Iyyaka Circle

@iyyakacircle


www.iyyaka.com

Circle positif yang istiqamah berusaha untuk semakin hari semakin dekat dengan Allah SWT & Rasulullah SAW

Iyyaka Circle

24 Feb, 04:39


Abi, kenapa Abi susah payah di dunia ni berkongsi ilmu, buat dakwah & tarbiyyah sejak dari muda hingga sekarang?

Ringkas & padu jawapan ABi Mukhtar ;

Sebab semua amal kebaikan ini,

kena buat ketika hidup &
kena buat sampai mati

sebab ada kehidupan yang kekal abadi (selama-lamanya tiada henti) selepas mati nanti.

Nasihat yang amat berharga buat diri ini, persediaan hijrah mencari kurniaan Allah swt & ingat Allah swt banyak-banyak selagi Allah swt pinjamkan usia 🤲

Al-Jumu'ah 62:10

فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Apabila shalat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.

Iyyaka Circle

12 Dec, 11:35


Sesuatu yg tak baik dalam diri kita 🥲

Iyyaka Circle

16 Nov, 11:05


Sifat kita, manusia, yang ada dalam AlQuran.

Ia bukan untuk dikeluh kesahkan, tetapi untuk dikawal dan diuruskan.

Manusia mudah terpedaya.
- Surah Al Infithar, ayat 6

Manusia itu lalai.
- Surah At Takathur, ayat 1

Manusia itu tergesa-gesa.
- Surah Al Isra, ayat 11

Manusia suka melampaui batas.
- Surah Al Alaq, ayat 6

Manusia itu suka mengeluh.
- Surah Al Ma'arij, ayat 20

Manusia itu kikir.
- Surah Al Isra', ayat 100

Manusia itu suka berangan-angan.
- Surah Al Hadid, ayat 14

Manusia itu suka mengikut prasangka diri sendiri.
- Surah Yunus, ayat 36

Jadi, sebagai manusia, saya dan kita semua kena sedar diri, mohon pertolongan Allah, dan urus setiap tindakan.

Iyyaka Circle

28 Oct, 14:07


InshaAllah esok kita berhimpun. Demi Islam 🇵🇸

Iyyaka Circle

26 Oct, 10:40


InshaAllah kita berkumpul pada 29/10/23 ni di Stadium Hang Jebat Melaka. #FreePalestine

Iyyaka Circle

30 Aug, 11:30


Dah tonton 40 days journey by Ustaz Pahrol?

Jika belum, jom tonton di Apps The Noor.

Free je🫶🏻

Iyyaka Circle

29 Aug, 22:01


Apa yang kita buat masa ini, Allah redha? Atau sebaliknya.

Jika tidak, kembalilah. Buatlah apa yg Allah suka🥹

Iyyaka Circle

18 Jul, 13:06


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah (Al-Baqarah 2: 218)

Selamat Menyambut Maal Hijrah 2023/1445H buat semua umat Islam.

Semoga pada kedatangan tahun baharu ini dapat kita memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT 🤲 #iyyaka

Iyyaka Circle

04 Jul, 12:58


🫶🏻

Iyyaka Circle

21 Jun, 11:30


Doa 'All in One'

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Robbana atina fid dunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina azaban naar

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.”

Al-Baqarah 2:201

Pesan Guru, jangan tinggal doa ini setiap kali selepas solat, walau sesibuk mana pun kita. Bacalah doa 'All in One' ini. Ingatan bersama.

Iyyaka Circle

13 Jun, 13:10


Tenang ya...🫶🏻

Iyyaka Circle

26 May, 04:53


Masya Allah! Teruja kami kerana konten pembelajaran dari Iyyaka kini boleh diakses melalui aplikasi TheNoor.

Kerjasama Iyyaka x TheNoor.

Teruskan sokongan kepada Iyyaka untuk menyediakan konten dan platform pembangunan diri.

Download Aplikasi TheNoor disini : www.iyyaka.com/thenoor

Iyyaka Circle

15 May, 12:29


Kecantikan

Iyyaka Circle

10 May, 11:00


Sungguh, berdepan ujian dunia ini adalah satu perjuangan. Sabar & Syukur lah menempuhnya, duhai jiwa.

AllahuAkbar. Beruntungnya menjadi hamba pilihan Allah.

Semoga Allah pilih kita semua untuk diberikan keteguhan iman, ketenangan dalam hati & keberanian dalam tindakan, seluruhnya 🤲

Iyyaka Circle

07 May, 12:36


Rasa gelisah setiap hari?

Antara penyebab rasa gelisah adalah :

😨 Ada hutang belum dibayar
😨 Ada maksiat belum ditaubat
😨 Ada kesalahan belum dibaiki

Mungkin dah sampai masanya untuk kita segera perbaiki segalanya sebelum kita menyesal buat selama-lamanya?

"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."

[ Al-Mu'minun 23 : 107 ]

Kadang, kegelisahan di dunia itu tanda kasih sayang Allah kerana Allah tak mahu kita 'gelisah' di akhirat sana

Iyyaka Circle

02 May, 12:07


InshaAllah

www.iyyaka.com

Iyyaka Circle

19 Apr, 10:16


28/30

Tinggal 2 hari sahaja lg.🥹