Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾 @ahlulkhidmahchannel Channel on Telegram

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

@ahlulkhidmahchannel


🇲🇾 Ikuti Kami untuk Info Kalam Nasihat

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ۞

Ahlul Khidmah Channel (Malay)

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾 merupakan saluran Telegram yang mempunyai kandungan berkaitan dengan Kalam Nasihat. Dengan motto 'اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ', saluran ini menawarkan berita dan nasihat yang relevan bagi para pengikutnya. Jika anda mencari sumber informasi yang memberi inspirasi dan pengetahuan berkualiti, Ahlul Khidmah Channel adalah pilihan yang tepat. Ikuti saluran ini untuk mendapatkan panduan dan motivasi dalam kehidupan harian anda. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai komuniti yang bersatu dalam misi untuk mencapai kebaikan. Sertailah kami di Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾 untuk mendapatkan pengalaman yang memberi manfaat dan inspirasi dalam setiap hala tuju kehidupan anda!

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

17 Jan, 22:39


Peristiwa Penting yang Berlaku dalam Bulan Rejab

1. Israk dan Mikraj
Salah satu peristiwa terbesar yang dikaitkan dengan bulan Rejab ialah Israk dan Mikraj. Peristiwa ini menyaksikan perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin, sebelum baginda diangkat ke langit untuk menerima kewajipan solat lima waktu. Israk dan Mikraj sering diperingati pada 27 Rejab, walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang tarikh tepatnya.

2. Hijrah Pertama ke Habsyah
Pada bulan Rejab tahun ke-5 kenabian, sebahagian umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan daripada kezaliman kaum Quraisy. Raja Habsyah, Najasyi, memberikan perlindungan kepada mereka kerana keadilan dan kebijaksanaannya.

3. Perang Tabuk
Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah. Ia merupakan peperangan terakhir yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW, di mana umat Islam menunjukkan persiapan ketenteraan yang kukuh walaupun tidak berlaku pertempuran besar.

4. Pembukaan Baitul Maqdis
Pada bulan Rejab tahun 583H (1187M), Salahuddin Al-Ayyubi berjaya membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. Kejayaan ini menjadi salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam.

5. Kewafatan Tokoh Penting
Antara tokoh besar Islam yang wafat dalam bulan Rejab ialah Imam Abu Hanifah (150H), pengasas salah satu mazhab fiqh utama dalam Islam. Selain itu, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, yang dikenali sebagai wira Islam, juga meninggal dunia pada bulan ini.

Bulan Rejab adalah masa yang penuh keberkatan dan peluang untuk memperbaiki diri serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.


https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

28 Dec, 23:30


مسند الشافعي
HADITH MUSNAD IMAM SYAFIE

Terjemahan Dan Ringkasan Serta Sedikit Keterangan

Berkata Imam Syafie r.a. :

بَابُ: صَلاةِ رَكْعَتَيِ الْمَسْجِدِ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ
BAB SOLAT DUA RAKAAT TAHYAT MASJID KETIKA IMAM SEDANG BERKHUTBAH

Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Dinar daripada Jabir bin Abdillah r.a. beliau berkata :

دَخَلَ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ الْمَسْجِدَ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ، فَقَالَ لَهُ : أَصَلَّيْتَ؟ قَالَ : لا، قَالَ : فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ

Artinya : “Telah masuk oleh seorang lelaki pada hari jumaat akan masjid dan Nabi sollallahu alaihi wasallam sedang berkhutbah lalu baginda bersabda baginya : Apakah kamu telah solat? Katanya : Tidak. Sabdanya : Maka solatlah dua rakaat.”

Hadith yang seumpama ini ada dikeluarkan juga oleh Imam Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan Abu Daud dan An-Nasaie dan lainnya.

KETERANGAN

Hadith ini datang pada menerangkan hukum menunaikan solat ketika imam sedang membaca khutbah pada hari jumaat.

SUNAT SOLAT SEBELUM DUDUK

Barangsiapa datang ke masjid samada pada hari jumaat atau lainnya siang atau malam disunatkan baginya menunaikan solat sunat tahyat masjid dan yaitu dilakukan sebelum dia duduk di dalamnya.

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a. :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيُصَلِّ سَجْدَتَيْنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَجْلِسَ

Artinya : “Bahawasanya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda : Apabila masuk oleh seorang kamu akan masjid maka solatlah dua rakaat dari sebelum dia duduk.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Solat yang dimaksudkan pada hadith ini ialah solat sunat tahyat masjid.

Dan termasuk ketika yang disunatkan solat tahyat masjid itu ialah ketika imam sedang membaca khutbah.

Pada hadith ini Imam Syafie r.a. meriwayatkan dari seorang sahabat Nabi sollallahu alaihi wasallam yang bernama Jabir bin Abdillah r.a. beliau telah bercerita dengan katanya :

دَخَلَ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ الْمَسْجِدَ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ، فَقَالَ لَهُ : أَصَلَّيْتَ؟ قَالَ : لا، قَالَ : فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ

Artinya : “Seorang lelaki telah masuk ke dalam masjid pada hari jumaat sedangkan Nabi sollallahu alaihi wasallam sedang membaca khutbah. Apabila dilihat akan lelaki itu lalu baginda bertanya : Adakah kamu telah menunaikan solat? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : Maka solatlah oleh kamu akan dua rakaat.”

Dan pada satu riwayat Imam Muslim :

أَصَلَّيْتَ؟ يَا فُلَانُ. قَالَ : لَا، قَالَ : قُمْ فَارْكَعْ

Artinya : “Apakah kamu telah menunaikan solat wahai si fulan? Katanya : Belum. Sabdanya : Bangun dan solatlah olehmu.”

Dan sabit pada satu lagi riwayat Imam Muslim :

إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَقَدْ خَرَجَ الْإِمَامُ، فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ

Artinya : “Apabila datanglah seorang kamu pada hari jumaat yakni akan masjid dan sungguh imam telah keluar yakni membaca khutbah maka kerjakanlah solat dua rakaat.”

SOLAT SUNAT TAHYAT KETIKA KHUTBAH

Hadith ini dan hadith-hadith yang seumpamanya menjadi dalil diperintahkan solat sunat walau pun ketika imam sedang membaca khutbah pada hari jumaat dan yaitulah solat sunat tahyat masjid.

Dan tidak disyaratkan pada mana satu daripada dua khutbah maka sunat dikerjakan tahyat masjid samada imam sedang menyampaikan khutbah pertama atau kedua atau imam sedang diam antara dua kutbah.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

(وَمن دخل) لصَلَاة الْجُمُعَة (وَالْإِمَام) يقْرَأ (فِي الْخطْبَة) الأولى أَو الثَّانِيَة أَو هُوَ جَالس بَينهمَا (يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ خفيفتين ثمَّ يجلس)

Artinya : “Dan barangsiapa masuk ia yakni akan masjid bagi solat jumaat dan imam sedang membaca di dalam khutbah yang pertama atau kedua atau imam sedang duduk antara dua khutbah hendaklah dia solat dua rakaat yang ringan kemudian duduk.” (Kitab Al-Iqna’)

Dan diperintahkan solat tahyat masjid itu sebagai sunat yang sangat dituntut kepada semua orang yang baru masuk ke dalam masjid pada waktu mana pun masuknya samada khutbah sedang disampaikan atau belum.

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

28 Dec, 23:30


Berkata Imam Ar-Rafie :

وهذه الصلاة أمره النبي صلى الله عليه وسلم بها هي تحية المسجد، وهي سنة مؤكدة عند الشافعي يصليها الداخل إلى المسجد متى دخله، سواء كان الإمام يوم الجمعة قد خرج أو لم يخرج، كان خاطبًا أو ساكنًا، إلا أن يكون الإمام في فريضة فيتبعه فيها

Artinya : “Dan ini solat yang telah menyuruhnya oleh Nabi sollallahu alaihi wasallam dengan mengerjakaannya yaitulah solat tahyat masjid dan ia adalah sunat yang muakkad di sisi Imam Syafie yang mengerjakannya oleh orang yang masuk kepada masjid bila sahaja dia masuk samada imam pada hari jumaat itu telah masuk atau belum masuk atau ketika dia sedang membaca khutbah atau diam kecuali apabila imam telah berada di dalam solat fardu maka hendaklah dia mengikutnya padanya.” (Kitab Syarah Musnad As-Syafie)

Berkata Imam Syafie r.a. :

وَبِهَذَا نَقُولُ وَنَأْمُرُ مَنْ دَخَلَ الْمَسْجِدَ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ وَالْمُؤَذِّنُ يُؤَذِّنُ وَلَمْ يُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ أَنْ يُصَلِّيَهُمَا

Artinya : “Dan dengaan inilah kami berkata dan kami menyuruh akan mereka yang masuk akan masjid sedangkan imam sedang berkhutbah dan muazzin sedang azan dan dia belum solat akan dua rakaat bahawa hendaklah dia solat akan keduanya.” (Kitab Al-Umm)

Dan syarat menunaikan solat tahyat masjid itu ialah ketika orang yang baru masuk ke dalam masjid itu belum lagi duduk.

Dan kata Imam Al-Baghawi :

وَفِيهِ دَلِيلٌ عَلَى أَنَّ مَنْ دَخَلَ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ لَا يَجْلِسُ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ، وَهُوَ قَوْلُ كَثِيرٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ، وَإِلَيْهِ ذَهَبَ الْحَسَنُ، وَبِهِ قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ، وَالشَّافِعِيُّ، وَأَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ: يَجْلِسُ وَلا يُصَلِّي، وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ، وَأَصْحَابِ الرَّأْيِ

Artinya : “Dan pada hadith ini menjadi dalil atas bahawasanya barangsiapa masuk ia dan imam sedang berkhutbah tidaklah dia duduk sehingga dia solat akan dua rakaat. Dan yaitulah pendapat yang lebih ramai daripada ulamak dan kepadanya berjalan oleh Al-Hasan dan dengannya berkata oleh Ibnu ‘Uyainah dan As-Syafie dan Ahmad dan Ishaq . Dan berkata pula oleh sebahagian mereka itu hendaklah dia duduk dan tidak dia solat dan yaitulah pendapat Sufyan At-Tsauri dan Ashab Ar-Ra’yi.” (Kitab Syarah As-Sunnah)

Dan jika masuk seorang ke dalam masjid manakala imam sudah di hujung khutbah yang kedua maka tidak disunatkan lagi dia menunaikan tahyat masjid melainkan berat sangkaannya dia sempat takbiratulihram bersama imam.

Berkata Imam Nawawi :

وَأَمَّا إذَا دَخَلَ دَاخِلٌ وَالْإِمَامُ جَالِسٌ عَلَى الْمِنْبَرِ أَوْ فِي أَثْنَاءِ الْخُطْبَةِ فَيُسْتَحَبُّ لَهُ أَنْ يُصَلِّيَ تَحِيَّةَ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ وَيُخَفِّفَهُمَا وَيُكْرَهُ تَرْكُهُمَا لِلْحَدِيثِ الصَّحِيحِ " إذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يصلي رَكْعَتَيْنِ " وَإِنْ دَخَلَ وَالْإِمَامُ فِي آخِرِ الْخُطْبَةِ وَغَلَبَ عَلَى ظَنِّهِ أَنَّهُ إنْ صَلَّى التَّحِيَّةَ فَاتَهُ تَكْبِيرَةُ الْإِحْرَامِ مَعَ الْإِمَامِ لَمْ يُصَلِّ التَّحِيَّةَ بَلْ يَقِفُ حَتَّى تُقَامَ الصَّلَاةُ وَلَا يَقْعُدُ لِئَلَّا يَكُونَ جَالِسًا فِي الْمَسْجِدِ قَبْلَ التَّحِيَّةِ وَإِنْ أَمْكَنَهُ الصَّلَاةُ وَإِدْرَاكُ تَكْبِيرَةِ الْإِحْرَامِ صَلَّى التَّحِيَّةَ هَكَذَا فَصَّلَهُ الْمُحَقِّقُونَ مِنْهُمْ صَاحِبُ الشَّامِلِ

Artinya : “Dan adapun apabila telah masuk oleh seseorang walhal imam duduk di atas minbar atau berada di pertengahan khutbah maka disunatkan baginya bahawa dia solat akan tahyat masjid dua rakaat dan meringankan akan keduanya dan dimakruhkan dia meninggalkan keduanya kerana hadith : Apabila masuk oleh seorang kamu akan masjid maka jangan dia duduk sehingga dia solat akan dua rakaat. Dan jika dia masuk ketika imam telah berada pada akhir khutbah dan berat sangkaannya jika dia solat akan tahyat nescaya luputlah takbiratulihram serta imam maka jangan dia solat akan tahyat bahkan hendaklah dia menunggu sehingga didirikan akan solat dan jangan dia duduk supaya tidaklah dia dikira duduk dalam masjid tampa melakukan tahyat. Dan jika dia mungkin mendapat solat dan mendapat akan takbiratulihram maka solatlah akan tahyat.

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

28 Dec, 23:30


Seperti inilah telah memperincikan oleh ulamak yang muhaqqiqun setengah daripada mereka itu ialah pengarang kitab As-Syamil.” (Kitab Al-Makmuk)

Dan begitu juga jika ketika masuk seorang ke dalam masjid muazzin sudah memulakan iqamah.

Berkata Imam Al-Imrani As-Syafie :

فإن دخل وقد أقيمت الصلاة أو أقيمت بعد دخوله، وقبل أن يصلي. لم يصل التحية لقوله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إذا أقيمت الصلاة فلا صلاة إلا المكتوبة

Artinya : “Maka jika masuk oleh seorang dan sungguh telah diiqamahkan solat atau telah diiqamah sebelum masuknya dan sebelum dia solat maka tiadalah dia lakukan tahyat masjid kerana sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam : Apabila telah diiqamahkan solat maka tiada solat melainkan yang fardu.” (Kitab Al-Bayan)

SUNAT RINGANKAN SOLAT KETIKA KHUTBAH

Dan apabila seorang itu menunaikan solat tahyat masjid ketika imam sudah mula membaca khutbah sekalipun khutbah yang pertama maka disunatkan dia lakukan kedua rakaat tahyat itu dengan ringan kerana lebih segera kepada menumpukan mendengar khutbah.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. beliau berkata :

جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَهُوَ يَخْطُبُ فَجَلَسَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمُ الْجُمُعَةَ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ ثُمَّ لِيَجْلِسْ

Artinya : “Telah datang oleh Sulaik Al-Ghatfani r.a. pada hari jumaat dan baginda sedang berkhutbah lalu beliau duduk. Maka bersabda baginya oleh Rasulullah solalllahu alaihi wasallam : Apabila telah datang oleh seorang kamu pada hari jumaat walhal imam sedang membaca khutbah maka solatlah akan dua rakaat yang ringan keduanya kemudian hendaklah dia duduk.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan pada setengah riwayat :

فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا

Artinya : “Maka solatlah akan dua rakaat dan ringkaskan pada keduanya.”

Bermula maksud ringankan dan ringkaskan solat itu ialah solat dengan sempurna rukun dan syarat tetapi tidak berlambatan bukannya cepat sehingga tidak sempurna rukun dan syarat serta meninggalkan adab di dalam solat.

Berkata Imam Syafie r.a. :

وَنَأْمُرُهُ أَنْ يُخَفِّفَهُمَا فَإِنَّهُ رُوِيَ فِي الْحَدِيثِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِتَخْفِيفِهِمَا

Artinya : “Dan kami menyuruhnya bahawa dia ringankan kedua rakaatnya kerana sungguhnya diriwayatkan pada hadith bahawasanya Nabi sollallahu alaihi wasallam menyuruh dengan meringankan akan keduanya.” (Kitab Al-Umm)

Dan berkata Syeikh Mustafa Al-Bugha :

أي يخففهما مع الإتيان بهما كاملة الأركان والسنن والآداب

Artinya : “Artinya meringankan kedua rakaatnya serta mendatangkan dengan dua rakaat itu dalam keadaan sempurna segala rukun dan sunat dan adabnya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

wallahua’lam
Kredit : ustaz azhar idrus

Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

15 Dec, 22:10


10 Penyebab Lupa Versi Kitab Ta’limul Muta’alim

1. Melakukan maksiat.
2. Banyak dosa
3. Gila
4. Gelisah/sibuk karena urusan dunia.
5. Makan ketumbar, buah apel masam,
6. Melihat salib
7. Membaca tulisan pada kubur (batu nisan),
8. Berjalan dikerumunan unta
9. Membuang ke tanah kutu yang masih hidup
10. Berbekam pada tengkuk kepala.

sumber: Kitab Ta’limul Muta’alim Karya Al-' Allamah Asy-Syaikh Burhanuddin Az-Zanurji.

Semoga bermanfaat Buat Kita semua Baik Dunia Mahupun Akhirat.

"Barangsiapa yang Menunjukkan Kepada kebaikan Maka dia Akan Mendapatkan pahala seperti pahala Yang Mengerjakan Nya" (HR Muslim No1893).

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ (ﷺ)

Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

15 Dec, 22:08


NIAT MUFARAQAH KERANA ADA URUSAN

SOALAN :

Jika imam baca surah yang panjang adakah boleh saya niat mufaraqah kerana saya ada urusan yang sangat penting untuk diselesaikan?

Dan apakah hukumnya niat mufaraqah dengan tidak ada keperluan apa-apa?

JAWAPAN :

Yang dimaksudkan dengan niat mufaraqah itu ialah makmum yang sedang solat mengikut imam tidak lagi hendak mengikutnya kerana suatu sebab lalu makmum tersebut lakukan solat secara sendirian.

Jika makmum ada urusan yang sangat penting tetapi imam membaca surah yang panjang misalnya maka harus bagi makmum tersebut berniat tidak lagi mengikut imam lalu dia teruskan solat secara sendirian dan beri salam dahulu dari imam kemudian keluar menyelesaikan urusannya.

Dan jika makmum berniat mufaraqah dari imam tanpa sebab maka perbuatannya itu adalah makruh walupun solatnya itu sah.

Berkata Syed Abdul Rahman Ba’lawi :

والحاصل أن قطع القدوة تعتريه الأحكام الخمسة واجبا ، كأن رأى إمامه متلبسا بمبطل وسنة لترك الإمام سنة مقصودة ، ومباحا كأن طول الإمام، ومكروها مفوتا لفضيلة الجماعة إن كان لغير عذر ، وحراما إن توقف الشعار عليه أو وجبت الجماعة كالجمعة اهـ.

Artinya : “Dan kesimpulannya bahawa memutuskan ikutan berjemaah itu bergantung kepada segala hukum syarak yang lima perkara yaitu wajib (yakni wajib mufaraqah) seperti dia melihat imam berbuat suatu yang membatalkan dan sunat kerana imam meninggalkan sunat yang dituntut dan harus seperti imam memanjangkan solat dan makruh yang meluputkan fadhilat berjemaah jika ada ia tanpa uzur dan haram jika terhentilah syiar atasnya atau yang wajib berjemaah seperti solat jumaat.” (Kitab Bughyah Al-Murtassyidin)

Kesimpulannya harus niat mufaraqah contohnya pada masalah imam membaca terlalu panjang atau makmum sakit atau ada baginya hajat.

Makruh niat mufaraqah tanpa sebarang hajat kerana ia menyebabkan luput kelebihan solat berjemaah.

wallahua’lam
Kredit : ustaz azhar idrus

Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

05 Dec, 23:32


Keutamaan Membaca Surat Yasin & Al Kahfi pada Malam dan Hari Juma'at

Sabda Rasulullah SAW :

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ يس فِي لَيْلَةِ الْجُمعَةِ غُفِرَ لَهُ

"Siapa yang membaca surat (Yasin) pada malam Juma'at diampuni dosanya."

Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ .

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Juma’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq."

Sabda Rasul SAW :

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Juma’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Juma'at."

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Juma’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.”

ﻣﻦ ﻗﺮﺃ ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻜﻬﻒ ﻟﻴﻠﺔ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﺃﻭ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﺃﻋﻄﻲ ﻧﻮﺭﺍ ﻣﻦ ﺣﻴﺚ ﻳﻘﺮﺅﻫﺎ ﺇﻟﻰ ﻣﻜﺔ ﻭﻏﻔﺮ ﻟﻪ ﺇﻟﻰ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﺍﻷﺧﺮﻯ ﻭﻓﻀﻞ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ﻭﺻﻠﻰ ﻋﻠﻴﻪ ﺳﺒﻌﻮﻥ ﺃﻟﻒ ﻣﻠﻚ ﺣﺘﻰ ﻳﺼﺒﺢ ﻭﻋﻮﻓﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﺍﺀ ﻭﺍﻟﺪﺑﻴﻠﺔ ﻭﺫﺍﺕ ﺍﻟﺠﻨﺐ ﻭﺍﻟﺒﺮﺹ ﻭﺍﻟﺠﺬﺍﻡ ﻭﻓﺘﻨﺔ ﺍﻟﺪﺟﺎﻝ .

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi di malam juma’at atau hari juma’at, maka ia akan diberikan cahaya kebaikan dari tempat ia membaca tembus memancar sampai ke Mekkah, ia diampunkan dosa-dosa sampai Juma’at berikutnya, ia mendapatkan keutamaan tiga hari berbuat kebaikan, 70 ribu malaikat ramai-ramai memohonkan ampunan kepada Allah untuknya sampai pagi, disembuhkan dari segala penyakit, seperti penyakit dalam, sakit pinggang, kulit tubuh memutih, kusta bahkan terjaga dari fitnah dajjal.

Kitab : Ihya Ulumuddin
Karya Al-Imam Ghazali RA.

Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

22 Nov, 09:27


Lebih kurang 1000 pelajar di markaz saya yang mengikuti pengajian tersebut. Dan saya tidak merasakan lelah mengajarkan Sahih Bukhari kepada mereka. Mereka akan membaca dan mempelajari Sahih Bukhari, saya pula akan menerangkan maksud hadis dan kita lihat hadis sahih Bukhari dijadikan hujah oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, jadi saya mengkaji bagaimana mereka mengeluarkan hukum daripada hadis Sahih Bukhari ini. Kemudian kami akan syarahkan kepada para pelajar selama 3 tahun.

Apa yang saya perhatikan hari ini majlis ini merupakan satu keberkatan yang tidak perlu diragui iaitu kita khatamkan Sahih Bukhari dalam beberapa hari sahaja. Ini mengingatkan saya apa yang diwasiatkan guru saya iaitu Syeikh Hasan ketika tamat pengajian di tempat pengajian beliau

7 ) Pembacaan seperti ini ibarat pembacaan al Quran pembacaan yang berkat, terdapat padanya kemulian yang banyak . Selepas saya keluar daripada universiti, datang kepada saya Syeikh Hasan dan bertanya, dengan kitab apa kalian mulakan pembelajaran ? Saya menjawab, “Biasanya di negara kami memulakan pengajian dengan Tafsir Jalalain atau Fath al Muin."

Lalu guru saya berkata, “Bawakan kemari kitab Sahih Bukhari. Kita mulakan dengan Sahih Bukhari.” Alhamdulillah saya pun mula mempelajari kitab Sahih Bukhari, 60 tahun sebelum ini. Dan Alhamdulillah sehingga sekarang saya mengajarkan kepada anak murid Sahih Bukhari .

8 ) Sekarang saya dalam proses menulis syarah bagi Sahih Bukhari , memetik syarahan dan pendapat daripada ulama terdahulu semisal al Qastallani, al Asqalani dari Fath al Bari, al Aini, dan pelbagai syuruh lagi ke atas Sahih Bukhari . Alhamdulillah telah siap pendahulaan kitab dan insyaAllah saya akan hadiahkan kepada Perdana Menteri . Saya sentiasa mendoakan beliau semoga Alalh berikan kesihatan dan panjang umur dan dihindari dari kejahatan.

9 ) Kamu telah mendengar sanad Sahih Bukhari jadi Saya mengijazahkan Sahih Bukhari melalui periwayatan Abul Faidh Syeikh Muhammad Yasin al Fadani menetap di Mekkah al Mukarramah , Saya mengijazahkan kepada semua Sahih Bukhari dengan sanad yang bersambung kepada Sayyiduna Rasulullah

10 ) Saya juga akan membacakan dan mengijazahkan hadis musalsal bil awwaliah dan musalsal bil mahabbah. Hadis ini menggambarkan kepada kita betapa besarnya kasih sayang dan juga rahmat Allah . Kemudian Syeikh meminta hadirin mengikuti beliau membacakan hadis musalsal bil awwaliah. Saya juga mengijazahkan musalsal bil mahabbah,

‏”‏ يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّكَ ‏”‏ ‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ‏”‏

Maksudnya: ” Wahai Muaz, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu, demi Allah aku mencintaimu.” Kemudian Baginda bersabda: ” Aku wasiatkan kepadamu wahai Muaz, janganlah engkau tinggalkan di penghujung setiap kali solat untuk mengucapkan, ” Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik.”

Kemudian Syeikh pun mengajak hadirin untuk mengikuti beliau bersama-sama mengucapkan doa yang diajarkan Sayyiduna Rasulullah kepada Sayyiduna Muaz :

اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

Saya mencintai kalian semua kerana Allah. Maka katakan bersama-sama saya, Syeikh mengulang semula doa di atas.

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

22 Nov, 09:27


Beberapa point ringkas daripada TAUSIAH MUFTI BESAR INDIA SAHIBUS SAHAMAH ABU BAKAR MALIBARI :

1 ) Syeikh memulakan dengan menyatakan sanadku yang bersambung dengan Amirul Mukminin Ismail b Muhamamd al Bukhari al Ju’fi. Lalu mengulas dengan bab pertama dari Sahih Bukhari.

2 ) Keistimewaan sahih bukhari perbeza dengan kitab lain. Imam Bukhari memulakan Jami Sahih dengan bab Permulaan Penurunan Wahyu kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه واله وسلم melalui perantara Saidina Jibril A.S di gua Hira'. Membawa perutusan bahawa Baginda adalah rasul kepada seluruh manusia . Permulaan Islam dengan bersumberkan wahyu kerana itu Imam Bukhari memulakan kitabnya dengan Permulaan Penurunan Wahyu.

3 ) Pengakhiran setiap manusia bergantung kepada kebaikan dan kejahatan yang dilakukan seeorang, Allah berfirman,

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. Maka Sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.

4)Mengapa perlu kepada perhitungan dan timbangan mizan? Untuk mengajarkan dan memahamkan kita bahawa Allah tak zalim kepada hamba-Nya

Allah berfirman lagi,

ووَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ

Dan (ingatlah) kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil (menimbang amalan makhluk pada) hari kiamat maka tidak ada diri sesiapa pun akan teraniaya sedikitpun.

5) Di timbangan mizan semua amalan kita ditimbang dengan penuh keadilan. Tidak berlebih tidak berkurang. Semua amalan anak adam ditimbang. Sehinggakan perlakuannya, percakapannya, perjalanannya, pergerakkannya, diamnya akan ditimbang.

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -Maka tempat kembalinya ialah neraka "Haawiyah"

5 ) Allah menerangkan dalam ayat ini bahawasanya amalan anak bani adam akan ditimbang. Dan ketika ditimbang amalan solehnya berat dan banyak maka dia ahli syurga, jika amalan buruk yang lagi banyak dan berat maka dia ahli neraka moga Allah memelihara kita. Inilah penyusunan bab Imam Bukhari

6) Ketahuilah wahai saudaraku, Pembacaan Sahih Bukhari di mana-mana negara sekalipun dengan dua metode :

A) samada pelajar membaca hadis di hadapan guru kemudian guru akan memberikan perincian dan syarahan hadis tersebut kepada pelajar ini adalah metode pertama

B) . Cara kedua pula dibaca Sahih Bukhari daripada awal sehingga penamatnya ibarat membaca al Quran. Dibaca kulit ke kulit. Inilahh yang dianjurkan oleh Malaysia.

Alhamdulillah. Hari ini kita akan mengkhatamkan Sahuh Bukhari. Saya memiliki banyak kitab yang menceritakan kelebihan pengkhataman Sahih Bukhari. Ramai dari kalangan wali Allah dan orang soleh bermimpi melihat Imam Bukhari berada dalam satu perhimpunan bersama Sayyiduna Rasulullah di tempat berbeza pada hari khataman Sahih Bukahri. Ini kerana ruh orang beriman seperti yang disifatkan dalam hadis Sahih Bukhari,

قال الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف

Mafhumnya, ruh-ruh ibarat tentera tersusun rapi. Mana-mana yang serasi akan berhimpun (Mereka mengetahui kerohanian sesama mereka) , jika tidak mengenali makan akan terpisah.

6 ) Wahai saudaraku sekalian, aku dua tahun lepas ditimpa penyakit teruk. Berkata seorang doktor kepadaku, “Penyakitmu ini tidak akan sembuh. Hanya sedikit daripada pengidap penyakit ini sembuh”. Tidak berapa lamu aku disembuhkan dari penyakit itu. Saya rasa kesembuhan itu berkat Sahih Bukhari. Selepas kesembuhan itu saya masih meneruskan pengajian Sahih Bukhari sehingga ke hari ini.

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

28 Oct, 23:36


KEUTAMAAN MENCARI ILMU DAN MEMPELAJARINYA

قال الشافعي:

طَلَبُ الْعِلْمِ أَفْضَلُ مِنَ الصَّلَاةِ النَّافِلَةِ

جامع بيان العلم وفضله، ١١٨.

Asy-Syafi'i rahimahullah berkata,

"Mencari dan mempelajari Ilmu agama lebih utama daripada mengerjakan solat sunnah."

[ Jami' Bayani al-'Ilmi wa Fadhlihi, 118. ]

Semoga bermanfaat Buat Kita semua Baik Dunia Mahupun Akhirat.

"Barangsiapa yang Menunjukkan Kepada kebaikan Maka dia Akan Mendapatkan pahala seperti pahala Yang Mengerjakan Nya" (HR Muslim No1893).

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ (ﷺ)

Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

27 Oct, 23:29


Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”

Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.

Sedikit tazkirah... Khas utk kita yg ke arah, di alam, di hujung dan telah melewati 40an.

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

27 Oct, 23:29


Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

21 Oct, 22:38


𝗞𝗔𝗥𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗚𝗔𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗔𝗧𝗨𝗥

• Dari Anas bin Malik Ra, dari Nabi ﷺ dari malaikat Jibril bahwa sesungguhnya ALLAH SWT berfirman;

• Sesungguhnya ada di antara hamba-hamba-Ku yang beriman yang tidak akan baik imannya kecuali menjadi orang yang berkecukupan. Andai Aku buat dia miskin niscaya kemiskinan itu akan merosaknya

• Dan sesungguhnya ada di antara hamba-hamba-KU yang beriman yang tidak akan baik iman-nya kecuali menjadi miskin, andai Aku buat dia kaya, niscaya kekayaan itu akan menghancurkan-nya

• Dan sesungguhnya ada di antara hamba-hamba-Ku yang beriman yang menginginkan masuk kepadaku melalui pintu ibadah,maka aku tahan dia, agar jangan masuk ke dalam dirinya ujub/ atau bangga diri sehingga ujub tersebut akan merosak dirinya

• Sesungguhnya ada di antara hamba-hambaKu yang beriman, tidak akan menjadi baik imannya kecuali dia sihat, andai aku buat dia sakit niscaya sakit tersebut akan merosak-nya

• Dan sesungguhnya ada di antara hamba-hambaKu yang beriman,tidak akan menjadi baik imannya kecuali ketika dia sakit, andai Aku buat dia sihat niscaya kesihatan tersebut akan menghancurkan-nya

• Sesungguhnya Aku-lah ALLAH yang mengatur segala urusan hamba-hambaKu dengan pengetahuan-Ku terhadap keadaan hati mereka para hambaKu. sesungguhnya Aku-lah ALLAH maha mengetahui segala hakikat kebaikan untuk para hamba-Ku .

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Semoga bermanfaat Buat Kita semua Baik Dunia Mahupun Akhirat.

"Barangsiapa yang Menunjukkan Kepada kebaikan Maka dia Akan Mendapatkan pahala seperti pahala Yang Mengerjakan Nya" (HR Muslim No1893).

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ (ﷺ)

Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

20 Oct, 22:06


Kemuliaan Majlis Taklim Bagaikan Taman Syurga

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqah zikir (majlis Ilmu).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

28 Sep, 01:15


BERUBAT DENGAN SEDEKAH

Diantara Sebab-Sebab Kesembuhan Dan Hilangnya Penyakit

Berkata Abu Bakr Al-Khubaazi rahimahullah :

"Aku ditimpa sakit dengan penyakit yang berbahaya, maka tetanggaku yang soleh melawatku, dia berkata kepadaku :
"Amalkanlah sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam :

داووا مرضاكم بالصدقة

Ubatilah orang-orang sakit diantara kalian dengan sedekah"

Dan waktu itu adalah musim panas, maka aku membeli semangka yang banyak. Dan sekelompok orang-orang miskin dan anak-anak berkumpul, dan mereka makan (semangka tersebut) .
Maka mereka menggadahkan tangan - tangan mereka kepada Allah dan mendoakan kesembuhan untukku...
Maka demi Allah, tidaklah aku pada waktu pagi, kecuali aku dalam keadaan sihat, kesembuhan dari Allah tabaaraka wa ta'ala .

Siyar A'lamin Nubala' (18/44)

Join & Follow Telegram
https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

26 Sep, 03:43


MASIH MALAS MENGAMALKAN SUNNAH NABI

Jagalah untuk selalu menggunakan siwak, maka engkau tidak akan mudah sakit dan gigimu terjaga. Jagalah untuk selalu bercelak maka matamu akan terjauhkan dari katarak atau penyakit mata yang lain. Dan lebih dari itu jagalah untuk selalu melaksanakan Sunnah - Sunnah Nabi Muhammad ﷺ dengan perasaan pengagungan dan rindu kepada Nabi ﷺ , sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh para Wali Allah, orang-orang pilihan Allah. Mereka yang memiliki kesiapan hati untuk menerima pemberianNya, maka setiap satu sunnah saja terkandung didalamnya keselamatan dunia akhirat.

[ Nasehat Al Habib Kadhim bin Ja’far Assegaf ]

https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

22 Sep, 08:15


Imam As-Showi menyampaikan sebuah hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ قَالَ هَذِهِ الصَّلاَةَ شَهِدْتُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِالشَّهَادَةِ وَشَفَعْتُ لَهُ

“Barang siapa membaca Selawat Ibrahimiyyah ini maka aku (Rasulullah) akan menjadi saksi bahawa orang tersebut wafat dalam keadaan membawa 2 kalimat syahadat dan aku (Rasulullah) berjanji akan memberikan syafaat kepadanya.”

SELAWAT IBRAHIMIYYAH

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

16 Sep, 04:59


Semoga Bermanfaat

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

16 Sep, 03:42


*KELAHIRAN INSAN BERCAHAYA*

Tahniah kepada sekalian makhluk di atas kelahiran manusia bercahaya yang membawa cahaya ke seluruh alam. Cahaya kerahmatan Baginda ﷺ meliputi seluruh alam. Kita semua diselubungi oleh cahaya kerahmatan Nabi Muhammad ﷺ.

Kisah kelahiran Nabi Muhammad ﷺ dipenuhi dengan cahaya yang menerangi, baik sebelum dilahirkan, ketika dilahirkan dan selepas dilahirkan. Dalam Sahih Muslim, kita diajarkan Baginda untuk membaca Doa Nur iaitu berdoa agar Allah Ta’ala jadikan kita cahaya (وَاجْعَلْنِي نُورَا), maka setentunya Nabi Muhammad ﷺ adalah cahaya kerana mustahil Baginda mengajarkan suatu kebaikan yang tidak ada pada diri Baginda ﷺ.

Imam AbduLlah al-Sharqawi rahimahuLlah dalam Sharh Wird al-Sahr menjelaskan bahawa doa nur ini bukan bererti RasuluLlah ﷺ tidak memiliki nur pada dirinya lalu meminta nur untuk dirinya, kerana sesungguhnya nur adalah merupakan hakikat dirinya, sebaliknya doa ini bertujuan untuk mengajarkannya kepada umat (ta’lim al-ummah).

Mulla Ali Qari dalam Sharh al-Shifa’ (Bab Fi Thana’iLlah Ta’ala ‘alayhi) menyatakan bahawa Doa Nur ini adalah menunjukkan bahawa rohani dan jasmani RasuluLlah ﷺ adalah bersifat cahaya.

Imam al-Zurqani dalam Sharh al-Mawahib menyatakan doa Nur ini menunjukkan bahawa diri Baginda ﷺ dan anggota badannya adalah bersifat cahaya.

Imam Zakariyya al-Ansari (w.926H/1520M) dalam Asna al-Matalib (jil.3, ms.107) dan al-Ghurar al-Bahiyyah sharh al-Mandhumah al-Bahjah al-Wardiyyah berkata bahawa doa nur yang dibuat oleh RasuluLlah ﷺ adalah merupakan bukti bahawa diri Baginda ﷺ adalah diliputi dengan nur.

Al-Qadi ‘Iyad dalam al-Shifa’ bi Ta’rif Huquq al-Mustafa meriwayatkan bahawa Sayyidina Ali r.a. dan Sayyidina Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda “Aku pada asalnya adalah cahaya di hadapan Tuhanku (kuntu nuran bayna yaday Rabbi).” Lalu Sayyyidina Ibnu `Abbas (ra) menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan cahaya dalam hadith ini ialah roh Nabi Muhammad ﷺ dan selanjutnya beliau berkata, “Sesungguhnya Quraish merupakan cahaya di hadapan Allah dua ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s. Bahawa Nur itu memuji Allah dan para malaikat memuji dengan puji-pujian yang Nur itu memuji.” (Al-Shifa’ li al-Qadi ‘Iyadh, Bab Kemuliaan Nasab Nabi)

Mulla Ali Qari rahimahuLlah dalam Sharh al-Shifa’ mengulas bahawa maksud Quraish dalam hadith di atas ialah roh Nabi Muhammad ﷺ.

Ketika Allah menciptakan Nabi Adam, Dia meletakkan cahaya itu dalam sulbinya. Lalu bersabda Rasulullah ﷺ: "Kemudian Allah menurunkanku ke bumi di belakang Nabi Adam iaitu disulbinya, dan Dia menjadikanku berada di sulbi Nabi Nuh ketika beliau di atas kapal, dan melemparkanku ke dalam api ketika berada di dalam sulbi Nabi Ibrahim. Kemudian dia menjadikanku berpindah-pindah dari sulbi yang mulia ke rahim wanita yang suci, sehingga Dia membawaku keluar di antara ibubapaku, mereka tidak tersentuh dengan zina sedikitpun". ( Al-Shifa’ li al-Qadi ‘Iyadh)

Qadi Iyad rahimahuLlah menyebutkan bahawa khabar ini adalah sahih dan disokong oleh syair Sayyidina Abbas dalam al-M’ujam li al-Tabrani.

Sepanjang Ibunda RasuluLlah ﷺ, Siti Aminah mengandungkan Nabi Muhammad ﷺ, beliau tidak tahu yang beliau sedang mengandung kerana sepanjang mengandung Nabi Muhammad, perut Siti Aminah tidak membesar dan tubuhnya merasa ringan sepanjang hamil. (Riwayat al-Dala’il li al-Bayhaqi)

Siti Aminah berkata, “Ketika melahirkan anakku, aku melihat nur keluar memancar dari diriku sehingga menerangi istana Busra di Syam.” (Riwayat al-Darimi, Majma’ al-Zawa’id oleh Imam al-Haythami dan Sirah Ibnu Hisham).

Siti Aminah berkata lagi, "Ketika kelahiran, anakku ini sedang berlutut sambil kepalanya mendongak ke langit dengan matanya terbuka luas, kemudian dia ditarik sebuah tarikan yang datang dari arah tanah lalu dia bersujud". (al-Muntadhim li Ibni Jawzi)

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

16 Sep, 03:42


Wanita yang menyaksikan kelahiran RasuluLlah ﷺ ialah Fatimah binti AbduLlah, ibu kepada Sayyidina Uthman bin Abi al-‘As r.a., ibunya menceritakan bahawa beliau hadir menyaksikan Aminah melahirkan RasuluLlah ﷺ dan ketika kelahiran itu tiba-tiba terdapat cahaya dari langit seperti bintang turun ke dalam rumah Siti Aminah sehingga seolah-olah bintang itu ingin tertimpa ke atas dirinya. Kemudian beliau melihat sinaran cahaya terpancar dari diri Aminah sehingga seluruh rumahnya dipenuhi cahaya. (Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibnu Abi ‘Asim dalam al-Ahad wa al-Mathani, al-Bayhaqi dalam al-Dala’il, Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, Ibnu Abd al-Barr dalam al-Isti’ab, ‘Arfu al-Ta’rif li Ibni al-Jazari, Ibnu Jawzi dalam al-Muntadhim (2/247) dan Ibnu Asakir dalam al-Tarikh)

Wanita lain yang menyaksikan kelahiran RasuluLlah ﷺ ialah ibu kepada Sayyidina Abd al-Rahman bin ‘Awf r.a bernama Shifa’, beliau menceritakan, “Ketika Nabi Muhammad ﷺ telah jatuh di atas tanganku, maka Baginda bersin dan terdengar ucapan ‘rahimakaAllah’ (semoga Allah merahmatimu), lalu terzahir padaku sinaran cahaya yang menerangi segala yang berada di langit dan di bumi sehingga aku melihat cahaya itu, menyinari istana Rom”. (Riwayat Abu Nu’aym al-Isbahani dalam Dala’il al-Nubuwwah dan al-Shifa’ li al-Qadi ‘Iyad)

Setelah pancaran cahaya mula redup, kelihatan disisi Siti Aminah seorang bayi lelaki yang tidak mempunyai kesan darah, tubuhnya bersih dan suci, tiada tali pusat yang bersambung dengan Siti Aminah dan Baginda sudah sediakala berkhatan.

Demikianlah kisah kelahiran Nabi Muhammad ﷺ yang luar biasa. Imam Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan bahawa penampakan cahaya di dalam rumah Siti Aminah, bintang bercahaya yang turun dari langit ke dalam rumah Siti Aminah, pancaran cahaya dari tubuh Siti Aminah ketika kelahiran adalah merupakan tanda-tanda kenabian Rasulullah ﷺ dan alamat kepada penzahiran nur Nabi Muhammad ﷺ.

Semoga cahaya kita disempurnakan dengan keberkatan cahaya Nabi Muhammad ﷺ.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Penghulu Alam.

Kredit : Ustaz Iqbal Zain al-jauhari

https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

08 Sep, 00:31


Bulan Kelahiran Junjungan Baginda Nabi SAW

Alhamdulillah, kita dapat menyambut lagi bulan lahirnya Baginda Nabi Muhammad SAW (ربيع الأول). Sebagai umat baginda Nabi, sangat baik jika kesempatan yang hadir ini dapat kita sama-sama;

1) Ulangkaji Sirah perjuangan baginda Nabi SAW, merasai setiap titisan peluh dan darah, menghargai tiap usaha dakwah dan tarbiah serta berusaha untuk menyambung legasi ini.

2) Memperbanyak selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

3) Menuruti sunnah peninggalan baginda Rasulullah SAW seperti menunaikan solat berjemaah, menjaga hubungan sesama manusia, berlaku ihsan terhadap semua makhluk.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

17 Aug, 00:14


KALAU INGIN HATIMU BAHAGIA, BELAJARLAH MENGENAL ALLĀH
‌‌‎
قال الإمامُ فخْرُ الدينِ الرازي رحمه الله (ت606هـ):
قَلْبُ الْمُؤْمِنِ مُنْشَرِحٌ بِنُورِ مَعْرِفَةِ اللَّهِ تَعَالَى، وَالقَلْبُ إِذَا كَانَ مَمْلُوءًا مِنْ هَذِهِ المعرفة لَمْ يَتَّسِعْ لِلْأَحْزَانِ الوَاقِعَةِ بِسَبَبِ أَحْوَالِ الدُّنْيَا.
أَمَّا قَلْبُ الجَاهِلِ فَإِنَّهُ خَالٍ عَنْ مَعْرِفَةِ اللَّهِ تَعَالَى، فَلَا جَرَمَ يَصِيرُ مَمْلُوءًا مِنَ الأَحْزَانِ الوَاقِعَةِ بِسَبَبِ مَصَائِبِ الدُّنْيَا.

📚 تفسير الفخر الرازي 📚
‌‌‎
Imām Al-Fakhr-ur Rāziy rahimahuLlāh berkata:

"Hati orang mukmin itu bahagia sebab nur ma'rifat kepada Allāh Ta'ālā. Padahal ketika hati itu dipenuhi oleh ma'rifat kepada Allāh, maka ia tak akan muat lagi diisi oleh kesusahan-kesusahan yang diakibatkan oleh keadaan dunia.
Sedangkan hati orang yang bodoh (tentang Allāh), itu sepi dari ma'rifat kepada Allāh Ta'ālā. Sehingga pasti akan dipenuhi dengan kesusahan-kesusahan yang diakibatkan oleh cobaan-cobaan duniawi."

[ At-Tafsīr al-Kabīr ]

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

27 Jul, 01:52


Seseorang yang banyak berselawat, sebenarnya dia banyak mengingati Allah disamping kekasihNya Nabi Muhammad ﷺ.

Maka tidak benar dakwaan sesetengah pihak bahawa siapa yang banyak berselawat bermakna dia lebih banyak ingat Nabi Muhammad ﷺ berbanding mengingati Allah. Kefahaman yang seperti itu adalah terseleweng dari ajaran ulama Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah.

Justeru, amalan selawat ketika terlupa sesuatu adalah merupakan salah satu pelaksanaan kepada perintah Allah didalam al-Qur'an:

واذكر ربك اذا نسيت

Bermaksud: Dan ingatlah Tuhanmu ketika kamu terlupa" (Surah al-Kahfi:34)

Pengkaji hadith moden hendaklah membezakan antara status hadith dengan amalan yang telah diterima pakai oleh para ulama muktabar.

Juga amat penting, pengkaji hadith moden hendaklah membezakan antara maqbul-mardud sesebuah hadith disisi ulama hadith dan ulama fiqh.

Gagalnya memahami perbezaan-perbezaan diatas, maka kekeliruan dan kepincangan ilmu akan terus tersebar dikalangan masyarakat.

iqbal Zain al-jauhari

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

27 Jul, 01:52


MEMBACA SELAWAT KETIKA TERLUPA: SUATU PENCERAHAN

Sebuah posting mendakwa bahawa amalan membaca selawat ketika terlupa suatu perkara adalah amalan yang bersandar kepada hadith yang tidak sahih, maka ia tidak sepatutnya diamalkan kerana sudah memadai hanya berzikir kepada Allah ketika lupa sebagaimana firmanNya:

واذكر ربك اذا نسيت

Bermaksud: Dan ingatlah Tuhanmu ketika kamu terlupa" (Surah al-Kahfi:34)

JAWAPAN

Dakwaan yang dibuat dalam posting tersebut adalah bertentangan dengan praktik ulama muhaddithin yang muktabar Ahli Sunnah wal-Jama’ah terhadap amalan tersebut.

Apa yang menghairankan ialah dakwaan tersebut datang dari kelompok terpencil yang mengaku bahawa mereka tidak menolak hadith da'if biasa dalam hal fadilat aml akan tetapi secara realitinya sikap mereka tetap alergik dengan hadith da'if dalam segenap bab.

Hadith yang menyebut mengenai amalan membaca selawat ketika terlupa sesuatu perkara adalah sebagai berikut :

إذا نسيتم شيئا، فصلوا علي تذكروه إن شاء الله

Bermaksud : "Apabila kalian terlupa sesuatu, maka berselawatlah kepadaku, moga kalian teringatnya semula dengan izin Allah"

(Riwayat al-Daylami)

Status hadith di atas adalah da'if disebabkan terdapat perawi da'if didalamnya bernama Ubaydullah al-'Atki dan Sa'dan bin 'Abdah al-Marwazi.

Walaupun ulama hadith menghukum status hadith ini dengan da' if biasa, tapi masih terdapat kelompok terpencil yang tidak mengikut dengan benar manhaj Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah tetap menolak untuk beramal dengan hadith ini dan melarang orang lain untuk beramal dengannya.

Sedangkan praktik para ulama yang muktabar ialah mereka menerima hadith ini untuk diamalkan dalam bab untuk meraih fadilat amal yang terdapat padanya.

Hadith diatas diterima oleh ulama hadith bernama Imam Ibnu Sunni yang memuatkan hadith diatas dalam kitab beliau berjudul 'Amal al-Yawm wa al-Laylah untuk ianya diamalkan oleh umat Islam.

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam Fath al-Bari (11/169-Bab Selawat keatas Nabi Muhammad ﷺ) ketika membicarakan tentang situasi-situasi yang digalakkan untuk berselawat, beliau berkata:

ومما يتأكد ووردت فيه أخبار خاصة أكثرها بأسانيد جيدة عقب إجابة المؤذن وأول الدعاء.. وعند نسيان الشيء

"Dan antara situasi yang digalakkan untuk berselawat dan terdapat riwayat khusus mengenainya, yang kebanyakannya dengan sanad yang baik, iaitu selepas azan, pada permulaan doa ... dan apabila terlupa sesuatu".

Murid Imam Ibnu Hajar bernama Imam al-Sakhawi dalam kitabnya berjudul al-Qawl al-Badi' turut bersetuju dengan gurunya, beliau berkata:

وأما الصلاة عليه لمن نسي شيئاً وأراد تذكره وكذا لمن خاف النسيان فـعن أنس - رضي الله عنه - قال : قال - صلى الله عليه وسلم - إذا نسيتم شيئاً فصلوا علي تذكروه إن شاء الله تعالى

Maksudnya: Adapun selawat ke atas baginda ﷺ bagi mereka yang terlupa akan sesuatu atau hendak mengingatinya semula dan demikian juga bagi mereka yang takut terlupa, maka hadithnya adalah dari Sayyidina Anas berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda "Apabila kalian terlupa sesuatu, maka berselawatlah kepadaku... ".

Meskipun Imam al-Sakhawi mengakui hadith ini da'if akan tetapi beliau menyokong untuk ia diamalkan bahkan di penghujung bab, beliau membicarakan secara khusus mengenai galakan untuk mengamalkan hadith da’if yang berkaitan fadilat amal dan beliau menukilkan kalam Imam al-Nawawi bahawa ulama hadith dan ulama fiqh telah bersepakat untuk menetapkan mustahab bagi pengamalan hadith da'if yang berkaitan dengan fadilat amal dan targhib wa tarhib selagimana ia bukan hadith palsu.

Berdasarkan hadith yang sama diatas, Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam Jala’u al-Afham (1/429) menyebutkan bahawa antara tempat yang dianjurkan untuk berselawat ke atas Nabi ﷺ adalah apabila seseorang itu terlupa akan sesuatu perkara atau dia mahu untuk mengingati suatu perkara.

Imam Ibn Abidin dalam Radd al-Mukhtar dan Imam Qustullani dalam al-Mawahib menyatakan bahawa berselawat ketika terlupa sesuatu perkara adalah amalan yang mustahab.

Kesimpulan

Amalan selawat adalah termasuk zikru’Llāh iaitu mengingati Allah, bukan sekadar mengingati Nabi Muhammad ﷺ semata-mata.

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

04 Jul, 06:53


Assalamualaikum pencinta ilmu ☺️

InsyaAllah pengajian kita yang pertama akan bermula pada malam ini, Khamis (4 Julai 2024)

Sila klik link Google Meet yang diberikan untuk masuk ke ruangan pengajian:

https://meet.google.com/opw-sdcn-ryv

Berikut adalah tertib pengajian :

9.00 malam : Bacaan Ratib Al-Attas
9.15 malam - 10.30 malam : Pengajian kitab Safinah An-Naja

Peringatan mesra kepada semua jamaah ;

- Sentiasa berpakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan dengan sempurna sepanjang pengajian dijalankan

- Bersedia awal sebelum pengajian bermula

- Disarankan kepada semua jamaah agar membuka kamera sepanjang pengajian dijalankan. Walaupun kita tidak mengaji secara bertalaqqi atau bersemuka secara langsung, tetapi kita mengambil barokah pengajian secara bersemuka didalam talian. Dan ini juga bertujuan agar jamaah sentiasa menjaga adab kepada guru dan adab sebagai penuntut ilmu sepanjang pengajian.

- Sebarang pertanyaan sepanjang pengajian boleh diajukan di ruangan "chat" dan Ustaz akan memberi jawapan dihujung pengajian. Dan disarankan kepada semua jamaah bertanya soalan berdasarkan tajuk yang berkaitan pada masa itu sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan gangguan pembelajaran dan ketidakcukupan masa.

Kerjasama anda sangat-sangat kami hargai.

Sertai "Whatsapp Channel" Dar Al-Yusufi bagi mengikuti sebarang info, hebahan dan perkongsian ilmu.

Link;
https://whatsapp.com/channel/0029VaJPLWbAjPXIr5pJsU31

Semoga Allah merahmati dan memberi futuh kepada semua sepanjang proses menuntut ilmu 🤲🏻

جزاكم الله خيرا
بارك الله فيكم
حيّاكم الله من معرفة


BERADAB.BERILMU.BERAMAL

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

27 Jun, 01:32


Pandangan Imam Malik dengan Imam Syafi'i mengenai rezeki

Imam Malik (Guru Imam Syafi'i) berkata, “Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukuplah bertawakkal kepada Allah, Allah pasti akan beri rezeki. Lakukan bahagian anda dan biarkan Tuhan mengendalikan yang lain ”

Imam Syafii bertanya, “Jika burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimanakah ia mendapat rezeki? Guru dan pelajar sama-sama tetap teguh pada pendapat masing-masing.

Suatu ketika Imam Syafii berjalan-jalan dan ternampak sekumpulan petani menuai anggur. Beliau juga membantu mereka.

Selepas kerja-kerja beliau selesai, Imam Syafii menerima ganjaran berupa beberapa tangkai anggur. Imam Syafii gembira bukan kerana mendapat anggur, tetapi kerana pemberian itu menguatkan pendapatnya.

Imam Syafi'i akhirnya bergegas berjumpa dengan gurunya Imam Malik. Meletakkan semua anggur yang dia dapat, dia beritahu, dan sedikit keraskan ayatnya, “Kalaulah saya tidak keluar dari pondok dan melakukan sesuatu (membantu menuai), anggur itu tidak akan sampai ke tangan saya.

Mendengar kata-kata Imam Syafi'i, gurunya Imam Malik tersenyum sambil mengambil anggur dan merasainya.

Kemudian Imam Malik berkata dengan lembut, “Hari ini saya tidak keluar rumah, hanya mengambil kerja sebagai guru, dan berfikir sedikit jika pada hari yang panas ini saya dapat menikmati sedikit buah anggur. Tiba-tiba awak datang membawa saya sedikit anggur segar. Bukankah ini juga sebahagian daripada rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal kepada Allah, Allah pasti akan beri rezeki. Lakukan bahagian anda dan biarkan Allah uruskan yang lain.

Akhirnya cikgu dan murid ketawa sesama sendiri. Begitulah cara para ulama melihat perbezaan, bukan dengan menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapat mereka. Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua.

http://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

24 Jun, 21:59


HADIS : AMALAN KE SYURGA DENGAN SELAMAT

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ  اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ  وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ  فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ  فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: ( يَا أَيُّهَا النَّاسُ  أَفْشُوْا السَّلَامَ  وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ  وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ  وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ  تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ).

Daripada ‘Abdullah bin Salâm, ia berkata: “Ketika Rasûlullâh ﷺ datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasûlullâh ﷺ telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasûlullâh ﷺ, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (Sunan Tirmidzi no: 2485) Status: Hadis Hasan Sahih

Huraian hadis :

1. Islam itu cantik dan indah. Abdullah bin Salam tertarik dan masuk Islam kerana melihat keindahan Islam yang ada pada diri Rasulullah ﷺ dan apa yang baginda tuturkan.

2. Jadikanlah diri kita sebagai qudwah atau contoh ikutan melalui dakwah bil hal dengan keindahan dan kecantikan Islam pada diri kita.

3. Antara amalan yang menempatkan seseorang kedalam syurga adalah :

• Menyebarkan salam iaitu selalu mengucapkan salam setiap kali bertemu sesama Muslim. Seorang Muslim yang tidak mahu mengucapkan salam setiap kali bertemu dianggap bakhil. Nabi ﷺ bersabda :

أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجِزَ فِيْ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ.

Selemah-lemah manusia adalah orang yang lemah (malas) berdoa kepada Allâh, dan sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam (HR Thabarani dalam Mu’jamul Ausath (no. 5587) dan lainnya. Lihat Silsilah al-Ahâdîts ash-Shahîhah (no. 601). Status: Hadis Hasan

• Memberi makan kepada orang yang memerlukan seperti tetamu, jiran tetangga atau orang yang memerlukan. Orang yang memberi atau bersedekah, nescaya Allah akan menambahkan rezeki kepadanya. Hadis Nabi ﷺ menyebutkan:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ …

Sedekah tidak mengurangi harta…  (Sahîh Muslim No. 2588).

أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

Berinfaqlah! Niscaya Aku akan berinfaq kepadamu.  (Sahîh Bukhâri No: 4684)

• Menyambung silaturahim dengan semua kerabat sama ada melalui perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku.

Al-Arhâm adalah jamak dari rahim. Maksudnya kerabat yang memiliki hubungan kekeluargaan dari ibu atau bapa, seperti datok, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Allâh SWT berfirman :

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ

Bertakwalah kepada Allâh yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan [an-Nisâ’/4:1]

Silaturrahim merupakan sebab masuk syurga. Memutuskan silaturrahim menyebabkan laknat dan jauh dari rahmat Allâh Azza wa Jalla .

• Solat di waktu malam, ketika manusia sedang tidur. Ia mencakupi solat wajib, seperti ‘Isya dan Subuh, juga mencakupi solat sunat malam, kerana malam adalah waktu orang tidur.

Kredit : Perkongsian 1 Hari 1 Hadis

https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

23 Jun, 11:05


Ramai orang tidak menyedari kepentingan talaqqi berguru.

Mereka lebih suka mengutip ilmu daripada Syeikh Google dan Youtube sahaja tanpa berusaha mencari guru yang sebenar.

Keadaan ini sangat membimbangkan kerana akan melahirkan penuntut ilmu yang kurang adabnya dengan guru.

5 Kelebihan Talaqqi Berguru.

1. Kefahaman yang lebih mendalam: Interaksi secara langsung bersemuka dengan guru membolehkan murid memperoleh huraian yang lebih terperinci dan contoh-contoh yang konkrit, lantas membantu mencapai kefahaman yang lebih mendalam terhadap ilmu yang diajar.

2. Pembetulan serta-merta : Guru berupaya membetulkan kesilapan atau salah faham murid dengan serta-merta, sekali gus mencegah kesilapan tersebut daripada menjadi tabiat yang sukar diubah.

3. Penyesuaian kaedah pengajaran : Guru mampu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan dan gaya pembelajaran setiap murid secara individu.

4. Dorongan dan ilham : Interaksi langsung dengan guru yang berpengalaman luas boleh memberikan dorongan dan ilham kepada murid untuk terus menuntut ilmu dan mengembangkan diri.

5. Pemupukan akhlak dan adab : Selain daripada ilmu pengetahuan, murid juga berpeluang mempelajari akhlak dan adab secara langsung daripada guru, yang merupakan aspek penting dalam pendidikan Islam tradisional.

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

23 Jun, 00:55


Adab-Adab Bersahabat

Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya, iaitu bahawa ia:

1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurang-kurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.
3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
4. Menutup keaiban sahabatnya.
5. Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.
6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap-cakap.
8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.
10. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas segala kebaikannya.
12. Mencegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.
13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan dengan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.
14. Memaafkan dari kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.
15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup ataupun setelah ia mati.
16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya setelah kematian sahabatnya.
17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan beban dan tanggungjawab, bahkan hendaklah ia meringankan darinya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.
18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya, dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
20. Memulakan memberi dalam ketika ia menemui sahabatnya.
21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis. Dan hendaklah ia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.
22. Hendaklah ia bangkit mengantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika ia keluar dari rumahnya.
23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai dari percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.

Ringkas kata, hendaklah seorang sahabat itu bermu’amalah atau bergaul dengan sahabatnya seperti cara yang ia suka orang lain bermu’amalah dengannya. Maka sesiapa yang tidak mencintai untuk sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatannya masih tidak ikhlas dan masih mempunyai anasir-anasir (tanda-tanda) munafik dan persahabatan itu akan membawa kebinasaan di dunia dan di akhirat.

Maka inilah adab-adab yang mesti engkau jaga pada hak saudaramu yang engkau jadikan dia sebagai sahabat karib.

Imam Al Ghazali Rahimullahu Taala.

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

10 Jun, 23:10


Zulhijjah dan Keutamaan

Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama.

Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja.  Antara kelebihan di bulan Zulhijjah;

1.  Keutamaan Beramal Soleh Pada 10 Awal Zulhijjah

Rasulullah ﷺ bersabda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi ﷺ baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan

Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya.

2.  Puasa Sunat Arafah Menghapuskan Dosa Dua Tahun

Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah ﷺ bersabda:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih

3.  Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa

Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah ﷺ;

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi ﷺ bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan.

4.  Ibadah Korban Adalah Amal Yang Lebih Disukai Allah Pada Aidil Adha

Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah ﷺ;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Marilah kita merebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini.

https://t.me/AhlulKhidmahChannel

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

09 Jun, 12:33


Mudah-mudahan ajaran seperti ini berada di dalam kerangka Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengembalikan rasa persaudaraan antara Muslimin sesama Muslimin, Muslimin dengan para a'immah dan ulil amri mereka, mengelakkan diri daripada budaya benci-membenci, dalam rangka al-din al-nasihat bi'a'immatil Muslim wa li'ammatihim serta Muslimin dengan pihak lain dalam memberi contoh tentang kecantikan Islam dan keunggulannya. Amin. Wallahu a'lam.

(Al-Fatihah kepada tokoh pemikir dan ilmuwan Islam yang sangat berjasa, Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang kembali ke rahmatullah pada 26 Mac 2013 dalam usia 70 tahun. AL-FATIHAH.)

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

09 Jun, 12:33


Demikian pula cara-cara zikir yang disebut itu adalah hasil pengalaman mereka yang mempunyai kewenangan dari segi kerohanian dan keagamaan dalam umat ini; sepatutnya itu juga tidak menjadi masalah. Demikian juga sepatutnya tidak timbul sikap memandang ajaran sedemikian sebagai ajaran yang tidak mengikut sunnah Nabi Sallallahu alaihi wasallam sebab ajarannya adalah berdasarkan Quran, sunnah dan pengalaman mereka yang muktabar dalam Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Ringkasnya, dalam zaman kegawatan rohaniah dan akhlak, kitab seperti ini perlu dijadikan bahan pengajian dan amalan masyarakat. Sudah tentu orang yang memberi pengajaran itu adalah peribadi yang mempunyai persiapan yang sewajarnya supaya tidak timbul salah penafsiran terhadap isi kandungannya.

BUKAN HANYA UNTUK ORANG ZAMAN DAHULU

Termasuk dalam perkara yang perlu diawasi adalah tanggapan bahawa ajaran yang sedemikian adalah untuk orang zaman dahulu yang banyak masa lapang untuknya beramal; zaman sekarang keadaannya sudah berubah. Ini juga tidak perlu timbul sebab memang diajarkan oleh syeikh ini (dalam Sairus Salikin) bahawa amalan-amalan wirid seseorang itu hendaklah sesuai dengan cara hidupnya. Jika dia sebagai guru maka jagalah tugasnya dalam pengajaran yang mesti dilaksanakan, lalu dia menyusun masanya untuk zikir-zikir dan wirid-wiridnya. Jika seseorang itu sebagai murid yang mempelajari ilmu yang berguna, sama ada ilmu agama atau ilmu umum yang bermanfaat, cari dan susunlah masa untuk zikir dan wiridnya. Kalau dia orang yang berkeluarga dan mempunyai pekerjaan untuk saraan mereka, maka susunlah masa dan carilah peluang supaya kerjanya berjalan dan zikir serta wiridnya terlaksana dengan baik.

Sekiranya dia seorang penjawat awam yang mempunyai urusan dengan masyarakat, carilah masa dan susunlah masa yang sesuai dengan keadaan hidupnya. Asal jangan hidup dalam kelalaian. Kalau dia seorang yang ahli dalam bidang tauhid yang tenggelam dalam pengalaman ketauhidannya, atau ia 'abid yang mempunyai peluang sebesar-besarnya untuk ibadah, dan tidak diganggu oleh perkara-perkara lain dan tidak menyusahkan orang lain, maka dia hidup dengan melaksanakan wirid-wirid dan zikir-zikir yang munasabah dengannya.

Apa yang penting, kita mahu ahli masyarakat Islam hidup dalam keadaan ingat kepada Allah sama ada dia guru, atau murid, atau orang berkeluarga dengan kerjanya, penjawat awam, atau 'abid, atau ahli tauhid yang tenggelam dalam pengalaman rohaninya yang sahih. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita semua dalam kalangan mereka yang taat kepada-Nya, yang mengingati-Nya dan yang melakukan amal kebaikan kepada sekalian makhluk-Nya. Amin.

KITAB YANG DIPERLUKAN DAHULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG

Kembali kepada isi kandungan kitab ini yang sedemikian kental, padat tetapi mencakupi tarbiyah dan ta'dib bagi insan Muslim, ia adalah kitab yang perlu dihadamkan isi kandungannya dan diamalkan ajarannya. Ia diperlukan dahulu, sekarang dan akan datang, sebab risalah ajarannya benar dari dahulu, sekarang dan akan datang, kerana dasar-dasar ajaran dan nilai-nilainya adalah kekal abadi dan serasi dengan ajaran dan fitrah agama dan diri manusia.

UBAT MUJARAB MENDEPANI KEROSAKAN ZAMAN

Ia bagaikan ubat mujarab bagi penyakit kerohanian yang melanda manusia zaman ini, apa lagi ditambah dengan pelbagai falsafah yang mengelirukan seperti falsafah dalam Islam liberal, Islam inklusif dan pelbagai macam bid'ah dhalalah yang sedang melanda umat masa kini.

Maka ajaran kerohanian dan akhlak dalam kitab Hidayatus Salikin dan seumpamanya adalah ubat yang mujarab untuk membantu kita mendepani kerosakan zaman seperti ini.

Kita perlu menyokong penerusan pengajaran dan pengembangan ajarannya, malah menyokong institusi-institusi yang menjayakannya sama ada yang melibatkan tarikat atau tidak.