🤍بادر كورشيه🤍

@badakurshiah


buka mata, buka minda, buka hati, semoga BADAR dekat di hati

🤍بادر كورشيه🤍

16 Sep, 02:42


Oleh itu, marilah kita memperuntukkan masa walau sedikit untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW. Sesungguhnya, amalan yamg mulia ini akan menjadikan hidup kita lebih indah dan bererti💚

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🤍بادر كورشيه🤍

16 Sep, 02:42


Perintah Berselawat ke atas Rasulullah SAW

Allah SWT telah memerintahkan hamba-hambaNya supaya sentiasa berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW. Sebagaimama firman Allah di dalam Surah al-Ahzab, ayat 56 :

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Dalam ayat tersebut, umat Islam telah diperintahkan dua perkara iaitu :
1. Berselawat ke atas Rasulullah SAW
2. Memberi salam kepada baginda

MAKSUD SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Perkataan selawat ini berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud, doa. Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 103 :

وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌۭ لَّهُمْ

Maksundya : “Dan doakanlah kepada mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.”

Menurut pandangan ahli tafsir, selawat umat Islam ke atas Rasulullah SAW ini bermaksud memohon kedudukan yang baik, penghormatan dan kedudukan yang tinggi untuk Baginda Rasulullah SAW.

Keutamaan Selawat ke atas Rasulullah SAW

Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyuruh supaya kita sentiasa berselawat ke atas baginda. Hal ini bagi mebolehkan kita memperoleh ganjaran pahala yang sangat besar.

Daripada Abu Hurairah R.A. , Nabi SAW bersabda :

“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
 [Riwayat Muslim (384)]

Sebaliknya, sesiapa yang enggan berselawat kepada Baginda tidak akan mendapat kebaikan. Daripada Abu Hurairah R.A. , Baginda mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur, dan jangan kamu jadikan kuburku seperti hari raya, selawatlah kamu ke atasku kerana sesungguhnya selawat yang kamu lakukan untukku sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.”
(Hadith Abu Daud)

🤍بادر كورشيه🤍

16 Sep, 02:41


Walaupun tidak berkesempatan bertemu dengan Rasullulah SAW sebagai umatnya, kita juga mampu melahirkan rasa cinta terhadap baginda dengan beberapa cara.
Antara pendekatan paling mudah ialah berselawat ke atas Baginda SAW.

🤍بادر كورشيه🤍

16 Sep, 02:41


Tahukah anda semua pada hari ini, 12 Rabiulawal merupakan tarikh yang sangattt istimewa iaitu kelahiran rasul kita, Nabi Muhammad SAW💚

🤍بادر كورشيه🤍

16 Sep, 02:41


Assalamualaikum Kurshiah!!

🤍بادر كورشيه🤍

07 Jul, 04:15


Sebagai umat Islam, jadikanlah bulan Muharram ini sebagai bulan yang sangat-sangat kita tunggu untuk kita memulakan azam tahun baru. Biarlah tekad masa depan kita bermula dari awal tahun baru Islam ini. Mari kita cuba mengubah minda kita dari mengagungkan tahun baru Masihi kepada tahun baru Hijrah💚

🤍بادر كورشيه🤍

07 Jul, 04:14


Muharam Bulan Afdhal Puasa Selepas Ramadan

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏  أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Tahajud). (HR Abu Daud No: 2429) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

2.  Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunat di bulan Muharam.

3.  Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)

4.  Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

5.  Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya, berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).

6.  Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Tahajud).

Marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, antaranya puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat hari puteh (13, 14 dan 15 hb) serta puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.

🤍بادر كورشيه🤍

07 Jul, 04:14


Tahukan awak semua antara amalan soleh yang paling dituntut sepanjang bulan Muharram ialah amalan berpuasa?

🤍بادر كورشيه🤍

07 Jul, 04:14


Sedar tak sedar, sebenarnya kita dah masuk ke bulan Muharram, permulaan baharu dalam tahun hijrah

🤍بادر كورشيه🤍

07 Jul, 04:14


Assalamualaikum Kurshiah!!

🤍بادر كورشيه🤍

16 Jun, 12:38


Shared from ig @hazwaniche

🤍بادر كورشيه🤍

16 Jun, 12:37


dan di sini saya sertakan sedikit ucapan daripada wakil PIBG kepada kita semua

Assalamualaikum all, may all be eased despite having online classes these holidays. Insya Allah, remind Vx and fellow Kurshians to panjatkan & tingkatkan doa today, Hari Arafah 1445H. Insya Allah, the AlMighty will guide y'all no matter any challenges faced.
- k tint