Cerita Seram Palam @ceritaserampalam Channel on Telegram

Cerita Seram Palam

@ceritaserampalam


Share la cerita seram korang sepanjang kat Palam ni

Cerita Seram Palam (Malay)

Cerita Seram Palam merupakan saluran Telegram yang ditubuhkan untuk penggemar cerita seram dan pengalaman seram di kawasan Palam. Ia adalah tempat yang sempurna untuk berkongsi dan mendengar cerita seram yang sebenar dari orang ramai yang pernah mengalami pengalaman seram di Palam. Jika anda gemar dengan cerita seram dan suka mengkongsi pengalaman seram anda sendiri, ini adalah saluran yang tepat untuk anda! Cerita Seram Palam tidak hanya memberi anda satu platform untuk berkongsi cerita seram anda tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan persepsi unik tentang kawasan Palam dari sudut pandang yang berbeza. Jadi, jika anda ingin merasai ketegangan, ketakutan, dan kehairanan, sertai Cerita Seram Palam sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang menarik ini!

Cerita Seram Palam

11 Aug, 14:32


Hi min & semua, suatu malam saya naik grab sorang pakcik ni sebab saya baru sampai stesen bas ke kolej. Pakcik grab tu cerita la yg dia pernah hantar sorang student perempuan ke uitm waktu malam juga. Pompuan tu tak bercakap langsung diam je. Dahla dia ubah2 tempat nak hantar, sekejap kat kolej sekejap kat bus stop fakulti. Last sekali dia minta pakcik grab tu hantar dia kat belakang fakulti ada tangki air. Pakcik grab tu pelik la kenapa minta hantar kat situ dengan malamnya gelap sunyi dan mana ada orang. Pakcik grab tu tanya kenapa minta hantar sini dia jawab sepatah je “kelas”. Masa tu tengah cuti midsem kut ramai orang balik rumah hari ahad malam kelas apanya. Lepas dah hantar dia pakcik grab tu terus pecut laju dan sempat tengok kat side mirror dah takde pmpuan tu. meremang bulu roma pakcik grab tu pastu pakcik grab tu mengadu la kat kawan2 dia yg buat grab juga. Dorang kata memang uitm tersebut keras tempatnya. Sekian.

Cerita Seram Palam

07 Aug, 17:57


Kisah seterusnya dari admin

Kisah ni terjadi bersama orang yang sama jugak

Btw, kawan aku tu bukan roomate aku. Dia budak NR and tumpang bilik aku sebab nak study sama2. Kebetulan roomate aku dah balik.

Ya, kejadian ni berlaku selepas study week jugak.

Kisahnya begini, kitaorang tengah study dekat meja. Lepastu, member aku pergi membuang hajat besar.

Aku duduk bilik D, sebelah toilet. Kolej mana tu, rahsia.

Btw, aku takdela kena kacau sgt . Tapi lepas study week ni je hantu² tu takde orang nak kacau kut. So dia kacau aku. Tiberk.

Okay sambung.
Masa member aku tu membuang. Aku bau wangi doh. Semerbak bilik aku. Bau tu aku tak pernah bau. Dalam rumah tu aku tak pernah bau, macam bau tu.

Aku pun anggap je la sabun member aku pakai.

Lepastu, member aku masuk , aku tegur la sabun dia wangi. Lepastu dia cam terdiam sikit dan menafikan. Sabun dia tak wangi. Like sabun dia biasa je.

Lepastu aku iyakan je la. Sambung study. Tak lama tu bilik aku bau lagi bau tu.

Aku tanya member aku dia bau tak. Dia bau. Aku cakapla ni bau sabun dia tu. Dia geleng.

Aku diam. Dia diam.

Arh sudah. Diam terus masing2. Sampai bau tu hilang.

Bagus gak la hantu palam ni. Wangi².

Kalau betul la tu bau bukan dari manusia. Aku srs tak pernah bau tu kat rumah aku.


Sekian.

Cerita Seram Palam

07 Aug, 17:36


Kisah ni terjadi pada admin sendiri

Ada 1 hari selepas study week, aku teringin nak burger luar. So, ajak la member cari. Silap kitaorang keluar dalam pukul 12 pagi. And kitaorg baru lepas study ramai2. So lapar gila time tu.

Sah2 la kedai banyak tutup. Tapi kitaorg try n error je. Start motor, cari dekat area hillpark. Yes, memang takde.

Kitaorg pun balik. And masa dekat roundabout labu sayong (roundbound ke kolej) , member ni pusing kat situ .berapa kali tak ingat. Lepastu , try lalu motor dekat laluan pejalan kaki depan rafflesia 1 tu.

Masa atas motor tu rasa lain sikit. Tapi buat tak tahu je la.

Dan silap aku waktu tu, balik je cuci muka , terus gone.

Esoknya, member katil sebelah cakap "tadi pagi kau study apa?"
Dia cakap nampak aku study.

Padahal aku tak study semalam. Lena atas katil.

Member sebelah ni memang jenis cepat tersedar kalau ada lampu dan keadaan panas.

Aku kalau study malam, memang pakai lampu study aku. So dengan si dia yang menyerupai aku tu bukan sekadar menyerupai, TAPI pinjam lampu aku tak mintak IZIN.

Aku termenung gakla. Aku rasa dia ikut masa dekat roundabout labu sayong tu.

Nota kaki: member aku tu tak dan la nak toleh katil aku time tu, sebab dia nampak aku dah study kat meja.

Rajin jugak eh hantu palam ni study. Study bukan paper bashe².

Sekian.

Cerita Seram Palam

07 Aug, 17:09


Korang kalau ada cerita2 seram uitm palam or apa2 je , jangan segan2 utk share kat sini🙆‍♂️

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScM0BdR-6R1naIm1wJafF05Q4CakzLeAnUe2I3wiMeRPGGb-w/viewform?usp=pp_url

Cerita Seram Palam

07 Aug, 17:09


Semoga tuan milik cerita ni sambung lagi cerita dekat rumah tu🙋‍♀

Cerita Seram Palam

07 Aug, 17:08


Hi peminat cerita seram palam👾

Cerita Seram Palam

28 Apr, 16:12


Korang kalau ada cerita2 seram uitm palam or apa2 je , jangan segan2 utk share kat sini🙆‍♂️

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScM0BdR-6R1naIm1wJafF05Q4CakzLeAnUe2I3wiMeRPGGb-w/viewform?usp=pp_url

Cerita Seram Palam

17 Mar, 15:53


Deria keenam

Credit to: Syahirah Zakaria & Arkib Angker Negara

Cerita Seram Palam

17 Mar, 15:52


Budak perempuan dan buku lusuh 2

Credit to: Syahirah Zakaria & Arkib Angker Negara

Cerita Seram Palam

17 Mar, 15:50


Gelang loceng

Credit to: Syahirah Zakaria & Arkib Angker Negara

Cerita Seram Palam

17 Mar, 15:49


Almari besi

Credit to: Syahirah Zakaria & Arkib Angker Negara

Cerita Seram Palam

17 Mar, 15:45


Misteri Jawatankuasa Perwakilan Kolej


Credit to: Syahirah Zakaria & Arkib Angker Negara

Cerita Seram Palam

17 Mar, 15:43


Budak perempuan dan buku lusuh

Credit to: Syahirah Zakaria & Arkib Angker Negara

Cerita Seram Palam

17 Mar, 15:40


Sesat di tingkat 3

Credit to: Syahirah Zakaria & Arkib Angker Negara

Cerita Seram Palam

17 Mar, 15:39


Kolej Rafflesia 3

Credit to: Syahirah Zakaria & Arkib Angker Negara