BERITA SEMUHSIN @beritasemuhsin Channel on Telegram

BERITA SEMUHSIN

@beritasemuhsin


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Channel ini diwujudkan sebagai satu platform untuk hebahan & sebaran maklumat dari pihak sekolah & PIBG kepada seluruh warga sekolah khususnya ibubapa / penjaga .

BERITA SEMUHSIN (Malay)

BERITA SEMUHSIN adalah saluran Telegram yang menyediakan berita terkini dan informatif kepada pembaca. Dengan tajuk yang bersifat misteri, BERITA SEMUHSIN menawarkan pelbagai cerita menarik dan eksklusif yang tidak akan anda jumpa di mana-mana tempat lain. Siapakah sebenarnya di sebalik saluran ini? Apakah yang membuat BERITA SEMUHSIN begitu unik? nnBERITA SEMUHSIN adalah saluran yang diuruskan oleh seorang jurnalis berpengalaman yang mempunyai dedikasi tinggi terhadap penyampaian berita yang tepat dan benar kepada pembaca. Dengan fokus kepada isu-isu semasa dan topik-topik yang menarik, BERITA SEMUHSIN menyediakan platform yang interaktif bagi pembaca untuk mendapatkan maklumat terkini secara langsung

Tidak ketinggalan, BERITA SEMUHSIN juga memberikan liputan eksklusif tentang peristiwa-peristiwa unik dan rahsia yang jarang didedahkan oleh media arus perdana. Dengan konsep yang berbeza daripada saluran berita lain, BERITA SEMUHSIN menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari cerita menarik dan luar biasa

Jadi, jom sertai BERITA SEMUHSIN sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan akses kepada berita-berita terkini serta eksklusif yang tidak akan anda jumpa di tempat lain. Ikuti BERITA SEMUHSIN dan sertai komuniti yang berkongsi minat yang sama dalam mendapatkan maklumat yang relevan dan menarik. Bersama-sama, kita dapat menjadikan BERITA SEMUHSIN sebagai sumber utama berita yang berkualiti dan informatif. Ayuh, sertai kami sekarang!

BERITA SEMUHSIN

24 Dec, 06:02


JOM MASUK TVET πŸ“£πŸ“£πŸ“£

TAWARAN PENGAJIAN TVET DI SELANGOR TECHNICAL SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (STDC)

Panggilan kepada anda yang ingin berjaya dalam bidang TVET untuk Kemasukan Januari 2025 yang kurang dari satu bulan sahaja lagi! ⏳

Kelebihan STDC
β–ͺ️Pelbagai bantuan pengajian disediakan (*tertakluk pada terma & syarat)
β–ͺ️Tajaan Pengajian IKTISASS*
β–ͺ️Tajaan Pengajian YRMS*
β–ͺ️Tajaan Pengajian LZS*
β–ͺ️Pinjaman Pengajian PTPK*
β–ͺ️Kampus serba lengkap dengan fasiliti terbaik
β–ͺ️Asrama disediakan
β–ͺ️Kaedah Pembelajaran 70% praktikal, 30% teori
β–ͺ️Peluang ditemu duga oleh industri bagi penempatan kerjaya!

Apa yang anda tunggu lagi?

πŸ–₯️ Mohon sekarang di: https://stdc.edu.my/daftar-sekarang

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut;

πŸ“± WhatsApp: www.wasap.my/60146492621/mohonSTDC
☎️ Telefon: 03-3281 2621
🌏 Website: www.stdc.edu.my

BERITA SEMUHSIN

23 Dec, 09:20


*Semua urusan di Kaunter Blok B adalah dengan janji temu. Mohon kerjasama pihak sekolah mewar-warkan pautan janji temu PPDHL kepada ibu bapa / penjaga*
Harap maklum. Terima kasih.

Pautan janji temu PPDHL: https://bit.ly/pertukaransekolahppdhl

BERITA SEMUHSIN

23 Dec, 06:47


*INFO TERKINI*

*A) PENERIMAAN BORANG PERTUKARAN & ASBS BAGI SEKOLAH RENDAH & MENENGAH DAERAH HULU LANGAT :*
- Minggu ini *tarikh akhir (20.12.2024)* terima permohonan  *ASBS dan P.U.(A) 275 (Jadual Ketiga) kecuali Pertukaran murid dari Luar Negeri* bagi kohort semasa di Kaunter Utama, PPD HULU LANGAT.

*TARIKH PENTING BAGI URUSAN KAUNTER MURID BUKAN WARGANEGARA SESI 2025*

*PERMOHONAN UNTUK  LANJUTAN*  (Tahun 2- Tahun 5, Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 2025)
πŸ‘‰ Pembayaran Fee Adalah Mulai *2 Januari 2025*
πŸ‘‰Penempatan 2025/2026, bermula *17 Feb. 2025*

*PERMOHONAN BARU 2025* (MBW Yang Tidak Pernah Bersekolah, Tahun 1,Tingkatan 1 2025)
πŸ‘‰Pembayaran Fee adalah Mulai *27 Jan. 2025*
πŸ‘‰Penempatan 2025/2026 bermula *3 Mac 2025*
     
- *13 Januari  2025* - Penghantaran *Borang ASBS (Tahun 1/ lewat)* di Kaunter Utama PPD, HULU LANGAT.

- *20 Januari 2025* - Penghantaran *Borang ASBS (Tahun 2 hingga 6 & Tingkatan 1 hingga 5)* bagi sesi persekolahan 2025/2026 di Kaunter Utama, PPD HULU LANGAT.

- *20 JANUARI 2025* - Penghantaran *Borang P.U.(A) 275 (Jadual Ketiga)* bagi *Tahun 2 - Tahun 5 dan Tingkatan 2 - 5* bagi sesi persekolahan 2025/2026 di KAUNTER UTAMA PPD HULU LANGAT

*eDAFTAR TAHUN 1/PPKI  SESI 2025*
- Pendaftaran Lewat Tahun 1 *(online)* dibuka sehingga *10 Januari 2025* utk _ibu bapa penjaga mendaftar_.
- Pendaftaran Lewat *(Manual)* guna borang ASBS mulai *19 Januari 2025*
- Pertukaran Aliran
1. SK ke SJKC/T
2. SJKC/T ke SK
- Boleh mohon selepas *20 Januari 2025*.


Sekian, info... 😎

PPDHL
23 DISEMBER 2024

BERITA SEMUHSIN

13 Dec, 03:49


BERKAT KASIH SEMUHSIN

Sumbangan untuk sarapan dan makan tengah hari calon-calon SPM 2024.

Semoga dengan sumbangan Tuan/Puan, anak-anak SEMUHSIN yang kita kasihi akan lebih tenang, selesa dan mendapat keberkatan untuk menghadapi peperiksaan.

Sumbangan dan keprihatinan Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

JK PENGURUSAN BANTUAN (KEBAJIKAN)
UNIT HAL EHWAL MURID
SMK ENGKU HUSAIN

BERITA SEMUHSIN

25 Nov, 14:19


SURAT MAKLUMAN PENGGILIRAN SEPANJANG SPM 2024 SEMUHSIN
SESI PAGI & SESI PETANG
( 28 Nov - 6 Disember 2024)

BERITA SEMUHSIN

28 Oct, 15:24


BERKAT KASIH SEMUHSIN 2024

BERITA SEMUHSIN

28 Oct, 06:45


MAKLUMAN CUTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI 2024

BERITA SEMUHSIN

26 Oct, 23:35


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Warga Semuhsin.

Kami mengalu-alukan sokongan dan sumbangan ikhlas daripada semua bagi menjayakan:

 Projek Keceriaan & Penghijauan: Kabin Baharu SMK Engku Husain.

Anda boleh menyumbang melalui penyertaan program,

πŸͺ΄1 Murid 1 Pokok atau
πŸͺ΄1 Guru 1 Pokok atau
❀️Sumbangan wang tunai.

Fasa 1 : Pembelian tanah (1 lori RM400) untuk memperbaiki struktur tanah di lokasi Taman 1 &  Taman 2 dan pokok-pokok yang sesuai.

Fasa 2 : Menanam pokok-pokok hasil kempen 1Murid 1Pokok & 1Guru 1Pokok.

βœ…Sumbangan wang tunai,
Puan Manimozhy A/P Khantan.

βœ…QR Code atau Online Transfer
153056340282
Maybank
Nurmi Ayunie Binti Nasir
(Ref : Nama Cikgu & 3K)

πŸ“ŒMaklumkan Cg Ayunie untuk
rekod sumbangan.

βœ…Sumbangan Pokok
28 & 29 Oktober 2024
PIC : Nurin Amalia &  Nurhidayah
Tempat Pengumpulan : Farm Garden (kebun di sebelah Blok I/H)

Kami Unit 3K sangat berbesar hati atas segala sumbangan warga Semuhsin untuk menjayakan projek ini.

Terima kasih.
#kitakanSEMUHSIN
#semuhsinhebat

BERITA SEMUHSIN

26 Oct, 10:20


Tahniah kepada murid berikut kerana terus gigih menjalani latihan pembelajaran Confirm AI sehingga kini ( 26/10/2024)
Teruskan anda bolehπŸ‘πŸ‘

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ENGKU HUSAIN

1) Muhammad Faiq (C064377) 705
2) Chan Hiew (C069064) 698
3) Putri Intan (C064394) 681
4) Pun Wai (C065503) 668
5) Nur Sofiah (C069448) 579
6) Quilan (C065226) 546
7) Nur Syafiqah (C064386) 481
8) Siti Umairah (C065264) 429
9) Ng Qian (C065339) 393
10) Muhammad Nurasyraaf (C064382) 383
11) Hiew Ming (C069297) 377
12) Muhammad Izzat (C064379) 356
13) Adam Fansuri (C065314) 341
14) See Cheng (C064398) 332
15) Kavibarathi (C069221) 318
16) Sudais Qardhawi (C065349) 298
17) Muhammad Amirul (C069293) 294
18) Puteri Nurul (C064392) 289
19) Loke Jia (C065535) 267
20) Norsyahmira Adeyliana (C069071) 256
21) Lai Li (C064374) 252
22) Amirul Hanif (C065316) 251
23) Ain Insyirah (C065392) 228
24) Gloria Jane (C065320) 220
25) Sharifah Nia (C065506) 205
26) Tan Xuan (C064400) 203
27) Emily Tam (C064369) 200
28) Rifqah Aqilah (C064396) 199
29) Gan Lih (C069295) 195
30) Lee Xing (C065530) 193
Total score : 10837

Sumber Rasmi Confirm AI: https://t.me/c/1738669749/1

BERITA SEMUHSIN

21 Oct, 10:26


https://www.canva.com/design/DAGUMeAUtHM/2iNC5LjYw0uhh0CGCOrFpg/watch

BERITA SEMUHSIN

11 Oct, 07:50


*Teknik Menjawab SPM Pend Moral Negeri Sel Siri 3/2024*

πŸ“…Tarikh: 11 Oktober (Jumaat)
⏰Masa: 8.00 - 9.30 malam
πŸ’»Pelantar: Google Meet
( https://meet.google.com/qzy-anqd-yji )

πŸ“ŒSemua sekolah fokus mohon pastikan murid-murid menyertai kelas ini.
Terima kasih.
#moralselangor
#MOP24

BERITA SEMUHSIN

29 Sep, 09:18


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

‼️Perhatian kepada GURU dan IBU BAPA, pengumuman ini hanya untuk pelajar yang *BELUM menerima suntikan HPV (Tingkatan 1-4)*

⚠️ TEMUJANJI akan diadakan di KK BANDAR SERI PUTRA

Berikut adalah jadual yg telah ditetapkan :

4/10/2024 ( Jumaat )
❗️9.00am - 11.30am

Sila datang mengikut hari dan waktu temujanji yg ditetapkan..

βœ… Bawa bersama *borang persetujuan*
Hanya ibu/bapa/penjaga sah sahaja layak menandatangani Borang Persetujuan

Diharapkan guru2 war2kan kepada ibu bapa..

βœ… Hanya seorang ibu/bapa/penjaga yang dibenarkan mengiringi pelajar untuk naik ke Tingkat 1
βœ… Ibu/bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Unit Kesihatan Sekolah ketika sesi suntikan dijalankan kecuali
diarahkan oleh jururawat
βœ… Pelajar perlu bersarapan sebelum hadir ke klinik
βœ…Pelajar sihat dan tidak mengalami sebarang simptom Covid19/Influenza

Terima kasih.

Unit Kesihatan
Pengurusan HEM
29 September 2024

BERITA SEMUHSIN

19 Sep, 09:55


πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•
Makluman Kepada Warga SEMUHSIN

Esok Jumaat 20 September 2024
Operasi mengalihkan kerusi dan meja daripada dewan ke kabin akan dilaksanakan bermula jam 8.30 pagi hingga selesai

Ibu bapa yang berkelapangan dijemput hadir.

Harap Maklum & Terima Kasih

Unit Pengurusan HEM
19 September 2024

BERITA SEMUHSIN

11 Sep, 23:12


πŸ“PELAKSANAAN SURAT AKUAN IBU BAPA/PENJAGA UNTUK KEBENARAN RAKAMAN GAMBAR/VIDEO/AUDIO MURID SERTA MEMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL BAGI PROGRAM ANJURAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tuan/Puan,
(Ibu/Bapa/Penjaga Murid)

Assalamualaikum  & selamat sejahtera.

Berikut disertakan pautan Google Form yang WAJIB diisi oleh ibu/bapa/penjaga semua murid SMK Engku Husain. Google Form ini bertujuan untuk membuat pengumpulan dan perekodan data berkenaan surat siaran yang dikongsikan dalam pautan yang disediakan.

Sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut :
https://forms.gle/YDC3hT18SouHLSGV8

UNIT PENGURUSAN HEM
SMK ENGKU HUSAIN

12 SEPTEMBER 2024

BERITA SEMUHSIN

09 Sep, 10:42


Pendaftaran Confirm AI

✴✴✴✴✴✴✴✴

Mohon kepada semua murid SMK Engku Husain untuk daftar di Google From yang dibawah untuk mendapat akses pembelajaran secara PERCUMA . Isi sebelum 12 September 2024.

Sasaran : Semua Murid Engku Husain 2024 Sahaja
Pelantar: Medium dalam talian
Pengguna: Murid, Ibubapa dan Guru

ID dan password akan diberikan kemudian melalui email moe atau nombor telefon

Borang Pendaftaran:
https://forms.gle/oa9JbirwEMwLnpaD6

Pengetua
SMK Engku Husain

BERITA SEMUHSIN

28 Aug, 04:33


πŸ“PENGUATKUASAAN LARANGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT, SMARTWATCH DAN ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPE DI SEKOLAH

Pautan info :
https://anyflip.com/dljhl/ozsx/

UNIT HEM
SMK ENGKU HUSAIN

BERITA SEMUHSIN

19 Aug, 02:02


JOM BAYAR SUMBANGAN PIBG 2024
SEMUHSIN
SUMBANGAN UNTUK PROGRAM 2 KECEMERLANGAN MURID AKADEMIK, HEM & KOKURIKULUM SERTA PEMBANGUNAN PRASARANA SEKOLAH