EL's writing space @effxleee Channel on Telegram

EL's writing space

@effxleee


Teasers, spoilers, and such and such.

EL's writing space (English)

Welcome to EL's writing space, a haven for all literature enthusiasts and writers alike! This Telegram channel, managed by the talented username @effxleee, is dedicated to sharing teasers, spoilers, and all things related to the world of writing. Whether you are a seasoned writer looking for inspiration or a budding literary enthusiast eager to explore new works, this channel is the perfect place for you. With a diverse range of content including book reviews, writing tips, and exclusive sneak peeks into upcoming projects, EL's writing space is a treasure trove for anyone passionate about the written word. Join us today and immerse yourself in a community that celebrates creativity, imagination, and the power of storytelling. Let your literary journey begin with EL's writing space!

EL's writing space

06 Feb, 09:34


I feel like two physical books are enough for me. I don't feel like writing another. And I don't feel like I can write anymore. Somehow I question myself how was I able to write those stories i finished before.

ok bye

EL's writing space

13 Nov, 09:42


Hi, hehe.

Cuba teka mana Zafrael dengan Dyra dalam cover tu?

Kalau ada apa apa soalan atau request boleh bagitahu dekat bawah :)

EL's writing space

02 Nov, 23:17


Cerita wattpad apa yang best?

EL's writing space

13 Oct, 13:17


If there are things you wish to see in Chef's Cuisine but couldn't, what would it be?

EL's writing space

06 Oct, 12:12


Salam semua. Saya sebenarnya tak ada tajuk lagi untuk mss baru ni. Dah separuh jalan dah pun masih belum ada kata putus untuk tajuk cerita ni.

Saya fikir kali ni nak try buat tajuk bahasa melayu. Tapi nampak pelik pulak.

Cuba ko bayangkan.

- Penjahat Rahsia🤘😁
- Manusia yang tidak diketahui 💃🏻

Agak-agak macam mana nak cari inspirasi untuk tajuk buku ni?

EL's writing space

04 Oct, 02:44


Nama apa yang sesuai dengan Haqq? Nak letak apa dekat belakang Haqq?

Rasa macam nak tukar nama panjang dia. Nama apa yang sedap eh. Nama yang macam grand sikit sebab dia putera mahkota.

EL's writing space

03 Oct, 08:48


Damien (Natural) + Amra (Natural) - Detective x Lawyer

Haqq (kind) + Melissa (evil) - King x Assassin

Taqi (evil) + Iman (kind) - Villain Scientist x Ustaja Muslima Soleha

It's a trilogy~~

EL's writing space

02 Oct, 14:36


“Lailahaillallah Azeem!!!” Ayden terjerit-jerit di situ. Berkerut-kerut wajahnya memandang Azeem yang langsung tak mengendahkan dia. Dengan tak bersalahnya melompat-lompat dalam kolam ikan.

Apabila Azeem tiba-tiba terdiam dan berdiri tegak, Ayden menoleh ke belakang. Mahu melihat apa yang Azeem sedang pandang.

Di belakang aku, ada Haneef yang sedang bercekak pinggang bersama bibir bawah yang digigit. Matanya dijegilkan memandang Azeem.

“Hihi… hihi…” Azeem tersengih-sengih.

“Get out, Agent Eclipse. Before Captain Baba piat your telinga.” Dia berjalan menghampiri Azeem bersama tangan yang masih utuh di pinggangnya.

__

Last dah kut.

EL's writing space

28 Sep, 12:04


"Agent Eclipse, what did I say about promises?" Haneef angkat sebelah kening. Wajah Azeem ditenung.

"Promises are meant to be kept, captain!" Azeem menjawab dengan bersemangat.

"Agent Solar, baba pernah mungkiri janji tak?" Haneef pandang Aqeef pula.

"No, captain!" Afeeq tegakkan badan.

"Then, don't worry. Captain Baba will never break his promises."

Akhirnya mereka bertiga mengangguk. Kali ini dah boleh percayakan Haneef.

"Agent Solis, boleh bawakan Agent Solar dan Agent Eclipse pergi tidur?"

"Yes, captain!"

EL's writing space

25 Sep, 10:07


Tumbukan dihalakan ke wajah Haneef. Wajah suami aku itu menjadi sasaran utama. Namun satu pun tak mengena. Aku tumbuk ke kiri. Dia mengelak ke kanan. Aku sasarkan ke kanan. Dia bergerak ke kiri.

“You can do better than this, wife.” Haneef bersuara sinis. Ada senyuman senget di bibir itu.

Aku cuba lagi. Sekali. Dua kali. Dan berkali-kali. Namun satu tumbukan mahupun sepakan langsung tak terkena sasaran.

Ah!

Aku benci lelaki ini.

“Come on, I know you are better than—”

Buk!

Wajahnya aku tumbuk kuat. Tumbukan akhirnya kena tepat pada sasaran.

Dum!

Tubuh Haneef jatuh menyembah bumi.

“Oh yes baby!” Aku tersenyum puas.

Haneef akhirnya tumpas.

--

In some random evening a brain decided to develop some ideas. That brain is Effa's.

HT. Sequel TT.

Adios! Bye.

EL's writing space

22 Sep, 05:46


Oh lupa mention. Ayyash autism 😭

EL's writing space

22 Sep, 03:01


“Ayyash, j—jom ikut Amra keluar!” Amra mula menggelabah. Badan Ayyash cuba ditolak keluar.

Tangan Amra ditepis kuas. Tak semena-mena, Ayyash berlari ke arah Damien. “Abah sayang!” Ayyash memeluk Damien erat.

Ayra ternganga. “Apa abah, Ayyash?” Membuntang matanya menyaksikan adegan di hadapannya. Tak percaya apa yang sedang berlaku.

Damien hanya membiarkan Ayyash memeluk tubuhnya. Pelukan tak dibalas. Tapi dia tak menolak. “Were you a good boy today?” soalnya selamba.

“Oh. My. God.” Rahang Amra jatuh ke lantai. Dia terkinja-kinja di situ. Pintu gudang ditutup laju. Dia menuju ke arah mereka berdua.

Ayyash meleraikan pelukan. “Ayyash... sayang abah.” Ayyash menghalakan jari telunjuknya ke arah lelaki yang dipanggilnya abah tadi.

“What the heck, Ayyash?” Abangnya ditarik menjauhi Damien supaya berdiri di sebelahnya.

Melihat Ayyash yang tidak menjawab apa-apa, pandangan matanya beralih ke arah Damien. “What the heck, Damien?” soalan sama dituju kepada Damien pula.

EL's writing space

21 Sep, 09:47


- Tahun depan tak ada buku fizikal.

- Saya buat ebook free je kut banyak banyak kalau rajin. Hadiah sebab tak ada buku fizikal untuk setahun.

- Saya ada buat revamp untuk ebook memori. Untuk yang dah beli, saya akan bagi je versi yang baru secara percuma. Tapi ini nanti, bukan sekarang.

- Untuk mss baru ni, saya tak nampak lagi masa depan dia. Sebab saya rasa tak ada publisher nak terima cerita macam ni. Dia pelik sikit. Saya pun pening.

Sekian update terbaharu.

EL's writing space

21 Sep, 02:05


Damien menekan tubuh lelaki itu ke tanah. Tubuhnya menghempap tubuh lelaki yang menjadi asbab letupan di istana tadi.

Melihat wajah Damien, hujung bibir lelaki itu terjungkit naik. Dia hanya merenung wajah Damien bersama senyuman sinis.

Anak mata milik lelaki di bawah ditenung Damien bersama pandangan yang penuh dengan emosi. Sudah lama dia tak bersua muka dengan lelaki di hadapannya ini. Dan mereka akhirnya berjumpa lagi dalam keadaan yang paling Damien benci.

Dia penjenayah.

Dan Damien detektif yang harus menangkapnya.

Buk!

Tubuh Damien ditendang kasar sehingga dia terpelanting menjauhi lelaki itu. Namun, lelaki itu sama sekali tidak melarikan diri. Anak matanya hanya merenung tubuh Damien yang sedang terbaring di atas tanah bersama pandangan sinis. Entah bagaimana mahu menggambarkan perasaannya. Bahagia? Suka? Atau, puas?

Damien bangun dari perbaringan. Dia merenung lelaki yang hanya berdiri di tepi pokok, memerhatikannya bersama riak wajah yang tak bersalah.

“Taqi.” Sebaris nama itu terbit di bibir Damien.

Taqi Mikhyariq.

Ya, lelaki di hadapannya ini memang... Taqi.

“Apa yang kau dah buat ni? Kalau ada yang mati macam mana?” soal Damien perlahan.

“What?” Taqi pura-pura bertanya. Kedua-dua keningnya terjungkit ke atas. Menayang muka polos. Mata terkebil-kebil.

“Letupan tadi kerja kau, kan?” Damien tanya. Mata masih tak dialihkan dari merenung Taqi. Dia sudah berubah. Dulunya seorang yang sedikit kurus, kini seperti seorang yang membina badan. Sudah empat tahun mereka tak bersua muka. Dah banyak yang berubah tentang lelaki ini.

“Oh, bom tu ke? I hope you don’t take it to heart. I was just testing my new product,” Taqi sengih. Sengihannya bagaikan orang yang tak bersalah. “Dan istana tempat paling best untuk aku jadikan tempat uji kaji!”

Damien berjalan laju menghampiri Taqi. Bahagian kolar baju lelaki itu dicengkamnya. “People could’ve died!” Tubuh Taqi ditolak sehingga belakang lelaki itu menyentuh pokok besar.

Taqi senyum manis. “And? So what if people die?”

EL's writing space

20 Sep, 09:06


By the way, yang jawab genre dan pekerjaan Damien dan Amra semalam ada yang betul. Stay tuned untuk tahu siapa Haqq dan siapa T pula.

Agak agak ini cerita yang berpijak di bumi realiti ke fantasi?

EL's writing space

20 Sep, 09:05


Damien Qaid
Haqq Al-Quds
T... M.......

Guess the name to unlock another character.

EL's writing space

20 Sep, 02:58


“Don’t be too nice to me,” kata Damien tiba-tiba. Perlahan saja suaranya.

Haqq mendongak ke atas. “Why?” soalnya bersahaja. Masih berhati-hati mengelap luka di tangan sahabatnya.

“It’s going to hurt you a little too much one day.” Wajah Damien bertukar kelat.

Haqq menunduk sedikit. “I don’t care about any of your history, D. Just don’t leave me too. I don’t think my heart can afford losing another friend.” Sungguh, sedikit pun dia tak kesah tentang apa yang Damien sembunyikan daripadanya.

“I could betray you one day.”

“I would take it with honour.” Haqq senyum lagi.

“Kenapa?”

“Apa pun yang kau buat pada aku, selagi mana bukan kau yang sakit, aku okey.” Dia tepuk-tepuk bahu Damien. Sudah selesai membalut tangan lelaki itu.

“Sebab sekurang-kurangnya, bukan aku yang khianat kau. Aku tahu aku dah buat sebaik mungkin untuk orang yang aku sayang. And if I ever attempted to betray you one day, please, just kill me," sambungnya.

Damien ketawa. "Oh, you wish. Aku takkan biarkan satu titis pun darah kau sentuh tubuh aku.”

Haqq turut ketawa kecil. Dalam hati mengaminkan kata-kata Damien. Moga-moga mereka takkan pernah berada dalam satu situasi di mana masing-masing memberikan renungan yang bukan seperti sekarang lagi.

“D, kau rindu dia?” soal Haqq tiba-tiba setelah kesunyian menemani mereka buat
beberapa ketika.

Damien terdiam. Tahu siapa yang Haqq maksudkan.

“D… aku rindu dia.” Haqq bersuara lagi apabila Damien hanya diam membisu.

“Haqq, I could betray this country just for him. I could leave everything behind just to protect him. Tapi dia? Dia tak percayakan kita. Dia khianati kita.” Damien senyum kelat.

EL's writing space

19 Sep, 12:32


Channel photo removed

EL's writing space

19 Sep, 12:16


I forgot to mention something. I am writing this story with you. When I am writing, I will sometimes ask for your opinion; thus having you to make the decision on what happens next.

Therefore, all of you are the writer and the creator of this story.

Question will be like: korang rasa patut tak saya bunuh Haqq?

Reason: to keep me motivated to keep on writing. that is also why i created this channel. i have been procrastinating for too long + this story took the longest for me to finish.

Takdir insan-insan ini di tangan anda.

khalas.

EL's writing space

19 Sep, 11:53


Berdasarkan video yang pernah saya tunjuk dekat igs haritu (masih ada di highlight ⚔️), apakah pekerjaan Damien?

Dan apakah pekerjaan Amra?

Dan apakah genre cerita ini?

Boleh jawab untuk unlock teaser seterusnya ^^