_UmmuAbiha_ @pencintasayyidatinafatimah Channel on Telegram

_UmmuAbiha_

@pencintasayyidatinafatimah


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

“ Every Soul Will Taste Death.”

(The Qur'an 3:185)

_UmmuAbiha_ (Arabic)

تقدم لكم قناة "_UmmuAbiha_" على تطبيق تيليجرام، قناة تهتم بنشر المعرفة والتأمل في أقوال القرآن الكريم. باسم تلك القناة الرائعة، يأتيكم مقولة "كل نفس ذائقة الموت" من سورة آل عمران آية 185. تعتبر هذه القناة واحة هادئة تقدم لكم الفرصة للتأمل والتفكر في كلمات الله والاستفادة منها في حياتكم اليومية. إذا كنت من عشاق تلاوة القرآن أو تبحث عن الهدوء والتأمل، فإن قناة "_UmmuAbiha_" هي المكان المناسب لك. انضموا إلينا لتستمتعوا بمحتوى مميز يساعدكم على بناء علاقة أقوى مع القرآن وتعزيز إيمانكم.

_UmmuAbiha_

13 Jan, 20:04


Syaikh Rabi' mengatakan :

"Orang yang beriman kepada takdir dengan benar, tidak akan bersedih hati atau menyesal sesuatu yang hilang darinya, baik itu berupa anak, harta, atau lainnya (karena dia tahu bahwa apa yang menimpanya pasti sudah takdir oleh Allaah).

Memang terkadang dia sedih dengan kesedihan yang diperbolehkan, tetapi di saat yang sama orang tersebut bersabar dan menanti balasan dari Allaah atas apa yang menimpanya. Jika keadaannya demikian, maka sebenarnya tidak ada kerugian sama sekali."

_UmmuAbiha_

12 Jan, 22:04


Pahala Puasa dari Allah—

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:

"Semua amalan bani Adam dilipatgandakan 10 kali sampai 700 kali lipat, Allah berfirman: Kecuali puasa, kerana puasa adalah milikKu, dan Akulah yang membalasnya, dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan: bahagia saat berbuka, dan bahagia saat bertemu Rabbnya. Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi"

📚 Shahih Muslim (1151)

_UmmuAbiha_

31 Dec, 07:33


Doa masuk bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud :
"Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan"

[HR Baihaqi]

_UmmuAbiha_

30 Dec, 13:09


JANGAN MAIN MAIN DENGAN QODHO SOLAT

Kalau kita banyak meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan keatas kita setelah baligh sejak zaman jahil kita, mulakan sekarang dan jangan bertangguh untuk qodho solat yang kita tinggalkan disamping bertaubat, kerana meninggalkan solat fardhu adalah dosa besar yang berterusan dan bertali arus sampai mati jika kita tidak bertindak dengan segera untuk menghentikannya.

Untuk menghentikan dosa besar dan untuk diampuni Allah dosa besar ini, kita wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Yakni taubat yang sungguh sungguh.

Antara syarat taubat yang wajib kita buat adalah insaf dan berazam supaya kita tidak akan meninggalkan solat fardhu lagi. Kemudian mengqodho’ semua solat solat fardhu yang pernah ditinggalkan dahulu walau pun bertahun tahun lamanya.

Andai dulu kita solat fardhu tanpa ilmu dan hanya mengikut ngikut orang saja [taklid] maka mulakan belajar fardhu ain. Perbaiki setiap inci dari hukum hakam solat itu dari mula bersuci seterusnya kepada solat itu sendiri.

Ini penting, kerana berkata ulama’, beramal tanpa ilmu, amal tertolak.

Ini bukan bermakna kena khatam ilmu dulu baru bersolat. Tidak begitu. Bersolatlah seperti biasa disamping kita belajar. Orang yang belajar disamping beramal, walau pun silap tidak dikira dosa. Dan amalnya inshaa Allah diterima Allah.

Orang yang banyak meninggalkan solat fardhu, janganlah membuang masa untuk bersolat sunat, kerana mengqodho’ solat fardhu itu lebih penting lagi sebagai tanda taubat kita.

Solat fardhu yang diqodho’ ini berganda pahalanya berbanding solat sunat. Malah solat fardhu yang pernah kita tinggalkan tanpa qodho’ akan disoal sekiranya kita tidak lakukannya tetapi solat sunat tidak disoal malah akan tertolak solatnya andai solat fardhu qodho itu masih tidak diganti.

Apalah makna kita buat solat sunat yang tidak mendatang siksa tetapi meninggalkan solat qodho yang fardhu yang menjadikan kita disiksa dengan begitu azab diakhirat nanti.

Orang yang sibuk dengan yang sunat dan meninggalkan yang wajib itu sebenarnya telah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Syaitan ini licik terutama kepada orang orang yang jahil dan tak faham ilmu islam.

Ada orang jahil kata, qodho’ solat tak wajib. Ada khilaf. Mana khilafnya? Ittifak dan sepakat ulama’, solat yang ditinggalkan dengan sengaja adalah wajib qodho’. Bayangkan solat yang kita tinggalkan dengan tidak sengaja pun wajib qodho’, apalagilah dengan sengaja!

Ramai dikalangan kita tidak memahami dan tertipu masaalah ini kerana kejahilan dan tidak belajar ilmu fardhu ain. Dan lebih malang lagi kita menjadikan ‘ulama’ google’ sebagai panduan dan rujukan kita sedangkan asas asas fardhu ain pun kita jahil. Sedangkan dalam google itu pelbagai aliran yang salah yang tidak dapat dibezakan andai kita jahil dengan hukum hakam agama.

Mengaji fardhu ain, adabnya wajib bertalakki bermula dari kitab akidah, feqah dan tasawuf. Kerana tanpa berguru, kita tidak akan dapat memahami ilmu itu dengan sohih dan sebaiknya.

Ilmu fardhu ain ini sebenarnya adalah kembar kita. Ia tidak boleh dipisahkan dari hidup harian kita kerana kita kena hidup seharian dengannya sampai mati.

Untuk bertauhid dan mengenal Allah, kena ada fardhu ain. Untuk berjual beli, bekerja, makan minum, bersocial, kita kena faham hukum hukum syarak didalam feqahnya. Untuk mengenali sifat sifat hati dan menjauhi dosa dosa hati kita wajib belajar akan ilmu tasaufnya.

Bayangkan, setiap gerak kita dalam hidup ini ada hukum hakam dan dosa pahalanya seperti wajib, sunat, haram, harus dan makruh.

Contohnya, kalau makan hukumnya harus, kalau niat kerana Allah yang kita makan itu untuk menguatkan tubuh badan untuk laksanakan ibadah, kita akan dapat pahala. Kalau tak ada niat, hanya dapat kenyang saja tanpa pahala.

Begitulah hal hal yang lain.

Pendek kata, orang yang tidak belajar ilmu fardhu ain, dirinya terdedah kepada dosa dan maksiat. Malah jika tidak belajar ilmu tauhid yang termasuk dalam fardhu ain, boleh tergelincir dan menjadi kufur kerana tidak mengenal batas batas iman dan kufur didalam percakapan, perbuatan dan iktikad nya.

_UmmuAbiha_

30 Dec, 13:09


Walau bahaya macam mana pun, ramai antara kita tidak kisah dan mengabaikan fardhu ain ini. Boleh tanya diri sendiri. Pernahkah aku belajar ilmu fardhu ain? Pernahkan aku belajar ilmu tauhid untuk mengenal Dzat sifat af’al dan ama’ Allah. Mengenal sifat wajib harus dan mustahil Allah. Mengenal nabi. Mengenal perkara perkara ghaibiyah dan sebagainya dalam ilmu tauhid.

Fahamkah aku akan kalimah syahadah yang didalam nya ada nafi dan isbad untuk mengsahkan syahadah aku?

Fahamkah aku akan hukum hukum syarak yang lima itu untuk menjadi panduan dan perjalanan hidup aku?

Siapa aku sembah dalam solat aku? Allah? Siapa Allah? Atau aku hanya solat main hayun saja membilang rakaat tanpa tahu siapa yang aku sembah. Bagaimana nak khusyuk kalau tak kenal Allah.

Jahilnya aku ya rabb. Begitu hati kita bermonolog. Mahu dibiar saja begitu sampai mati?

Allaahu … pendeknya hidup didunia ini dan panjangnya perjalanan kehidupan akhirat. Kalau kita tidak berubah dan membaiki diri, bahaya besar buat kita diakhirat nanti.

Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata:

حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”

(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156)

Barakallahu feekum.

#muharrikdaie

_UmmuAbiha_

23 Dec, 12:23


Empat perkara mendatangkan rezeki :

1-Qiamullail..
2-Banyak istighfar waktu sahur..
3-Sentiasa bersedekah..
4-Zikir di awal hari dan di akhirnya..

_UmmuAbiha_

14 Dec, 20:26


واصبر على التعلّم إنّه مهرُ الوصولِ لجنّةِ الرحمٰنِ
‎واجمعْ لُبابَ القلبِ في تحصيلِه واهجرْ لذيذَ النومِ كالشُّجعانِ
‎واصحبْ رفيقًا من تراه مُشَمِّرًا بالجدّ يدفع علّةَ الكسلانِ
‎والْزمْ شيوخًا قد أنستَ بنفعِهم واحذرْ رؤوسَ الجهل والعدوانِ
‎واسألْ إلهَ العرشِ هديَ سبيلِه في السرّ والإخفاء والإعلانِ

"Bersabarlah dalam menuntut ilmu, karena menuntut ilmu adalah mahar untuk mencapai surga Ar-Rahman..

Fokuskanlah hatimu untuk mendapatkan ilmu, tinggalkanlah lezatnya tidur layaknya sang pemberani..

Bertemanlah dengan teman yang kamu pandang ia memiliki semangat dan rajin, sehingga dengannya dapat menghilangkan penyakit malas..

Teruslah bersama para ulama yang bisa kamu ambil manfaat ilmunya, dan jauhilah pembesar orang-orang jahil dan permusuhan..

Mintalah kepada Allaah hidayah-Nya, dalam keadaan rahasia maupun terang-terangan.."

-Syaikh Shalih bin Abdillah bin Hamad Al-Ushoimi حفظه الله تعالى

_UmmuAbiha_

13 Dec, 20:23


“Bukan tentang perlakuan orang padamu, tapi bagaimana kamu bisa berbuat baik: pada siapapun, itu yang akan kamu pertanggung jawabkan.”

—Ustazah Halimah Alaydrus

_UmmuAbiha_

12 Dec, 20:22


Pelajari satu tauladan;

Berhati-hati dengan apa yang kita keluarkan daripada mulut kita kerana setiap perkataan & sebutan adalah doa. Apabila ia disebut, seolah-olah ia merupakan harapan kita. Dan Allah SWT berfirman;

"Mintalah, nescaya akan Aku perkenankan."

Dan Allah sepasti-pastinya akan memperkenankan, sama ada ia baik atau buruk, lambat atau cepat, dengan cara-Nya sendiri.

_UmmuAbiha_

12 Dec, 13:41


TUKARLAH GAMBAR PROFIL.

"Wanita diperintah tutup dirinya (tutup auratnya) agar dia tak terdedah kepada fitnah.

Wanita hari ini tak menghormati dirinya dengan mendedahkan dirinya sehingga dia diganggu oleh lelaki yang fasiq.

Kadang-kadang, dia (wanita) tak keluar (rumah) tapi dia ‘share’ gambar yang tak sepatutnya di media sosial (fb/instagram/twitter dsb).

Gunakan gambar profil yang sopan - letaklah gambar Kaabah, bunga atau apa-apa yang tak tunjukkan WAJAH atau BADAN demi menjaga kehormatan diri.

Dalam Al-Quran Allah سبحانه و تعالى tak sebut pun nama wanita kecuali Siti Maryam, demi menjaga kehormatan kaum wanita.

Allah cuma sebut ‘isteri Firaun’, ‘ibu Nabi Musa’, dan seumpamanya. Tidak disebutkan pun nama mereka dengan jelas. Kaum wanita di zaman Rasulullah ﷺ dahulu namanya pun tak dikenali sebaliknya cuma diipanggil dengan nama-nama gelaran seperti Ummu Sulaim, Ummu Muhammad, Ummu Anas dan sebagainya."

Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Majlis Burdah Muslimat DMC 20/03/2016.

_UmmuAbiha_

11 Dec, 20:22


𝟯 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗗𝗔𝗬𝗔.

Ibn Mas'ud RA berkata;

Betapa ramai manusia yang istidraj dengan nikmat yang dikurniakan kepadanya.

Betapa ramai manusia yang mendapat cubaan melalui pujian orang lain kepadanya.

Betapa ramai manusia tertipu dengan keaibannya yang disembunyikan oleh Allah.

Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Kitab Nasa'ihul 'Ibad ~

#KalamUlama

_UmmuAbiha_

10 Dec, 13:13


Ibuku adalah murobbiku..

Benarlah, seorang ibu adalah murobbi untuk anak-anaknya.

Teringat dengan didikan arwah mak :

➡️Tidak bicara buruk hal orang, bukan wanita namimah,ghibah
➡️Bukan wanita suka bising,membebel,cakap kuat-kuat hingga dengar jiran tetangga,banyak diam..
➡️makan ala kadar asalkan kenyang,cukup menjaga pemakanan anak-anak dari yang halal,baik Dan berkah.Jauh dari syubhah.
➡️Tidak ambik hak orang, tidak didik kita meminta-minta sebab itulah kita malu nak meminta dan ambik hak orang lain sesuka hati
➡️ tidak berkata buruk perihal anak-anak sendiri dan anak-anak orang lain
➡️Arwah mak bukan jenis pukul anak-anak sesuka hati, mengamuk apatah lagi mengeluarkan perkatakan tidak elok caci maki orang.Apatah lagi memanggil orang lain dengan nama yang tidak elok.
➡️arwah mak tidak boleh dengar lagu-lagu yang melalaikan dia akan pening Dan akan marah.Apatah lagi berjoget sana sini.Kalau dia ada tidak boleh pasang radio.Kami kena off.Kadang-kadang curi -curi sendiri pasang radio.Kalau bulan puasa lagi la kan kena jaga telinga,mata.
➡️kalau kita mengadu perihal orang lain arwah mak bukan memihak pada anaknya tapi dia akan kata " mungkin silap paham kot".Mungkin itu ini.Yang datang dari dia adalah yang kemungkinan yang baik-baik sahaja.Dia mendidik kita lihat pada kesilapan kita.Lihat kekurangan kita.
➡️Bukan wanita yang mudah tergiur dengan perhiasan dunia.Tiada membandingkan dengan kemewahan dunia yang ada pada orang lain,apatah lagi nak meminta-minta dan menghabiskan duit arwah ayah tiada.
➡️Apabila diuji sakit tidak mengeluh,menangis tapi dia akan sebut ALLAH.. ALLAH..Hati dia sentiasa berpaut pada ALLAH subhaallah wa taala.
➡️Arwah mak pon tidak bagi Dan akan melarang kalau kita menonton television yang mana drama -drama tv wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Begitulah orang-orang tua dahulu kan cukup menjaga tujuh anggota badan iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki daripada melakukan dosa dan perkara yang haram.

Kita masa kecil belum paham kadang-kadang tidak nak ikut apa yang mak kita suruh.Apabila kita besar dan duduk bersama dengan ulamak baru paham oh inilah yang dididik oleh arwah mak.Inilah akhlak yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad ﷺ

Semoga ALLAH mengurniakan syurga tertinggi buat ibu kita semua.Moga kita dan anak-anak dapat mendidik anak-anak kita dengan akhlak yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad .

_UmmuAbiha_

05 Dec, 02:13


Darjat seorang kononya ustaz yg asalnya dihormati..tp dengan sifat riak dan sombongnya tiba tiba dijatuhkan martabatnya seluruh pelusuk dunia..

manakala seorang lg ALLAH angkat darjat seorang peniaga teh ais yg mencari rezki utk keluarganya setinggi tingginya..dan dilimpahkan rezki mencurah curah..
semuanya hanya dengan “KUN FAYAKUN”

Kuncinya SABAR dgn apa sahaja ujian yg ALLAH bagi..kerana ada ganjaran yg maha hebat disebaliknya

Surah Al-Baqarah, Ayat 155-157:

“Dan sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, ‘Innā lillāhi wa innā ilaihi rāji’ūn’ (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

#SakitnyaSampaiKemalaysia

Kredit وديع اسماعيل Prompters Malaya.

_UmmuAbiha_

26 Nov, 22:39


SiMBAH KIYAI SARKAMAN; WALIYULLOH ZUHUD YANG HIDUP MENYENDIRi…

Kalian pernah dengar kisah Almarhum Mbah Kyai Sarkaman dari desa bengsah, blega Madura yang hidup menyendiri,setiap tamu yang sowan pada beliau sambil menyalami amplop yang berisi uang,seketika itu pula amplop tersebut beliau lemparkan di bawah kolong langgarnya,hingga setiap tamunya terbelalak pandangannya,amplop yang beliau lempar-lemparkan menumpuk dibawah kaki langgarnya bagaikan tumpukan sampah yang menggunung.

Kalian tau langgar orang madura?
Langgarnya duduk di atas kaki-kaki setinggi satu meter dan tanpa ada penutup di sekelilingnya,di mana segala hewan,manusia,serta angin yang bertiup sekalipun bisa berlalu-lalang dibawahnya.
Anehnya lagi ketika hujan deras bersambut angin kencang bertiup,amplop tersebut ibarat berisi batu yang tak mudah diterpa angin dan gelombang,tak ada satu sosok manusia sekalipun yang berani mencuri amplop tersebut dari bawah langgar yang terbuka lepas.

Ketika sudah cukup lama...mulailah Mbah Kyai Sarkaman menyuruh santrinya tuk mengambil amplop tersebut,serta membelanjakan keperluan fakir miskin dan keperluan pondok-pondok pesantren yang ada di sekelilingnya.
---------------------------------------------
Apapun gelar atau jabatan yang kita sandang.... entah Ustadz,Pejabat,Aparat, dan apapun posisi gelar kita,jikalau amplop ditangan dan menjadikan kita bangga atas pemberian orang lain,merasa diri kita dibutuhkan orang banyak,karena yang seharusnya bangga adalah orang yang memberi bukan orang yang menerima pemberian,jangan jadikan akhlak dan pemikiran kita mulai terbalik.
Kisah Mbah Kyai Sarkaman adalah gambaran indah,Mawas hati atas pemberian,dan berbagi tanda kesyukuran.

Dari FP Kisah Ulama Dan Sejarah Nusantara.

_UmmuAbiha_

21 Nov, 22:22


Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
 
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya :

“ Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).”

[Riwayat al-Baihaqi (5995)]

_UmmuAbiha_

19 Nov, 15:22


Rupanya maksiat ni ada 2 jenis. Maksiat zahir & maksiat batin.

Dan rupanya maksiat ni bukan makna bila kita buat dosa je. Tapi meninggalkan suruhan Allah pun adalah bentuk maksiat.
.
.
Apa itu maksiat zahir?

Maksiat zahir ni perlakuan dosa yang dibuat secara zahir. Boleh dilihat dengan mata kasar. Contoh tak tutup aurat, tak solat, tak puasa, mendekati zina, mengumpat, mencuri dsb nya.

Maksiat Batin ni pulak maksudnya maksiat hati. Iaitu segala dosa & kecelaan yang muncul disebabkan penyakit hati. Manusia mungkin tak nampak, tapi jelas dapat dilihat oleh Allah.


10 JENIS MAKSIAT BATIN..

Disebutkan oleh Imam Ghazali dalam Kitab Arba’ Fi Ushuluddin 10 perkara :

1. SYARAHUT THA’AM..
Banyak makan. Keterlaluan.

2. Syahrul Kalam..
Banyak bercakap perkara sia-sia.

3. Gadhab..
Kuat marah.

4. Hasad..
Dengki akan orang lain yang beroleh nikmat.

5. Hubbul Jah..
Cintakan pangkat kebesaran dan kedudukan.

6. Hubbun Dunya..
Cinta akan dunia.

7. Al bukhlu wa hubbul mall..
Bakhil kedekut & cintakan harta.

8. Takabbur..
Membesar diri.

9. Ujub..
Terpesona & merasa kagum akan diri sendiri.

10. Riya’
Melakukan ibadat / sesuatu perkara bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk dan mendapat pujian manusia.
.
.

Maksiat batin memberi kesan buruk pada akhlak. Hati yang penuh dengan sifat terkeji akan terzahir akhlak yang buruk. Yang akan merugikan dirinya di dunia dan akhirat.

Nak menghakis sifat tercela ni perlu lalui proses pembersihan jiwa. Dan Allah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha kearah itu.

“Demi jiwa manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya,” (al-Shams, 91: 7-10)

Bila kita tak usaha membersihkan hati, maka sangat mudahlah kita tergoda dengan bisikan syaitan dan iblis untuk berbuat mungkar.

Moga kita sentiasa kuat muhasabah dan kuat mujahadah membersihkan hati dari 10 perkara mazmunah ini.
.
.
Kuliah Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh - Masjid Negeri Perak
14/11/24..

_UmmuAbiha_

18 Nov, 20:03


DZIKIR RINGAN PENGHAPUS DOSA SELUAS LAUTAN

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seseorang di permukaan bumi mengucapkan,

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
'Laa ilaaha illallah wallahu akbar (tidak ada sembahan yang haq kecuali Allah, dan Allah Mahabesar),

وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
wa subhaanallah (dan Mahasuci Allah), walhamdulillah (dan segala puji bagi Allah),

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
wa laa haula wa laa quwwata illa billah (dan tidak ada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah),'

melainkan dihapuskan darinya dosa-dosanya meskipun lebih banyak daripada buih lautan."

(HR. Ahmad, At-Timidzi, Al-Hakim)

_UmmuAbiha_

17 Nov, 20:03


jangan pernah memandang rendah siapa pun, seakan-akan kamu berada di atas.

jangan rendahkan orang lain hanya karena dia tidak memiliki apa yang sudah kamu miliki.

jangan remehkan seseorang karena dia belum menyelesaikan pendidikannya, sementara usianya sudah lanjut.
atau dia belum menemukan pasangan hidup atau pekerjaan, sementara kamu sudah mendapatkan semua yang kamu inginkan.

karena dunia ini berputar, kadang kamu di atas, kadang kamu di bawah. dan suatu saat kamu akan mencicip rasa pahit dari kata-kata yang pernah kamu keluarkan.

_UmmuAbiha_

15 Nov, 09:54


SENTAP

"Ikutkan. Suami tak wajib beli TV, tak wajib buat rumah besar-besar, tak wajib bagi makan anak isteri sedap-sedap dan mewah-mewah, tak wajib bawa bercuti sana-sini, tak wajib beli baju cantik-cantik, silap-silap boleh jadi haram.

Suami wajib bagi nafkah sahaja. Cukup makan, pakai, tempat berteduh berlindung, dan KEWAJIPAN YANG PALING BESAR suami kena bagi agama pada anak dan isteri. Kalau suami tak tahu wajib keatas dirinya heret anak isteri pergi cari agama.
Keluarga hari ini banyak rosak sebab suami tak buat apa yg wajib tapi buat benda yg tak wajib bahkan melalaikan, suami macam ini disebut 'dayus'. Setiap pintu syurga ditulis namanya sekian-sekian
'DILARANG MASUK'.

Hari ini kita tengok banyak keluarga hidup kononnya bahagia sebab rumah besar, kereta besar, gaji besar, anak dan isteri comel-comel, makan sedap-sedap, melancong sana-sini tapi roh agama tidak ada. Itu bukan keluarga bahagia. Itu keluarga syok sendiri."

🍃Tok Guru Sheikh Mukhtar🍃

Credit : Ahlia Redhuan

_UmmuAbiha_

14 Nov, 20:02


Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.

Sayyidina Umar bin Al-Khattab رضى الله عنه ~

#KalamUlama

_UmmuAbiha_

13 Nov, 20:38


“Barangsiapa disibukkan dengan perkara wajib sehingga melupakan perkara sunnah, maka ia termaafkan. Barangsiapa disibukkan dengan perkara sunnah sehingga perkara wajib terbengkalai, maka ia adalah orang yang tertipu“

( Fathul Bari : 11/442 )

_UmmuAbiha_

12 Nov, 20:37


'Doakan Setiap Apa Yang Anda Lihat'

Jika melihat seseorang yang banyak masalah doakan dia 'ya Allah semoga urusannya dipermudahkan'

Jika melihat orang yang sakit doakan dia semoga cepat sembuh, Dan sakitnya sebagai penghapus dosa-dosanya.

Doakan semuanya dapat taufik Dan hidayah.

Daripada Abu Darda’, Rasulullah salallahu alaihi wassalam bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)


_UmmuAbiha_

04 Nov, 22:04


Dalam Mazhab Maliki sendiri, pendapat yang muktamad disisi Malikiyah adalah menghadap ke arah maqam RasuluLlah ketika berdoa dalam Masjid Nabawi. Demikian itu jugalah pendapat yang paling sahih disisi Ahnaf sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Kamal Ibn Humam.

Mawlana Zafar Ahmad Uthmani al-Thanwi dalam I’la’ al-Sunan (5/612) menyatakan bahawa berdoa dengan menghadap maqam RasuluLlah ketika berdoa dalam Masjid Nabawi untuk bertawassul dengan Baginda adalah merupakan kesempurnaan adab yang baik.

Mawlana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam kitabnya berjudul Fadhilat Haji berkata:

"Adalah jelas daripada yang disebutkan di atas bahawa tatkala memohon kepada Allah, wajah hendaklah dihadapkan kepada Rasulullah sallaAllahu `alaihi wa sallam. Walaupun adab yang biasanya daripada doa ialah mengarahkan muka ke kiblat, akan tetapi pada tempat ini (Masjid Nabi), jikalau itu dilakukan, maka akan membelakangi Rasulullah sallaAllahu `alaihi wa sallam yang sesungguhnya akan berlaku tidak hormat kepada peribadi yang dirahmati itu. Maka yang demikian, doa hendaklah dilakukan dengan wajah menghadap kepada Baginda".

- Ustaz Iqbal Zain al-jauhari -

_UmmuAbiha_

04 Nov, 22:04


BOLEHKAH BERDOA DENGAN MENGHADAP MAKAM RASULULLAH SAW?: SUATU PENCERAHAN

Guru kepada Imam al-Shafi'i bernama Imam Malik bin Anas telah mengajar bahawa adab berdoa ketika seseorang berada dalam Masjid Nabawi adalah dengan menghadap ke arah kubur/maqam RasuluLlah SAW.

فاستكان لها أبو جعفر، فقال: يا أبا عبد الله، أستقْبِلُ القبلة وأدعو؟ أم أستقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال: ولم تصرف وجهك عنه وهو وسيلتك ووسيلة أبيك آدم عليه السلام إلى يوم القيامة؟ بل استقبله واستشفع به فيشفعك اللّه

Suatu ketika Imam Malik rahimahuLlah ditanya oleh Khalifah Mansur, “Wahai Abu AbdiLlah (Imam Malik), ketika dalam Masjid Nabawi, adakah saya berdoa menghadap kepada RasuluLlah SAW atau menghadap kiblat?”.

Imam Malik menjawab, “Mengapa kamu berpaling darinya sedangkan Baginda adalah wasilahmu dan wasilah moyangmu Nabi Adam a.s. dihadapan Allah Azza wa Jalla di Hari Qiamat kelak. Bahkan menghadaplah kamu kepada Baginda dan mintalah syafaat melaluinya nescaya Allah akan mengurniakannya”.

Al-Qadi Iyad, Imam Zarqani, Imam Taqiyyudin al-Subki, Imam al-Hisni al-Shafi’i, Imam Shihabuddin al-Khaffaji dan Mawlana Zafar Ahmad Uthmani al-Thanwi menyatakan bahawa sanad riwayat kisah di atas adalah sanad yang baik (اسناد جيد) bahkan sebahagian mereka menyatakan bahawa sanad riwayat ini adalah sahih.

Imam Taqiyyudin al-Hisni al-Shafi’i dalam Daf'u al-Shubah man Shabbaha wa Tamarrada menegaskan bahawa para ulama mutaqaddimin dan muta’akhirin telah menerima riwayat kisah di atas sebagai sanad yang baik.

Imam Shihabuddin al-Khaffaji dalam Sharh al-Shifa’ menyatakan bahawa Imam Ibn Taymiyah adalah satu-satunya ulama yang menolak riwayat di atas sekaligus menolak praktik menghadap ke maqam RasuluLlah ketika berdoa dalam Masjid Nabawi sedangkan tiada seorang ulama muktabar yang pernah menolak amalan tersebut. Tindakan Imam Ibn Taymiyah tersebut telah dikriktik oleh ramai ulama muktabar kerana kesilapan beliau dalam menghukum hadith tersebut sebagai tidak sabit.

Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam al-Jawhar al-Munazzam (ms.98) berkata:

“Penolakan Ibn Taymiyah terhadap kisah Imam Malik ini sehingga tidak ternafi lagi bahawa beliau juga mengengkari amalan tawassul dan memohon syafaat RasuluLlah SAW yang mana ia merupakan sebuah penyelewengan dan tindakan sembrono dari beliau, sedangkan riwayat kisah tersebut adalah sanad yang sahih dan tiada perawi da’if didalamnya”.

Para pengikut Imam Ibn Taymiyah mendakwa bahawa riwayat kisah Imam Malik dengan Khalifah Mansur di atas adalah tidak sahih kerana di dalamnya ada seorang perawi yang pendusta bernama Muhammad bin Humayd al-Razi.

Hal tersebut adalah kesilapan yang jelas lagi terang kerana perawi yang dimaksudkan dengan Ibnu Humayd itu bukanlah Muhammad bin Humayd al-Razi kerana beliau tidak sempat berjumpa dengan Imam Malik bahkan bukan salah seorang dari anak murid yang meriwayatkan dari Imam Malik.

Sebaliknya orang yang sebenar adalah seorang anak murid Imam Malik yang berstatus thiqah (terpercaya) bernama Khalid bin Humayd bin Abi Tha’labah al-Sakandari sebagaimana hal tersebut dijelaskan oleh Imam al-Khaffaji.

Walaubagaimanapun, menurut Imam al-Subki dalam Shifa’ al-Saqim, nama anak murid Imam Malik tersebut adalah Abu Sufyan Ibn Humayd al-Ma’mari yang juga seorang thiqah sebagaimana status beliau itu dinyatakan oleh al-Khatib Baghdadi.

Apapun perselisihan pendapat antara Imam al-Subki dan Imam al-Khaffaji, kedua-dua nama tersebut adalah salah seorang murid Imam Malik yang berstatus thiqah, bukan sebagaimana dakwaan pengikut Imam Ibn Taymiyah yang menyebut nama yang bukan pun murid Imam Malik dan yang tidak pula thiqah.

Imam al-Zarqani al-Maliki dalam Sharh al-Mawahib telah mengkritik Imam Ibn Taymiyah yang bermudah-mudah menghukum riwayat di atas sebagai palsu dan dusta sedangkan seluruh perawi dalam riwayat kisah tersebut adalah sanad yang maqbul atau sahih, tambahan pula jumhur fuqaha’ Shafi'iyyah menyatakan bahawa mustahab untuk menghadap ke arah maqam RasuluLlah ketika berdoa dalam Masjid Nabawi.

_UmmuAbiha_

02 Nov, 01:24


HASIL MUZAKARAH
BERKENAAN TELEKUNG MELAYU.

Alhamdulillah dengan kurniaan dari Allah, telah berlangsung muzakarah bersama al-fadhil syeikhuna Syeikh Toha Abdul Hamid Hamadi Al-yamani bertempat di Musolla kuarters Maahad Al-Musthofa, Batang Kali hari Khamis malam Jumaat selepas Isyak 31 Oktober 2024.

Syeikh pernah menjadi guru Fiqh Syafi'i di Rubat Tarim, Hadramaut selama 18 tahun dan aktif berkhidmat pada Fiqh Syafi'i, mengajar dan menulis selama 24 tahun. Di antara kitab karangan beliau adalah:
١) فتح الوهاب الملك شرح عمدة السالك، في ٣ مجلدات، طبع دار الضياء.
٢) فتح الفتاح شرح المفتاح لباب النكاح.

Soalan 1: Aurat wanita yang dapat dilihat dari bawah tudung telekung dianggap kelihatan dari tepi atau dari bawah.

Jawaban: Ianya dianggap dari tepi, bukan dari bawah.

Soalan 2: Apakah yang dimaksudkan dengan ذيل di dalam kalam fuqaha?

Jawaban: ذيل adalah hujung kain yang meleret di tanah.
Tidak dipanggil ذيل jika hujung kain itu separas buku lali sahaja.

Soalan 3: Apakah di dalam isu ini terdapat khilaf yang muktabar?

Jawaban:
a) ada disebut di dalam الايعاب perkara ini tidak membatalkan solat.
b) hukum ini boleh diamalkan sendiri dan boleh juga diberi sebagai irsyad (bukan fatwa) kepada orang yang datang bertanya secara fizikal. Hanya dibenarkan menggunakan lisan, tidak boleh menerangkan hukum ini menerusi tulisan kerana khuatir ia akan tersebar.
c) kalam di dalam الايعاب tidak dianggap pendapat Ibnu Hajar. Beliau hanya استقرب sehingga para pengarang sesudahnya menyebut bahawa beliau تردد.
Yang dianggap sebagai pendapat Ibnu Hajar adalah apa yang termuat di dalam Tuhfah (secara mutlak) atau dalam kitab-kitabnya yang lain dengan sighat: والمعتمد عندي
Lagi pula kitab الايعاب ditulis lebih awal berbanding Tuhfah.
Syeikh menceritakan bahawa Ibnu Hajar sudah menulis kitab seawal usianya 20+ tahun.

Soalan 4: Apakah ibarah tentang lengan wanita yang dapat dilihat melalui كم nya yang luas itu sama dengan gambaran telekung Melayu?
Jawaban final: kedua-duanya merupakan صورة المسألة yang berbeza. Ini kerana:
a) gambaran dalam ibaroh, wanita tu pakai كم (lengannya berbaju) sementara dalam telekung Melayu, dia tak pakai كم sama sekali (lengannya tak berbaju) sedangkan hal ini tidak sukar baginya.
b) gambaran yang dalam ibaroh tu, lengannya hanya kelihatan semasa dia إرسال meluruskan tangannya sementara dalam telekung Melayu, lengannya dapat dilihat dalam hampir semua keadaan.

Soalan 5: Ada yang berkata: lengan wanita (tanpa كم) di dalam telekung menurut uruf Melayu dianggap sudah tertutup.

Jawaban: Uruf hanya boleh digunakan dalam hal yang tiada nas. Dalam hal ini, fuqaha telah memberikan nas hukum.
Syeikh menjelaskan, ada uruf yang selaras dengan syarak dan ada uruf yang tidak selaras dengan syarak. Uruf yang kedua ni tidak muktabar.
Catatan: Boleh guna telekung Melayu jika dapat menjaga auratnya dari kelihatan (dari bawah). Caranya antara lain:
tudungnya labuh
pin kat dada
kepit tudung masa turun ke bawah (jangan bagi dia mengembang)

#isutelekungmelayu

_UmmuAbiha_

26 Oct, 02:53


Kita tidak tahu apa yang telah ditakdirkan kepada kita. Jangan susah hati apabila sering diuji kerana setiap ujian yang diberikan, jika kita terima dengan redha, pasti akan ada rahmat daripada Allah SWT untuk kita. Jangan bersangka-sangka buruk dengan ujian Allah SWT kerana melalui ujian itulah Allah 'memperlihatkan' kepada kita kasih sayangNya.

👉Semalam itu, jadikan sandaran buat kita.
👉Hari ini, jalani dengan tenang dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
👉Esok tiada siapa yang tahu ketetapan Allah buat kita. Kita hanya merancang Allah juga yang menentukan segalanya.

Ingat... Sesungguhnya kita tidak tahu bagaimana pengakhiran cerita kehidupan kita dan kita juga tidak tahu bagaimana berakhirnya kisah hidup seseorang itu.

Oleh itu jangan sesekali memandang kejahatan seseorang pasti dia akan ke neraka dan jangan fikir kebaikan sendiri seolah-olah kita pasti akan ke syurga.

Tidak salah menegur tetapi biar kena pada caranya. Menegur jangan sampai menyakiti. Menghina dan menuduh perkara yg tidak ada pd seseorang. Kena pada si pemaaf, setakat situ jer lah urusan kita. Kena pada pendendam? Merana lah jawabnya...

Sekadar sampaikan..

_UmmuAbiha_

25 Oct, 20:06


Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz berkata:

Beberapa perkara, jika seorang wanita muslimah menjaganya, maka akan memperoleh bagian dalam mengikuti Sayyidah Fathimah az-Zahra ra, yaitu:

1. Menerima apa yang ada dari perkara kehidupan dunia.

2. Mendidik anak dan memperhatikan mereka dengan baik.

3. Menolak segala hal yang merosak rasa malu.

4. Istiqomah membaca tasbih fatimah, yaitu dzikir sebelum tidur. (33× tasbih, 33x tahmid dan 34x takbir)

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

#CeritaKeranaCinta #CintaRasul #CintaAhlulBait #CintaHabib #CintaParaSahabat #ASWJ

_UmmuAbiha_

24 Oct, 20:12


Akibat jika sering terlambat beribadah—                                                
Syaikh Ibnu Utsaimin berkata:         

"Dikhawatirkan atas seseorang ketika dia membiasakan dirinya sering terlambat melaksanakan ibadah, akan diberi ujian berupa Allah 'Azza wa Jalla akan menunda dirinya mengerjakan diseluruh tempat yang mengandung kebaikan."

(Fatawa Syaikh Ibnu Utsaimin 13/54)                                    

_UmmuAbiha_

23 Oct, 20:11


Tiada bagiku selain pintu Allah adalah tujuanku. Tiada Tuhan selain-Nya, tiada kekasih selain Dia.

Dia Maha Pemurah, Pemberi nikmat, Lemah lembut, Indah dalam menutup segala aib hamba-Nya, dan sentiasa mengkabul segala doa.

Dia Maha Penyabar, tidak segera menghukum atas perbuatan dosa-dosa. Maha Penyayang, hujan rahmat-Nya sentiasa membasahi bumi.🥀

_UmmuAbiha_

23 Oct, 13:53


‏قال بعض السلف :

"كنا إذا أردنا أن يُستجاب لنا، دعونا لإخواننا في ظهر الغيب".
وإن من ثمرات صحبة الصالحين أنهم لا ينسونك من دعائهم بظهر الغيب.

Sebagian Ulama Salaf mengatakan:
"Jika kami ingin diijabah doa, kami mendoakan saudara kami dengan tanpa sepengetahuannya.

Dan salah satu buah dari bergaul dengan orang shaleh adalah mereka tidak melupakanmu dalam doanya.

_UmmuAbiha_

21 Oct, 14:02


Mutiara Doa Pilihan :

" Wahai Allah, sesungguhnya aku meminta kekuatan membuat kebaikan, meninggalkan kejahatan, cinta kepada orang miskin, maka engkau ampunilah aku dan kasihani aku, dan jika engkau ingin menguji kaumku maka berikanlah petunjuk yang tidak terhingga, dan aku meminta cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu dan cinta akan amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu."

_UmmuAbiha_

20 Oct, 20:01


Kesukaran datang seketika dan kemudian berlalu pergi, hari-hari akan membuatmu menderita dan pada akhirnya menjadi baik.

Begitulah kehidupan dunia ini,
Tidak semua yang diminum dalam satu masa itu akan terasa manis.

Sungguh orang yang redha ketika menghadapi musibah itu adalah manisan, dan sabar ketika melanda kesedihan adalah penyembuh.

Tiada malam yang panjang atau kesulitan yang berlarutan, melainkan kelembutan rahmat Allah itu dekat denganmu.

_UmmuAbiha_

20 Oct, 07:53


بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Di sini min share sedikit pengalaman salah seorang mangsa tsunami yg terselamat dgn izin Allah..

Moga sedikit perkongsian ini dpt memberikan pengajaran dan ikhtibar buat kita..😥

_UmmuAbiha_

19 Oct, 20:11


Jika Al HAQ menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka DIA akan memberikan hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka, memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-NYA dan memberikan sinar kedalam Hati mereka.

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ~

#KalamUlama

_UmmuAbiha_

18 Oct, 20:06


Wahai orang yang punya impian untuk hidup kerana-Nya, jalannya amatlah sukar dan pada pengakhirannya amat merisaukan.

Serahkan segala urusanmu kepada-Nya yang mengangkat langit, dan kepada-Nya juga tempat semua harapan bergantung.

Biarkan hal yang tersembunyi itu pada kelembutan-Nya, kerna mungkin engkau tidur dan bangkit, dan harapanmu akan tercapai.

_UmmuAbiha_

16 Oct, 20:13


Wanita diperintah tutup dirinya (tutup auratnya) agar dia tak terdedah kepada fitnah. Wanita hari ini tak menghormati dirinya dengan mendedahkan dirinya sehingga dia diganggu oleh lelaki yang fasiq.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~

#KalamUlama

_UmmuAbiha_

16 Oct, 01:59


6 KEADAAN HARUS MENGUMPAT

SOALAN :

Ada saya dengar orang berkata mengumpat itu tidak berdosa pada keadaan yang diperlukan.

Mohon ustaz jelaskan apakah keadaan yang dibolihkan kita mengumpat?

JAWAPAN :

Arti mengumpat ialah menyebut olih seseorang akan perkara yang buruk tentang seorang yang lain sekali pun benar yang jika orang tersebut mengetahuinya maka dia akan marah atau tidak menyukainya.

Hukum mengumpat ini asalnya adalah haram dan dosa besar.

Akan tetapi diharuskan mengumpat pada beberapa keadaan sebagaiamana telah menyebutnya olih ulamak-ulamak ada enam keadaan diharuskan mengumpat dan maksud harus itu ialah orang yang menyebut keburukkan orang lain itu dalam keadaan ini adalah tidak berdosa.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami :

وَيُسْتَثْنَى مِمَّا ذُكِرَ مَسَاءَةُ الْغَيْرِ لِغَرَضٍ صَحِيحٍ في الشَّرْعِ لَا يُمْكِنُ التَّوَصُّلُ إلَيْهِ إلَّا بِهِ وهو سِتَّةُ أُمُورٍ : التَّظَلُّمُ وَالِاسْتِعَانَةُ على تَغْيِيرِ الْمُنْكَرِ وَالِاسْتِفْتَاءُ وَالتَّحْذِيرُ من الشَّرِّ كَجَرْحِ الرُّوَاةِ وَالتَّجَاهُرِ بِالْفِسْقِ وَالسَّادِسُ أَنْ يُعْرَفَ إنْسَانٌ بِلَقَبٍ يُعْرَفُ عن عَيْنِهِ كَالْأَعْرَجِ وَالْأَعْمَشِ

Artinya : “Dan dikecualikan daripada barang yang disebut akan keburukkan orang lain kerana tujuan yang benar pada syarak yang tidak mampu sampai kepadanya melainkan dengan menyebutnya yaitu enam keadaan : Mengadu kezaliman seseorang dan meminta tolong menghentikan kemungkaran dan meminta fatwa dan menakutkan dari keburukkan seperti menerangkan keburukkan perawi dan orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan fasiq dan akhir sekali seorang yang digelar dengan gelaran yang aib seperti yang capek dan yang rabun.” (Fatawa Al-Fiqhiyah)

Penjelasan

Pertama : Mengadu Kezaliman

Contohnya seorang yang dizalimi mengadu kepada polis seseorang telah membuat jenayah maka harus dia menceritakan perbuatan buruk yang dilakukan olih orang tersebut kerana jika tidak menyebutnya maka pihak polis sukar mengambil tindakan.

Jadi walau pun dia telah mengumpat yaitu menceritakan keburukkan si penjenayah namun dia tidak berdosa.

Kedua : Minta Tolong Hentikan Kemungkaran

Contohnya seorang yang meminta seorang yang disegani untuk menghentikan maksiat atau kemunkaran yang dibuat olih seorang yang lain maka ketika itu dia diharuskan menceritakan satu persatu maksiat yang dilakukan olih pelaku supaya mudah untuk orang yang mendengarnya membuat islah seperti nasihat atau seumpamanya bagi menghentikan maksiat tersebut.

Ketiga : Meminta Fatwa

Contohnya seorang isteri meminta fatwa dari ulamak atau mufti berkenaan hukum suaminya yang telah berbuat sesuatu maka harus isterinya menceritakan kepada ulamak atau mufti itu perbuatan suaminya sekalipun jika suaminya tahu maka dia akan marah dan menghalangnya.

Keempat : Menakutkan Dari Keburukkan

Contohnya seorang yang mengenali seorang penipu yang cuba untuk menipu penduduk kampungnya dengan cara jual beli sengelat maka harus dia menceritakan kepada penduduk kampung tersebut tentang perangai suka menipu lelaki tersebut.

Kelima : Orang Fasiq Terang-Terangan Buat Dosa

Seorang yang melakukan maksiat dan kefasiqan terang-terangan tanpa rasa malu kepada masyarakat maka menyebut keburukan perbuatannya itu tidak dikira dosa kerana tiada baginya pernghurmatan disisi syarak.

Keenam : Menyebut Gelaran Seseorang

Seorang yang ingin mencari seseorang tetapi orang yang dicari itu tidak diingati namanya lalu dia menyebut sifatnya yang aib seperti yang capek atau yang rabun atau yang botak atau seumpamanya maka apabila gelaran itu disebut maka orang pun mengenalinya.

wallahua’lam.

-ustaz azhar idrus-

_UmmuAbiha_

15 Oct, 20:13


𝗡𝗔𝗙𝗦𝗨.

Nafsu adalah ibarat kuda liar, sukar dikawal, merbahaya dan boleh memudaratkan.

Walau bagaimanapun dengan latihan yang betul, ia boleh dijinakkan, dikawal dan memberi banyak manfaat.

Seorang cendekiawan Islam berkata,

“Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan dan celakalah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan.”

Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى mengatakan,

“Kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu lebih daripada Malaikat.”

Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى juga mengatakan,

“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

Di dalam kitab “Al-Asas fit Tafsir”, Said Hawa pernah berkata,

“Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan hawa nafsu supaya ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara.”

#KalamUlama