Pembela Tanah Air - PETA

@chegubard_ori


Info-info politik Malaysia

Pembela Tanah Air - PETA

21 Oct, 16:16


https://vt.tiktok.com/ZSjeCmNe9/

Pembela Tanah Air - PETA

21 Oct, 13:53


Maaf jika saya sebut Malaysia dari negara berkecuali sudah jadi negara pelacur, jumpa Zionis Amerika kita kangkang, jumpa China kita kangkang, jumpa Rusia pun kita kangkang... Jika ini diteruskan bukan saja dari segi ekonomi kita hanyut malah kita boleh bertukar jadi medan perang....

Lanjut klik https://www.facebook.com/share/p/7hj3U4z4j97QmPBm/

Pembela Tanah Air - PETA

21 Oct, 09:41


Kita harus sedar betapa bukan sahaja ada usaha sengaja tidak mengaktifkan sayap parti di beberapa cawangan malah usaha terkini cuba membatalkan cawangan dan sayap sayap di beberapa cawangan malah bahagian, ia sangat menyedihkan. Pemilihan ini seharusnya menjadi medan mempromosi parti bukan kancah menjauhkan orang dari parti.

Atas semangat Muafakat Itu Berkat, pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian yang bakal berlangsung pada 2 Nov 2024 harus menjadi medan untuk kita bersama-sama merapatkan saf dan melangkah sederap dengan kepimpinan parti dalam mendepani Pilihanraya Umum yang akan datang. Kemenangan tidak akan singgah seandainya kita tidak bermuafakat. Pemilihan parti memberikan peluang kepada kita untuk menyediakan barisan kepimpinan RUMAH kita yang terbaik dalam mengurus rancangan dan strategi.

Penumpuan latihan jentera, mengaktifkan pusat aduan, menjuarai isu rakyat, melahirkan pemimpin perbagai lapisan ke arah persiapan pilihanraya yang wajib disegerakan.

Menginsafi akan keperluan untuk memperkukuhkan barisan parti khususnya dalam kepimpinan Bahagian  maka saya, dengan rasa tawadhuk dan rendah diri menawarkan diri sebagai calon No. 1  Ketua BERSATU Port Dickson. Pengalaman berhadapan dengan sepak terajang politik selama ini menjadi kekuatan dan panduan kepada saya seandainya diberikan peluang oleh para perwakilan untuk sama-sama mengukuhkan RUMAH kita.

Sekian, terima kasih

che'GuBard
Calon No. 1
Ketua Bahagian P. Dickson

Bantu klik https://www.facebook.com/share/p/bzMyRtJg5ddSrQjq/

Pembela Tanah Air - PETA

21 Oct, 09:41


BERSATU Port Dickson adalah rumah kita bersama. Disinilah RUMAH berlindung untuk kita bersama-sama bangkit berjuang demi maruah agama, bangsa dan tanahair tercinta. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama membina kegemilangannya dan mencipta kebangkitan sebagai sebuah gerakan politik yang menjadi payung berteduh orang Port Dickson dan disegani oleh kawan dan lawan.

Tumpuan mempersiapkan kemenangan pilihanraya harus dimulakan sekarang. Sasaran bersama wujudkan cawangan disetiap PDM lengkap dengan sayap sempurna, sistem pengkaderan & latihan pilihanraya wajib dimulakan awal. BERSATU harus menjuarai isu rakyat, maka pusat aduan rakyat perlu dibuka bagi menjadikan BERSATU juara Isu rakyat.

Pembela Tanah Air - PETA

20 Oct, 14:19


Bantu scan dan share

Pembela Tanah Air - PETA

19 Oct, 15:54


Ramai yang pelik kenapa Stoma Bag yang dipakai Anwar Ibrahim semalam besar? Tak seperti yang sering dipakai nya?

Semalam pembentangan belanjawan dan ianya mengambil masa yang panjang dari jam lebih kurang 4 hingga ke 6.30 petang iaitu lebih kurang 2 jam 30 minit.

Dalam pembentangan belanjawan semalam juga Anwar hanya berhenti minum sekali sahaja.

Tahu kenapa?

Sebab semalam Anwar pakai Stoma Bag saiz XXXL bagi menampung najis nya.

Sebab itu ianya berbeza seperti biasa yang mana kita boleh dapat lihat dengan jelas.

Anwar sakit apa?

Rakyat perlu tanya Anwar apa sakit nya dan sampai bila dia nak sembunyikan penyakit yang makin hari bertambah parah itu.

Pembela Tanah Air - PETA

19 Oct, 04:53


Insya Allah, kita bersama-sama melalui BERSATU menjadikan PERIKATAN NASIONAL lebih inklusif sebagai payung besar menyatukan semua parti politik, NGO dan NGI yang bersama ke arah menyelamatkan negara.

Dengan 2 L BERSATU BAKAL PUNYA LEBIH RAMAI PEJUANG, BERSATU AKAN JADI MUKA DEPAN BUKU PERJUANGAN ABATA.

Lanjut Bantu klik https://www.facebook.com/share/p/3uode3pYv59y2Yam/

Pembela Tanah Air - PETA

19 Oct, 04:53


PENDIDIKAN

2007 - Melanjutkan pengajian MASTER IN ASIA NGO's STUDIES di SungKongHoe University, Korea Selatan dengan biasiswa penuh kerajaan Korea Selatan

2006 - Mendapat anugerah Pelajar Terbaik Gwangju Human Right Folk School. - Gwangju May 18 Memorial Foundation

Alumni pelbagai program latihan dan program internship dengan badan seperti Friedrich-Naumann-Stiftun (German), Konrad-Adenauer-Stiftung (German), Korea Democracy Foundation, NDI & IRI.

PEKERJAAN

1999 - Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Perguruan selepas tamat Diploma Perguruan Malaysia.

2001 - Selepas ditahan ketika mengajar dan kemudian didakwa kerana melawan kerajaan, saya terus menceburi bidang perniagaan dalam bidang konsultan latihan, pembangunan dan sumber manusiamanusia sehingga kini.

2021 - Diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi GIAT MARA. Menumpukan GIAT MARA sebagai pelaksana rumah PPRT dan bersama memacu GIAT MARA dengan pendekatan lebih mendekati rakyat melalui program rangkaian peniaga GIAT MARA.

PENGALAMAN AKTIVIS

Sebelum terlibat dalam politik, saya aktif sebagai penggerak belia dan budaya. Sebahagian pendiri utama Anak Teater Seri Melewar yang beberapa kali menjuarai Pekan Teater, Persatuan Seni Budaya Negeri Sembilan (PERSADA), melatih dan membuat persembahan Budaya Warisan Negeri seperti cak lempong, randai, bongai dan seumpama serta terlibat persembahan dalam dan luar negara.

Aktif dalam PESAKA NS dan pernah menjawat jawatan setiausaha PSSCMNS. Pada tahun 1999, menjuarai silat seni Negeri Sembilan.

Bersama menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada 1999, sumbangan dalam membina latihan & pengkaderan, team perang siber dan mobilisasi gerakan massa. 2001, menjadi Exco Pemuda PKN dan pernah menyandang Ketua Penerangan Pusat ketika transisi Pemuda PKN ke AMK. Pernah dua penggal menang bertanding sebagai MPT PKR dan merupakan MPT yang paling muda ketika itu.

Dalam gerakan massa, saya terlibat aktif mengasaskan SAMM - gerakan anak muda radikal (2004) yang menjadi penggerak utama massa seperti BERSIH dan lain lain. Saya juga memiliki jaringan dan rangkaian gerakan massa dari dalam dan luar negara sehingga kini.

Semenjak awal 2024, mula menggerakkan Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA).

TAWARAN KEPADA BERSATU

Saya menyertai BERSATU secara rasmi pada awal tahun 2020 walaupun sudah terlibat dalam banyak program bersama sebelum itu.

Berbekalkan pengalaman panjang bergerak dalam gerakan siasah dan menginsafi bahawa BERSATU tidak boleh gagal kerana BERSATU-PN merupakan payung Melayu Islam berteraskan kontrak sosial setelah UMNO kini merupakan tunganggan DAP, saya memohon sokongan dan dokongan para perwakilan agar diberikan ruang untuk melaksanakan "2 L".

LATIHAN

Menghidupkan sistem dan siri latihan-latihan pengkaderan, latihan pengurusan, latihan kepimpinan dan latihan pilihanraya kepada seluruh akar umbi parti.

Melalui sistem latihan yang lebih tersusun, ia akan melahirkan pelapis kepimpinan di semua peringkat dan parti dapat diuruskan dengan lebih baik dan bersiap siaga menuju pilihanraya.

LAWAN

Banyak kelemahan dan kepincangan yang telah ditunjukkan rejim campuran Madani namun kita telah terlepas begitu banyak peluang. Parti seharusnya ke depan dalam menjuarai isu rakyat. Kita perlu mewujudkan "war room" dimana ia menempatkan Bank Isu, memproses dan menganalisis isu serta sentimen dan momentum rakyat.

Dengan menjuarai isu-isu yang melingkari rakyat, kita mampu melahirkan panglima-panglima baru parti yang dikenali umum. Road show isu dan sebagainya dibuat secara strategik dan rapi.

Pusat ADUAN Kepincangan wajib dibuat dimana BERSATU akan menjadi bahu untuk masyarakat melepaskan keluh kesah mereka yang semakin tertekan kerana kepincangan pentadbiran rejim campuran Madani.

Insya Allah, 2L ini pernah saya lakukan sebelum ini dan saya mohon mandat di peringkat Pusat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (AMPT) dan di Bahagian sebagai Ketua Bahagian untuk melaksanakannya.

Pembela Tanah Air - PETA

17 Oct, 06:12


Seperti disebut dalam "posting" sebelum ini, tepuk air dalam lombong berpasir muka sendiri.

Kes pasir ini mereka kantoikan diri sendiri bila rupanya kes yang disiasat Amirudin Shari yang luluskan. Maka dengan penemuan tak sengaja ini ada pula khabar ada pihak dalam mereka yang akan gunakan kes ini untuk tukar MB. Saya yakin sebelum hujung tahun ini MB Selangor akan bertukar.

Yang direman oleh SPRM pula rupanya anak saudara kandung penasihat ekonomi kepada Anwar Ibrahim .

Bila kes pasir tertembak kaki sendiri, kes pasir ini akan disenyapkan namun yakinlah #sprm sebagai kuda regim tidak akan berhenti. Mereka akan beralih pula mencari kes lain bagi mencipta persepsi demi persepsi.

Kes pasir, kes paya indah dan banyak kes di Selangor, saya antara yang lapor yang dedahkan. Namun ketika Azmin Ali HIJRAH ke BERSATU, penyamun yang menyamun ketika Azmin MB tidak ikut. Mereka tinggal dalam PKR kerana PKR terus menjadi perlindung sakau mereka.

Jika SPRM benar nak siasat saya sedia tampil semula beri kerjasama tapi ap akan daya SPRM hanya tunggangan. Bloomberg menulis dengan jelas SPRM diarah lindungi sakau Farhash (jambu batu Anwar) yang tiba tiba mewah luar biasa.

Lanjut klik https://www.facebook.com/share/p/5SJjane3FkC1nTkH/

(Sebar)

Pembela Tanah Air - PETA

16 Oct, 04:50


https://youtu.be/_U7FQ-yt5Rc?si=cec64mTCP1DzQ9Wg

Pembela Tanah Air - PETA

16 Oct, 01:15


Lanjut klik https://www.facebook.com/share/p/b3ALT5e1eJGF9eCJ/

Pembela Tanah Air - PETA

15 Oct, 16:01


Peribahasa Melayu : Tepuk air di dulang percik muka sendiri

Peribahasa #SPRM #AnwarIbrahim : tepuk air di lombong, berpasir muka sendiri....

terkantoi budak sendiri... Nampaknya ada negeri nak bertukar MB....

Azam - Hisham lawan menjilat.. Kita bagi mereka jalan dulu.. Nanti kita ulas panjang ๐Ÿต๐Ÿ™Š๐Ÿ™‰๐Ÿ™ˆ

Lanjut klik https://www.facebook.com/share/p/oU4gb9itUSLk2imG/

(Sebar)

Pembela Tanah Air - PETA

15 Oct, 15:12


Anwar ternyata menipu bila dia cakap, dia tak ada kena mengena dengan Far hash... Di parlimen siang tadi dia sebut seolah dia tak 3 - 4 tahun tak ada hubungan dengan far hash...

Dia menipu untuk bukti klik

https://www.facebook.com/share/p/dtNiiuk38zBti1Ro/

Pembela Tanah Air - PETA

15 Oct, 08:37


Terrsebar di perbagai media kemewahan melampau Farhash Wafa Salvador dan beberapa kuncunya. Ketika banyak disakaunya kantoi Anwar menafikan yang Farhash rapat dengannya dia gambarkan pada masyarakat Farhash dulu Setiausaha Politiknya tapi kini tak ada kena mengenai. Anwar angkat saja sumpah Raja Judi lantik Farhash perbagai jawatan mewah sejak itu Anwar kata dia tak ada kena mengena lagi dengan Farhash.

Ketika Farhash kantoi dalam bab saham Hi Tech Padu, Anwar kata akan minta Kementerian Kewangan jawab (sedangkan dia Menteri Kewangan). Banyak kes sakau terkait Farhash tapi seolah SPRM bisu. Dari 7 eleven, Apex, Hi Tech Padu dan berbiliion projek kerajaan semua diperkata namanya...

Terbaru Bloomberg melaporkan yang Anwar Ibrahim telah arah Azam Baki supaya lindungi Farhash, maka Anwar sekali lagi nafi seolah dia tak lagi bertemu Farhash.

Malah Isham Jalil yang cabar PM saman Bloomberg pula dipanggil Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) .

Nah gambar Farhash dalam pejabat PM dan dalam rekod kita Farhash aktif terlibat malah ada bermesyuarat sekali dengan Azam Baki.

Hancur negara.... Ketika perbagai subsidi di potong, perbagai cukai diperkenal.. Mereka terus giat menyakau...

Mohon klik dan sebar kan https://www.facebook.com/share/p/dtNiiuk38zBti1Ro/

Pembela Tanah Air - PETA

15 Oct, 02:36


Anak Zahid "sound" SU POL Anwar yang dilihat dapat jawatan sebab bagi laluan Zahid menang....