Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah) @allahummainniasalukaalaafiyah Channel on Telegram

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

@allahummainniasalukaalaafiyah


Assalamualaikum, sahabat semua.
https://vt.tiktok.com/ZSFtjaYRS//

Sebarang pertanyaan boleh klik link -> https://linktr.ee/puannurulnabila

Info | Bisnes | Tips & Travel | Sahabat Cikgu Doakan Palestine

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah) (Malay)

Assalamualaikum, kepada sahabat semua. Selamat datang ke saluran Telegram 'Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)' yang diuruskan oleh pengguna @allahummainniasalukaalaafiyah. Saluran ini menawarkan pelbagai maklumat berkaitan dengan Info, Bisnes, Tips & Travel, serta pesanan khas untuk mendoakan Palestine. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan konten yang bernilai dari saluran ini. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh layari pautan https://linktr.ee/puannurulnabila. Sertai kami sekarang untuk terus mendapat perkongsian menarik dan bermanfaat. Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam komuniti yang memberi manfaat. Terima kasih kerana menyokong saluran ini. Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal!

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

07 Oct, 13:13


Laqad ja akum rasulum min anfusikum 'azizun 'alaihi maa 'anittum harisun alaikum bil-mu minina ra- ufur rahim
Fa in tawallau fa qul hasbiyallah la ilaha illa huw,
alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul- arsyil-azim

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

07 Oct, 13:13


Artinya :
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (yaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat dermawan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “.

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

07 Oct, 13:13


KHASIAT AYAT LAQOD JA’AKUM

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ayat ini juga untuk pengasih

Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahwa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.

Surah ini juga dinamakan surah ”Baraa’ah” (Pemutusan Tanggungjawab) yang maksudnya ” Pembatalan Perjanjian ” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.

Intisari kandungannya : Menerangkan peristiharaan dari Allah dan RasulNya, yang ditujukan kpada kaum musyrik Arab dan ditegaskan : Bahwa oleh krn mereka telah mencabuli perjanjian dengan

Rasulullah s.a.w. maka perjanjian itu adalah dibatalkan oleh Allah dan RasulNya dan mereka diberi waktu selama 4 bulan, sesudah itu jika mereka tidak menerima Islam maka mereka akan dimusnahkan di mana saja mereka ditemui.

Surah ini juga menandakan rahasia kaum munafik yang pura-pura Islam pada zahirnya, sedang mereka tetap kafir pada batinnya. Surah ini pula – dari asalnya – tidak diawali dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim.

Keistimewaan dua ayat akhir dari Surah At-Taubah ( juga dinamakan Ayatul Hisni ) sebagai berikut :

Barang siapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari Surah Al-Baraa’ah sebanyak 7x sesudah sholat fardhu maka
– Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat.
– Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia.
– Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendpt pertolongan.
– Jika dia seorang yang berkesempitan maka akan mendpt kelapangan.
– Jika dia seorang yang berhutang maka akan segera dpt membayar.
– Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan maka akan hilang kesusahannya.
– Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan maka akan segera mendpt lapangan kehidupan.
Barang siapa membacanya pada hari siangnya atau pada waktu malamnya maka hal itu sebagai suatu petanda bahwa dia tidak akan mati pada saat itu. Menurut riwayat lain; dia tidak akan dilukai seseorang dengan alat-alat yang berasal dari besi.

Sebahagian ‘ulama ‘menyebut tentang keistimewaan dua ayat ini bahwa ada salah seorang yang telah mengamalkannya ketika dalam keadaan sakitnya yang sudah kritis. Ketika itu dia sudah diperkirakan berumur 71 tahun. Dengan berkah membaca dua ayat tersebut, dia masih dapat menikmati umurnya sehingga mencapai usia 120 tahun.

Dalam versi yang lain ada mengatakan bahwa barang siapa mengamalkan ayatul Hisni, ia tidak akan bertemu maut pada hari itu kecuali kalau telah datang kitab mubram ia akan terlupa membacanya dan tidak akan memberi bekas kpadanya sesuatu baharu. Cara mengamalkannya bacakan 7x di masa pagi.

Ini dia dua ayat akhir surat At-Taubah :

LAQOD JA’AKUM ROSUULUM MIN ANFUSIKUM ‘AZIIZUN ‘ALAIHI MAA’ANITTUM HARIISHUN ‘ALAIKUM BIL MU’MINIINA RO’UUFUR ROHIIM. (Surah At-Taubah :128)
FA IN TAWALLAU FAQUL HASBIYALLAAHU LAA ILAAHA ILLAA HUWA, ‘ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA ROBBUL ‘ARSYIL ‘AZHIIM (Surah At-Taubah :129)

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

28 Jul, 23:57


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎...😘😘

Jom Reset NIAT di awal pagi.

Sahaja Aku bekerja, berdakwah dan beribadah kerana Allah Taala. Semoga Allah terima amal dan perbuatan kita di dunia ini semata menuju syurga Allah yang terindah.

Nak bantu ramai upgrade ilmu, iman dan amal dengan FTR
Nak bahagiakan Keluarga
Nak banyak sedekah dan zakat
Nak banyak masa dengan Allah SWT & keluarga
Nak kaya jiwa & suci kolam jiwa

Terima Kasih Ya Allah permudahkan urusan kami semua dipagi indah ini.🥰🥰

Aamiinn Ya Allah Ya Mujib..🤲🏻🤲🏻

https://t.ly/_FSj3

Jom dapatkan FTR sekarang.. Tak rugi untuk kehidupan anda. Bekalan akhirat kita in sha Allah. 100% money back guarantee.😍😍



Mana yang masih rasa ragu-ragu dengan buku ni boleh dulu ambil yang free ni >> www.ftrexclusive.com/download-percuma

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

13 Jul, 22:08


Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)

2. BANYAKKAN BERZIKIR

Firman Allah SWT:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Maksudnya: “Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.” (Surah Ali-Imran: 173)

3.MEMPERBANYAK SEDEKAH

Daripada Abu Umamah al-Bahili berkata, Rasulullah SAW bersabda:

صَنَائِعُ الْمَعْرُوفِ تَقِي مَصَارِعَ السُّوءِ، وَصَدَقَةُ السِّرِّ تُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ، وَصِلَةُ الرَّحِمِ تَزِيدُ فِي الْعُمْر

Maksudnya: “Orang-orang yang melakukan kebaikan akan memelihara diri mereka dari nasib buruk. Sedekah secara rahsia menghapuskan kemurkaan Tuhan dan silaturahim pula menambahkan umur.”
(HR al-Thabarani, hadis hasan)

4. BERUSAHA MENYENANGKAN AHLI KELUARGA

Daripada ِAbu Said al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ فِي النَّفَقَةِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ

Maksudnya: "Siapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezekinya selama setahun.
(HR al-Baihaqi)

5. BERUSAHA MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM

Daripada Abu Hurairah R.A katanya:

أَنَّ رَجُلاً شَكَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْوَةَ قَلْبِهِ فَقَالَ امْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ وَأَطْعِمْ الْمِسْكِينَ.

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu tentang hatinya yang keras. Lalu Nabi SAW bersabda: “Usaplah akan kepala anak yatim dan berilah makanan kepada orang miskin.” (HR Ahmad)

Sesungguhnya ini adalah kesempatan emas untuk kita menyucikan, memperbaiki diri dan menguatkan nekad azam baru sempena hadirnya bulan Muharam ini. Semoga ia dapat menjadi penambah saham pahala untuk kita di akhirat nanti. Semoga bermanfaat buat ummah.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA

Asma’ Binti Harun & Tim Penyelidikan
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

13 Jul, 22:08


Sahabat semua, kita sudah di dalam bulan Mulia MUHARAM, belum terlambat untuk azam, tekad banyakkan Amal Ibadah dan Amal Soleh di dalam bulan ini. Kami ada kongsikan cadangan 5 Amalan dalam bulan Muharam, tarikh-tarikh penting dan fadhilat beramal di bawah👇🏻. Dah boleh mula ingatkan anak-anak, keluarga dan sahabat semua. Moga bulan ini menjadi permulaan baik untuk kita istiqamah beramal Soleh keranaNya.🌷🤲🏻
.
.

Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa Muharam dikira sebagai bulan pertama dalam kalendar hijriah sedangkan hijrah Nabi SAW dari Mekah ke Madinah sebenarnya bermula dari bulan Safar dengan pergi ke rumah Saidina Abu Bakar RA, kemudian ke Gua Thur, dan seterusnya hingga tiba di Quba’ dan Yathrib pada 8 dan 12 Rabiulawal.

Ia kerana mengambil semangat tahun itu berlakunya hijrah Nabi SAW, walaupun Nabi SAW berhijrah bukan pada bulan Muharam, tetapi para sahabat telah berazam dan diperintahkan berhijrah lebih awal lagi daripada hijrah Baginda SAW sendiri.

Begitulah sehingga bulan Muharam menjadi 4 bulan suci yang disebut dalam hadis Nabi SAW. Daripada Abi Bakrah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اِسْتَدَارَ كَهِيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، السَّنَةُ اِثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو الْقَعِدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضُرٌّ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.” (HR al-Bukhari, hadis sahih)

Antara amalan yang disarankan untuk kita melakukan amal soleh sebanyaknya, seperti:

1. MEMPERBANYAK PUASA SUNAT

🔸Puasa Sunat Hari Tasu’a: 9 Muharam 1446H | 15 Julai 2024

LAFAZ NIAT PUASA SUNAT HARI TASU’A

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Maksudnya: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

ANJURAN BERPUASA SUNAT HARI TASU’A DAN ‘ASYURA

Nabi SAW bersabda:

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram).”
(HR Muslim, hadis sahih)

🔸Puasa Sunat Hari Asyura: 10 Muharam 1446H | 16 Julai 2024

LAFAZ NIAT PUASA SUNAT HARI ASYURA

نَوَيْتُ صَوْم عَشٌرَ سُنَّة لله تَعَالى

Maksudnya: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

NABI SAW SENTIASA MENGEJAR UNTUK BERAMAL DALAM BULAN MUHARAM

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata :

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ

Maksudnya : “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini - iaitu hari ‘Asyura” (HR al-Bukhari, hadis sahih)

PUASA SUNAT HARI ‘ASYURA DIAMPUNKAN DOSA SETAHUN YANG LALU

Daripada Abu Qatadah : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda SAW :

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya : “Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.” (HR Muslim, hadis sahih)

🔸Puasa Sunat hari Putih: 13, 14 & 15 Muharam 1446 | 19, 20, 21 Julai 2024

NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”

PUASA HARI PUTIH UMPAMA PUASA SEPANJANG TAHUN

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

07 Jul, 13:35


1 Muharram 1446H | 7 Julai 2024 🌙
https://vt.tiktok.com/ZSY4YP3Rm/

Bismillahirrahmanirrahim. Doakan New Project MasyaAllah Aafiyah Dream Box by Aafiyah HQ berjalan lancar. #comingsoon #giftbox #doorgift #love #fyp
.
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 1446 𝐇 🕋🕌

“𝐌𝐨𝐠𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦." 🥰🌹
Linktr.ee/AllahummaSholliAlaMuhammad

#MaalHijrah #Muharram #TahunBaru

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

07 Jul, 13:34


#comingsoon Aafiyah 🎁

MasyaAllah Aafiyah Dream Box
By Aafiyah HQ 🎁


@allahummainniasalukaalaafiyah 🩷🌷
#giftbox #dreambox #giftset #doorgift #fyp