Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi @abamtrafik Channel on Telegram

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

@abamtrafik


Saya adalah Official Dealer Public Gold yang telah membantu dan memberi bimbingan kepada ramai penyimpan emas.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi (Malay)

🌟🌟🌟 BERITA HEBAT UNTUK SEMUA PENYIMPAN EMAS! 🌟🌟🌟nnAnda mencari tempat untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelaburan emas? Tidak perlu risau lagi! Telegram channel 'Nota Emas Abam Trafik' adalah jawapannya!
Siapa dia? Abam Trafik, atau nama sebenarnya Shahril Norazmi, merupakan seorang Official Dealer Public Gold yang berpengalaman dan telah membantu ramai penyimpan emas dengan memberikan bimbingan yang tepat. Dengan pengetahuan dan kepakaran beliau dalam industri emas, anda pasti akan mendapat maklumat yang berguna dan bernilai dari Telegram channel ini.

Apa itu? Telegram channel ini merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin mendalami pelaburan emas. Abam Trafik akan berkongsi berita terkini, tips pelaburan, analisis pasaran emas, dan banyak lagi. Anda akan mendapat akses kepada pelbagai maklumat berguna yang membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak dan tepat.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan Telegram channel 'Nota Emas Abam Trafik' hari ini! Dapatkan informasi terkini dan bimbingan dari seorang pakar dalam bidang pelaburan emas. Jangan terlepas peluang untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam dunia pelaburan emas. Sertai sekarang dan jadikan diri anda pelabur emas yang berjaya! 💰✨

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

29 Jan, 23:00


Bertambah Kaya?

Bila simpan emas sebenarnya kita tidak bertambah kaya dengan hanya kenaikan harga emas semata-mata sebaliknya kekayaan kita bertahan daripada inflasi.

Berbeza kalau kita simpan duit di bank.

Walaupun nombornya semakin bertambah hakikatnya kita semakin miskin disebabkan kuasa beli duit kertas yang semakin merosot dari tahun ke tahun akibat dimamah inflasi.

Sebagai contoh.
Lihat sahaja harga karipap dahulu dan sekarang.

Dahulu kita mampu membeli sebiji karipap dengan harga 10 sen tapi hari ini dengan harga 10 sen tadi sudah tidak mampu lagi untuk membeli sebiji karipap yang sama.

Nampak tak?

Walaupun nombornya kekal 10 sen tetapi kuasa belinya telah hilang. Hakikatnya kita tertipu dengan nombor sahaja.

Jadi, duit kertas hanyalah sesuai dijadikan sebagai alat untuk medium transaksi jual beli sahaja dan sesuai untuk simpanan jangka masa pendek.

Tetapi..

Untuk simpanan jangka masa panjang simpanlah dalam bentuk emas yang mampu mengekalkan nilai dan kuasa belinya.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

28 Jan, 23:00


DUIT KERTAS BUKAN PENYIMPAN NILAI

Kalau kita faham hakikat sebenar duit kertas pasti kita tak akan simpan duit kertas terlalu banyak untuk jangkapanjang.

Duit kertas bukan penyimpan nilai, ia hanya sebagai medium pertukaran saja.

Kenapa bukan penyimpan NILAI?

Cuba anda bayangkan duit kertas RM100 jika dipotong 2 walaupun panjangnya sama, adakah nilainya terbahagi kepada (RM50 : RM50).

Sudah pasti tidak.

Nilai duit bukan terletak pada kertas tu. Nilai duit kertas terletak pada jaminan kerajaan pemerintah.

Kita lihat nilai emas.

Jika emas berat 10gram dan dipotong kepada 2 bahagian iaitu (5gram:5gram) sudah pasti nilainya terbahagi kepada 2.

Sebab emas adalah penyimpan nilai yang benar. Nilai emas terletak pada BERAT & KETULENAN semata-mata tanpa jaminan sesiapa.

Simpan emas sekarang untuk selamatkan nilai kekayaan kita.

Jadikan emas sebagai insurans kewangan bila berlakunya kegawatan ekonomi.
Bencana kewangan datang tanpa AMARAN.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

27 Jan, 23:00


"Saya nak daftar sendiri, tak perlukan dealer, terima kasih"

Lepas seminggu...

"Encik, macam mana nak keluarkan emas fizikal?"

"Encik, nak reset password macam mana?"

"Encik, kenapa emas saya tak sampai-sampai"

Saya call Public Gold tak angkat-angkat....
....krik krik krik..

Dalam 100 orang yang bertanya nak menyimpan emas, akan ada sorang dua yang macam. Saya pun kesian. Dan masa saya pun terhad untuk bantu semua orang.

Saya akan bagi keutamaan kepada yang mempercayai dealership saya dulu paling utama untuk saya bantu.

Kalau ada 20 orang bertanya nak menabung emas pada saat ini, orang yang macam ni giliranya orang ke 21 saya balas wassap.

Kalau masuk lagi 20 yang bertanya baru, dia akan potong que. Dan que nya jadi ke 41.

Jadi, bagi yang nak menabung emas. Carilah dealer dan introducer. Untung berganda. Emas dapat, ilmu dan bimbingan pun dapat.

Bukan emas yg membuatkan kita kaya. Tapi ilmu. Beli emas Public Gold dengan bimbingan dealer sama saja harganya kalau tanpa dealer.

Nak bermula menabung emas dibawah bimbingan saya, klik butang dibawah.

Saya akan bantu sebaiknya.

#ShahrilNorazmi

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

27 Jan, 07:43


Hari gaji adalah hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk kekalkan kegembiraan tu sepanjang bulan.

Bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit tu sebagai simpanan paksa dan lupa.

Selebihnya baru dibelanjakan.

Elakkan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sebab memang tak akan ada duit lebih sampai bila-bila.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya.

Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.

Jadi nak kaya setiap kali gaji, bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan.

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk simpan emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan.

Atau ikut bajet sendiri yang ditetapkan setiap bulan. Contoh RM 200 atau RM 300 sebulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Lama kelamaan menyimpan akan jadi tabiat.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

27 Jan, 04:15


Ramai yang personal whatsapp saya bertanya tentang pembelian emas melalui bayaran 10 kali.

Kepada yang baru join Public Gold, saya terangkan secara ringkas. Nanti boleh klik link yang saya sertakan untuk baca detail lebih lanjut.

Pembelian Emas bayaran 10 kali dipanggil EPP10 iaitu Easy Payment Purchase.

1. Customer boleh beli emas dan bayar secara berperingkat sebanyak 10 kali dengan amaun yang sama.

2. Boleh pilih mana-mana item yang berharga RM1000 ke atas kemudian membuat bayaran berperingkat sehingga selesai.

3. Harga akan dikunci apabila Customer membuat pembelian. Harga tidak naik dan tidak turun sehingga selesai pembayaran.

4. Apabila selesai pembayaran, Customer boleh buat proses tuntutan emas.

5. Jika berat item yang dibeli 21.25 gram dan kebawah, tuntutan akan diproses melalui kiriman.

6. Jika berat item yang dibeli melebihi 21.25, Customer perlu membuat temujanji tuntutan di mana-mana branch berdekatan.

7. Kaedah EPP ni sesuai untuk mereka yang nak disiplin diri untuk menabung emas kerana orang lebih disiplin membayar sesuatu melalui komitmen bulanan. Dan ia akan memaksa kita untuk menyimpan emas.

Klik Butang Dibawah untuk Baca Info Lanjut.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

26 Jan, 23:00


"Saya tak minat emas tapi duit saya minat."

Saya faham.
Saya pun sama juga, dulu. @everyone

Sebenarnya, bukan tak minat, cuma belum faham kenapa kita kena ada emas sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.

Salah satu sebabnya, emas ni tak nampak "nombor".

Sedangkan bagi yang faham, emas ni pun duit.

Kat mana nombor emas?
Dekat mana lagi kalau bukan gramnya!

Kita boleh tengok pada 1 gram emas, makin meningkat nilainya.

Tahun 2000 = R M 35
Tahun 2008 = R M 95
Tahun 2016 = R M 170
Tahun 2021 =R M 269
Tahun 2024 = RM 420

Duit kertas pula?

Setiap 1 ringgit, nilai makin jatuh.

Tahun lepas = 80 sen
Tahun ini = 70 sen
Tahun depan = 60 sen.
Lagi 5 tahun mungkin 30 sen.

Sekarang, antara emas dan duit kertas yang mana lagi berbaloi disimpan walaupun keduanya adalah duit?

Biasanya, ramai yang jawab "emas".

Cuma itulah.
Berapa orang yang nampak tapi tak nak simpan.

Jadi, kena simpan kedua-duanya sekali.
Emas dan duit.

Duit kertas untuk simpanan jangka masa pendek, emas untuk jangka masa panjang.

Dah jelaskan? Jadikan hari ni sebagai permulaan untuk menabung emas.

Klik butang dibawah untuk mendaftar.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

26 Jan, 04:00


"Saya ni tak minat simpan emas tapi nak tanya dulu ."

Sering kali saya dapat wasap sebegini.

Sebenarnya, kita simpan emas ni bukan soal minat tapi sebab perlu.

Ya,sebab perlu.
Sama macam kita berkerja, walapun kita tak minat pun nak bangun awal pagi atau kena marah dengan bos.

Eh, pernah ke kena marah?

Kita kerja juga kan, sebab perlu.

Begitu juga dengan emas
Emas perlu untuk backup hasil penat lelah kita bekerja dari dirompak oleh inflasi setiap tahun.

Kita rasa duit kita bertambah bila kita menyimpan setiap bulan, hakikatnya kuasa beli pada duit kita tu jatuh setiap tahun.

Contoh mudah, duit R M 100 kita hari ni dan 10 tahun lepas. Dah tak sama nilai kan? Dulu dengan nilai duit tu kita boleh dapatkan banyak barang, sekarang boleh dikira dengan jari.

Bukan tu sahaja.

Kita perlu simpan emas supaya diri kita tak jatuh miskin setiap kali dapat gaji.

Ya lah kan, simpan awal bulan, tengah bulan korek balik.

Orang yang ada gaji, ada peluang buat simpanan sebulan sekali, tapi orang yang berniaga, mereka ada peluang buat simpanan setiap hari.

Bila dah simpan emas, baru kita bertambah kaya setiap bulan. Sebab simpanan susah nak bocor.

Dah faham kan? Bermulalah hari ni. Klik butang dibawah untuk mendaftar akaun emas secara percuma.

Nanti saya bantu.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

24 Jan, 23:00


𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐄𝐌𝐀𝐒

Sejak ada akaun Emas GAP Public Gold, ramai yang berjaya menyimpan.

Bukan simpan duit, tapi simpan emas.

Sebelum ni ramai yang gagal simpan duit. Bila nampak duit banyak sikit dalam bank, macam-macam perkara yang nak dibeli.

Simpan la kat mana pun, ASB, Tabung Haji. Asalkan simpanan duit, pasti ada je alasan nak korek balik.

Bila mula simpan emas, kita dah tak nampak duit. Kita hanya nampak emas sahaja. Maka sebab itu naluri nak berbelanja kita tak ada.

Kalau konsisten dan disiplin, emas itu akan semakin bertambah.

Ajaibnya, walaupun dah tak nampak duit, dah tak bernafsu nak berbelanja, tapi emas tu ada depan kita dan kita tahu kita ada harta.

Tugas kita hanya ulang proses yang sama. Beli emas, tabung emas, dan keluarkan emas sampai jumlah emas kita semakin banyak.

Nak mula menabung emas dan memiliki emas Dinar 999 pertama?

Tekan butang dibawah untuk dapatkan bimbingan saya secara percuma.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

23 Jan, 23:00


𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐆𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐔𝐒 𝐊𝐄?

GAP ini sebenarnya pemudah cara untuk anda simpan emas secara sedikit demi sedikit.

Bagi anda tiada budget yang besar, boleh beli dan simpan dalam akaun GAP. Janji anda ada RM100 dah boleh simpan emas di Akaun GAP.

Bila-bila masa boleh keluarkan emas fizikal .

Contohnya item 10 dinar yang beratnya 42.5gram ini. Harganya hari ini sekitar RM18,000.

Bagi kita rakyat Marhaen ni memang akan terasa berat untuk dapatkan sekeping 10 dinar ini dengan harga tersebut.

Tapi dengan GAP, anda boleh dapatkan item emas seperti ini

Kuncinya adalah konsisten menyimpan di akaun GAP sehingga capai target.

Simpanan akaun emas GAP ini tiada komitmen bulanan. Maksudnya anda boleh menabung emas bila-bila masa mengikut kepada budget anda.

Walaupun prosesnya lambat tapi jika anda konsisten menyimpan setiap bulan, insyaallah anda boleh keluarkan item emas yang anda inginkan.

Tekan butang dibawah untuk dapatkan bimbingan saya secara percuma.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

23 Jan, 09:32


Memanglah tak cantik. Sebab cover plastik luar tu memang untuk kita tarik keluar (koyak).

Koyak sahaja plastik tu, nampak cantiklah emas ni...

Dulu PG (#PublicGold) terima feedback, emas yang customer terima ada kesan calar. Kesan calar tu terjadi masa proses packaging sebab tergesel sesama emas tu sendiri.

Jadi PG buat cover plastik luar supaya kita terima dalam keadaan cantik. Bila dapat emas ni, koyak sahaja plastik luar ni.

Mesti nampak cantik! InsyaAllah...

Lagi satu, siapa nak sentuh dan belek-belek emas tu, boleh kopek dan keluarkan sahaja emas tu dari sarung.

Tak perlu risau. Nilai emas tu tak terjejas langsung bila nak jual balik kepada PG.

PG jamin beli balik pada harga tinggi (ikut harga PG Buy semasa) walaupun emas ni walaupun dah keluarkan dari sarungnya, calar, lekuk atau kemek.

Tak ada masalah. Penyimpan emas boleh simpan emas di dengan peace of mind. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

22 Jan, 23:00


𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐑, 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐋!

Atas tapak tangan ni ada 20 keping 1 dinar. Tahu tak, harga 1 dinar ni pada tahun 2018 adalah sekitar RM700. Tapi, pada bulan ini 1 dinar bersamaan dengan RM1,800 lebih.

Ada orang kata, "Mana la saya mampu nak beli 1 dinar kalau macam ni!"

Dengan Public Gold, in shaa Allah tuan puan mampu.

Tahu tak, di Public Gold tuan puan boleh membuat belian emas serendah RM100.

Ya! Suka hati tuan puan nak beli berapa ringgit asalkan minimum RM100 dan tak ada syarat belian wajib setiap bulan.

Apa yang pasti, lebih kerap tuan puan menyimpan, lebih cepatlah bertambah gram emas anda!

Cara belian ini di panggil GAP (Gold Accumulation Program).

Ringgit anda ditukarkan kepada emas sikit demi sikit dan bila dah berjaya capai gram tertentu, contohnya 4.25 gram, anda dah boleh keluarkan 1 dinar.

Ulang je langkah ni dan dinar anda mesti bertambah.

Best kan? Nak mula mengumpul dinar emas 999?

Tekan butang dibawah jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma daripada saya.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

22 Jan, 04:00


Saya pesan dengan team saya supaya buat pembelian emas EPP10 pada 13 Januari 2025 kerana signal harga emas bakal melonjak kepada RM450/gram.

Kelebihan beli emas menggunakan kaedah Easy Payment Purchase, customer boleh lock harga emas dan bayar ikut amaun yang sama setiap bulan selama 10 bulan.

Jadi, tak perlu risau harga naik.

Hari ini harga emas telah memecahkan rekod harga tertinggi. Apabila level harga tertinggi telah berjaya dipecahkan, maka ia akan membuat harga tertinggi yang baru iaitu di sekitar paras RM450/gram.

Harini harga emas ialah RM428/gram.

Bermaksud, paras harga lantai emas selepas ini ialah sekitar RM428/gram.

Adakah harga ini telah terlalu tinggi?

Tidak, harga ini akan menjadi harga paling rendah selepas ini.

Adakah saya masih sempat nak beli emas?

Ya. Selagi mana duit kertas masih dicetak, selagi itu emas akan naik harganya.

Bagaimana nak mula simpan emas?

Klik butang daftar akaun emas dibawah. Saya akan bimbing anda menjadi penyimpan emas berjaya.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

21 Jan, 23:00


𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐅𝐋𝐀𝐒𝐈?

Inflasi saban tahun makin teruk. Dulu pisang goreng RM1 dapatlah 10 keping. Sekarang, RM2 dapat 5 biji, tu pun ramping bukan main lagi pisangnya.

Maksudnya, nilai ringgit makin jatuh.

Bayangkan kalau kita menabung duit dekat rumah, selepas 5 tahun, duit tu "nampak banyak" tetapi sebenarnya kita tertipu dengan nombor. Nilai duit terus susut. Sebab itulah, kita perlu segera alihkan sebahagian ringgit kita kepada emas sebab emas kalis inflasi.

Ye ke kalis inflasi?

Betul. Jom kita tengok sejarah. Buktinya, harga kambing 1400 tahun dulu sehinggalah sekarang kekal 1 dinar emas.

Tapi, kalau beli pakai ringgit, harga kambing pada tahun 2000 adalah RM150. Sekarang sekitar RM1500.

Harga emas kelihatan semakin mahal. Hakikatnya, nilai ringgit yang makin jatuh. Bagi yang ada ilmu emas, mahal macam mana sekalipun harga emas pada satu-satu masa, mereka tetap simpan emas kerana emas kalis inflasi.

Tukarlah sebahagian kekayaan anda kepada emas kerana emas mengekalkan kuasa beli anda.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

20 Jan, 23:00


PELABURAN ATAU SIMPANAN?

Emas dianggap sebagai pelaburan, tapi emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan.

Pesan Mentor saya, nak simpan emas perlu ada ilmu.

Kita kena tahu, kita simpan emas sama ada untuk pelaburan atau simpanan?

Jika beli emas untuk pelaburan, item goldbar 250gram ke atas adalah lebih sesuai sebab harga per gram nya lebih rendah, caj premium lebih murah dan spread lebih nipis.

Contohnya, kalau bajet beli emas cuma 1 gram, anggaplah ia sebagai tabungan, bukannya pelaburan.

Menabung dulu dengan sabar sampai cukup #1kilogram1keluarga sebagai "life boat" keluarga ketika kecemasan.

Nak mudah dan murah, menabunglah melalui #AkaunEmasGAP.

Menabung sikit-sikit dan letakkan target simpanan emas kita. Mula dulu serendah RM100 di #AkaunEmasGAP Public Gold.

Jangan tunggu duit banyak baru nak mula simpan emas tapi mulakan dulu walaupun hanya 1gram.

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas berjaya. Tekan butang dibawah untuk bermula.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

20 Jan, 08:52


Dah ramai yang tertipu dengan teknik jual emas macam ni.

Betul ke murah? Jom kita kira.

Kad yang kononnya mengandungi emas seberat 0.002gram ini dijual dengan harga RM20 sekeping.

Nak dapatkan jumlah emas sebanyak 1gram perlukan 500 keping.

500 keping x RM20 = RM10,000.

Maksudnya, jika anda kumpul emas seperti ini, anda perlu keluarkan modal sebanyak RM10,000 untuk emas seberat 1gram.

Jika anda nak menjualnya pula, anda cuma dapat jual mengikut harga pasaran emas semasa iaitu sekitar RM400/gram.

Itu pun tiada kedai emas yang sanggup beli sebab terlalu sukar untuk periksa ketulenan emas setiap satu.

Bayangkan, siapa yang sanggup nak periksa ketulenan emas sebanyak 500 kali?

Pastikan kedai emas akan kenakan caj yang sangat mahal.

Sudah la beli emas 1gram bernilai RM10,000. Nak jual pula tak laku.

Sebab itu mentor-mentor kewangan menasihati supaya kita tidak membeli emas bersaiz kecil.

Paling mudah, beli dan kumpul dulu dalam akaun Emas GAP Public Gold. Dah cukup, baru keluarkan emas fizikal.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

19 Jan, 23:00


"Apa Kelemahan Emas?"

Ini soalan ditanya semasa seminar sebelum ini.

Satu kelemahan ketara yang ada pada emas adalah emas aset yang tidak menjana income seperti dividen.

Cuma saya hairan, kenapa ramai penyimpan emas memiliki emas yang banyak walaupun tiada dividen.

Semuanya berpunca daripada ilmu.

Emas adalah aset pelengkap bagi kewangan kita.

Memang betul emas yang kita simpan tidak menjana income tapi ianya berperanan seperti insurans.

Ya, emas tidak menambah kekayaan kita, tapi ia melindungi kekayaan kita daripada dicuri oleh inflasi, berkurangan sebab kejatuhan nilai matawang.

Selain itu, emas dapat melindungi kekayaan kita daripada kehilangan nilai sekiranya berlaku bencana ekonomi dan politik terhadap negara.

Contohnya, jika ekonomi dunia tidak menentu, atau berlaku kekecohan pada situasi kewangan dunia, maka pelabur akan mengalihkan kekayaan mereka kepada emas untuk melindungi kekayaan mereka.

Pakar-pakar kewangan juga sarankan untuk kita alihkan 10% kekayaan dalam bentuk emas.

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

18 Jan, 23:00


Saya masih ingat lagi.
Saya pernah dapatkan emas 1 Dinar pada harga:

RM720 sekitar tahun 2018
RM 935 tahun 2020
RM 1,300 tahun 2023

Harini sekeping 1 Dinar yang sama sudah mencecah RM 1,800. Berat dan ketulenan emas saya kekal. Tapi harganya meningkat.

Sekeping 1 Dinar ini beratnya 4.25 gram. Cukup untuk tampung makan minum 1 keluarga untuk tempoh sebulan. Dari dulu sampailah sekarang.

Sekeping 1 Dinar= 1 Bulan.
12 keping 1 Dinar = 12 bulan.

Jika terjadi apa-apa musibah kepada diri kita, emas ini boleh dijadikan pendapatan untuk menampung keluarga selama setahun.

Jika terjadi musibah pada negara, kejatuhan ekonomi, perang dan sebagainya, emas ini kekal nilainya dan membantu untuk bertahan.

Duit kertas boleh hilang nilainya, atau boleh disekat di bank.

Namun emas, tiada yang mampu menahan nilainya daripada sentiasa meningkat.

Klik butang dibawah untuk saya bantu anda mulakan simpanan emas.

#ShahrilNorazmi
#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

17 Jan, 23:00


Emas Mahal Sekarang?

Semasa saya mula simpan emas tahun 2017 dulu, ramai yang cakap emas mahal. Waktu tu sekitar R M 170 per gram.

Hari ni tahun 2025 pun ramai yang cakap emas mahal, sekitar RM 426 per gram.

Kalau nak tunggu emas murah, memang tak akan beli bila-bila sebab emas sentiasa akan mahal.

Bahkan kalau tanya nenek kita pun, dulu emas pun mahal juga, R M 30 per gram katanya.

Kesimpulannya, emas memang mahal sebab ia emas. Kena ada ilmu baru kita tak akan takut untuk beli emas pada bila-bila masa.

Disebabkan emas kekal mahal la kita perlu simpan emas. Kalau emas makin susut nilainya seperti kenderaan, kita takkan simpan.

Nak buat apa simpan benda yang semakin hilang nilainya.

Cuba fikir, duit kertas makin susut nilai atau makin naik nilainya?

Boleh faham, kenapa perlu simpan emas?

Sebab itu saya tulis tips emas di FB dan kewangan di Telegram Channel https://t.me/AbamTrafik Jadilah penyimpan emas yang berilmu. Bukan sebab ikut-ikut orang.

#ShahrilNorazmi

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

17 Jan, 07:00


Saya nak kahwin?
Saya nak anak masuk universiti?
Saya nak kumpul deposit rumah?
Saya nak bersara kaya?

Kalau nak jayakan semua projek besar ni, simpan emas.

Ini satu ilmu penting saya belajar dari pakar kewangan.

Bila simpan emas, kita tak perlu takut kalau kos projek tu makin meningkat. Sebab nilai emas yang kita simpan pun turut meningkat.

Ya, kos projek kita tu meningkat kerana nilai duit kita yang menyusut setiap tahun.

Semua orang tau kan.

Jadi, bila kita sudah pilih cara menyimpan yang betul dari awal, sudah tentu projek masa depan kita tak terganggu.

Nak tau lebih lanjut lagi tentang simpanan emas, boleh klik butang dibawah.

#ShahrilNorazmi

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

17 Jan, 03:00


"Kenapa nak simpan emas? Kan saya dah simpan duit?"

Sebenarnya, begini.
Dulu saya pun begitu, tak faham.

Biasanya kalau ada duit kita selalu buat apa?

Kita belanja kan.
Memang tak ramai yang fikir nak ada harta bila ada duit.

Contoh, beli rumah atau hartanah untuk disewakan.

Selalunya, duit habis hujung bulan.Bulan depan, kita ulang lagi benda yang sama.

Cuma satu yang saya sedar.
Ini pun selepas mula simpan emas.

Bila duit kita sudah bertukar jadi emas sedikit demi sedikit, secara diam-diam dia sudah membina aset.

Ya, tanpa kita sendiri sedar.

Eh, sudah ada berpuluh gram bahkan beratus gram emas dalam simpanan walaupun tak sampai setahun!

Emas ni best.

Sebab harta yang boleh kita kumpul sekecil 1 gram. Kalau kat Public Gold, hari ni cuma RM 426 sahaja. Kalau belum mampu, boleh mula serendah RM 100.

Memang mampu milik.

Bagi yang belum mampu ada aset yang besar. Kita bermula dulu dengan aset yang kecil sebagai latihan.

Lama-lama kita akan ada aset yang besar buat diri kita dan keluarga.

#ShahrilNorazmi
Walaupun saya dah ada aset rumah, tapi saya masih menabung emas di akaun GAP setiap bulan.

Nak menabung emas, klik butang dibawah untuk mendaftar percuma.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

16 Jan, 23:42


Bandinglah harga sendiri.

Jangan terjabak dengan Platform penipu-penipu yang menjual dengan harga tak masuk akal disebabkan transaction fee yang tak masuk akal iaitu 20%.

Eventually mereka akan naikan transaction fee kepada 30% seperti di China sekarang.

Kalau beli salah tempat, mereka jual harga mahal, mereka beli semula harga murah. Ada juga yang jual tapi tak beli semula apabila kita mau menjual.

Sebab itu saya sarankan, kalau nak beli emas, beli dengan syarikat yang ada rekod terbaik di Malaysia iaitu Public Gold.

Klik butang dibawah untuk mendaftar.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

16 Jan, 14:25


Harga Emas akan naik RM5 kepada RM426/gram malam ini selepas jam 12 malam.

Harga semasa emas GAP ketika ini ialah RM421/gram.

Dijangka harga emas akan terus naik melebihi RM430/gram sekiranya ia berjaya menembusi paras harga tertinggi ini.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

16 Jan, 13:35


"Boleh tak kumpul emas untuk beli Iphone?"

1st time saya dengar matlamat beli emas untuk beli Iphone.

Tapi takpa, saya akan explain. Soalan yang bagus.

Sebenarnya matlamat simpanan emas ialah untuk kita bina tabiat menabung.

Biasanya, ramai yang gagal simpan duit di akaun bank.

Kerja bertahun-tahun tapi tak ada simpanan. Kalau menyimpan pula, tak lekat. Simpan awal bulan, hujung bulan mesti korek balik.

Jadi, mereka beralih kepada akaun simpanan emas.

Punca orang korek balik duit ialah kerana sifat duit itu sendiri ialah untuk dibelanjakan.

Tak ada orang simpan duit sampai bila-bila. Sampai masa memang untuk dibelanjakan.

Cuma masalah yang ramai orang hadapi ialah tak dapat tahan nafsu untuk berbelanja.

Maka emas adalah cara untung "Menghilangkan duit" tanpa menghilangkan nilainya.

Matlamat sebenar beli emas ialah untuk kumpul & kekalkan kekayaan.

Emas yang kita beli takkan dijual melainkan 3 sebab:

1. Apabila capai matlamat utama.
2. Untuk menggantikan dengan aset yang lebih berharga seperti hartanah yang memberi pendapatan pasif.
3. Apabila berlaku kecemasan dan telah habis duit simpanan.

Tetapi, jika kita letakkan matlamat kumpul emas untuk membeli sesuatu, ia juga dalam kategori matlamat, cuma matlamat itu kurang tepat.

Boleh saja kalau nak kumpul emas untuk beli Iphone.

Caranya , dapatkan harga iphone dan bahagikan dengan nilai segram emas.

Contohnya, RM7000 dibahagikan dengan RM400/gram.

Akan dapat 16.6 gram.

Maka matlamat kita ialah perlu kumpul sebanyak 16.6 gram emas.

Seterusnya, berapa lama tempoh nak beli iPhone?

Ia bergantung kepada tempoh nak kumpul 16gram emas tersebut.

Jika nak beli dalam tempoh setahun, maka perlu kumpul emas sebanyak 1.4gram sebulan.

Tetapi jika tak mampu, boleh kumpul ikut bajet yang kita mampu.

Contohnya kita mampu kumpul setakat RM100 sebulan. Teruskan konsisten beli emas bernilai RM100, sampai cukup 16gram emas.

Maka jawapan kepada soalan, "Boleh tak kumpul emas untuk beli Iphone" ialah BOLEH

Sebab anda akan lebih bersemangat untuk menambung bila nampak emas dan nafsu berbelanja anda akan hilang apabila dah tak nampak duit.

Faham Sesuatu?

Shahril Norazmi
Official Dealer Public Gold


Jom jadikan emas sebagai matlamat anda. Tekan butang dibawah untuk mendaftar akaun emas secara percuma.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

16 Jan, 03:00


Orang yang baru simpan emas akan risau tentang zakat emas.

"Biasanya saya akan ditanya, berapa gram emas baru kita kena zakat?"

Majoriti yang tanya sebab takut kena bayar zakat emas.

Puan Wafa antara penyimpan emas dalam team saya.

Saya bimbing dan kongsikan ilmu emas kepada beliau. Saya ceritakan pengalaman saya, emas saya tak pernah bertambah.

Tersangkut di paras 80gram bertahun-tahun. Puncanya sebab takut kena bayar zakat.

Alhamdulillah, selepas mentor kongsikan ilmu. Jika kita nak jadi kaya, kita mesti berniat untuk jadi orang kaya.

Caranya ialah dengan berniat dan berdoa supaya kita layak tunaikan zakat.

Insyaallah, dengan doa dan niat yang baik, Allah akan perkenankan dan permudahkan rezeki kita untuk jadi orang kaya dan layak berzakat.

Nak dapatkan ilmu emas daripada saya. Jom join team emas saya, saya akan bimbing anda menjadi penyimpan emas berjaya.

Saya akan kongsikan tips yang ramai orang tak tahu.

Tekan butang dibawah untuk mendaftar.

-Abam Trafik-

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

15 Jan, 22:49


Harga Emas Public Gold GAP
RM421 = 1gram
RM211 = 0.5gram
RM100 = 0.2375gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 16-01-2025

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

15 Jan, 13:06


Hati-hati dengan Skim Ponzi Baru Menggunakan Haiwan Ternakan

Skim ini menggunakan modus haiwan ternakan seperti Lembu atau Kambing untuk mengaburi mata anda sebagai kononnya pelabur.

Mereka menetapkan beberapa pakej untuk anda beli. Kononnya tak perlu lagi ada tanah sendiri atau kandang untuk membela haiwan ternakan.

Hanya beli pakej mereka, dan mereka akan jagakan haiwan ternakan anda.

Cukup masa, anda akan dapat hasilnya.

Nampak macam real. Anda akan dibawa ke kandang, ditunjukkan haiwan ternakan yang anda beli. Nampak real, anda membelinya dan ianya milik anda dan disimpan dibawah jagaan mereka.

Hakikatnya, mereka hanya mengutip dana daripada pembeli dan rolling duit pakej semua pelabur untuk membayar keutungan anda.

Dari pandangan mata kasar, pelaburan berasaskan haiwan ternakan ini nampak legit, tetapi minda skeptikal saya melihat ianya adalah skim ponzi yang menggunakan haiwan ternakan.

Sebelum ini kita nampak skim ponzi menggunakan emas, krypto, hartanah dan sebagainya.

Tetapi kali ini, mereka menggunakan haiwan ternakan dan meletakkan elemen agama untuk mengaburi mata anda.

Hati-hati, jangan terpedaya. Skim Ponzi sentiasa tumbuh, cuma modusnya sahaja berbeza.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

15 Jan, 10:00


Inilah punca jika tiada ilmu.

Pakar Kewangan sentiasa ingatkan,

"Jika kita tiada ilmu untuk menggandakan duit, maka adalah lebih baik duit itu tidak dilaburkan kemana-mana. Ia lebih selamat."

Ramai yang suka ikut-ikut orang. Pada saya, pelaburan Kripto ni risikonya sangat tinggi. Sebab itu saya tak pernah sarankan untuk orang lain join.

Pelaburan Kripto tidak seperti emas.

Kripto boleh jatuh sehingga ke nilai kosong, malah negatif pada bila-bila masa.

Pergerakan harga Kripto sangat volatile. Harganya cepat melonjak jauh, tapi dalam masa yang sama boleh jatuh merudum dengan sangat cepat.

Risiko lain Kripto ialah, kita tak dapat pegang fizikalnya kerana matawang Kripto berada dalam Blockchain.

Perlu berhati-hati sekiranya anda ingin laburkan simpanan anda kepada sesuatu yang boleh dimanipulasi.

Maksudnya, harga Kripto boleh dikawal oleh sindiket tertentu.

Kesimpulannya, pelaburan emas fizikal sahaja paling rendah risiko. Mustahil emas jatuh kepada Kosong melainkan semua wanita dah bencikan emas.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

15 Jan, 04:00


Nak beli emas sekaligus macam ni memang tak mampu. Nak pula waktu harga emas tengah naik ni. Makin la ramai takut nak beli emas.

Sebenarnya tak semua orang mampu beli emas fizikal dalam jumlah yang besar macam ni.

Semuanya bermula dengan tabungan emas sedikit demi sedikit.

Kebiasaannya manusia hanya melihat pada kejayaan orang lain, sedangkan mereka tidak melihat pengorbanan yang dilakukan sebelum kejayaan itu terlihat.

Nak berjaya dalam simpanan emas, perlu berani mulakan langkah pertama. Kemudian disiplin & konsisten sampai jadi tabiat.

Semua orang mampu menabung emas. Dengan Public Gold, kita boleh beli emas serendah RM100.

Tekan butang dibawah untuk mendaftar akaun emas.

-Abam Trafik-

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Jan, 22:40


Harga Emas Public Gold GAP
RM420 = 1gram
RM210 = 0.5gram
RM100 = 0.2381gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 15-01-2025

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Jan, 13:24


Cara Penipuan, Modus Operandi, dan Ciri-ciri Scammer

1. Anda tiba-tiba masuk dalam group samada whatsapp atau telegram.

2. Kemudian ahli dalam group tersebut post testimoni keuntungan, profit, dan sebagainya.

3. Semua dalam group itu adalah scammer kecuali anda.

4. Mereka menawarkan pelaburan, bisnes, produk, dan sebagainya dengan pulangan yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

5. Pelaburan yang melibatkan matawang selain Ringgit Malaysia. Contohnya, anda berurusan melalui platform yang menggunakan matawang USD.

6. Anda akan ditawarkan tugasan yang akan memberi pulangan. Namun anda perlu membayar untuk dapatkan tugasan yang lebih banyak.

7. Jika ada pelaburan yang menawarkan keuntungan tetap melebihi 10% setahun.

8. Gelang ajaib, stokin ajaib, seluar ajaib, atau apa sahaja produk yang mampu menyembuhkan penyakit kronik.

-Abam Trafik-

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Jan, 12:00


Ini adalah harga emas di website Public Gold.

Cuba lihat beza harga. bayangkan jika kita konsisten menabung emas sejak tahun 2015. kita akan ada sekurang kurangnya 250 gram

8 Nov 2016 - 250 gram - RM45,401
8 Nov 2024 - 250 gram - RM101,272

jika yang agresif menabung hingga ada 1kg emas

8 Nov 2016 - 1kg emas - RM181,605
8 Nov 2024 - 1kg emas - RM405,088

Malangnya tak ramai yang menabung emas secara istiqamah.

biasa saya dengar. "Kalaulah aku simpan dari awal, mesti dah untung banyak".

nanti tahun 2034 pun dia tetap menyesal sebab tak mula konsisten dari harini.

Better late than never.

beli emas duit habis. tak beli pun duit tetap habis

beli emas duit tak cukup. tak beli emas pun tetap tak cukup.

Simpan emas dengan ilmu. inshaAllah tak menyesal.

Klik butang dibawah untuk mendaftar akaun emas.

-MSN-

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Jan, 08:08


CARA PANTAS UNTUK MULAKAN SIMPANAN EMAS PUBLIC GOLD

Step 1: Daftar username Akses Public Gold melalui link dibawah.

Tanpa introducer, tiada yang akan membimbing dan membantu anda. Bimbingan introducer adalah percuma.

Klik: https://bit.ly/DaftarAkaunEmasMSN
(Akaun umur 18 tahun ke atas)

Klik: https://bit.ly/DaftarAkaunEmasJuniorMSN (Akaun umur bawah 18 tahun)

Step 2: Tekan link pengesahan di SMS atau email anda.

Step 3: Download apps Public Gold

Step 4: Login menggunakan Nombor Kad Pengenalan tanpa sempang (-) sebagai USERNAME & PASSWORD.

Contoh:

Username: 800010123456
Password: 800010123456

Kemudian klik login.

Step 5 : Buat pembelian emas pertama minima RM100

Saya akan menghubungi anda untuk bimbingan seterusnya.

Lihat Tutorial Penuh 3 Langkah Mudah Memulakan Simpanan Emas :
https://bit.ly/CaraNakMulaSimpanEmas

Muhamad Shahril Norazmi
PG00190571
Official Dealer Public Gold

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Jan, 04:58


Perkembangan Semasa Public Gold Business Group, The Genuine Business.

Bermula pada 2008 di Penang.
Pelanggan semasa 1.55 juta orang.
Jualan RM17.5 Billion
Bayaran Insentif PGBO RM300 juta
Sebanyak 74 Tan Emas telah dijual.
Sebanyak 2.35 juta Dinar dijual seluruh dunia.
Sebanyak 40 Tan Emas dibeli
Sebanyak 50 buah Gold ATM di Malaysia.
Sebanyak RM12 juta emas dijual di ATM

Alhamdulillah syukur, apa yang Founder PG Dato' Wira Louis Ng perjuangkan memang di kotakan.

"Kita makan sikit-sikit, kita makan sama-sama, kita makan lama-lama."

Terima kasih kepada semua pelanggan yang mempercayai Public Gold.

Masih ragu-ragu dengan Public Gold?

Berhenti melihat, ayuh mulakan tabungan emas anda hari ini.

-MSN-

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Jan, 04:00


"Takut tengok harga emas sekarang!"

Kata guru emas saya, itu terjadi bila kita tak ada ilmu.

Kalau kita ada ilmu.
Kita tak akan pernah rasa seram dengan harga. Harga emas lagi 3 - 5 tahun confirm lebih seram dari harga sekarang.

Sebab confirm meningkat.

Yang seramnya, satu sahaja.

Kalau tabungan emas kita tak bertambah setiap bulan atau setiap tahun, tapi duit simpanan pula makin menyusut.

Itu yang patut kita takut.

Emas bertambah maksudnya kita untung sebab duit tak bocor.

Dan untung pada kenaikan harga emas untuk jangka panjang.

Lagi satu, duit kita dalam bentuk emas tak terjejas dengan inflasi dan kejatuhan ringgit seperti mana duit kertas kita yang makin jatuh nilainya.

Berminat nak mula simpan emas, Tekan butang Daftar Akaun Emas dibaeah untuk mulakan simpan emas pertama anda pada awal tahun 2025 ini.

Shahril Norazmi
Official Dealer Public Gold
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Jan, 04:00


7 info yang hampir 95% Rakyat Malaysia tak tahu.

1. Kalau buat loan rumah 30 tahun, 15 tahun pertama anda hanya bayar interest bank sahaja.

2. Ansuran pinjaman perumahan untuk 15 tahun bersamaan harga rumah yang anda beli.

3. Kenaikan nilai Emas dalam tempoh 20 adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding hartanah.

4. Jika anda beli emas dengan amaun yang sama dengan bayaran bulanan rumah anda, dan konsisten selama 35 tahun. Maka anda akan dapat beli dua buah rumah yang sama nilanya secara tunai tanpa hutang.

5. Jika anda alami masalah kewangan semasa dalam tempoh 35 tahun pinjaman perumahan, kemungkinan rumah anda akan dilelong dan anda akan rugi.

6. Jika ada alami masalah kewangan semasa dalam tempoh menyimpan emas, anda boleh gunakan emas sebagai cagaran untuk mendapatkan wang segera, atau menjualnya dengan mudah.

7. Masih ramai yang mengagungkan rumah idaman pertama bila dapat kerja, tetapi tidak tahu cara bagaimana nak mendapatkan rumah tanpa perlu menjadi hamba bank.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

13 Jan, 13:55


Sekarang trend di Tiktok, penjual jual emas 0.001 gram dan 0.002 gram. 1 keping (Emas 0.001 gram) dijual harga RM10. Yes hanya RM10. Nampak macam murah kan?

Nak ada 1 gram? Kena beli 1000 keping.
0.001 gram x 1000 = 1 gram

So RM10 x 1000 = RM10,000

1 gram = RM10,000 Mahal ke murah? Terlalu mahal. 😱

Sebab itu, nampak biasa tetapi bagi mereka yang tak tahu dan kurang ilmu, mereka akan terpedaya.

Nak jual dan pajak nanti agak-agak boleh atau tidak? Ikut pengalaman, jika emas tersebut terlalu kecil, susah untuk diuji ketulenan emas, mesti susah untuk jual balik / pajak.

Jadi buat apa beli emas jika tidak berguna untuk masa depan? Sia-sia! Halus mulus je emasnya. Kalau jatuh ni CONFIRM hilang emas tu.

Nasihat saya, semoga anda yang baca ini, tidak terjebak dan beritahu kenalan lain juga supaya mereka pun tidak terkena.

Kalau bajet tak besar, beli emas sikit-sikit melalui akaun emas Public Gold. Dah cukup gram baru keluarkan emas yang besar.

Baca Info Akaun Emas GAP:👇🏻 https://boards.com/a/9p4v7.trcrFf

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

02 Jan, 12:24


10 pesanan untuk penjawat awam yang kais sebulan makan sebulan macam saya. Pesanan yang akhir masih ramai tak tahu.

1. Sediakan Bajet Bulanan.
Kena mula buat kira-kira. Catat gaji masuk dan belanja yang keluar. Kalau nampak macam lebih banyak yang keluar dari yang masuk, kena ubah lifestail. Potong mana yang tak patut. Tambah mana yang patut, contohnya potongan ibu bapa dan sedekah. Insyaallah, rezeki akan bertambah.

2. Tetapkan Matlamat Kewangan.
Kena mula ada impian. Contohnya nak simpan 10k tahun ni. Atau nak settlekan semua hutang. Atau apa sahaja melibatkan kewangan. Tulis matlamat, dan rancang untuk capai dari sekarang.

3. Simpan Dulu, Belanja Kemudian.
Kalau kecik-kecik dulu diajar bila dapat duit ada lebih baru simpan. Kali ni cuba ubah, setiap kali gaji masuk, terus asingkan sekurang-kurangnya 20% untuk simpanan. Anggap macam ‘bil’ wajib macam bayar api air. Jangan sibuk nak makan je. Lepas tu bising tak kurus-kurus. 🙄

4. Hapuskan Hutang Kad Kredit.
Kalau pandai urus hutang, okey je. Tapi majoritinya tak pandai. Elok tak payah guna. Tapi kalau dah ada hutang kad kredit, fokus untuk bayar habis. Faedah dia tinggi, rugi kalau biarkan. Kalau dah settle, buang terus ke lubuk hati paling dalam. Tiber.

5. Melabur Dalam Ilmu.
Banyakkan membaca atau hadir seminar kewangan & pelaburan. Belajar dan fahamkan asas pelaburan seperti ASB, saham, FCPO, Emas atau hartanah. Simpanan akan bertambah bila ada ilmu kewangan. Manakala pelaburan pula akan buatkan simpanan kita sekakin berkembang. Kalau ada ilmu, baru tak mudah kena tipu.

6. Cipta Dana Kecemasan.
Ini yang paling ramai orang leka. Dana kecemasan ni penting tau. Rule dia mesti ada sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji. Kaya ke, sederhana ke, miskin ke, wajib ada ni.

7. Kurangkan Kehendak.
Udah-udah la tu scroll tiktok. Yang keluar semuanya makanan. Kot murah takpa juga. Kurangkan makan kat luar. Kat sini banyak you gais boleh jimat banyak. Tak caya cuba.

8. Gunakan Aplikasi.
Kalau malas nak catit, gunakan kemudahan yang ada di arus kemodenan ni. Cewah. Guna je aplikasi seperti Spendee atau Money Lover untuk pantau perbelanjaan. Lebih mudah nak nampak mana duit tu pergi hiking. 🙄

9. Cari Pendapatan Sampingan.
Kalau dah cuba menyimpan tak dapat-dapat. Bermakna you gais perlukan pendapatan tambahan. Kena la rajin belajar cara nak buat bisnes online. Boleh try affiliated produk di medsos. Dapat hasilnya, simpan. Jangan guna.

10. Simpan Emas.
Hampir 80% rakyat Malaysia tak tau kepentingan emas. Tak tahu kenapa perlu simpan emas. Sedangkan pakar kewangan sangat sarankan untuk kita alihkan 20% daripada simpanan dalam bentuk emas sebagai backup. Kalau jadi apa-apa kat ekonomi. Tak la terus jatuh tersembam.

Baca disini: boards.com/a/9p4v7.aqh5g1

Hujung tahun lepas ada sorang client saya alihkan simpanannya ke dalam bentuk emas dalam jumlah yang agak besar. Hampir 1/2kg emas. Kenapa berani sampai macam tu? Sebab beliau faham ilmu dan kepentingan emas.

Nak simpan emas boleh mula disini:
boards.com/a/9p4v7.YM8Kqp

By the way. Terima kasih sebab sudi baca coretan yang panjang ni. Terima kasih juga sebab tak ada yang komen suruh lukis. 🙄

#AbamTrafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

31 Dec, 15:50


Selamat Menyambut Tahun Baru 2025.

Semoga azam yang lama telah tercapai, ditambah baik dengan azam yang baru.

Nak berazam itu mudah.
Nak mencapai sangat susah.
Nak konsisten sangatlah payah.

Buat semua penyimpan emas di bawah bimbingan abam, saya ucapkan tahniah kerana telah berjaya menjadi penyimpan emas yang konsisten sepanjang tahun 2024.

Semoga Tahun 2025 yang bakal tiba nanti mencatatkan lebih dari 1001 kebaikan yang ada pada tahun sebelumnya.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

28 Dec, 06:02


Bila Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Waktu terbaik untuk beli emas ialah pada 20 tahun lalu iaitu ketika harga emas sekitar RM30/gram.

Tiada penyimpan emas pernah dapat waktu terbaik melainkan waktu itu datang selepas beberapa tahun mereka membeli emas.

Soalan ini akan sentiasa berulang dan berputar.

Waktu terbaik hanya datang setelah ia menjadi sejarah.

Jadi, bilakah waktu kedua terbaik?

Jawapan ialah SEKARANG.

Tatkala kita mula sedar tentang kepentingan emas. Setelah kita faham fungsi dan kelebihan emas. Inilah waktunya.

Waktu kedua terbaik ini akan menjadi waktu terbaik pada 10-20 tahun akan datang.

Kesimpulannya, jangan biarkan waktu terbaik anda terbiar begitu sahaja.

Konsisten beli dan kumpul emas untuk persediaan 10-20 tahun akan datang.

Nak mulakan simpanan emas pada waktu terbaik ini?

Jom DAFTAR akaun emas hari ini.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

27 Dec, 06:05


Ini adalah gambar 10 Dinar & 5 Dinar.

Emas ini berketulenan 999.9 atau emas 24 karat.

Berat 10 Dinar adalah bersamaan 42.5gram, manakala 5 Dinar pula beratnya bersamaan 21.25 gram.

Yang membezakan item Dinar & Goldbar ialah bentuk dan beratnya sahaja. Ketulenan emas tetap sama.

Nilai 10 Dinar ketika ini adalah RM17,500 & 5 Dinar pula adalah RM8,750.

Mesti kata mahal kan?
Mesti kata tak mampu kan?
Mesti kata susah nak beli kan?

Sebab itu Public Gold menyediakan kemudahan untuk para pelanggan supaya semua rakyat Malaysia celik emas.

Disamping kemudahan, Public Gold juga mempunyai dealer atau introducer yang dilantik untuk memberi bimbingan cara pembelian dan juga mengajarkan ilmu tentang pelaburan emas yang sebenar.

Nak dapatkan 10 & 5 Dinar ini?

Jom saya ajarkan.

Step pertama, daftar akaun emas GAP dan mula menabung emas dengan konsisten minima RM100 sebulan.

Step kedua, apabila telah mencapai jumlah berat emas yang sesuai, keluarkan emas fizikal samada Dinar atau Goldbar.

Baca Info Akaun Emas GAP

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

26 Dec, 23:20


𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗧𝗔𝗦, 𝗨𝗦 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Hakikat yang kita perlu tahu, dalam sistem kewangan antarabangsa, lebih 50% rizab bank-bank pusat seluruh dunia ialah matawang US Dollar, sedangkan US sendiri adalah penyimpan emas terbesar dunia!

Maksudnya, kita simpan KERTAS, tetapi US simpan EMAS! Nampak tak siapa lebih cerdik?

Persoalannya, bagaimana US boleh jadi penyimpan emas terbesar dunia?

Bila kita mengkaji sejarah, jawapannya dunia KENA TIPU dengan US selepas US memutuskan hubungan US Dollar dengan emas pada 1971.

Sebelum 1971 (sejak 1944), setiap USD35 nak dicetak, US perlu ada backup emas seberat 1 oz (31.1 gram).

Duit kertas yang dikeluarkan oleh US itu adalah VOUCHER mewakili emas. Kertas itu boleh digunakan untuk tebus semula emas dalam simpanan US.

Maka selepas perjanjian Bretton Wood 1944 yang diwakili oleh 44 negara dunia bersetuju menjadikan US Dollar sebagai RIZAB NEGARA menggantikan emas.

Waktu itulah, bermulanya emas mengalir masuk dengan banyak ke dalam simpanan US untuk ditukarkan dengan KERTAS US Dollar.

Tetapi lepas berlaku peperangan yang panjang (berbelas tahun) dengan Vietnam, US sudah kehabisan duit.

Nak cetak duit, perlu ada emas. Jadi apa yang US buat?

Putuskan terus hubungan US Dollar dengan emas!

Maka US boleh cetak duit sesuka hati. Dan sejak tahun 1971, dunia membeli KERTAS US Dollar dengan tukaran ganti hasil kekayaan masing-masing.

Duit kertas US Dollar sejak itu dikeluarkan 𝗢𝗨𝗧 𝗢𝗙 𝗡𝗢𝗧𝗛𝗜𝗡𝗚! Ia tidak lagi dibackup oleh apa-apa aset fizikal.

Menurut Prof Kameel Meera UIA, itulah rahsia kenapa US KAYA DAN BERKUASA. US Dollar itulah nyawa US yang sebenar.

Mana-mana negara yang mahu membunuh US Dollar, akan terima nasib seperti Iraq dan Libya!

Bila saya memahami sejarah ini, saya berpegang pada nasihat Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan, bukan ejen emas ya), dalam apa juga keadaan ekonomi, at least 5% - 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS sebagai 'insuran' dari bencana sistem kewangan.

Sejarah membuktikan, pasti akan tiba waktunya duit kertas akan hilang nilainya 100%.

Tak ada ragu-ragu lagi. Cuma waktu sahaja yang kita tak pasti.

P/s - harap-harap tak berlaku sewaktu kita hidup...

Kredit Tuan Khaja Nazimudeen

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

26 Dec, 05:34


Kos Haji meningkat, itu semua orang tahu. Tetapi apa kaitannya dengan emas?

Saya bagi anekdot ringkas untuk memahami situasi ini.

Miqdad adalah golongan B40 yang simpan wang semata sebagai dana Haji beliau.

Beliau menetapkan RM11000 sebagai target dan berjaya mengumpul jumlah tersebut pada tahun 2023.

Tahun 2025 = RM12,374

Ini simpanan beliau setelah 3 tahun selepas mengambil kira dividen lebih kurang 4% setahun yang diperolehi daripada simpananya.

Sedar atau tidak, jumlah itu masih jauh untuk mengejar kenaikan kos Haji sebenar bagi tahun 2025.

Akhirnya Miqdad perlu mencari wang tambahan untuk menutup peratusan kenaikan tersebut.

Namun, jika Miqdad menukarkan dana tersebut dalam bentuk EMAS yang lebih kalis inflasi, ini yang berlaku

40 gram emas
Tahun 2023 = RM11,360
Tahun 2025 = RM16,400

Miqdad bukan sahaja mampu mengumpulkan dana yang cukup, malah dapat lebih daripada yang dirancangkan.

Fikir-fikirkan 🙂.

Jika anda masih belum ada simpanan emas, mungkin ini lah masa yang sesuai.

DAFTAR DISINI

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

24 Dec, 05:50


Bagaimana Nak Tuntut Emas Fizikal Public Gold?

Emas yang dibeli akan disimpan oleh Public Gold. Customer dapat tengok jumlah emas melalui akaun emas PG.

Customer boleh keluarkan emas bermula 0.5gram hingga 1kg.

Untuk emas item kurang daripada 21.25 gram, emas akan dihantar melalui postage berinsuran.

Tetapi jika melebihi 21.25gram, Customer perlu buat temujanji di branch terdekat untuk collect emas.

Saya cadangkan, item emas paling ideal untuk dikeluarkan daripada akaun GAP ialah 1 Dinar (4.25gram) atau 5gram goldbar.

Elak daripada keluarkan emas bawah daripada ini sekiranya kita mempunyai matlamat dalam pelaburan emas.

Kerana emas yang kecil mempunyai kos yang tinggi. Ia akan membuatkan kita lambat untung dalam pelaburan emas fizikal.

Makin kerap kita keluarkan emas yang kecil, makin banyak kos pengurusan seperti kos caj premium dan penghantaran.

Nasihat saya, fokus sahaja untuk menyimpan di akaun GAP.

Tetapkan matlamat emas yang kita inginkan dan keluarkan emas fizikal apabila matlamat kita tercapai.

Info Lanjut berkaitan Akaun Emas GAP:
https://boards.com/a/9p4v7.trcrFf

Shahril Norazmi

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

24 Dec, 00:21


Harga Emas Public Gold GAP
RM409 = 1gram
RM205 = 0.5gram
RM100 = 0.2445gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 24-12-2024

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

19 Dec, 07:57


𝐁𝐢𝐥𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐞𝐦𝐚𝐬?

Bagi penyimpan emas, secara asasnya waktu terbaik membeli emas ialah apabila ada duit untuk tujuan simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Apabila ada sahaja duit lebihan untuk simpanan jangka panjang terus tukarkan kepada bentuk emas. Tidak perlu tunggu harga rendah (atau harga terbaik) atas beberapa faktor di bawah ini:

a) Jumlah setiap belian selalunya tidak besar, tetapi KONSISTEN. Sekurang-kurangnya satu gram sebulan.

Apabila harga rendah, itu hanyalah 'bonus' untuk menambah belian lebih banyak.

b) Apabila konsisten membeli, kita telah pun mendapat apa yang dipanggil “kos purata”. Kalau tiga kali belian RM170 segram, RM180 segram dan RM190 segram, maka kos purata keseluruhan pembelian ialah RM180 segram.

c) Ditambah lagi pergerakan harga emas biasanya tidak banyak, mungkin sekitar tiga peratus sahaja sebulan.

Jadi, kalau kerana hendak jimat tiga peratus tetapi duit simpanan telah pun bocor 50 peratus dibelanjakan dalam tempoh menunggu harga rendah, itu satu kerugian besar. Apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

d) Akhir sekali, penyimpan emas simpan emas untuk jangka panjang, bukan untuk dijual dalam masa terdekat. la adalah duit simpanan PAKSA dan LUPA. Duit untuk digunakan dalam masa terdekat, telah pun siap-siap disimpan dalam akaun bank seperti Tabung Haji atau ASB. Jadi, apa nak risau dengan turun naik harga emas?

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold.

Boleh hubungi saya di sini 👇

bit.ly/PublicGoldShahrilNorazmi

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Muhamad Shahril Norazmi
PG00190571
Master Dealer

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

18 Dec, 05:00


Kenapa Perlu Simpan Emas?

Contoh yang paling mudah faham ialah kenaikan kos Ibadah Haji.

Kenaikan kos ini menunjukkan dengan jelas bahawa nilai wang kertas itu ada susut nilai.

Saban hari, nilai wang kertas semakin hilang. Semakin banyak wang kertas dicetak, maka semakin hilang kuasa belinya.

Sebab itu perlunya emas untuk menambat nilai wang kertas tersebut.

Sebagai contoh, kos haji pada tahun 2023 ialah RM10,980. Bersamaan 36.6 gram emas yang ketika itu berharga RM300/gram.

Namun, pada tahun 2025 dijangka kos Haji meningkat kepada RM15,000.

Jom kira berapa nilai 36.6 gram emas pada bulan Disember 2024 yang ketika ini berharga RM412/gram

Nilai 36.6 gram emas yang dulu dibeli pada tahun 2023 berharga RM10,980 kini telah meningkat kepada RM15,079.

Berat yang sama, tetapi nilainya semakin meningkat.

Selari tak dengan kenaikan kos Haji?

Jika simpan RM10,980 dalam tabung Haji, tahun hadapan anda perlu tambah lagi RM5,000 untuk cukupkan.

Nak simpan duit atau simpan emas?

DAFTAR AKAUN EMAS

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

17 Dec, 06:29


Elakkan Kena Scam

Orang yang mudah kena scam ni pattern nya sama saja.

1. Kurang sabar sebab nak cepat untung.
2. Kurang membuat bacaan atau kajian tentang syarikat yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda.

Dalam simpanan emas, pastikan anda faham tentang cara yang selamat.

Beli emas mesti dapat emas. Emas ini adalah aset sama seperti rumah dan tanah. Beli rumah mesti dapat rumah. Bukan beli rumah dapat dividen setiap bulan.

Untuk jadi kaya dengan emas, caranya ialah menabung dengan sabar.

Jadi untuk mengelakkan daripada mudah kena scam, anda perlu pupuk sifat bersabar.

Paling penting, jangan jadikan alasan malas untuk membaca kerana ilmu itu adalah pelita hidup. Tiada ilmu, gelap dunia anda, perjalanan anda mudah tersesat.

Public Gold menyediakan platform simpanan emas fizikal 100% buat sesiapa yang sabar dalam tabungan untuk bina kekayaan.

Syarikat yang dipercayai. Patuh Syariah. Rekod 16 tahun di Malaysia dengan 18 Cawangan di seluruh Malaysia dan 5 cawangan di Indonesia.

DAFTAR

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

15 Dec, 04:00


Nilai yang sentiasa meningkat

Inilah nilai RM18ribu yang telah dikunci dalam bentuk emas. Nilainya akan semakin meningkat tanpa perlu berbuat apa-apa. Hanya simpan dan tidur lena.

Nilainya pasti akan meningkatkan kerana tahap ekonomi dunia semakin parah. Perang mudah tercetus dimana-mana. Serta kekurangn sumber bahan api & bekalan makanan.

Ini semua antara faktor yang melonjakkan harga emas kerana nilai matawang yang semakin menyusut.

Untuk mudah faham, selagi mana wang kertas terus dicetak, maka selagi itu harga emas akan terus menerus meningkat melainkan seluruh dunia mengiktiraf semula emas sebagai matawang utama.

Barulah harga emas akan berhenti meningkat. Namun, ia mustahil untuk berlaku.

Inilah antara sebab utama mengapa anda perlu alihkan sebahagian kekayaan anda kepada emas.

Tujuannya ialah untuk melindungi nilai, dan anda tidak jatuh miskin di masa akan datang.

Jangan biarkan inflasi mencuri hasil simpanan titik peluh anda selama ini.

Jom saya bantu:
wasap.my/60145759585/NakMulaSimpanEmas

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

13 Dec, 23:01


GAGAL SIMPAN DUIT?

Cuba ubah cara menyimpan.

Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat dan untuk hal-hal kecemasan, simpan dalam Tabung Haji atau ASB.

Bagi simpanan jangka panjang, simpan dalam bentuk emas. Tengok kesan dan perbezaanya nanti. Pasti berbeza, insyaAllah.

Bagi yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan emas #1gram1bulan atau serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP dulu.

Ini cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang disediakan oleh Public Gold.

Disiplinkan yang itu dulu.

Saya percaya, dengan tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan, pada bulan ke-10, jumlah simpanan emas bukan sekadar 10 gram (1 gram x 10 bulan), tetapi lebih!

Ya, memang lebih. Itu feedback yang saya terima dari kebanyakkan penyimpan emas, samada di Malaysia, Brunei, Singapore ataupun Indonesia!

Mereka jadi lebih kaya bila menyimpan emas!

Nak cuba?

Boleh whatsapp saya jika berminat

www.wasap.my/60145759585/GAP

Linktr.ee/ShahrilNorazmi

#1gram1bulan
#AkaunEmasGAP

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

11 Dec, 21:36


Harga Emas Public Gold GAP
RM420 = 1gram
RM210 = 0.5gram
RM100 = 0.2381gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 12-12-2024

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

10 Dec, 09:10


Nilai Dipotong Dua

Duit kertas RM100, kalau dipotong dua, nilainya tak jadi RM50 + RM50.

Tapi emas 1 dinar (berat 4.25 gram) kalau dipotong dua, nilainya 0.5 dinar + 0.5 dinar.

Ini buktinya nilai duit kertas bukan terletak pada kertasnya. Dan duit itu sendiri tak ada nilai melekat (intrinsik) pada kertas itu sendiri. Nilainya terletak pada jaminan kerajaan yang dipaksa ke atasnya, bukan sebab nilai pada kertas itu sendiri.

Berbeza dengan emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Maka nilainya boleh dibahagi-bahagikan menjadi seberapa kecil yang kita mahu.

Emas dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa.

Kredit: Tuan Zulkifli Shafie

DAFTAR AKAUN EMAS

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

09 Dec, 15:15


🚨🚨🚨 Price Alert 🚨🚨🚨

Harga emas NAIK lagi sebanyak RM7 daripada RM406 kepada RM413 sekarang.

Make sure topup akaun emas GAP anda sebelum harga dikemaskini nanti.

Pantau Harga Emas disini:
https://publicgold.com.my/

wasap.my/60145759585/NakDaftarAkaunEmas

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

09 Dec, 13:58


🚨🚨🚨 Price Alert 🚨🚨🚨

Harga emas fizikal sedang MENDAKI sebanyak RM4 ke paras RM410/gram sekarang.

Masa terbaik untuk top up GAP sebelum harga emas GAP dikemaskini pada 12am nanti.

Pantau Harga Emas disini:👇🏻
https://publicgold.com.my/

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

09 Dec, 08:59


Akaun Emas Di Bank Lebih Selamat?

Ramai yang menyangka bahawa buka akaun emas di bank lebih selamat sebab bank ada PIDM.

Tak, PIDM tak cover akaun simpanan emas.

PIDM hanya cover deposit tunai dalam akaun bank sahaja.

Jika berlaku kegagalan kepada bank seperti yang berlaku di Lubnan, maka akaun emas di bank tersebut akan lesap sekali.

Apa yang Penyimpan Emas wajib utamakan ialah tentang emas fizikal.

Akaun emas di bank memang disandarkan kepada emas fizikal, tetapi adakah proses menuntut emas fizikal dibank mudah dan murah.

Kebiasaannya proses untuk menuntut emas fizikal di bank sangat renyah dan kosnya pula mahal.

Sebab itu harga emas di bank murah berbanding Public Gold, sebab mereka tiada kos untuk proses emas fizikal.

Kebanyakan bank membuka akaun emas adalah bertujuan untuk menarik aliran tunai masuk ke bank tersebut.

Kerana tanpa aliran tunai masuk yang aktif, bank berisiko untuk gagal.

Jadi, jika anda berfikir untuk melabur dalam emas, pastikan anda dapat emas fizikal, ataupun proses menuntut emas fizikalnya mudah dan murah seperti yang disediakan oleh Public Gold.

Nak daftar akaun emas Public Gold?

Percuma sahaja.

Klik disini: linktr.ee/ShahrilNorazmi

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

08 Dec, 23:05


Beli emas atau perak memang senang.

Tapi nak buat untung dengan belian tersebut bukan senang.

Jika tersalah langkah, anda mungkin lambat untung bahkan boleh rugi besar.

Sebagai contoh:

Ada syarikat yang jual emas kurang daripada 1gram (0.1g atau 0.25g) dengan andaian produk ini mampu dibeli oleh rakyat marhein.

Ye. Saya setuju dengan andaian ini. Orang mampu beli.

Soalnya adalah:

Mampu beli tak menjamin customer mampu untung.

Untuk mendapat untung, customer mestilah boleh jual balik pada harga yang lebih tinggi daripada harga belian.

Jadi, soalan-soalan berikut perlu dijawab.

1. Macammana customer boleh untung bila beli produk ini?

2. Berapa % spread jual beli produk tersebut ?

3. Bila harga emas meningkat, adakah syarikat memberi jaminan membeli balik emas mereka.

Tanya kan kepada majoriti penjual emas.

Adakah mereka membeli semula emas yang mereka jual dengan harga yang tinggi?

Majoritinya akan jawab, "Jual lah di kedai emas"

Inilah redflag supaya anda jangan beli di syarikat tersebut.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

08 Dec, 05:18


"Ada ke orang simpan emas banyak dalam akaun GAP?"

Ya ada.

Salah seorangnya adalah mentor emas & kewangan Tuan Zulkifli Shafie.

Beliau telah membuktikan bahawa emas telah menjadi penyelamat kewangan keluarga semasa beliau dipenjarakan selama dua tahun.

Boleh baca kisah Tuan Zulkifli Shafie dipenjara di google.

Beliau dipenjarakan bukan kerana kesalahan yang beliau lakukan. Semua wang dan hartanya di bekukan.

Namun, emas fizikal yang beliau simpanlah menjadi asbab anak-anak dan isteri beliau meneruskan kelangsungan hidup selama dua tahun beliau dipenjarakan.

Isteri beliau menjualkan emas sedikit demi sedikit. Sehingga beliau tamat menjalani hukuman.

Emas tidak dikawal oleh kerajaan. Orang yang bankrap pun boleh simpan emas.

Inilah bukti bahawa nilai emas berada pada emas itu sendiri. Tetapi nilai duit tiada pada wang kertas.

Kesimpulannya, kita tak tahu apa bakal terjadi dengan kewangan keluarga dan negara.

Maka, perlu sediakan payung sebelum hujan.

Daftar disini: bit.ly/PublicGoldShahrilNorazmi

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

04 Dec, 06:04


TAK ADA DUIT NAK MENYIMPAN?

"Duit saya cukup-cukup makan, macam mana nak menyimpan?"

Ramai yang gunakan alasan tak cukup duit jadi punca tak dapat menabung.

Beginilah, cuba fikir baik-baik.

Alasan kita tak menabung sebab tak cukup duit. Tapi adakah dengan tidak menabung, duit kita akan jadi cukup?

Sama juga, sentiasa tak cukup.

Apa yang baik tentang tabungan, sekurang-kurangnya kita ada bekalan.

Menabung ni ada keajaiban.

Memang la pada peringkat awal, kita akan korek semula tabungan.

Simpan RM100 awal bulan, hujung bulan kita korek balik RM100.

Ini normal.

Tapi bila kita dah mulakan simpanan, kita akan mula ada rasa bersalah.

Bulan depan simpan lagi, memang confirm kita akan korek balik. Tapi kita akan korek dengan rasa bersalah.

Bulan pertama simpan RM100 korek RM100.

Bulan kedua simpan RM100, korek RM80.

Bulan ketiga simpan RM100 korek RM50.

Begitulah seterusnya sampai kita dah terbiasa dan rasa sayang nak habiskan simpanan.

Kelebihan lain apabila kita dah mula menyimpan, kita akan mula berkira-kira dalam perbelanjaan.

Kita nak makan, kita akan mula kira harga. Kita akan mula berjimat cermat.

Makin banyak yang kita jimatkan, makin bertambah tabungan. Itu kita akan fikir selepas mula menabung.

Contoh:

Kebiasaan kita makan tengahari dengan air Teh Ais.

Kalau kita tukar makan tengahari dengan air kosong, kita akan dapat jimatkan RM2.

Kalau seminggu, dah boleh jimat RM10. Sebulan dah RM40.

Daripada tabungan RM100 sebulan, dah bertambah jadi RM140 sebulan.

Ini baru bab makanan, belum perkara lain lagi.

Sebab itu, ramai yang mula menabung, akan automatik jadi pandai berjimat dan tabungan mereka semakin bertambah.

Bila ada tabungan, bermakna ada tiada alasan untuk membuat hutang.

Inilah maksud sebenar kebebasan kewangan.

Faham sesuatu?

Shahril Norazmi | AbamTrafik
Master Dealer Public Gold
Daftar akaun emas: Klik DISINI

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

02 Dec, 08:10


EMAS VS ASB

Gambar ini menunjukkan perbezaan data 10 tahun antara emas dan ASB.

Kenaikan nilai emas sepanjang 10 tahun bermula tahun 2013 hingga Disember 2024 ialah sebanyak 182.7%.

Ini bermaksud, purata kenaikan emas setahun ialah sekitar 18.2%

Bandingkan pula dengan ASB.

Jumlah pulangan ASB bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2013 hingga tahun 2023 ialah 72.05%

Bermaksud, purata pulangan setahun ASB ialah 7.2%.

Dengan data ini kita boleh buat kesimpulan bahawa pulangan emas hampir 3 kali ganda berbanding ASB.

Ini adalah fakta.

Kiraan ini belum termasuk kerugian dari segi kemerosotan nilai matawang yang disimpan di ASB disebabkan inflasi.

Jadi, anda perlu fikirkan dimanakah tempat terbaik untuk anda simpan dan gandakan kekayaan anda.

Nak mulakan simpanan emas, sila dapatkan info disini:
bit.ly/PublicGoldShahrilNorazmi

Shahril Norazmi
Master Dealer Public Gold.

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

01 Dec, 13:39


BEZA RM12,000 DALAM BENTUK EMAS & DUIT

Nilai 30gram emas ini sekitar RM12,300ribu. Harga emas hari ini adalah RM412/gram.

Apa perbezaan simpan RM12ribu dalam bentuk emas & duit.

1. Tak mudah bocor

- Cuba kalau nampak duit RM12ribu dalam akaun bank. Mesti fikir nak belanja kan?

2. Nilainya bertahan

- Duit yang telah ditukarkan kepada emas adalah kalis inflasi. Buktinya, nilai 30gram ini tidak kekal RM12ribu, tetapi semakin meningkat. Mungkin 10 tahun lagi nilai 30gram emas ini bersamaan RM25ribu.

3. Keinginan nak kumpul.

- Jika simpan duit, fitrah manusia lebih kepada nak habiskan. Tetapi fitrah manusia kepada emas ialah nak kumpul lebih banyak. Sebab itu ramai yang berjaya simpan emas berbanding simpan duit.

4. Ada matlamat

- Matlamat orang simpan duit biasanya adalah untuk membeli atau membelanjakan kepada sesuatu perkara. Dapat capai jumlahnya, mereka akan belanjakan .

- Matlamat orang simpan emas, mereka tak fikir untuk jual melainkan kecemasan.

bit.ly/PublicGoldShahrilNorazmi

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

01 Dec, 02:52


USIA BUKAN PENGHALANG

Mami Aisyah hampir seusia arwah mak saya. Antara client yang saya jaga betul-betul.

Maksud jaga betul-betul ialah saya bantu uruskan berkaitan pembelian emas dari A sampai Z.

Beliau hanya bank in dan berikan resit.

Saya uruskan semuanya. Kemaskini maklumat akaun, pantau jumlah emas, uruskan kiriman emas, dan sebagainya.

Beliau hanya fokus pada simpanan emas dan tunggu emas sampai di rumah.

Kenapa saya bersungguh jaga client sebegini?

Sebab saya kagum dengan semangat mereka.

Saya sentiasa ingat apa yang mereka risaukan,

"Makcik tak pandai internet. Online-online ni makcik tak pandai. Kalau suruh anak takut mereka tak setuju makcik beli emas dengan Public Gold. Takut scam. Tapi makcik percayakan Shahril"

Bila keluar perkataan percayakan saya, saya terus berjanji dengan diri sendiri "Aku akan jaga client ni sama macam aku amanah pada ibu bapa aku sendiri "

Alhamdulillah, dalam hampir 500 penyimpan emas team saya, 10% daripada mereka saya uruskan seperti akaun sendiri.

Kata Mentor Emas saya,

"Ada dealer yang direzekikan dengan client yang pandai, ada dealer yang direzekikan dengan client yang perlu kita bantu 100%. "

"Ada dealer yang setiap bulan dapat income dari Public Gold. Ada dealer yang dapat income dan pahala atas asbab membantu clientnya"

Saya mahukan keduanya.

Shahril Norazmi | Abam Trafik

Nak mulakan simpanan emas serendah RM100 klik DAFTAR DISINI

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

01 Dec, 02:52


USIA BUKAN PENGHALANG ⤵️

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

30 Nov, 07:54


BEZA KUMPUL EMAS DAN KUMPUL DUIT

Orang kumpul emas ni ada matlamat dan akan cuba capai matlamat.

Mereka sentiasa bersemangat melihat jumlah gram emas yang bertambah setiap bulan.

Dalam hati mereka sentiasa ada rasa selamat. Jika berlaku kegawatan ekonomi, nilai simpanan mereka kekal bertahan.

Jika nampak angka semakin bertambah, fikiran mereka juga semakin ligat untuk cari jalan habiskan.

Berbeza dengan simpanan duit.

Orang simpan duit ni tiada matlamat. Matlamat mereka hanyalah untuk banyakkan angka untuk berbelanja apa sahaja.

Mereka tak sedar, sewaktu mereka terjaga pun wang mereka dalam bank boleh dicuri oleh inflasi.

Mungkin mereka belum pernah bayangkan.

Waktu malam ketika merek ingin tidur, nilai RM1000 masih mampu menampung perbelanjaan sebulan. Tetapi apabila bangun pagi, nilai RM1000 mereka hanya mampu membeli sekampit beras.

Yang ada ilmu tentang emas sahaja akan faham kenapa emas adalah pertahanan kekayaan terbaik.

Lihat sahaja yang berlaku di sekeliling kita.

Ketika perang, harga emas naik. Ketika bencana, harga emas naik. Ketika kemerosotan ekonomi, harga emas naik.

Kenapa naik?

Sebab pelabur sedang cuba mempertahankan kekayaan mereka dengan cara membeli emas.

Apabila permintaan emas meningkat, maka harga akan meningkatkan.

Faham sesuatu?

Nak mula simpan emas, klik Daftar akaun dibawah.

DAFTAR AKAUN EMAS

Shahril Norazmi | Abam Trafik

Jom Simpan Emas Bersama Abam Trafik | Shahril Norazmi

29 Nov, 09:10


HARGA EMAS 1KG SAMA DENGAN NILAI SEBIJI RUMAH?

Satu kilogram tu berapa ribu?

Satu kilogram gold bar macam ni, harga dia hari ini sekitar RM410,000

Tahun 2018 harga 1KG emas ini cuma berharga RM170,000. Kenaikan 141% dalam tempoh 7 tahun. Purata kenaikan 20% setahun

Kenaikan nilai rumah pun tidak setinggi ini iaitu hanya sekitar 25-35 peratus untuk tempoh 5 tahun.

Beli emas 1kg ni ibaratnya, anda membeli sebuah rumah teres. Tetapi selepas 7 tahun rumah anda bertukar menjadi sebuah rumah semi-d.

Tetapi hakikat sebenarnya tidak seperti itu kerana, apabila anda beli rumah RM170,000 anda akan bayar semula kepada bank seperti rumah setengah juta.

10 tahun pertama anda hanya bayar interest bank sahaja.

Kalau bayaran bulanan rumah anda RM900 sebulan, RM100 ribu adalah milik bank. Walhal rumah yang anda beli cuma sekitar RM170 ribu.

Cuba bandingkan kalau RM900 itu disimpan dan beli emas.

Dalam 15 tahun, boleh dapat hampir 500gram.

Simpan untuk tempoh 10 tahun, insyaallah, boleh beli rumah cash.

DAFTAR

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

25 Nov, 04:26


TIPS HARI GAJI

Saya kongsikan saranan daripada mentor emas saya iaitu pakar kewangan terkemuka Azizi Ali.

Kebiasaannya bila dapat gaji, kita akan utamakan bayar hutang, berbelanja, kemudian cuba menyimpan.

Tabiat urus wang seperti ini tak betul.

Cara yang betul ialah, sebaik sahaja dapat gaji, kita utamakan simpanan dulu.

Kalau bujang, 30% daripada gaji.
Kalau dah berkahwin, 10% daripada gaji.

Terus asingkan dan anggap ia HILANG.

Kalau simpan dalam akaun, masih nampak angka. Tak lama mesti korek balik.

Cara terbaik untuk MENGHILANGKAN duit simpanan ialah dengan membeli emas.

Kita dah tak nampak duit, tetapi hakikatnya duit itu masih ada dengan kita.

Saya dah cuba sendiri tips ini dan alhamdulillah ianya berhasil.

Sebelum saya simpan emas, duit simpanan saya tak lekat. Selepas 7 tahun simpan emas, emas saya bertambah, simpanan saya juga bertambah.

Benarlah kata pakar kewangan, jika kita ada masalah simpanan bocor, maka emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

Jom join team emas saya.
014-5759585

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

24 Nov, 10:33


Boleh ikut tips ini jika anda merancang untuk berkahwin dalam tempoh 3 tahun lagi.

Jadikan Emas Sebagai Dana Perkahwinan

1. Tetapkan 10 dinar (42.5gram) sebagai matlamat.

2. Fokus untuk capai target simpanan emas 10 dinar dalam tempoh 1 hingga 2 tahun.

3. Anda boleh pilih untuk kumpul melalui akaun emas GAP ataupun membuat bayaran 10 bulan.

4. Amaun bayaran bulanan untuk EPP10, untuk item 10 dinar ini sekitar RM1800 sebulan.

5. Selepas 10 bulan, pembayaran EPP 10 dinar selesai dan sedia untuk dijadikan hantaran pernikahan.

6. Sentimental value akan wujud pada emas 10 dinar ini dimana ia akan membuatkan ia tidak dijual.

7. Orang lain berkahwin menanggung hutang, tetapi anda berkahwin mencipta simpanan emas.

8. Jika berlaku kecemasan, 10 dinar ini boleh dijadikan penyelamat masalah kewangan anda.

Capai impian perkahwinan anda dengan simpanan emas:

Daftar akaun emas percuma: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

23 Nov, 22:16


Harga Emas Public Gold GAP
RM424 = 1gram
RM212 = 0.5gram
RM100 = 0.2358gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 24-11-2024

Daftar akaun emas: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

21 Nov, 11:43


BILA PERLU JUAL EMAS?

Hanya ada TIGA keadaan:

• Apabila matlamat tercapai. Contohnya dana pendidikan anak, dana hajat, dan persaraan.

• Apabila berlaku kecemasan dimana semua simpanan wang telah habis digunakan.

• Untuk membeli aset yang lebih baik seperti hartanah yang boleh memberi income pasif setiap bulan.

Selain daripada ini, jangan jual emas anda kerana ia adalah pertahanan terakhir kewangan anda.

Nak dapatkan ilmu emas lebih banyak, dan kaya dengan emas.

Jom join team emas saya.

Daftar akaun emas percuma:
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

21 Nov, 07:50


MANA SATU PILIHAN ANDA?

Jom saya bantu anda buat pilihan.

Pertama, perlu faham apa fungsi Tabung Haji atau ASB?

Iaitu untuk simpan duit.
Lebih selamat, berbanding simpan dekat rumah.

Jadi.

Tabungan di TH dan ASB adalah fokus kepada tabungan jangka masa pendek, seperti duit kecemasan kereta rosak, duit roadtax kereta, dan sebagainya.

Simpan di sini tiada risiko jangka masa pendek. Dengan pulangan sekitar 4%-5% setahun.

Emas pula.

Untuk jangka masa panjang.

Nilai emas lebih terjamin dengan apa jua keadaan ekonomi sekali pun.

Harga emas dalam jangka pendek, ada turun dan naik. Tapi, menurut rekod 20 tahun, harga emas meningkat sekitar 10% setiap tahun.

Harga emas comfirm naik.
Sebab faktor inflasi dan kejatuhan wang ringgit. Sedangkan mee goreng pun naik harga, inikan pula emas.

Kalau tanya pendapat saya.

Saya lebih prefer kepada simpanan emas sebab di Public Gold, anda boleh membeli emas serendah RM100.

Nak saya ajar?

Daftar Akaun Emas secara percuma dahulu DISINI

-Abam Trafik-

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

21 Nov, 02:31


Saya adalah kategori luar biasa.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

19 Nov, 13:37


[Update Harga Emas]
19.11.2024@ Rabu


Harga Emas GAP = RM408/gram

Dijangka harga Emas akan naik RM2 kepada RM410/gram, atau mungkin lebih lagi.

Kajian teknikal analisis chart harga emas Malaysia

▪️Indicator Stochastic masih berada di Buy Zone sedangkan harga emas telah naik dengan banyak. Ini menunjukkan potensi harga emas akan cuba memecahkan resisten harga tertinggi RM430/gram.

▪️Jika harga emas berjaya memecahkan resisten harga RM430/gram, ia adalah signal kenaikan harga yang lebih tinggi, manakala harga dasar untuk emas selepas ini ialah sekitar RM430-RM450/gram.

▪️Jika harga dasar telah begitu tinggi, bagaimana pula harga tertinggi selepas ini?

▪️Ini adalah petanda buruk kepada nilai matawang negara.

▪️Jika benar kajian pakar ekonomi tentang kemerosotan ekonomi pada tahun 2025, maka ini adalah petanda awal perkara tersebut.

Kita hanya mampu membuat persedian.

Emas adalah pelampung atau sampan penyelamat sekiranya sistem matawang dunia runtuh.

Bukan bersangka buruk, tetapi sekadar bersedia.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

19 Nov, 00:43


Harga Emas Public Gold GAP
RM408 = 1gram
RM204 = 0.5gram
RM100 = 0.2451gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 19-11-2024

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

18 Nov, 23:23


LIMA KESALAHAN RAKYAT MALAYSIA DALAM URUS WANG

1. Tiada Simpanan Kecemasan

▪️Ramai tidak menyimpan sekurang-kurangnya 3-6 bulan perbelanjaan sebagai simpanan kecemasan, menyebabkan mereka bergantung kepada hutang apabila berlaku kecemasan seperti kehilangan pekerjaan atau kos perubatan.

2. Hutang Penggunaan Berlebihan

▪️Hutang kad kredit, pinjaman peribadi, dan pembelian dengan ansuran sering dilakukan tanpa mempertimbangkan kemampuan sebenar untuk membayar balik, menyebabkan beban kewangan.

3. Tiada Perancangan Persaraan

▪️Kebanyakan rakyat Malaysia hanya bergantung kepada KWSP tanpa menyedari ia mungkin tidak mencukupi untuk persaraan, terutama jika tiada pelaburan tambahan untuk meningkatkan dana persaraan.

4. Tidak Menyediakan Perlindungan Insurans yang Mencukupi

▪️Ramai mengabaikan kepentingan insurans hayat dan perubatan, menyebabkan mereka atau keluarga menghadapi beban kewangan besar apabila berlaku musibah.

5. Kekurangan Ilmu Pelaburan

▪️Pelaburan sering dilakukan tanpa pengetahuan mencukupi, menyebabkan ramai tertipu dengan skim cepat kaya atau membuat keputusan pelaburan yang tidak strategik.

Shahril Norazmi
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

18 Nov, 14:21


🚨🚨🚨 Price Alert 🚨🚨🚨

Harga emas NAIK lagi sebanyak RM7 daripada RM400 kepada RM407 sekarang.

Harga Emas Fizikal ketika ini RM407/gram.

Harga Emas GAP RM400/gram

Make sure topup akaun emas GAP anda sebelum harga dikemaskini jam 12 malam nanti.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

18 Nov, 14:16


[Update Graf Harga Emas Malaysia]

Harga Emas dijangka membuat lantunan semula melepasi paras resisten 11,552.74.

Jika harga emas ditutup dengan candlestick hijau diatas paras 11,552 pada hari esok, maka ia adalah isyarat harga emas membuat lantunan kenaikan.

Harga emas GAP dan emas fizikal harini masih RM400/gram.

Jika nak memborong, inilah waktu sesuai.

Kepada penyimpan emas yang mengikut bajet, tak perlu lihat harga. Teruskan konsisten dengan tarikh dan jadual pembelian anda.

Namun, jika sekarang waktu jadual membeli anda, jangan lengahkan masa. Rancang pembelian anda.

- Harga tertinggi emas Malaysia ialah RM430/gram.

- Harga terendah sebelum ini ialah RM397/gram.

- Harga semasa(belum naik) RM400/gram.

Kepada yang belum mulakan simpanan emas, inilah waktu paling tepat untuk anda bermula.

Shahril Norazmi
Daftar Akaun PG: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

18 Nov, 07:30


STOP BELI EMAS PERHIASAN

Masih ramai yang berfikiran, lebih baik beli dan simpan emas perhiasan seperti gelang dan rantai.

Pertamanya sebab boleh dipakai, keduanya tak perlu zakat emas, sebab ada fatwa negeri seperti Kelantan yang tidak mengehadkan nisab zakat emas perhiasan selagi mana ia dipakai.

Tetapi tahukah anda, harga jualan emas perhiasan adalah jauh lebih rendah kerana spread emas perhiasan sangat tinggi.

Jika anda jual emas perhiasan di kedai emas, mereka tolak caj susut nilai sehingga 25-35%.

Semasa anda membeli emas perhiasan, anda telah dikenakan caj upah tukang antara 20% hingga 40%.

Ini tidak termasuk caj cukai jualan 8%.
Keseluruhan anda telah rugi ampir 50%.

Purata jenaikan harga emas sekitar 10% setahun.

Jika anda beli emas perlaburan seperti dinar & goldbar, anda telah untung pada tahun kedua, berbanding emas perhiasan kerana anda perlukan 6 tahun untuk dapat untung daripada kenaikan harga emas.

Kalau nak beli emas perhiasan, pastikan hanya untuk berhias, bukan untuk pelaburan.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

17 Nov, 05:22


Dua Tahun Lepas Senilai Axia, Tahun Ini senilai Alza

Ada whatsapp status saya dan tanya maksudnya. Jom saya terangkan.

Emas Public Gold dalam gambar ini (tidak termasuk emas perhiasan) lebih kurang 150gram.

Emas perhiasan pula saya kumpul untuk isteri sejak 2013 lagi.(Waktu ni belum tahu tentang PG)

Tahun 2017 saya berhenti beli emas perhiasan selepas jumpa Public Gold.

Apa yang menariknya, saya jumpa Public Gold, dan jumpa sekali ilmu tentang emas sebab introducer saya ialah Pakar Kewangan dan Mentor Emas iaitu Azizi Ali.

Disitulah bermulanya saya fokus kumpul emas Public Gold.

Nilai 150gram emas PG ni pada dua tahun lepas senilai RM37ribu kerana harga emas ketika itu sekitar RM250gram.

Sekarang, nilai 150gram emas adalah sekitar RM60 ribu bersamaan RM400/gram.

Inilah yang saya maksudkan Emas yang sama tetapi senilai dengan harga kereta yang berbeza.

Agaknya, kereta apa yang senilai dengan 150gram emas ni pada 10 tahun lagi?.

Shahril Norazmi

Jom Mulakan simpanan Emas : Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

16 Nov, 09:23


Antara yang menggembirakan ialah apabila kita dapat berkongsi kejayaan dengan orang lain.

Itu akan membuatkan kita bertambah semangat untuk terus mencapai kejayaan demi kejayaan.

Itulah yang saya sampaikan pada team saya. Teruskan berkongsi kemajuan. Tak kisah walaupun sedikit.

Ada yang berkongsi kejayaan hasil konsisten simpanan emas RM100.

Ada yang share kejayaan hasil konsisten simpanan emas 1gram sebulan.

Ada yang share kejayaan yang lebih daripada itu.

Tujuan untuk memotivasikan diri dan orang lain.

Ada yang kata jangan tunjuk kejayaan pada orang lain.

Pada saya, ia bukan menunjuk, tapi sekadar mempamerkan kepuasan.

Di mata orang lain mungkin ia terlihat kecil.

Tetapi pada pandangan kita, ia sesuai yang sangat besar apabila kita berjaya buat apa yang kita tidak pernah buat.

Pesan mentor kewangan,

Jika kita inginkan apa yang orang berjaya dapat, kita mesti sanggup buat apa yang orang berjaya buat.

Faham sesuatu?

Shahril Norazmi

Daftar akaun emas percuma DISINI

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Nov, 23:02


RINGGIT JATUH vs EMAS JATUH?

Ada yang beri alasan, tak nak beli emas sebab mahal. Ada juga yang tak nak beli emas sebab takut harga emas jatuh.

Tahukah anda Ringgit Malaysia pernah jatuh sehingga 50% .

Pada tahun 1997, disebabkan kejatuhan ringgit yang begitu teruk, Tun Dr Mahathir mula membuka mulut tentang emas dan Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling emas pertama negara iaitu Kijang Emas.

Menurut mentor emas, Tn Mohd Zulkifli Shafie, hampir kesemua pakar emas mengatakan emas adalah simpanan. Fungsi utamanya ialah sebagai penyelamat nilai, bukan pada pelaburan yang boleh berkembang nilainya.

Emas boleh melindungi kekayaan kita daripada hilang disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Ini kerana kuasa beli emas bersifat kekal walau apapun yang berlaku.

Bila nilai duit Malaysia jatuh, tiada siapa yang ingin dapatkan duit kita walaupun negara jiran.

Tetapi jika harga emas jatuh, demand emas semakin tinggi sebab nilainya tidak akan jatuh kosong.

Ramai yang salah faham tentang kenaikan harga emas.

Sebenarnya bukan harga emas yang naik, tetapi nilai duit kita yang menyusut.

Saban tahun orang melihat harga emas naik, sedangkan hakikatnya duit kertas kita dan kuasa beli kita yang sedang hilang.

Orang yang berilmu akan cuba melindungi dan menyelamat harta dan kekayaan mereka semampunya.

Sebab itulah saya fokus simpan emas.

Walaupun saya tak kaya, sekurang kurangnya saya cuba untuk tidak jatuh miskin.

Shahril Norazmi
Daftar akaun emas: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

14 Nov, 12:49


Antara yang menggembirakan saya ialah apabila penyimpan emas dalam team saya telah pandai berdikari.

Ramai dalam team saya yang telah mahir tentang ilmu simpanan emas.

Pandai merebut peluang dan mula fokus pada matlamat.

Majoritinya dah nampak gambar kepentingan emas di masa hadapan.

Saya sangat galakkan penyimpan emas dalam team saya memberi laporan pada perkembangan progress mereka.

Disamping dapat menaikkan semangat, saya akan memberi tips dan nasihat supaya mereka dapat membuat keputusan yang tepat.

Tahniah saya ucapkan kepada semua Penyimpan Emas dalam team Shahril Norazmi.

Kalau nak buat EPP seperti puan Wafaa, jangan lupa Wasap saya untuk dapatkan voucer RM10.

Yang tak faham tentang Kaedah EPP yang Puan Wafaa buat ni, boleh baca penerangan EPP disini:https://boards.com/a/9p4v7.Jmq8e2

Nak daftar akaun emas percuma, klik disini: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

13 Nov, 23:31


Ini kisah 5 Dinar.

Beratnya 21.25gram.

5 Dinar ini boleh buat apa?

Jom saya terangkan.

Pertama, berkahwin. Kumpul sampai 4 keping. Kita dah boleh berkahwin tanpa hutang.

Kedua, deposit rumah. Kumpul sampai 5 keping. Kita boleh beli rumah.

Yang ketiga, dana kecemasan. Kumpul sampai 6 keping. Bila kita susah, kita tak susahkan orang lain.

Keempat, dana pendidikan anak-anak. Kumpul sampai 6 keping. Anak kita boleh belajar tanpa hutang di universiti nanti.

Dan yang terakhir, dana persaraan. Kumpul sampai 30 keping. Bila bersara, kita boleh bersara dengan selesa.

Jadi letak matlamat yang jelas. Maka emas akan membantu kita untuk mencapai setiap matlamat kewangan yang kita inginkan.

Dah terbukti.

Capai matlamat kumpul emas adalah lebih mudah berjaya berbanding capai matlamat kumpul duit.

Jom mulakan hari ini:
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

12 Nov, 06:26


Orang tak berilmu bila dapat naik gaji berlumba buat HUTANG.

Orang bijak bila dapat naik gaji, berlumba buat ASET.

Nak join team emas abam?
Daftar akaun emas dulu kat sini: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

11 Nov, 22:11


Harga Emas Public Gold GAP
RM403 = 1gram
RM202 = 0.5gram
RM100 = 0.2481gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 12-11-2024

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

10 Nov, 05:59


Sebab tu pakar kewangan kata, bukan jumlah income menentukan siapa yang lebih kaya, tetapi SIMPANAN.

Ada orang gaji 10 ribu sebulan, tapi komitmen lebih daripada pendapatan.

Ada orang incomenya tak sampai 2000 sebulan, tapi komitmennya jauh lebih kecil daripada gaji dan mampu menyimpan.

Dalam situasi ini, siapa lebih kaya?

Orang yang gaji RM10ribu atau orang yang gaji RM2000?

Inilah alasan kenapa perlunya fokus dan konsisten untuk menyimpan.

Mami Aisyah adalah antara contoh terbaik dalam team emas saya.

Tersangat konsisten.

Setahun saya yang bantu belikan emas,tapi bulan November ni mami beli sendiri.

Ini yang kami fokuskan pada team kami iaitu ILMU.

Moga Mami Aisyah dan semua penyimpan emas khasnya dalam team emas Shahril Norazmi dikurniakan rezeki yang melimpah dan kaya dengan emas. Insyaallah.

Nak join team emas abam?

Daftar percuma ID Public Gold disini:
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

09 Nov, 03:56


Puan Salbiah salah seorang penyimpan emas dalam dealership saya. Antara yang terawal.

Mula-mula dulu beliau tak yakin.

Bukan tak yakin dengan Public Gold, tapi tak yakin dapat beli emas dengan Public Gold sebab tak berapa mahir dengan pembelian online.

Alhamdulillah, selepas saya terangkan prosedur pembelian, cara penghantaran emas, dan cara saya bantu untuk beli, beliau terus order goldbar 10gram.

Semalam, goldbar 10 gram kedua beliau dah sampai di tangan.

Sama juga saya bantu uruskan pembelian, Puan Salbiah hanya tranfer amaun pembelian ke akaun bank Public Gold sahaja. Selebihnya saya yang uruskan.

Itulah pentingnya introducer emas.

Bimbingan dan bantuan kami adalah percuma. Emas anda dapat, bimbingan pun anda dapat dan ia kekal selagi mana anda kekal menjadi ahli Public Gold.

Puan Salbiah dah mula, anda bila lagi?😊

Jom join team emas saya.

Daftar akaun emas disini:
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

06 Nov, 01:44


"Macam mana nak kawal duit secara konsisten? Saya dah cuba kawal dan buat kira-kira, tapi tak sampai hujung bulan mesti tak cukup"

Manusia ni ada satu sifat adaptasi. Tak seperti haiwan.

Contoh, kalau hantar harimau belang duduk kutub utara, confirm akan pupus.

Kalau bawa Penguin pergi Port Dickson, confirm mati.

Tapi kalau manusia, pergi mana-mana sekalipun, tetap boleh sesuaikan diri dengan keadaan.

Susah macam mana sekalipun tetap akan dapat bertahan. Inilah maksud sifat beradaptasi.

Jadi, cara terbaik untuk beradaptasi dengan masalah tak cukup ialah,

"HILANGKAN DUIT" atau kata lainnya, bila dapat gaji terus asingkan, dan jangan tengok-tengok lagi.

Buat simpanan automatik. Jangan sesekali masukkan duit simpanan tersebut dalam bajet kira-kira anda.

Contoh:

Gaji anda RM3000. Anda tetapkan 10% untuk simpanan.

Bila dapat gaji, terus "HILANGKAN" RM300.

Maka anda perlu beradaptasi dengan baki RM2,700 setiap bulan.

Apa pun yang terjadi, anda tetap akan dapat bertahan dengan jumlah tersebut.

Dengan syarat, RM300 yang anda simpan itu telah dianggap "Hilang".

Ada beberapa teknik nak "HILANGKAN" duit.

Antaranya ialah BELI EMAS.

Anda akan hilang rasa berduit dan keinginan untuk berbelanja bila anda tukarkan duit kepada emas. Walhal emas juga adalah Duit.

Cumanya, DUIT SEBENAR (Emas) ini tidak memberikan nafsu untuk anda berbelanja.

Lagipun banyak kelebihan emas. Kalau simpan duit, dah la susah nak kawal nafsu, kena makan inflasi pulak lagi.

Lebih baik beli emas. Nilai semakin meningkat. Paling penting, kita dah tak nampak duit.

Nak mula simpan emas?

Klik disini: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Moga bermanfaat ya.

Shahril Norazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

05 Nov, 00:49


BEZA DULU DAN SEKARANG

Dulu gaji RM1,500. Sekarang gaji RM5 ribu.

Dulu beli handbag RM50. Sekarang handbag branded ribu riban

Dulu boleh je beli tudung pasar malam. Sekarang beli tudung kat butik berjenama.

Dulu beli baju setahun sekali. Sekarang tiap bulan asyik shopping.

Dulu boleh pakai motor. Sekarang dah pakai kereta.

Dulu gaji kecil tak boleh menyimpan. Sekarang gaji besar sepatutnya dah banyak simpanan.

Tapi itulah hakikatnya.

Bila gaji meningkat, nafsu juga akan semakin besar.

Gais, dengar ni..

Jangan upgrade gaya hidup walaupun pendapatan semakin naik.

Memanglah duit tak boleh bawa mati. Tapi kalau takda duit, masa tu akan rasa macam nak mati.

Sebab itu di luar negara banyak kes bunuh diri. Bila kena berhenti kerja, terus collapse tak tau nak buat apa.

Sebab apa?

Sebab hutang dan komitmen yang terlalu banyak.

Ada 17 ribu pasangan suami isteri bercerai disebabkan masalah kewangan semasa PKP haritu. Anak-anak jadi mangsa.

Ini pun ramai tak ambil iktibar.

Tak salah berbelanja, tapi perlu siapkan dulu apa yang sepatutnya.

Simpanan kecemasan 3 bulan gaji dah ada?

Yang buat bisnes, simpanan setahun pendapatan dah ada?

Kalau belum ada, kena usahakan dulu, baru fikir bab berbelanja.

Kenapa kita wajib ada simpanan?

Sebab tak ada jaminan kita boleh kerja selamanya. Bila-bila pendapatan boleh hilang.

Kalau dah cuba menyimpan tapi bocor. Asalkan simpan, korek balik. Simpan awal tahun, hujung tahun cucuk.

Tak ada jalan lain. Emaslah ubat paling mujarab.

Dah ramai berjaya “sihat”kan kewangan dengan emas.

Nak saya bantu mulakan tabungan emas serendah Rm100?

Klik DISINI

Shahril Norazmi
Master Dealer PG
0145759585

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

02 Nov, 14:28


Apa yang kita faham dengan maksud berita ini?

Ya, kita sedang menuju ke arah ekonomi yang mencabar. Pendapatan kita takkan cukup untuk bersara.

Pampasan yang dapat pun hanya dapat bertahan beberapa tahun sahaja.

Kita telah diberi gambaran dan ramalan tentang ekonomi pada masa hadapan. Kita yakin, lambat atau cepat, ia akan berlaku juga.

Persoalannya sekarang, apakah persiapan kita?

Persiapan saya, saya simpan emas sebagai simpanan, dan saya buat bisnes emas sebagai persediaan backup pendapatan.

Takkan nak tunggu hilang pekerjaan baru nak cari kerja baru?

Takkan nak tunggu dah hilang simpanan, baru nak mula menyimpan?

Ada yang dah nak pencen, baru nak belajar ilmu kemahiran sebagai persediaan mencari pendapatan baru.

Jangan buang masa yang ada.

Inilah masanya mencari ilmu. Siapkan bekalan. Siapkan perancangan.

Apabila waktu itu tiba nanti, kita tak porak peranda.

Saya sedang bersedia. Anda bagaimana?

Jom mula menabung emas.

Klik DISINI untuk mendaftar akaun.

Shahril Norazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

02 Nov, 10:38


3 Kategori Penyimpan Emas

1. Tak boleh menabung - kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Bila menabung selalu bocor. #GAPAutoDebit penyelesaian terbaik untuk anda.

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji. Anda tak sedar tabungan anda dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas. Macam kapal Titanic yang tak ada life boat. Tanpa emas, kekayaan anda berisiko tenggelam bila-bila masa.

Anda kategori yang mana? (jawab dalam hati sendiri je 😄)

Jangan lupa ya...istiqomah menabung emas

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

31 Oct, 12:57


Kalau berat 0.001 bukan "baby gold", tapi "Dust Gold".

Ramai "scammer" buat untung dengan "Dust Gold" ni.

Jual sekeping RM15 dengan ayat, "Orang miskin pun dah boleh simpan emas'

Maka berduyun lah si miskin harta dan si miskin ilmu membeli emas yang dikatakan murah.

Dia tak tau, nak kumpul 1 gram "Dusk Gold" ni memerlukan 1000 keping

Dia tak sedar perlu habiskan RM15,000 hanya untuk beli 1gram emas sedangkan harga segram emas di Public Gold cuma RM400++.

Bila kita ajak simpan emas Public Gold, dia kata scam. Baik beli emas fizikal katanya.

Habis tu Public Gold ni bukan jual emas fizikal ke? 🙄

Yang dah terlajak tu, kembali la ke pangkal jalan. Jangan tengok yang lain lagi.

Insyaallah Public Gold adalah Syarikat Emas Paling Dipercayai di Malaysia dan di Asia.

Daftar kat sini: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

31 Oct, 01:41


Harga Emas Pecah rekod lagi!

Mesti makin takut nak beli kan?

Inilah mindset orang yang baru beli emas dan belum hadam ilmu tentang emas.

Sebab apa?

Sebab masih baru dalam circle penyimpan emas.

Penyimpan emas baru belum rasai lagi perasaan MENYESAL.

"Kenapa la masa emas harga RM400 dulu aku tak terus beli je macam biasa"

Inilah perasan menyesal dari kalangan penyimpan emas.

Majoriti yang dah lama simpan emas sahaja akan rasa penyesalan ni.

Contohnya saya sendiri. Sejak tahun 2018 lagi saya dah rasa menyesal. Menyesal tak beli banyak masa harga murah dulu.

Benda ni normal. Kita akan sentiasa rasa menyesal.

Tapi apa yang boleh kita buat sekarang?

Cuba usaha untuk kurangkan penyesalan akan datang.

Kalau ada duit, jangan tunggu harga turun. Beli terus. Ada duit, terus beli emas.

Fokus kita bukan harga emas murah.
Fokus kita ialah pertambahan gram emas.

Sekurang-kurangnya kita cuma ada rasa menyesal sebab tak beli emas banyak.

Ada ramai orang di luar sana yang menyesal sebab langsung tak ada emas.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

30 Oct, 00:04


Rekod terbaru harga emas dipecahkan!

Harga emas pecah rekod lagi - RM422 hari ini!

Perbandingan harga setahun

Oktober 2023 : RM300/gram
Oktober 2024 : RM422/gram

Peningkatan 40.6 peratus.

8 kali ganda lebih tinggi daripada ASB.

Tahniah kepada anda kerana menyimpan emas fizikal di PG.

Teruskan menyimpan emas di PG secara konsisten, sebaiknya setiap hari.

Belum terlambat kepada yang belum bermula.

Daftar percuma akaun emas:
Linkr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

29 Oct, 06:03


Ini contoh scam terbesar dalam bisnes emas.

Jual kad emas 0.001 gram dengan harga RM15- RM20 sekeping, dengan alasan miliki "Emas mampu milik"

Kata mereka, kalau tak mampu beli emas yang besar, kumpul yang kecil macam ni.

Ini semua scam!!!

Nampak macam legit.

Perniagaan yang ada item fizikal memang diharuskan.

Tetapi mereka memanipulasi emas. Mereka menjual kad yang kononnya berharga kerana ada emas padanya.

Dimana penipuannya?

Jom kira sama-sama.

Harga sekeping kad emas 0.001 gram ni berharga RM15. Untuk dapatkan 1gram emas memerlukan 1000 keping.

1000 keping darab dengan RM15 bersamaan RM15,000.

Adakah anda kumpul emas 1 gram bernilai RM15,000.

Kalau 1 gram anda beli berharga RM15ribu, berapa anda perlu jual untuk dapatkan untung, sedangkan harga emas semasa ialah RM400/gram.

Jangan tertipu dengan dakyah kononnya beli emas sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Fikirkan pula betapa sukarnya anda nak jual emas tersebut sebab perlu check ketulenan 1000 keping kad yang cuma ada emas sebesar debu.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

28 Oct, 12:04


Kad emas 0.01 gram adalah scam terbesar dalam bisnes emas

Nampak macam legit. Ya, sebab emasnya wujud.

Barang yang wujud fizikalnya adalah dihalalkan jual beli.

Jadi kat mana yang scam?

Penipuan berlaku pada harga kerana pembeli tertipu dengan harga emas.

Mereka tidak menjual emas, sebaliknya menjual kad atas nama "Kad Emas" sedangkan emasnya seperti sebutir debu.


Majoriti pembeli tak tahu market terkini harga emas.

Bayangkan kad emas 0.01 gram dijual dengan harga RM20 sekeping.

Untuk dapatkan 1 gram, pembeli perlukan 100 keping kad emas 0.01 gram.

100 keping kad 0.01 gram jumlahnya adalah RM2000.

Adakah benar 1 gram emas berharga RM2000 sedang harga pasaran emas ialah sekitar RM400 per gram.

Bagimana pembeli nak jual semula emas 0.01 gram dalam kad tersebut.

Perlu buat ujian ketulenan emas untuk setiap kad?

Mustahil!

Jadi, jangan tertipu dengan teknik manipulasi harga emas di pasaran.

Kalau nak emas murah, kumpul duit sampai cukup RM100, kemudian beli emas di akaun GAP.

Dah cukup 1 gram, keluarkan emas fizikal.

Jom join Public Gold. Tak rugi dan tak kena tipu. Emas dapat, ilmu pun dapat.

Daftar percuma: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

28 Oct, 10:01


Tahniah puan Amira dah berjaya capai matlamat emas pertama.

Ada banyak matlamat bagi penyimpan emas.

Ada yang nak rasa pegang emas pertama.

Ada yang terus letak target item yang lebih besar.

Apa pun matlamat, ia adalah pembakar semangat supaya fokus kita tidak hilang.

Kita cuba tetapkan matlamat demi matlamat. Kemudian cuba capai satu per satu.

Selepas satu masa, kita akan sedar bahawa kita telah bergerak sangat jauh berbanding orang yang hanya tunggu melihat harga emas murah.

Sedangkan ia tahu itu hanya impian dan mereka akan terus bermimpi.

Tamatkan mimpi anda, jadikan ia realiti.

Daftar akaun emas : Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Shahril Norazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

28 Oct, 04:36


Ramai yang jadikan PLKN ni sebagai gurauan di Medsos sedangkan keselamatan negara kita telah beberapa kali dicabar.

Ini adalah persediaan. Jangan ambil ringan.

Semua perlu bersedia. Paling utama, jangan simpan duit banyak sangat dalam akaun bank.

Kalau jadi perkara buruk, nilai duit boleh jatuh merudum.

Emas adalah penyimpan nilai terbaik. Jika berlaku perang, harga emas akan naik melonjak. Kenapa?

Sebab orang tidak percayakan wang kertas. Mereka ambil jalan selamat tukarkan wang kertas kepada emas sehingga keadaan stabil.

Nak guna duit, mereka tukarkan kepada bentuk wang kertas sedikit demi sedikit.

Kita sebagai penyimpan emas berilmu, jangan tidur seperti mereka yang masih bergelak ketawa membahan PLKN di medsos.

Jom buat persiapan emas.
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

28 Oct, 04:09


“Takut lah, nanti ada susut nilai“

Susut nilai emas? Sebenanrya susut nilai wang kertas lebih menakutkan.

Susut nilai emas cuma sekali waktu nak jual. Susut nilai wang kertas? Setahun berkali-kali walau kita cuma simpan dalam bank.

Hakikatnya.

Emas bukan susut nilainya. Ia cuma perbezaan harga jual dan harga beli oleh sesebuah syarikat emas.

Macam money changer. Sama lah.

Harga emas semakin naik dan naik.
Nilai wang kertas, semkain turun dan turun.

Contoh:

Kita beli emas 250gram macam ni.

Kalau beli harini harga RM102,025. Nak jual juga hari ni, tolak terus susut nilai dan cuma dapat RM94,373.13 (lebih kurang). Susut nilai atau spread value emas 100gram PG 7.5%. Nampak macam rugi je kan. Sebenarnya memang rugila jika beli hari ini jual esok.

Tapi, takdalah kita nak beli hari ini dan jual hari ini kan?

250gram ni, andaikata 5 tahun lagi kita nak pakai duit, harga dan RM200,000 (contoh).

Jadi, RM200,000 tolak 7.5%.

Kita dapat RM185,000. Ada untung RM85k! Mudah je kan jika faham ilmu simpan emas ni?

Belum bermula?
Perlu bantuan?
Meh saya bantu.

Klik : linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

26 Oct, 16:02


Pada zaman Rasulullah SAW dulu, dalam sejarah dikisahkan bahawa harga seekor kambing adalah 1 dinar.

Yang menariknya, pada hari ini, kalau anda nak beli kambing, masih boleh beli dengan harga 1 dinar. Hairan kan?

Kalau anda beli dengan duit kertas, anda akan perasan harga kambing 10 tahun dulu pun dah ada perbezaan berbanding sekarang.

Kenapa?

Sebab emas 999 kali inflasi.

Sebenarnya bukan harga barang yang naik, tapi nilai wang kertas yang menurun.

Jadi, kekalkanlah nilai kekayaan anda dengan emas.

Simpan duit banyak-banyak dalam akaun bank buat apa?

➡️Nilai makin susut.
➡️Digitnya makin kurang(selalu cucuk)
➡️Nilainya tidak bertambah.

Beli emas banyak- banyak pula nak buat apa?

Nilai emas semakin naik.
Emas kalis inflasi.
Dapat elak simpanan bocor
Belajar tabiat menyimpan.
Simpan emas sama seperti kayakan diri sendiri.

Shahril Norazmi
Master Dealer


Daftar akaun emas percuma:
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

25 Oct, 09:52


Bagaimana simpanan emas boleh bantu kita capai matlamat dgn lebih cepat?

1️⃣. Harga sentiasa kekal meningkat
2️⃣. Kenaikan harga purata 10% sethn jauh melebihi average inflasi di negara kita sekitar 3-4%

Sebab tu emas dipanggil safe-haven asset, aset yang kalis inflasi zaman berzaman.

Nak mulakan menabung emas?
Klik linktr.ee/ShahrilNorazmi sekarang.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

22 Oct, 22:43


1 Dinar ni saya beli pada bulan Oktober tahun lepas. Masa tu permulaan harga emas naik melebihi RM320 per gram kemudian turun semula ke paras RM300.

Waktu ni ramai yang anggap harga emas dah naik terlalu tinggi dan boleh jatuh merudum pada bila-bila masa.

Yang beranggapan begitu adalah mereka yang hanya melihat tanpa ilmu.

Sebagai penyimpan emas berilmu, saya abaikan harga emas ketika itu dan terus beli beberapa keping dinar dengan kaedah SEPP 10x.

Hari ini harga emas telah mencecah RM414.

Adakah anda semua berfikiran yang sama seperti mereka tahun lepas?

Saya tidak. Saya tetap terus membeli emas untuk mencapai matlamat saya.

Nak beli dan kumpul emas, daftar percuma dulu akaun emas Public Gold.

Klik: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

22 Oct, 22:38


Harga Emas Public Gold GAP
RM414 = 1gram
RM207 = 0.5gram
RM100 = 0.2415gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM414/g (OKT 2024)

Kemaskini: 23-10-2024

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

21 Oct, 22:38


Harga Emas Public Gold GAP
RM409 = 1gram
RM205 = 0.5gram
RM100 = 0.2445gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM409/g (OKT 2024)

Kemaskini: 22-10-2024

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

21 Oct, 04:10


Harga Emas Public Gold GAP
RM409 = 1gram
RM205 = 0.5gram
RM100 = 0.2445gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM409/g (OKT 2024)

Kemaskini: 21-10-2024

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

20 Oct, 22:39


Misi menabung 5 dinar dalam masa kurang 2 tahun

5 dinar ini beratnya 21.25 gram. Hari ini harganya sekitar RM8,600.

Dengan 5 dinar ni kita dapat sediakan dana untuk:
Umrah – 1 keping
Majlis kahwin – 4 keping
Deposit rumah idaman - 4 keping
Dana kecemasan – 5 keping
Dana pendidikan anak – 6 keping
Dana persaraan – 20 keping

Mudah saja untuk dapatkan 5 dinar.
Ikut sahaja langkah berikut:
1. Daftar akaun emas GAP
2. Konsisten simpan 1 gram emas setiap bulan
3. Selepas 22 bulan dah ada 22 gram emas
4. Boleh terus withdraw item 5 dinar (21.25 gram)

Mudah kan!

Jom mulakan misi 5 dinar mulai bulan ini, Oktober 2024.
Bulan Julai 2026 akan dapat tuai hasilnya.

Daftar Akaun Emas:
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

19 Oct, 14:24


"Takut la nak beli emas, mahal sangat"

Ini dialog yang selalu kita dengar sebelum ada ilmu tentang emas.

Tahun lepas, harga emas mula mencecah RM300 per gram, ramai yang mengeluh kata harga emas dah terlalu mahal.

Saya kata RM300/gram ni baru permulaan kenaikan. Harga emas akan pergi lebih daripada RM400 per gram.

Ramai tercengang. "Mana abam tahu harga emas akan naik lagi?"

"Lah.. Harga mee goreng kat kedai mamak pun naik harga setiap tahun. Takkan la harga emas duk diam tak naik-naik."

Sebenarnya harga emas dah pernah naik lebih daripada RM400/gram sebelum ni, tetapi ia turun semula.

Kenaikan itu cuma sebagai penanda aras harga tertinggi.

Harga kebiasaannya akan turun semula sebelum menyambung semula kenaikan yang lebih tinggi.

Harga emas akan dianggap murah apabila ia telah menjadi sejarah.

Sekarang harga RM400/gram dianggap mahal. Tapi tahun depan bila harga emas naik RM500/gram, barulah RM400/ gram ini dianggap murah.

Abaikan harga emas. Fokus pada simpanan mengikut matlamat anda.

Akaun GAP

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

16 Oct, 02:45


Public Gold GAP
RM 100 = 0.2494 gram
RM 401 = 1.0000 gram

Harga GAP 🔼 RM 4

Terendah: RM 329 (4 Jan 2024)
Tertinggi: RM 403 (17 Jul 2024)

Dikemaskini: 16 Oct 2024

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

15 Oct, 11:14


Emas 1 Dinar ni abam beli pada bulan Oktober tahun lepas dengan harga RM1278.

Harini 1 Dinar ni berharga RM1695.

Dalam tempoh setahun nilai emas ni meningkat sebanyak 32.6 peratus.

Ini baru sekeping dinar. Kalau ada 10 keping? 50 keping? 100 keping?

Ini baru emas yang dibeli pada tahun lepas. Nanti abam share emas yang dibeli pada 6 tahun lepas. Cuba teka berapa kenaikannya?

Sebenarnya bukan harga emas yang meningkat, tetapi nilai matawang yang semakin kurang kuasa belinya.

Emas tetap emas. Nilainya berada pada emas tersebut dan sukar untuk dimanipulasi seperti wang kertas.

Semakin banyak emas yang anda simpan, semakin banyak nilai simpanan wang yang anda selamatkan daripada dicuri inflasi.

Jom mulakan simpanan emas dan selamatkan nilai kekayaan anda.

klik : linktr.ee/ShahrilNorazmi untuk daftar akaun emas percuma.

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

15 Oct, 09:15


Masih ramai tak faham maksud inflasi. Sebab tu kita jangan sokong orang yang merosakkan market.

Jom baca, dalam 3 minit je akan faham dan nampak gambaran inflasi.

Saya berikan contoh mudah Negara Turki, sebab kejadian ini baru terjadi. Sebelum tahun 2018, nilai matawang Negara Turki (Lira) lebih besar berbanding Malaysia.

1 Lira = R M 2.33

Kemudian, bermula tahun 2018, matawang Turki semakin lemah dan mula menyamai nilai matawang Malaysia.

1 Lira = R M 1

Nak senang kira, pada tahun 2018, harga emas di Malaysia R M 1 7 0 per gram, harga emas di Turki ialah 1 7 0 Lira per gram.

Sama angka, sama nilai. Cuma beza nama saja iaitu ringgit & lira.

Tahun demi tahun kejatuhan nilai matawang Turki sangat ketara. Paling tragis pada pertengahan tahun 2018, melebihi 30 peratus.

Kejatuhan ini tidak berhenti dalam tempoh 5 tahun. Kini nilai matawang Turki berbanding Malaysia ialah,

R M 0.12 sen = 1 Lira.

Nampak tak betapa tragusisnya kejatuhan nilai matawang Turki?

Akibatnya apa?

Harga emas di Malaysia R M 3 9 8 per gram.

Harga emas di Turki Lira 3178 per gram.

Suatu perbezaan angka dan nilai yang sangat jauh berbeza.

Cuba bayangkan jika emas di Malaysia berharga
R M 3178 per gram? Seram noks. 😌

Sebab itu pada tahun 2021- 2023, rakyat Turki berlumba-lumba jual hartanah dan tukarkan duit kepada emas.

Kenapa?

Kerana emas mampu menyimpan nilai dan terlindung daripada inflasi.

Bayangkan lagi, jika kita ada simpanan 100 ribu dalam bank. Tapi selepas 5 tahun, nilainya seperti seribu. Boleh gila kita dibuatnya.

Tahun 2018 harga emas di Turki sekitar 170 lira per gram, sama seperti di Malaysia iaitu 170 per gram.

Jika rakyat Turki ada simpanan 10 ribu Lira dan tukarkan kepada emas, mereka akan ada aset sebanyak 59 gram emas, dan 59 gram emas itu pada hari ini telah bernilai 187 ribu Lira.

Rakyat Turki dah berjaya selamatkan nilai simpanan 10 ribu Lira mereka kerana telah alihkannya kepada emas.

Inilah maksud Emas Penyimpan Nilai Terbaik.

Kalau dah faham kepentingan emas, jom mula simpan emas hari ini. Biar menyesal sebab lambat bermula, ia lebih baik daripada menyesal sebab langsung tak ada emas.

Cara mulakan simpanan emas:

1. Daftar akaun emas (percuma)
https://bit.ly/DaftarAkaunEmasMSN
(18 tahun ke atas)

https://bit.ly/DaftarAkaunEmasJuniorMSN
(Bawah 18 tahun)

2. Lihat email dan follow step untuk login.

3. Download Aplikasi Public Gold dan login cara yang sama.

#AbamTrafik

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

13 Oct, 12:15


Harga Emas Malaysia Semakin Meningkat

Harini harga emas GAP telah mencecah RM398/gram. Lagi RM2 nak mencecah angka RM400.

Adakah harga ini telah cukup tinggi?

Tidak, ini adalah harga permulaan kenaikan.

Tahun 2023 yang lalu ketika harga emas mencecah RM300/gram. Ramai yang anggap ia adalah harga paling tinggi.

Akibatnya ramai yang takut nak beli emas bimbang harga emas jatuh.

Gais, selagi wang kertas masih dicetak, selagi itu harga emas takkan berhenti membuat kenaikan.

Lihat carta harga emas ini.

Garisan kuning adalah harga terendah per auns dan garisan merah adalah harga tertinggi.

Sekarang harga emas sedang membuat kenaikan untuk memecahkan harga tertinggi.

Apabila ia berjaya memecahkan rintangan harga tertinggi sebelumnya, maka ia akan membuat kenaikan baru yang lebih tinggi.

Masih belum terlambat nak mulakan simpanan emas.

Masih belum terlambat untuk tambah simpanan emas.

Biar menyesal kerana membeli emas harga tinggi, ia lebih baik daripada menyesal sebab tak beli langsung.

Daftar Akaun

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

13 Oct, 07:11


"Cipta Masa Depan dengan Emas"

Bila simpan emas, awak sebenarnya sedang “Mencipta Masa Depan”.

Orang lain berlumba-lumba cari duit untuk puaskan nafsu berbelanja, awak pula simpan duit untuk beli emas.

Tatkala ramai yang lemah iman tengok angka duit dalam bank, awak pula rilek membelek-belek ketulan emas di tangan.

Di saat orang sakit kepala cari orang yang sanggup bagi pinjam duit, awak rilek je pergi gadaikan emas untuk dapatkan duit segera tanpa perlu susahkan orang lain.

Teruskan menyimpan emas.

Awak akan berterima kasih kepada orang yang sebarkan ilmu tentang emas suatu hari nanti.

Thank me later.😊

Daftar Akaun Emas Percuma:
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

11 Oct, 08:00


UBAH MINSET SUKA BERHUTANG

Bila nak kahwin.

"Takpa, boleh buat loan peribadi"

Bila nak beli perkakasan rumah.

"Takpa, buat loan dulu. Yang penting hidup selesa"

Bila anak nak sambung belajar.

"Takpa, PTPTN ada"

Bila kecemasan.

"Takpa, saudara mara ada"

Inilah mindset orang kita sejak dulu. Tak pernah nak berubah.

Bila buat hutang, liat nak bayar balik. Siap tambah lagi ada.

Kenapa jadi macam ni?

Sejak kecil kita diajar, dapat duit ada lebih baru simpan.

Sedangkan yang sepatutnya, bila dapat duit, simpan dulu baru berbelanja.

Bila tiada tabiat menyimpan, mana nak ada wang simpanan.

Maka jalan pintas untuk senang dapat duit ialah HUTANG.

Ubah daripada sekarang!

Jangan turunkan tabiat ini pada anak cucu kita.

Ajar diri menyimpan. Anak-anak akan mewarisi tabiat ini daripada ibu bapa.

Shahril Norazmi | Abam Trafik

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

10 Oct, 14:10


TIPS KONSISTEN SIMPAN 1GRAM 1BULAN

Bagi anda yang ingin konsisten menyimpan 1 gram 1 bulan, item 10 gram BungaMas ini adalah pilihan terbaik.

Kunci harga secara EPP10, bayaran bulanan adalah bersamaan harga 1 gram hari ini.

Bayar ikut jadual tidak kira sama ada harga naik atau turun.
Bila selesai bayaran, kita akan dapat 10 gram ini di tangan.

Harga 10 gram hari ini ( 10.10 2024) sekitar RM3,925

Pada Oktober 2023, harga 10 gram ini ialah RM3,150.

Kenaikan nilai 24% dalam masa setahun!

Oktober 2022, harga 10 gram ini ialah RM2,610.

Kenaikan nilai 50.3% dalam masa 2 tahun, iaitu purata 25% setahun!

Harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang.

Harga hari ini akan murah bila telah jadi sejarah.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan 10 gram yang cantik ini sebelum harga meningkat naik.

Hanya 1 gram 1 bulan secara EPP10.

Daftar akaun Emas secara percuma dan mulakan belian emas pertama anda hari ini.

Baca info lanjut EPP disini : https://boards.com/a/9p4v7.Jmq8e2

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

10 Oct, 06:16


"Tak Perlu Ikut Orang Lain Nak Simpan Emas"

Simpan emas bukan tentang berlumba dengan orang lain.

Tak perlu tunggu orang lain mula, atau rasa kena simpan banyak macam mereka. Ikut kemampuan sendiri.

Kalau ada bajet RM100, mulakan dengan apa yang ada. Yang penting, KONSISTEN.

Emas ni bukan untuk tunjuk siapa lagi banyak, tapi untuk jamin masa depan kita sendiri. Bila kita mula simpan sekarang, kita sebenarnya sedang melindungi nilai duit kita.

Jadi, tak perlu tengok orang lain. Fokus pada perjalanan simpanan emas kita sendiri.

Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

30 Sep, 10:47


Harga emas dunia sekarang sedang tinggi (all time high). Tapi disebab nilai matawang Ringgit mengukuh, maka harga emas semasa di Malaysia masih rendah.

Cuba bayangkan ketika harga emas sedang tinggi, nilai matawang Ringgit tidak mengukuh seperti sekarang.

Mungkin harga emas semasa telah mencapai RM450/g.

Ambil peluang.

Anggap ini diskaun sementara.

Nilai matawang tidak selamanya akan kukuh. Banyak punca yang boleh menjatuhkan nilai matawang.

Belajar sesuatu?

Jom simpan emas sekarang, pendaftaran adalah percuma.

Klik : Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Shahril Norazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

29 Sep, 22:49


Bila dah mula bekerja, segeralah penuhkan tabung kecemasan. Tabung kecemasan ini sebaiknya mencukupi 3-6 bulan gaji kita.

Untuk lebih selesa, sasarkan simpanan sebanyak 6-12 bulan gaji.

Contohnya, kalau gaji anda RM2000 sebulan, bermakna anda perlu ada RM24,000 dalam tabung ini.

Tapi kalau rasa terlalu berat, mulakan dengan jumlah yang kecil.

Mulakan dengan RM1000 dulu. Asingkan RM100-200 setiap bulan untuk simpanan kecemasan ini.

Bila dah capai RM1000, tetapkan sasaran baru sebanyak RM2000. Ulang proses ini sehingga cukup RM24,000.

Tapi jika susah sangat nak simpan dalam bentuk tunai, tukar bentuk simpanan. Ada orang memang susah nak simpan RM100 sebulan.

Jadi, tukar kepada simpanan emas. Dengan Akaun GAP, RM100 sebulan pun dah mencukupi.

Orang lain simpan dalam RM, anda simpan dalam emas. Okey kan?

Nampak kelainan kan?

Tapi yang lain ni la ramai berjaya ada simpanan. Tak caya?

Jom mula dulu.

Daftar Akaun Emas, percuma je:👇🏻
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

29 Sep, 03:26


Dah pinjam tak nak bayar. Alasannya gaji kecil, komitmen bulanan tinggi, kos hidup tinggi, dan macam-macam lagi alasan.

Sepatutnya hutang perlu didahulukan. Apa pun yang berlaku, hutang perlu dilunaskan.

Sebagai Ibu Bapa yang bertanggungjawab, kita perlu didik anak-anak supaya berwaspada dengan hutang.

Kalau boleh jangan berhutang. Kalau terpaksa berhutang, perlu bertanggungjawab dengan hutang.

Ini tidak.

Sudahlah tidak ada usaha nak menyimpan untuk masa hadapan, bila dah berhutang buat-buat lupa.

Alasan mereka,

"Ala.. Takpa. PTPTN kan ada. Kalau anak pandai belajar, mohon je PTPTN"

Wahai kakak abang, PTPTN tu ialah HUTANG.

Kena ada tekad dan usaha untuk menabung untuk pendidikan anak sendiri. Jangan terus nak harapkan bantuan.

Mak ayah kerja kerajaan, tapi bila anak nak belajar, mohon PTPTN.

Kalau anak tak dapat kerja, terus buat-buat lupa. Alasan dah dapat kerja baru bayar hutang.

Siapa yang ajar macam tu?

Ambil iktibar ya.

Daftar akaun emas Junior sekarang:
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

27 Sep, 08:33


Ambil peluang sementara harga emas di Malaysia belum melambung.

CARA PANTAS UNTUK MEMULAKAN SIMPANAN EMAS PUBLIC GOLD


Step 1: Daftar username Akses Public Gold melalui link dibawah.

Tanpa introducer, tiada yang akan membimbing dan membantu anda. Bimbingan introducer adalah percuma.

Klik: https://bit.ly/DaftarAkaunEmasMSN
(Akaun umur 18 tahun ke atas)

Klik: https://bit.ly/DaftarAkaunEmasJuniorMSN (Akaun umur bawah 18 tahun)

Step 2: Tekan link pengesahan di SMS atau email anda.

Step 3: Download apps Public Gold

Step 4: Login menggunakan Nombor Kad Pengenalan tanpa sempang (-) sebagai USERNAME & PASSWORD.

Contoh:

Username: 800010123456
Password: 800010123456

Kemudian klik login.

Step 5 : Buat pembelian emas pertama minima RM100

Saya akan menghubungi anda untuk bimbingan seterusnya.

Lihat Tutorial Penuh 3 Langkah Mudah Memulakan Simpanan Emas :
https://bit.ly/CaraNakMulaSimpanEmas

Muhamad Shahril Norazmi
PG00190571
Official Dealer Public Gold

Nota Emas Abam Trafik | Shahril Norazmi

27 Sep, 08:32


*Kenapa harga emas Malaysia tidak melonjak sedangkan harga emas dunia naik mendadak?*

Jom belajar fahami ilmu emas.

Gambar di sebelah kiri adalah chart harga emas dunia dalam US Dolar.

Kita boleh harga emas telah pecahkan resisten harga tertinggi beberapa kali dan kini berapa pada 2673 USD / Auns.

Lihat pulak gambar sebelah kanan.

Ia adalah chart perbandingan nilai matawang Ringgit berbanding US Dolar.

USD dilihat menjunam berbanding Ringgit.

Ini bermaksud nilai Matawang Ringgit meningkatkan sekaligus menyebabkan kuasa beli Ringgit meningkatkan.

Apabila nilai matawang meningkatkan, maka kuasa belinya akan turut meningkat menyebabkan harga barang akan susut.

Begitulah yang terjadi dengan harga emas Dunia (USD) dengan harga emas Malaysia (MYR)

Kesimpulannya,

Harga emas dalam USD meningkatkan kerana nilai matawang USD menyusut. Maka emas yang dibeli menggunakan USD akan semakin mahal.

Harga emas dalam MYR stabil, (Naik tidak drastik) kerana kuasa beli matawang Ringgit meningkat.

Faham sesuatu?