, 10:11


Assalammualaikum semua, ni link shoppeepee untuk Lip Balm Idan’s 🫦

Check out this shop on Shopee! idanscosmetic: https://my.shp.ee/NmUX8yh

Ezaidi Official Fans Club

31 May, 12:26


PESANAN UNTUK DIRI.
BIAR PUN KITA TIDAK DAPAT LAKSANAKAN YG BESAR-BESAR, JANGAN Di REMEHKAN YG KECIL-KECIL

• JIKA kita melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah ia… barangkali itu menjadi penyebab keampunan bagi kita di akhirat.

• Jika kita menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalannya orang lain, maka singkirkanlah ia, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalan kita menuju syurga.

• Jika kita menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan diri kita dan keluarga kita di syurga.

• Jika kita melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah dia… Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezeki kita di dunia.

• Jika kita bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba’ ta’ kepada anak-anak kita, setidaknya itu menjadi amal jariyah untuk kita..yang tak akan terputus pahalanya meski engkau berada di alam kubur.

• Jika kita tidak boleh berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisan kita dari menyakiti… Setidaknya itu menjadi sedekah untuk diri kita.

Jika kita tidak mampu membeli kasut yang mahal utk orang lain, susunlah kasut yang bersepah di masjid atau di mana saja..

Janganlah pernah meremehkan sekecil apapun kebaikan, karena boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda.

• Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikit pun, meskipun (hanya) kamu bertemu dengan saudaramu dlm keadaan tersenyum.”

Semoga Allah meredhai kita semua, Aminn😔