Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

@bijakemosi


Sesi kongsi ilmu rumahtangga & juga kewangan

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

19 Oct, 02:44


Buat benda ni kita terasa macam kecil dan remeh, tapi kalau diamalkan ia ada impak yang besar pada jangka masa panjang. Disebab ramai tak buat benda ni, tanpa sedar rumahtangga makin dingin

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

04 Sep, 07:41


Curang, sesuatu yang menggoyah kepercayaan, menggegar keyakinan, menimbulkan banyak keraguan terhadap pasangan.

Ianya sangat menyakitkan bagi mereka yang mendepani isu ini.Ada yang setelah dicurangi walaupun tahapnya ringan (tahap 1, detail tahap ini dalam kit bantu diri), tetap dirasakan seolah-olah begitu besar.

Trauma dan sanggup bubar perkahwinan. Akhirnya terus membujang tanpa sanggup lagi memikirkan soal pasangan.

Ada yang sampai sekarang masih bertahan. Walaupun dicurang berkali-kali, bahkan sudah sampai tahap 3 & 4, masih lagi bertahan. Masih lagi percaya ada ruang untuk pasangan berubah.

Ada kes curang yang meruntuhkan rumahtangga, menjadikan semua menderita.

Tapi tetap ada curang yang disusulkan dengan perubahan. Yang akhirnya menjadikan rumahtangga mereka lebih bahagia & lebih baik berbanding dengan sebelum curang.

Sebab itu pada saya setiap kes curang ini adalah unik dan tersendiri. Perlu diselesaikan dengan pemahaman yang spesifik terhadap isu.

Cabarannya tak semua orang mampu mencari pertolongan, apatah lagi mahu bercerita soal kecurangan pasangan.

Sebab itu saya hasilkan kit bantu diri berkait dengan curang.

Tujuannya supaya anda yang sedang berdepan dengan isu curang, dapat fikir dan teliti secara ‘step by step’ tentang apa yang perlu dilakukan sebelum mencapai fasa membuat keputusan.

Jadi anda tak perlu bercerita dengan orang lain tentang apa yang berlaku.

Cukup sekadar anda tonton 12 video yang saya rakamkan ini dan menilai situasi anda dengan serasional mungkin.

Bahkan kalau anda nak membantu rakan atau kenalan anda yang sedang dicurangi, anda juga boleh tonton video ini dan dapat panduan.

Jadi anda boleh bantu rakan anda dengan lebih baik.

Moga kit ini bermanfaat untuk anda.

https://fadzliaziz.onpay.my/order/form/patahkankecurangan

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

02 Sep, 01:03


https://vt.tiktok.com/ZS2Ams5GB

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

31 Aug, 23:31


“ Saya dah jatuh cinta dengan dia… kami pernah ringan-ringan…” kata seorang isteri pada saya yang minta nasihat.

Dia dah tawar hati dengan suami dia.
Saya tau isu sebegini bukan mudah tapi perlu diurus dengan baik.

“Puan rasa dia lelaki yang baik? Puan rasa puan mampu bahagia dengan dia?” tanya saya.

Saya tanyakan soalan-soalan supaya dia boleh berfikir. Bila dia sedang berfikir maka emosinya akan menurun.

“Saya yakin dia mampu bahagiakan saya. Setakat ni dia pandai melayan saya. Dia ambil berat dengan saya. Saya dah sayang pada dia…” jawab dia lagi.

“Puan pernah bahagia dengan suami puan?”

“Pernah.. tapi sejak akhir-akhir ni saya dah tak bahagia…”

“Kenapa puan tidak mencari bahagia kembali dengan suami puan? Tidakkah puan beritahu yang dia memang suami yang baik. Bukankah pernah terbukti dia memang baik?

Macam mana puan yakin lelaki itu baik? Sedangkan puan masih isteri orang pun dia sanggup bercinta dengan puan dan dah pun ‘ringan-ringan’ dengan puan?

Pastikah puan yang dia tak akan ulang perkara yang sama dengan isteri orang lain pada masa puan menjadi isteri dia?

Sekarang pun dia buat macam ni?” soal saya.

Hati manusiawi saya terkadang terasa sangat marah.

Curang bukan soal jantina. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tak kira apa jua latar belakang.

Curang adalah pilihan…

Tetapi apakah yang menentukan seseorang membuat pilihan?

1. Keadaan
2. Peluang
3. Iman

Maka tingkatkanlah iman, nescaya kita akan bertahan dalam apa jua keadaan dan walaupun berpeluang.

Perbaiki keadaan agar daripada keadaan yang ‘menolak’ pasangan untuk curang kepada ‘menarik’ untuk terus menyayang.

Untuk perbaiki, perlu berbincang dengan baik. Untuk berbincang dengan baik, teknik yang betul akan membantu.

Sebab itu pada saya semua suami isteri perlu belajar tentang psikologi disebalik curang, kenapa ianya berlaku, apa tahapnya dan apa nak buat sekiranya ia berlaku pada pasangan kita?

Sebab itu saya hasilkan Kit Bantu Diri - Curang! Apa Nak Buat?

Sebab tidak semua orang mampu nak jumpa kaunselor dan tidak semua orang mahu bercerita.

Jadi video-video dalam ini akan bantu untuk mereka yang berdepan dengan pasangan curang supaya bertindak dengan lebih baik dan membuat keputusan serasional mungkin.

Tutup apa jua peluang yang memungkinkan kita tertarik kepada yang tidak halal.

Sentiasalah berdoa semoga Allah menjaga kita dan pasangan kita

Amin ya Allah

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

31 Aug, 00:57


Assalamualaikum sahabat semua.

Jom dapatkan
KIT BANTU DIRI - CURANG! Apa Nak Buat?

Berikut adalah info berkenaan dengan kit tersebut: -

🔻mengandungi 12 video yang telah dirakam dan disusun sebagai satu modul.
🔻Durasi selama 1 jam 30 minit
🔻Dijelaskan secara ‘straight to the point’
🔻Berkonsepkan ‘self help’

Setelah menonton video ini, penonton akan dapat memahami:-

🔹Makna curang yang sebenar
🔹Tahap-tahap curang
🔹Punca berlakunya curang
🔹Kesan curang
🔹Apa nak buat bila pasangan curang
🔹Bagaimana nak buat keputusan

Siapakah yang sesuai mendapatkan video ini?

Anda yang tidak pernah curang tetapi mahu belajar tentang proses curang supaya dapat elakkan daripada berlaku

Anda yang sedang berdepan dengan pasangan yang curang

Anda yang sedang curang..

Anda yang ingin membantu orang sekeliling yang sedang berdepan isu curang.

Video ini akan dapat membantu dan membuatkan anda bertenang dalam berdepan dengan curang.

Harga asal RM 79

Hanya untuk
31 Ogos 2024 &
1 September 2024 harga hanya

RM 49 sahaja.

Bermula 2 September harga akan jadi RM 79

InsyaAllah hujung September akan ada cabutan bertuah

Terima kasih
Admin

https://fadzliaziz.onpay.my/order/form/8

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

30 Aug, 07:44


Assalamualaikum sahabat semua.

InsyaAllah besok (31 Ogos 2024) saya akan lancarkan kit bantu diri berkaitan dengan curang.

Kit ini mengandungi 12 video yang telah dirakam dan disusun sebagai satu modul.

Setelah anda menonton video ini, anda akan dapat memahami:-

🔹Makna curang yang sebenar
🔹Tahap-tahap curang
🔹Punca berlakunya curang
🔹Kesan curang
🔹Apa nak buat bila pasangan curang
🔹Bagaimana nak buat keputusan


Siapakah yang sesuai mendapatkan video ini?

Anda yang tidak pernah curang tetapi mahu belajar tentang proses curang supaya dapat elakkan daripada berlaku

Anda yang sedang berdepan dengan pasangan yang curang

Anda yang sedang curang..

Video ini akan dapat membantu dan membuatkan anda bertenang dalam berdepan dengan curang.

Harga asal RM 79

Hanya untuk 31 Ogos 2024 & 1 September 2024 harga hanya

RM 49 sahaja.

InsyaAllah link pembelian akan diberi jam 9.00 pagi esok

Terima kasih
Admin

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

30 Aug, 01:13


https://vt.tiktok.com/ZS2ByQxjA

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

28 Aug, 06:52


Ada 4 tahap dalam curang.

Dengan mengetahui tahap curang, kita dapat bertindak sesuai dengan tahap curang.

Konflik akan jadi lebih besar apabila tahap konflik dan kaedah penyelesaian tidak seiring dan tak sesuai.

Berikut adalah salah satu video sedutan daripada kit bantu diri - Curang! Apa nak buat?

Belajar tentang curang untuk elak ianya berlaku dalam rumahtangga anda.

Memahami punca dan tahap curang akan membantu anda untuk membuat keputusan dengan lebih baik

https://t.me/+zHfP_-X4oQk2Mjk1

Wallahu aalam

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

27 Aug, 23:28


Sebab itu saya hasilkan kit bantu diri berkaitan curang ni supaya anda boleh tonton dan belajar di mana-mana sahaja agar kita ada ilmu dalam nak berhadapan kes curang.

Semua suami isteri perlu belajar ilmu ni agar kita dapat elak daripada melakukan curang.

Apatah lagi kalau pasangan anda dah kantoi curang atau anda sendiri yang sedang curang.

Jadi tak perlu beritahu orang lain, dengan tonton video ini anda akan lebih jelas macam mana nak buat.

Macam mana nak belajar?

Masuk ke channel ini

Belajar tentang curang untuk elak ianya berlaku dalam rumahtangga anda.

Memahami punca dan tahap curang akan membantu anda untuk membuat keputusan dengan lebih baik

https://t.me/+zHfP_-X4oQk2Mjk1

Wallahu aalam

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

27 Aug, 04:15


“En Fadzli, saya nak share sikit tentang pengalaman saya bantu rakan sekerja” kata salah seorang peserta program saya bersama dengan AKRAB.

Akrab ni macam PRS (Pembantu Rakan Sebaya ) kalau di sekolah. Cuma AKRAB ni di agensi kerajaan.

“Silakan” kata saya.

“Ada kenalan saya ni tuan, dia langsung takde masalah dengan pasangan dia. Tak tahulah kat rumahlah kan. Tapi kami nampak dia ni sangat baik dan bahagia dengan isteri dia.

Dia pun beritahu saya yang memang isteri dia sangat baik dan sempurna pada dia.

Cuma kenalan saya ni curang dengan isteri dia. Dia tiada niat pun. Tapi sebab duk bantu-bantu akhirnya jatuh hati.

Pada mulanya langsung takde niat nak kahwin.

Betul kata En Fadzli pasal punca curang ni…” katanya lagi.

Yup. Itulah curang. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang pendidikan, kewangan dan status.

Bahkan tanpa mengira keadaan.

Siapa boleh pastikan yang dia langsung tak curang pada masa akan datang?

Tahukah anda curang pun ada tahap-tahapnya.

Ada curang yang masih ringan tahapnya maka lebih mudah untuk memperbaikinya.

Tapi kalau sudah terlalu berat maka apa jalan keluarnya?

Sebab itu saya hasilkan kit bantu diri berkaitan curang ni supaya anda boleh tonton dan belajar di mana-mana sahaja agar kita ada ilmu dalam nak berhadapan kes curang.

Semua suami isteri perlu belajar ilmu ni agar kita dapat elak daripada melakukan curang.

Apatah lagi kalau pasangan anda dah kantoi curang atau anda sendiri yang sedang curang.

Jadi tak perlu beritahu orang lain, dengan tonton video ini anda akan lebih jelas macam mana nak buat.

Macam mana nak belajar?

Masuk ke channel ini

Belajar tentang curang untuk elak ianya berlaku dalam rumahtangga anda.

Memahami punca dan tahap curang akan membantu anda untuk membuat keputusan dengan lebih baik

https://t.me/+zHfP_-X4oQk2Mjk1

Wallahu aalam

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

27 Aug, 01:25


https://vt.tiktok.com/ZS2hrbdue/

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

18 Aug, 10:03


Buat ‘medical check up’ rumahtangga sentiasa untuk tahu rumahtangga kita berada pada tahap yang ok atau sebaliknya.

Macam mana nak check?

Sertai seminar di bawah bersama Fadzli Aziz dan panel jemputan lain.

https://bit.ly/checklistrumahtangga

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

11 Aug, 03:13


Hanya berbaki 12 hari sahaja lagi untuk kita berseminar.

Untuk makluman anda, seminar kali ini ada perubahan yang istimewa bahkan lebih meriah.

Ada 4 orang panel iaitu

Panel utama :
Fadzli Aziz

Panel jemputan
Imam muda hassan
Ustaz Abu Hurairah
Ustaz Firdaus Mokhtar

Nantikan update terkini berkenaan dengan seminar ini

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

06 Aug, 06:40


Alhamdulillah. Tiada apa yang membahagiakan seorang penceramah apabila peserta beroleh manfaat melalui modulnya.

Jom insyaAllah saya buat lagi pada 24 Ogos ini di putrajaya.

Klik link untuk daftar

https://shorter.me/checklistrumahtangga

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

01 Aug, 03:00


“Dia diam en fadzli. Saya dah buntu….saya tak tahu apa nak buat dah. Call berkali-kali tak angkat, mesej tak balas…” luah klien saya.

Saya tau ramai yang macam ni…

Bila gaduh diam…
Bila marah diam…
Sakit hati diam…

Bagus sebenarnya tetapi biarlah diam untuk meredakan keadaan. Bukan untuk menghukum.

Yang jadi masalah ni apabila diam untuk menghukum..

Diamnya bukan sekejap tapi lama.

Ada yang berhari-hari. Ada yang berminggu-minggu.

Lagi teruk dahlah tinggal pjj, tapi sepi senyap sunyi. Kalau tinggal serumah paling tidak masih nampak fizikalnya walaupun tiada hatinya.

Kadang-kadang pasangan tak tahu pun apa salahnya sehingga diperlakukan sedemikian.

Tiba-tiba elok sendiri dan buat macam biasa. Pasangan pun pening apa sebenarnya yang terjadi.

Dan begitulah berulang-ulang kejadian tersebut.

Yang lagi teruk, pasangan berterusan diam dan tiada siapa yang mahu mulakan perbualan untuk memperelokkan keadaan.

Kepada suami atau isteri, janganlah ‘silent treatment’ pasangan untuk tempoh yang lama.

Berterus teranglah dengan pasangan. Lebih senang dan jelas apa isunya. Lebih mudah untuk perbaiki.

Soalan saya apa yang kita nak bila kita diam?

Adakah diam kita mencapai perubahan? Mengubah sesuatu? Menyebabkan pasangan kita jadi lebih baik sepertimana yang kita nak?

Saya faham, ada pasangan yang diam kerana itu adalah kemuncak sakit hati terhadap pasangan maka itulah hukuman yang diberikan.

Tetapi apa makna hukuman kalau dia tidak faham tentang kesalahan.

Selesaikanlah dengan perbincangan.

Dan jaga lah rumahtangga dengan mengenali apa isu sebenar dan selesaikanlah sewaktu ianya masih kecil dan perasaan masih sayang.