Penat.
Physically. Mentally. Emotionally.
Too tired.
..
3 minggu kebelakang, rasa penat sangat sbb wad terlalu banyak benda berlaku serentak.
banyak betul ceasarean section sampai 5 case. Fetal distress one by one, even tengah ongoing OT, padahal OT ada satu je.
Admission pun tak berhenti-henti. Pastu case yang datang semuanya ada issue, ada yang datang tak pernah berklinik langsung, tak tahu berapa bulan mengandung, dah jadi satu hal takut baby tak cukup bulan. Ada tu single parents, ada yang lain teenage pregnancy takde sijil nikah apa semua, ada tu datang jauh dari Sandakan ke Semporna, takut kalau beranak di hospital sana, keluarga tahu.
Ada yang berklinik elok, tapi datang grandmultipara anak 11 dah, bila baby lahir, bahu sangkut. Shoulder dystocia.
Sedih juga bila endingnya ada satu case yang babynya tak dapat diselamatkan sebab HIE.
Dah la oncall 2 -3 kali seminggu, kena jaga wad bersalin. Sekali-sekala oncall hujung minggu, kena cover semua wad - ada wad kanak-kanak, wad lelaki, wad perempuan, wad TB, dan wad bersalin - sorang-sorang.
Hujung minggu tu ada pula kes CPR pagi-pagi pukul 2 sbb ada makcik change condition. TB case. Sampai berpeluh badan dan mata. Still, unable to safe the patient. ☹️
..
Masuk kerja minggu seterusnya,
try to be extra positive,
extra helpful.
Try to give my best,
but the busy-ness double.
18 admission.
12 SVD.
2 vacuum case.
3 blue alert.
I even get a very rare case of non clinic case with suspected HIV in labour.
Ya Rabbi, sampai menangis menguruskan kena call sampai consultant ID di Kota kinabalu nun, sebab tak pernah uruskan kes macam ni sebelum ni.
Lepas tu, masa-masa ni la ada case datang nak terberanak, tak dengar arahan, akhirnya terberanak sambil berdiri, rasa luluh jantung bila tangan laju sambut baby jatuh celah kangkang. Cepat-cepat saya peluk bayinya lepas sambut, dah tak hairan satu badan habis mandi air ketuban, tak sempat dah nak capai apron sarung atas baju.
“Mamak, kenapa mamak berdiri, kalau kepala anakmu terhantuk dilantai macammana?”
Entah kenapa juga, semua ibu mengandung satu Sabah ni, buat keputusan nak datang beranak dekat sini. Saya oncall back to back dari Selasa 8 pagi straight sampai Khamis 5 petang - sampai 5 case dari luar daerah datang dalam tempoh 57 jam tu. Ada dari Kunak, ada dari Papar, ada dari KK.
Selalu ada je pesakit yang datang setakat untuk check dkt jantung bayi dan check jalan pada tarikh jangka bersalin, kalau semua okay, kita bagi bersalin lebih hari dari tarikh jangka bersalin, tapi nak dijadikan cerita masa ni la jugak kes yang datang, takde sakit perut, takde turun air ke apa, tapi CTG jantung bayi ada type 1 decel, kena terus masuk dewan bedah.
Tuhan. Ya Tuhan.
..
Jadi bila nak masuk hari isnin minggu lepas ni, saya jadi takut.
It was bad the previous week, but no baby died, at least not during my working day.
Saya memang dah terkenal sebagai MO yang sangat panas dah Jonah.
Saya jarang percaya pasal ‘Jonah’ ni,
kononnya bila saya kerja je, saya menjemput banyak patient pelik-pelik datang, atau time tu la patient dalam ward change condition
Tapi minggu ni saya sendiri asyik ulang doa - supaya tak jonah, tak banyak case pelik2, ataupun case yang too much too handle.
Dan minggu depan ada 2 mesyuarat kematian (Mortality Meeting) peringkat daerah - saya ada 2 case under 5 mortality kena bentang untuk case bayi yang saya attend tapi tak berjaya diselamatkan, and 8 silde untuk TB mortality case report. Semua slide tak siap lagi.
Kalau la ni drama - mungkin dah start masuk pengakhiran yang bahagia dah.
Tapi sedihnya, realiti tak sama.
Back to back Red Alert.
1 PPH case with cervical tear of 1 liter.
Satu lagi PPH with deep vaginal wall tear.
Minggu ni saja, dari saya,
lebih 6 Safe O dah diguna pakai.
11 pint darah merah (Packed Cell) in total, with 8 FFP.
Red Alert yang pertama sampai pagi pukul 8, saya postcall, tak sempat tidur lagi, semalaman penuh dengan admission dan SVD. Pagi tu ada patient pecah air ketuban dan nampak CTG tak cantik, so kena refer specialist pagi-pagi, post untuk emergency LSCS.