Cebisanliciouz @cebisanliciouz Channel on Telegram

Cebisanliciouz

@cebisanliciouz


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Cebisan dari Lyaliciouz

Cebisanliciouz (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram 'Cebisanliciouz'. Saluran ini adalah tempat di mana anda boleh mendapatkan cebisan terkini dari Lyaliciouz, seorang pengasas berbakat yang menghasilkan karya seni yang menakjubkan. Dalam saluran ini, anda akan diperkenalkan kepada dunia kreatif Lyaliciouz melalui cebisan unik dan menarik yang dibagikan secara berkala. Lyaliciouz dikenali dengan gaya kreatifnya yang unik dan inovatif, menjadikan setiap cebisannya satu karya seni yang memukau. Jadi, jika anda mencari inspirasi atau ingin menyaksikan karya-karya terbaru daripada Lyaliciouz, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran ini. Sertai kami sekarang untuk mendapatkan akses eksklusif ke cebisan-cibisan yang pasti akan mengagumkan anda!

Cebisanliciouz

27 Jan, 07:16


saya rasa saya malas nak sambung biskut HAHAHAH😔

Cebisanliciouz

25 Jan, 16:07


saya dah post di ig!

Cebisanliciouz

23 Jan, 15:52


jangan risau akan ada batch kedua😘

Cebisanliciouz

23 Jan, 15:51


am really sorry sebab tak dapat bagi banyak

Cebisanliciouz

23 Jan, 15:51


mungkin ahad depan, insyaAllah saya akan laksanakan

Cebisanliciouz

20 Jan, 08:30


coming soon🙈

Cebisanliciouz

17 Jan, 14:05


saya dah dapat saya punya, kamu bagaimana?

Cebisanliciouz

04 Jan, 07:37


tadi ada user Mr K Hairie, something like that dia comment tentang bantuan. Jangan terpedaya ya semua

Cebisanliciouz

04 Jan, 07:37


hati-hati ya semua

Cebisanliciouz

04 Jan, 07:37


tiba-tiba ada bantuan 2000😇

Cebisanliciouz

04 Jan, 07:36


haih, channel pun dah tak selamat sekarang

Cebisanliciouz

25 Dec, 14:38


saya rasa penulisan saya dah kaku

Cebisanliciouz

25 Dec, 14:37


“Busy ke tu?” Sikit lagi spatula di tangan Embun tercampak.

“Encik ni kalau mangkuk ni jatuh macam mana? Satu hal pula nak bersihkan dan buat yang baru.” Automatik Embun membebel. Qashaf yang berdiri di samping gadis itu sudah tercengang.

Dia kena marah?

“Ok, aku minta maaf.” Embun menjeling lelaki itu tajam.

“Yang encik datang sini buat apa?”

“Saja melawat kawasan.” Matanya melilau ke sekeliling. Semua orang sibuk nampaknya.

“Sibuk je,” gumam Embun.

“Wait, apa kau cakap?”

“Tak ada apa.”

“Kau cakap aku handsome?”

“Eee, tak ada masa lah! Boleh tak encik kacau orang lain. Saya sibuk ni. Tak pun encik balik. Tak kena sangat orang pakai macam ni masuk dapur.” Tangan Embun menunjuk kepala hingga ke kaki Qashaf. Dengan berkemeja, bertali leher pakej sekali dengan blazer garis-garis.

“Kau halau aku?”

“Ya. Saya halau encik. Boleh encik pergi?”

“Tak nak.” Qashaf tarik kerusi yang disediakan untuk Embun dan melabuhkan duduk betul-betul di sebelah Embun.

Nak tak nak Embun teruskan saja kerjanya. Kalau dilayan Qashaf tak jadi apa kerjanya.

Cebisanliciouz

25 Dec, 14:37


BISKUT | 5

“Bos, bos!” Embun yang sibuk menguli tepung menjongketkan keningnya.

“Ada orang nak jumpa.” Berkerut dahi Embun. Siapa pula ni?

“Siapa? Awak kenal tak?”

“Tak kenal tapi segak do'oh!” Reena, pekerjanya itu sudah tersenyum gedik.

Dan sekarang sejak bila Embun ada kenalan yang handsome?

“Awak suruh dia duduk dulu, saya nak siapkan ni sekejap.” Reena angguk laju sebelum cepat-cepat dia kembali ke kaunter.






“Kenapa tiba-tiba datang sini?” soal Embun tanpa aba-aba.

“Kau ni sama je kan perangai? Garang betul.” Kening Qashaf terangkat tinggi. Bibirnya tersenyum sinis.

“Encik Qashaf boleh tak beritahu je apa tujuan encik ke kafe saya ni?” Banyak bunyi sangat mamat depan dia ni, serabut!

“Aku nak order 1000...” Ayatnya digantung sambil mata melilau ke kaunter.

Chocolate cupcake tu.” Jarinya ditujukan ke arah kek cawan coklat yang elok tersusun dalam countertop food display cabinet kafe itu.

“Tiga hari lagi, event aku tiga hari lagi,” sambung Qashaf lagi. Tangannya naik memeluk tubuh. Hujung rambutnya yang menyentuh kening dikuis.

“W-wait... what?” Terbuntang mata

“Aku tahu kau dengar.”

“Daripada mana encik tahu yang saya buka kedai ni sebenarnya?” Pelipisnya diurut. 1000 cawan dan lusa?

Kedai dia kedai kecil saja! Mana mampu nak buat 1000 kek cawan dalam masa 2 hari.

“Dato' Abid.” ABAH!

“Maaf, tapi saya terpaksa tolak tawaran encik-”

“RM 20 ribu. Aku bayar 20 ribu.”

“Bukan tu masalahnya.”

Then?

“Kafe saya ni cuma kafe kecil. Saya tak cukup pekerja dan oven. Tak sempat untuk kami siapkan semua tu dalam masa 2 hari walaupun saya tutup kafe.” Qashaf terdiam sebentar. Jarinya diketuk-ketuk pada skrin telefon.

“Hm, berapa biji oven dan orang yang kau perlukan?”






“Cik Embun?” Seorang lelaki yang mungkin lewat 20-an menegurnya formal.

“Ya.”

“Saya Fateh, pembantu peribadi Encik Qashaf. Pekerja tambahan dan barang-barang yang cik perlukan semua dah ada dekat dalam.” Embun mengangguk. Inilah kerja gila yang Qashaf buat. Beri dia satu gudang hanya untuk siapkan tempahan lelaki itu.



“Give me your phone number.”

“Encik nak buat apa?”

“Nak jual.” Berkerut dahi Embun.

“Aku akan sediakan apa yang kau perlukan. Jadi, aku perlukan nombor telefon kau untuk bagitahu sebarang maklumat lanjut. Faham?” terang Qashaf. Banyak tanyalah Embun ni. Masuk dalam guni baru tahu.

“Kenapa encik nak sangat order dengan saya? Carilah orang lain.” Dia bukan apa dia takut dia tak mampu nak beri yang terbaik. Tambah lagi, dia tak nak susahkan pekerja untuk berkerja lebih waktu.

“Embun, aku baru je sampai Malaysia. Aku malas nak fikir banyak. Aku penat. So, please tolong aku.”
Wajah Qashaf dipandang. Memang nampak sangat penat. Apa kerja lelaki ni? Tipikal drama melayu ke warisi syarikat keluarga?




“Bos, siapa sebenarnya lelaki hari tu?” soal Kamarul. Salah satu pekerja Embun yang sudah lama berkhidmat dengannya.

“Dia kenalan saya. Dah jom buat kerja.” Embun dan para pekerjanya memasuki gudang itu. Seperti yang dijanjikan Qashaf, semuanya lengkap. Daripada bahan yang Embun senaraikan sehinggalah manusia-manusia tambahan yang diperlukan.

Di bahagian hadapan gudang itu terdapat sebuah pentas. Mikrofon turut disediakan.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya Embun, pemilik Kafe Udarakasa. Jadi, tugasan kita semua sepanjang dua hari ini adalah menyiapkan 1000 kek cawan yang saya namakan sebagai Bekas Manes.” Suara Embun bergema pada segenap pelusuk gudang itu.

“Jadi marilah kita berkerjasama!” ujar Embun dengan senyuman lebar. Mereka semua bersorak.

Cebisanliciouz

22 Dec, 17:32


🤍

Cebisanliciouz

22 Dec, 17:31


sihat-sihat selalu

Cebisanliciouz

22 Dec, 17:31


assalamualaikum semua, saya rindu kamu semua haha🥲

Cebisanliciouz

27 Nov, 09:39


insyaAllah, nanti saya buat giveaway airport meet-cute untuk semua🤍

Cebisanliciouz

27 Nov, 09:39


tolong doakan kesihatan saya🥲 dah berminggu saya tak baik-baik demam ni, agak merisaukan. minggu depan saya ada hal mustahak yang kena selesaikan😭 kalau sakit macam tak best pula nak buat kerja🥹 doakan saya ya🤍

terima kasih semua.

sayang kamu.🤍

Cebisanliciouz

27 Nov, 09:37


saya sebenarnya nak minta pertolongan sikit kepada kamu semua

Cebisanliciouz

27 Nov, 09:37


Assalamualaikum semuaa

Cebisanliciouz

26 Nov, 09:20


https://lawalingopub.ordersini.com/view/s/airport-meet-cute-kompilasi-10-cerpen-preorder?fbclid=PAY2xjawGycVpleHRuA2FlbQIxMAABpuJcfh2ZtdOaG0k99uS9K7KV8klIshZChPiqM2MF32UKwESc7TGpqdEZ9A_aem_xnaaBEOPpgPHyeQJ1q05wA


nah link

Cebisanliciouz

26 Nov, 08:46


LL post semalam tapi saya baru sempat tengok hari ni sebab semalam awal-awal dah berlayar

Cebisanliciouz

26 Nov, 08:46


🕊

Cebisanliciouz

22 Nov, 16:50


“Assalamualaikum, uncle.” Tangan Tuan Abid dikucup.

Jarang nak nampak anak orang kaya cium tangan orang ni.

Tambah 1 markah.

“Lama tak nampak you Muhammad.”

Jadi betullah ini Tengku Muhammad. Seperti dikatakan bonda, lelaki dihadapannya ini memang lelaki idaman dia.

“Ini anak uncle. Embun namanya.”

Nice name.”

Actually we have met before this right, Miss Embun?” Wajah Embun berkerut. Lelaki itu pun rasa benda yang sama?

I'm really sorry, Tengku. But I don't really remember.” Sopan dia meminta maaf.

No need to call me Tengku. Qashaf. Panggil Qashaf je.” Lelaki itu...ukir senyuman sinis. Dia kenal senyuman ni.

Dang!

Dia dah ingat. Ini mamat mangga muda dulu tu!

“Dah ingat dah?” Sarkastik. Dia bagai tahu yang Embun baru teringat akan insiden tersebut.

Mission abort! Bukan taste dia. Lelaki ini BUKAN taste Embun dah.

“Jumpa dekat mana?” soal Tengku Iskandar.

“Kami-”

“Hospital. Hospital abah. Terserempak je.” Laju Embun menyela.

Menyesal. Itu apa yang dia rasa sekarang.

Dia nak balik. Teruskan hidup sampai terlanggar mamat yang tak dikenali. Tumpah kopi dan tukar nombor telefon.

Dia tak minat Tengku Muhammad!

Cebisanliciouz

22 Nov, 16:50


BISKUT | 4

Seperti yang dirancang, Embun ikut abah dan bondanya ke majlis makan malam syarikat kawan abahnya.

“Kenapa kau nak sangat ikut? Gatal sangat tiba-tiba ke apa?” soal Armada yang elok meniarap di atas katil Embun memandang kakaknya yang sedang memperkemas tudung.

It's all about plan. Kau pun tahu akak memang ikut plan hidup dan plan hidup akak, 25-26 tahun akak dah kena kahwin.” Embun. Sejak sekolah menengah lagi dia sudah rangka plan hidup.

Buka kafe pada usia 23 tahun. Itu semua sudah dia rancang dan alhamdulillah Allah benarkan dia untuk laksanakan segala rancangan yang telah dibuat.

“Bukan ke perempuan bekerjaya selalunya sibuk dan tak sempat fikir pasal kahwin? Aku ingat kau nak kahwin umur 30 tahun dan ke atas.” Ini pengakuan jujur. Banyak kali kakak dia menolah lelaki-lelaki yang boleh dikatakan mempunyai kestabilan ekonomi jadi dia ingat kakak dia tak berminat nak kahwin awal.

“Bilanya aku nak ada anak? Semakin kita tua, peratusan nak mengandung pun berkurang tau? Takkan umur 40 lebih baru aku nak hantar anak pergi sekolah?”

“Kau nampak sangat desperate, kak,” komen Armada.

Actually, yes i do desperate. But ini cuma ikhtiar. Bonda kata he is my type. So, why not we try?”

“Kalau dia dah berpunya?” soal Armada lagi.

Then we pass. Jalani hidup sampai terlanggar mamat tak kenal. Tumpah kopi. Tukar nombor. Kahwin.”

“Aku langsung tak faham jalan pemikiran kau. Pelik.” Dia mula terlentang. Memandang siling.

“Embun, dah siap ke?” Puan Dara menjengah bilik si anak dara.

“Dah. Dah nak pergi ke?”

“Ya. Abah dah tunggu dekat bawah. Cepat sikit.”

“Oh, jom.”

“Bye, Armada adikku tersayang. Kau dah boleh berambus dari bilik aku ya? Aku nak tutup ni.”








Embun.

Dress berwarna krim dan shawl yang digayakan simple. Aura feminine yang cukup menyerlah.

“Ini anak you? Lama tak nampak! Makin cantik!” Wanita tua yang mungkin sebaya dengan ibunya itu dihadiahkan senyuman. Dia tak ingat pula dia pernah berjumpa dengan Puan Sri dihadapannya ini.

Mata mula melilau. Mencari lelaki yang diceritakan oleh bondanya.

Tinggi. Kulit sawo matang. Mempunyai jambang halus. Matanya dikecilkan. Mana? Takkan tak dijemput kot?

“Embun.” Terhenjut bahunya apabila Tuan Abid menegur. Terus dia berpusing.

“Inilah anak perempuan aku tu. Ha, Embun ini Tengku Iskandar.” Di sisi Tuan Abid ada seorang lelaki tua. Sama seperti abahnya, lelaki itu pun tidak ditelan usia. Pakaiannya rapi. Rambutnya masih banyak dan disikat kemas.

Uish, old money!

Di sebelah lelaki itu pula ada seorang wanita yang boleh dikatakan muda. Mungkin tua sedikit daripada dia? Anaknya mungkin.

Hi, Embun. How are you?” Ramah pak cik ni.

Alhamdulillah, I'm good, Tengku.”

“Tak payahlah bertengku-tengku. Panggil uncle saja.” Embun angguk mesra.

This is my wife. Durra.” Jujur rahang dia bagai mahu jatuh. Wife? Isteri?

Muda gila!

“Hi.” Dalam terkejut, dia masih menghulurkan tangannya pada wanita tersebut. Dia sendiri tak tahu nak panggil apa. Kalau Tengku Iskandar dia panggil uncle dah tu takkan wanita muda ini mahu dipanggil aunty?

Aneh.

Oh, ya. How old are you, Embun?” Tiba-tiba Tengku Iskandar bertanya.

25 this year.” Embun jawab dengan senyuman.

“Uncle ada anak lelaki, 28 this year. Wait a minute.” Lelaki itu berpaling. Bagai tercari sesuatu sebelum tangannya melambai pada satu arah.

Tak lama ada seorang lelaki mendekati mereka.

Tengku Muhammad ke ni?

Tinggi. Berkulit sawo matang dan berjambang nipis. Wajahnya nampak sombong. Seperti Tengku Iskandar rambutnya tersisir rapi.Yang penting, tidak berkaca mata bulat.

Tapi entah mengapa Embun bagai pernah berjumpa dengan lelaki ini.

Di mana ya?

Cebisanliciouz

22 Nov, 10:59


ingat tak saya pernah masuk contest by lawalingo?

inilah dia. hadiah hujung tahun yang saya pernah beritahu.❤️

Cebisanliciouz

18 Nov, 09:57


dah lama tak rasa macam ni. hari-hari tulis series.

Cebisanliciouz

18 Nov, 09:57


“Eh, abah dah balik!” Embun mula menggedik. Dia memang manja dengan abahnya. Dia ada satu abah je lain lah kalau ada banyak abah.

“Dah kikis duit abah, barulah nak melekat dengan abah.” Dato' Aabid menjeling anak daranya itu.

“Ish, abah ni. Embun beli 1 beg je, isteri abah yang shopping sakan tadi.” Lengan Dato' Aabid masih dirangkul kemas.

“Sebenarnya Embun nak apa daripada abah?” Straight to the point. Embun memang manja tapi kalau dah terlebih-lebih macam sekarang ni pasti ada niat lain.

“Saja je nak tanya. Bila abah ada event lagi?” Lengan abahnya dicucuk-cucuk. Puan Dara hanya tergeleng-geleng melihat gelagat si anak.

“Kenapa tiba-tiba tanya? Kamu nak sponsor ke?”

“Ish, abah ni Embun ni cuma pemilik kafe je. Mana maunya nak sponsor event-event abah tu.”

“Dah tu? Kamu nak ikut? Selama ni abah ajak bukan main banyak alasan kamu bagi.” Embun tersengih sumbing.

“Mana tahu kot-kot terjumpa...”

“Terjumpa apa? Jodoh? Eee, kak kau pendeklah. Kat event abah tu kalau ada yang muda pun mesti taste dia at least macam Zahirah Macwilson tu.” Armada menyelit. Tempoh hari Embun ada mengadu semua lelaki yang cuba dekati dia semua tak seperti yang dia mahukan. Semua 'aneh'.

Fazrin, umur 30, seorang jurutera. Dah sempurna tapi satu perkara yang kakak dia tak suka adalah...

Terlalu manja.

Embun cepat rimas dengan lelaki yang clingy.

Rayyan, 27 tahun, seorang veterinar, tinggi, tapi nerd. Rambut sikat tepi dan pakai cermin mata bulat. Dan ya, kakak dia tolak sebab lelaki itu nerd.

Dan ramai lagi.


Tak sedar diri dia pun pendek macam tin sardin.

“Kau diam sebelum aku sumpah kau jadi batu, Armada. Jangan jadi adik derhaka. Aku potong gaji kau nanti.” Armada baru berumur 19 tahun dan sekarang berkerja sambilan di kafe dia. Katanya nak cari duit poket. Kawan-kawan dia di universiti masing-masing berkerja jadi memang tiada siapa dapat teman dia lepak. Baik dia kerja.

“Dah tak payah bergaduh. Bulan depan abah ada event. Kamu nak ikut?”

“Ada Tengku Iskandar tak?” Laju dia menyoal. Entahlah, dia rasa sangat tertarik dengan cerita Puan Dara petang tadi.

“Manalah abah tahu dia dijemput ke tidak. Kenapa? Jangan cakap kamu minat dekat dia Embun.” Wajah Embun dipandang curiga. Jangan cakap Embun ada affair dengan Tengku Iskandar. Laki orang tu!

“Abah! Takkan Embun nak suka orang tua kot?” Dia baru 25 tahun. Ate gila suka dekat Tengku Iskandar yang pasti sebaya abah dia.

“Kamu tu yang dok beria sangat tanya pasal Tengku Iskandar.”

“Dia ada... anak lelaki eh?”

“Muhammad?”

“Hah?”

“Anak dia, Tengku Muhammad.”

“Oh... Umur berapa?”

“Entah, tak pasti pula abah. Baya-baya kamu jela rasanya.”

“Lagi tua atau lagi muda?”

“Rasanya lagi tua.”

“Handsome?”

“Eh. Yang tanya banyak sangat ni kenapa? Kamu kenal ke Tengku Muhammad tu?” Berkerut dahi lelaki itu.

“Tak.”

“Habis tu macam mana kamu tahu pasal dia.”

“Bonda.” Kedua-dua jari telunjuk dihalakan pada Puan Dara yang santai duduk di sofa sambil menonton drama.

Cebisanliciouz

18 Nov, 09:57


BISKUT | 3

3 TAHUN KEMUDIAN

“Bonda.” Panggil Embun tiba-tiba. Puan Dara yang sedang membelek beg tangan jenama Bonia itu terus menoleh.

“Agak-agakkan, bonda akan jodohkan anak bonda dengan anak kawan-kawan bonda tak?” Berkerut seribu wajah wanita itu. Embun ni memang kadang-kadang aneh.

“Kenapa tanya? Kamu nak bonda jodohkan kamu dengan anak kawan bonda ke?” Saja dia soal. Kalau anak dia mahu apa salahnya kan? Ramai juga yang berkenan dengan Embun. Walaupun anaknya itu kecil saja orangnya dan tak memenuhi kriteria super model.

Bukan nak kecam anak tapi ini kenyataan. Anak dia tak tinggi tetapi normallah untuk wanita di Malaysia.

“Ergh tak nak. Anak-anak kawan bonda tu semua nampak nerd dan kaku. Not my taste! Embun tanya je. Kalau bonda tak ada terfikir alhamdulillah. At least suami Embun tak nerd dan kaku.” Dia sebenarnya bosan bila tak berbual. Rasa aneh bila dari tadi senyap saja.

“Kalau Bonda nak jodohkan kamu terima ke?”

“Bonda kalau dah buat keputusan bermacam cara bonda buat untuk pastikan Embun terima.”

“Tapi...” Sekali lagi wanita itu berhenti membelek beg tangan di situ.

“Ha.”

“Ada seorang anak kawan Abah.” Embun jadi teruja.

“Kenapa dengan dia?”

“Budaknya tak nerd. Nampak macam okay. Macam taste Embun.” Bahu Embun dicuit dengan senyuman sebelum keningnya diangkat-angkat.

“Serius? Siapa? Embun pernah jumpa ke? Kenapa Embun tak tahu selama ni?” Bertubi-tubi soalan ditanya. Puan Dara memang dah hafal ciri-ciri jejaka idaman dia dan dia sangat percaya kalau Puan Dara sendiri yang beritahu dia.

“Bonda tak tahulah nama dia apa. Bonda nampak dia waktu pergi event. Kalau tak silap anak Tengku Iskandar.”

“Tak pernah kenal pun Tengku ni.” Kali ini Embun pula membelek beg yang menarik perhatiannya.

“Abah ada cerita yang dia dulu duduk dekat UK sekarang baru balik Malaysia.”

Fuh, semak do'oh!”

“Dah lama dah dia balik Malaysia. Cuma entah katanya baru jumpa balik. Kawan sekolah menengah katanya.”

“Bila ada event lagi?” soal Embun. Teruja.

“Tanyalah abah. Bonda tukang ikut je.”

Cebisanliciouz

16 Nov, 10:18


and also im thinking about biskut plot, berbeza seperti healer dan sugar yang at least saya ada target cerita, malangnya biskut saya tak habis fikir lagi tapi saya dah ter'schedule' date yang awal sangat untuk telegram send👍

Cebisanliciouz

16 Nov, 10:16


saja nak beritahu sebab tak nak channel ni sendu

Cebisanliciouz

16 Nov, 10:16


saya happy hari ni

Cebisanliciouz

13 Nov, 14:39


update for BISKUT will be reallyyy sloww since saya tulis untuk hilangkan rindu nak menulis🤓

Cebisanliciouz

13 Nov, 14:15


kepada penghuni lama mungkin dah pernah baca haha😌

Cebisanliciouz

13 Nov, 14:15


“Ada aku cakap kau tanya ke? Aku serabut dengar kau dari tadi terencik-encik. Bernanah telinga.” Ujar Qashaf tidak mahu kalah. Rosaklah reputasi dia kalau kalah dengan perempuan tak cukup protein di hadapannya itu.

“Ha? Bernanah? Better Encik Qashaf refer pada doktor. Alang-alang dah dekat hospital ni. Bukan apa takut jadi pekak pula. Ada karang lebih ramai yang kena jerkah dengan suara tercekik mikrofon encik tu.” Puas. Itu apa yang dirasakan oleh Embun. Dari tadi lelaki itu sahaja yang berpeluang mengkotak-katikkan dia. Ha, lawanlah lawan. Ini Embun Sherine anak Pak Abid dan Mak Dara lah!

“Kau memang kaki ponteng sekolah eh? Sampai tak faham bahasa kiasan. Nama bukan main melayu lagi.Apa kata kau daftar sekolah balik. Kesian aku tengok” balas Qashaf pedas. Sakit hatinya berlawan mulut dengan Embun.

“Ha, itulah. Bila jumpa encik ni tiba-tiba saya rasa otak saya hilang. Encik curi ke? Manalah tahu kan encik tak ada o…oups!”

“Kau ni kan…”

“Malaslah tengok muka mangga muda encik ni. Saya banyak lagi kerja selain nak tengok dan bergaduh dengan encik yang jelas tak bagi apa-apa manfaat pada saya. Saya pergi dulu.” Satu lagi biskut dihulurkan pada Qashaf. Anggap sahajalah dia sedekah pada hari Jumaat yang indah ini.

“Bye,Syha!” ucapnya sebelum meloloskan diri ke dalam lif. Takut terlepas mulut harimau masuk mulut buaya. Kenapa terbalik? Sebab seorang lagi lelaki tu memang buaya tahap mytic! Bahkan dia lebih rela hadap spesies mamat mulut puaka macam lelaki tadi dari hadap Si Buaya Ting Tong tu.

“Nah, ambil ni biskut kau. Kenapa masa Kak Embun tu bagi kau tak nak ambil? Buat macam aku nak dera kau aje kalau kau ambil.” Biskut Embun diserahkan pada Syha. Tersenyum lebar Syha dibuatnya.

Do you like her, Abang Qash?”

Stop talking nonsense, Syha. We’re just argued and out of nowhere you tanya if I like her? Banyak sangat Mummy you pengaruh you dengan drama.” Qashaf geleng kepala. Plastik biskut di tangannya dia tenung, Bibirnya melepaskan tawa halus. Dia baru sahaja bergaduh dengan minah sesat. Unbelievable.

“No. You like her. I’ve seen her before.”

“Where?”
Budak ni kenal ke perempuan tadi?

“In my dream. I saw you and her happily married and got one,two,three…four! Yes, you guys got four children
!” Bersungguh Syha menceritakan kisah mimpi yang dialaminya tiga hari lepas. Qashaf buat muka bosan.

“Sahlah mak kau ni terlebih ajar tengok drama. Sampaikan ke mimpi kau berdrama. Eloklah tu.” Tubuh Syha diangkat. Risau jika gadis kecil itu lari lagi.

Im not lying to you Abang Qash. It was true!

“Ha iya,iya. Kau ajelah yang betul.” Wajah Syha cemberut. Tangannya naik memeluk tubuh. Tanda merajuk. Lelaki memang susah nak faham perempuan!

“Ha panjangkan lagi muncung kau tu, aku makan biskut kau nanti.”

No! Kak Embun bagi Syha bukan Abang Qash!” Bentaknya dengan wajah marah.

“Ceh, kau fikir kau aje dapat? Aku pun dapatlah. Tak hamak pun nak ambil kau punya.” Biskut di tangannya di angkat tinggi. Syha memanjangkan muncungnya.

Abang Qash jahat!

Cebisanliciouz

13 Nov, 14:15


BISKUT | 2


Embun bersenandung riang. Satu beg kertas besar di bawa keluar dari but kereta sebelum menjinjitnya masuk ke dalam hospital.

Sapaan daripada para staf dibalas mesra. Senyuman manis tak lekang di bibir. Apabila ternampak bayangan seorang lelaki berkot putih keluar dari satu bilik terus dia menukar arah langkahnya.

Baru selangkah dia berjalan ada satu suara kecil yang mengaduh sakit. Lantas dia memusingkan badannya. Matanya membulat. Seorang anak kecil sedang terduduk di atas lantai. Laju sahaja dia mendekatinya.

“Alamak, awak okey tak sayang?” Tangan kecil putih pucat itu dipaut untuk membantu gadis kecil itu berdiri.

Gadis kecil tadi mengangkat kepalanya. Mata hitam milik Embun bertembung dengan mata biru terang gadis itu. Terpana. Albino. Jarang sekali dia dapat berjumpa dengan penghidap albino seperti gadis kecil di hadapannya ini.

“Syha!” Suara garau itu bergema. Apabila gadis itu memandang ke kanannya, Embun turut menoleh ke arah yang sama.

Ada seorang lelaki sedang melangkah mendekati mereka. Jelas terpancar kerisauan di balik wajah itu. Bapa budak ini gamaknya.

“I told you many times, jangan pergi jauh-jauh dari I. Tak faham ke? Nak kena culik?” Embun tersentak. Eh, mamat tu cuba kata dia penculik ke apa sekarang ni?

“Jangan marah-marah anak, encik. Biasalah budak-budak. Kadang-kadang nakal sikit.” Dia mula bersuara. Tak sampai hati nak biarkan lelaki itu memarahi anaknya sedemikian rupa.

“Who are you?” soal lelaki itu dengan nada yang agak… biadap mungkin?

“Oh, saya Embun. Embun Sherine.” Senyuman paling lebar dihadiahkan pada lelaki berwajah masam itu. Siap nampak barisan giginya yang putih bersih lagikan tersusun cantik lagi!

“Aku tak tanya siapa nama kau. Aku tanya siapa kau? Siapa kau nak marah-marah aku?” Embun kerut dahi. Sejak bila pula dia marah ni? Apa bapa budak ni datang bulan ke? Atau pembawakan budak? Mak budak tu mengandung lagi?

“Saya bukan marah, encik tapi sebagai parents encik kena berlem…”

“Siapa kata dia anak aku? Cuba jangan buat-buat kenal dengan orang yang kau tak kenal.” Embun terdiam. Nafas panjang ditarik. Kesabarannya sudah semakin menipis bercakap dengan mamat kaki jerkah seorang ni.

“Maaf, saya ingat encik bapa kepada Syha.” Untung siapa dapat dia. Senang nak minta maaf, selalu mengalah, Ha,apa lagi kurang?

“Lain kali tanya dulu, jangan ikut sedap mulut kau je.” Lelaki itu menyombong. Kali ini tidak dapat lagi dia bersabar.

“Iyalah, encik. Encik seorang sajalah yang paling betul dalam dunia ni. Tak ada tandingan lagi dah. Enciklah yang paling bijak, pandai ha semualah.” Sekali nafas sahaja Embun membalas kata-kata lelaki tadi.

“Ha betullah tu.” Lelaki itu memperbetul rambutnya dengan lagak. Harap muka je helok, perangai elok masuk parit jelah!

Embun menjeling tajam sebelum kembali melemparkan senyuman buat gadis kecil yang dari tadi memerhatikan pertelingkahan antara dua orang insan tadi.

Satu plastik lut sinar yang berisi biskut di keluarkan dari beg kertasnya sebelum dihulur kepada Syha.

“Nah, untuk awak.” Syha teragak-agak ingin mengambil. Dipandangnya mamat kaki jerkah itu silih berganti dengan wajah Embun.

Embun mengeluh lemah. Biskut itu diserahkan pada lelaki tersebut. Wajah kacak itu berkerut.

“Jangan nak perasan saya bagi pada encik. Ini untuk Syha. Dia nampak takut nak ambil dari saya jadi saya nak minta supaya encik tolong bagi pada dia.” terang Embun. Lelaki tu ingat dia ni gila ke baru lepas lawan mulut tiba-tiba nak bagi biskut? Memang taklah. Dengan mulut tak ada insurans. Pergi jalanlah kau!

“Qashaf.” Sebut lelaki itu tiba-tiba.

“Ha?” Jujur, ini kali pertama otak Embun terasa blur yang amat. Siapa Qashaf? Bakal jodoh dia? Lelaki itu ahli nujum ke?

“Nama aku. Nama aku Qashaf.” Okey, izinkan Embun tarik balik bab jodoh tu. Rasa tak sesuai sangat.

“Tak tanya.” jawab Embun selamba. Ambil kau! Ada ubi ada batas, masa ni juga aku balas!

Terus terangkat kening Qashaf. Ewah?

Cebisanliciouz

08 Nov, 09:30


saya terlupa hari ni 8 haribulan...

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:24


range harga maybe below than rm15?

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:21


hitam healer, putih sugar

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:20


and this one

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:20


untuk yang baru join, dalam channel ini ada 2 series yang dah complete which is this one

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:19


dia tanya bila dia boleh dapat beg tu, tapi saya katalah saya tengah pokai(last month habis banyak dah)😭😂 so nak buat GA belum boleh lagi

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:17


today, im going to make a survey

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:17


so

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:17


saya tak tahu nak buka atau tak

Cebisanliciouz

08 Nov, 03:17


ada seseorang tu minta saya jual beg sugar👀

Cebisanliciouz

03 Nov, 15:36


tak perasan pula dah send. tak pelah ek layan jelah

Cebisanliciouz

03 Nov, 15:24


BISKUT | 1


“Ya Allah, Embun Sherine Muhammad Abid bila nak bangun ni? Matahari tegak atas kepala baru nak bangun ke? Cuba bangun awal, kamu tu anak dara Embun oi!” Beginilah rutin Puan Dara. Setiap hari Ahad nak kena kejutkan 'Sleeping Beauty' dalam rumah ni.

“Kejaplah, bonda. Ngantuklah. Baru pukul berapa nak bangun,” Embun di dalam bilik menarik comforter menutup seluruh tubuhnya.

“Baru pukul berapa? Dah pukul sebelas pagi, Embun Sherine.”

“Baru pukul sebel-” Belum dia habiskan kata, mindanya tersedar akan sesuatu.

Pukul 11.

“Kenapa bonda lambat kejut? Embun dah lambat nak pergi hospital.” Tak lama terus dia melompat dari katil dan meluru ke tandas.

“Ha, salahkan bonda pula. Dia yang tak reti-reti bangun. Suka sangat tidur lepas subuh.” Apabila telinganya menangkap bunyi pintu ditutup, dia terus melangkah ke bawah. Tahulah dia Embun dah tergesa-gesa.

“Mana Embun, puan? Tak turun sekali?”

“Baru bangun budak bertuah tu Kak Som.” Puan Dara ambil tempat di meja makan.

“Biasalah tu, hari cuti kan.” Mak Som tertawa halus.

“Dia sendiri cakap nak ke hospital lawat budak-budak tu hari ni tapi bila dikejut tak nak bangun pula.” Mak Som yang masih tertawa terus melakukan tugasnya menuangkan air ke dalam cawan milik isteri majikannya itu.

“Mak Som ni, susah- susah je. Kan saya boleh buat sendiri,” tegur Puan Dara. Dia rasa tak senang apabila perkara mudah begitu pun orang gajinya itu yang buatkan.

“Sikit je pun.”

“Bonda, Embun pergi dulu tau. Sebelum zohor Embun balik. Bye, love you!” Dengan termengah-mengah, Embun menyalami Puan Dara dan Mak Som. Sempat dia mengucup pipi Puan Dara sebelum berlari ke luar.

“Eh, biskut kamu!”

“Allah!” Terus Embun ke dapur kembali, mengambil beg kertas berisi biskut yang sudah dia siapkan malam tadi.

“Embun pergi dulu!”











“Qash, you bawakan Syha pergi check-up boleh?” soal Durra apabila ternampak Qashaf yang tenang menikmati sarapan paginya.

“Eh, dia anak you kan? Kenapa I pula kena hantar?” Qashaf terus meletakkan garfunya kembali ke dalam pinggan. Keningnya terangkat tinggi.

Durra, 'mak tiri'nya yang berusia 28 tahun. Dan dia?

Dia sudah berusia 25 tahun, tahun ini.

Ya, jarak 3 tahun saja.

“I kena teman daddy you pergi event,” beritahu Durra.

“Is it even my problem?”

“Qash, please.” Qashaf menggulingkan bola matanya.

“Abang Qash, bila you datang?” Syha yang baru sahaja turun terus berlari ke arah Qashaf. Dipeluk tubuh itu dari samping.

“Malam tadi.” Ubun-ubun si kecil itu dikucup. Syha— anak kecil berusia 5 tahun, anak Durra dengan ayahnya. Pelik? Mula-mula saja dia rasa aneh. 20 tahun dia jadi anak tunggal, tiba-tiba dapat mak tiri muda siap dapat adik.

“Abang Qash tak bagitahu pun.” Si kecil itu mencebik.

“Kau yang dah terbongkang dalam bilik,” jawab Qashaf sambil menjentik dahi si kecil itu.

“Abang yang datang lambat.” Makin cemberut wajah Syha dibuatnya.

“Yelah salah aku.” Dahi Syha yang memerah diusap.

“Bolehkan Qash?” soal Durra sekali lagi.

Qashaf pandang wajah Syha sebelum kembali memandang Durra.

“Yelah.”








“Thank you, doctor.” Qashaf menghadiahkan senyum sebelum memaut tangan kecil Syha untuk keluar daripada bilik itu.

Baru sahaja menapak keluar telefonnya sudah berdering.

Pejabat.

“Budak kecik, aku nak jawab call ni. Kau jangan nak pergi mana-mana.” Syha hanya mengangguk.





Usai menamatkan panggilan, Qashaf memusingkan tubuh. Syha sudah tiada di belakangnya.

Ah sudah, mana budak ni pergi?

Laju dia mencari. Ini kalau ayah dia tahu mahu kena penggal kepala dia.

Sedang mata melilau, kelibat anak kecil yang sudah jatuh terduduk menyapa kornea mata.

Syha.

Cebisanliciouz

01 Nov, 14:54


since ada yang akan balik ke asrama pada tarikh ini jadi saya buka HANYA untuk yang akan balik asrama sebab sekarang pun sedang berjalan penebusan ebook kisah kita.

Jadi, sesiapa yang akan balik ke asrama pada tarikh tersebut tetapi mahukan ebuku Imam Khadeeja boleh drop email di sini atau di dm ig saya.

sekian terima kasih

Cebisanliciouz

31 Oct, 08:12


8 sampai 11 haribulan, okay tak eh?

Cebisanliciouz

31 Oct, 08:11


kamu nak bila?

Cebisanliciouz

31 Oct, 08:11


saya tengah fikir masa sesuai untuk buka form imam khadeeja versi terbaru

Cebisanliciouz

31 Oct, 08:10


assalamualaikum guys

Cebisanliciouz

24 Oct, 10:21


ada pengalaman makan kuih bulan tak? (pls tell me its good)

Cebisanliciouz

24 Oct, 10:20


saya beli kuih bulan di tiktok😌terlalu teringin and now, takut pula nak rasa (its halal btw)😭

Cebisanliciouz

22 Oct, 14:20


inilah hadiahnya

Cebisanliciouz

22 Oct, 14:20


saya terlalu rindu nak menulis, jadi saya buka balik imam khadeeja dan modified sikit. sikit je tak banyak🥲 saya tambah sikit-sikit bagi cerita tu jelas sedikit sebelum ni baca macam terlalu tiba ii kan😌 kita isi lopong-lopong saja adalah tambah 1000+ word🙂

Cebisanliciouz

22 Oct, 09:01


if you can choose...

between a good ending book and a bad ending book

which one will you read first?

*ini tiada kaitan dengan hadiah yang saya ingin beri nanti

Cebisanliciouz

20 Oct, 08:03


tapi bukan sekarang lah

Cebisanliciouz

20 Oct, 08:03


saya... ada nak bagi sesuatu

Cebisanliciouz

12 Oct, 10:34


sebelum saya padam

1,122

subscribers

96

photos

15

videos