JUMAAT | 29 NOVEMBER 2024
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. ๐
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin memaklumkan bahawa kami sedang mengambil langkah proaktif untuk menangani isu yang timbul antara pengguna Grab Student dan pengusaha shuttle bas kampus Alor Gajah. Kami memahami bahawa situasi ini telah menimbulkan ketegangan.
Oleh itu, kami ingin menyeru semua pihak untuk:
1. Tidak membuat sebarang kenyataan terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan atau mencetuskan salah faham.
2. Memberikan ruang kepada MPP dan pihak pengurusan untuk mencari solusi serta jalan penyelesaian terbaik yang mengambil kira kepentingan semua pihak.
3. Menyampaikan pandangan atau aduan secara rasmi melalui saluran yang disediakan oleh MPP.
MPP sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk memastikan isu ini diselesaikan dengan adil dan harmoni. Keutamaan kami adalah untuk memastikan kesejahteraan serta kemudahan semua warga UiTM Kampus Alor Gajah tanpa menjejaskan mana-mana pihak.
Kami berterima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda dalam menangani isu ini. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi MPP.
Sekian, terima kasih.
โMAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUALโ
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Alor Gajah
Sesi 2024/2025