inche_lebah - Healing Untuk Matang

@inche_lebah


Tulisan-tulisan healing daripada inche lebah, coretan harian, nota dan aksara matang. ♥️

inche_lebah - Healing Untuk Matang

19 Oct, 05:39


Jujur memang sakit, apatah lagi jujur untuk mengatakan sakit. Tapi tak mengapa, ambil masa sikit sebelum meluah, pastikan orang yang kamu luah itu tidak berpaling tadah. Ingat, itu adalah waspada yang paling berat.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

15 Oct, 07:39


Guru saya pesan: "Isteri yang terbaik adalah isteri yang rajin masak, bukan yang pandai masak. Sebab yang pandai masak belum tentu rajin, dan yang rajin masak sudah tentu usaha untuk pandai."

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

14 Oct, 06:27


Mengalah tak bermakna kamu kalah. Mungkin itu sahaja yang terbaik untuk kamu hentikan berbalah.

Api bertemu api takkan pernah terpadam, bahkan akan semakin marak sehingga menghimpunkan beribu dendam.

Sebab itu kamu perlu bertenang seperti air. Orang marah, diam. Orang kutuk, senyum. Orang perli, ucapkan terima kasih.

😊

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

13 Oct, 06:26


Berhenti menipu diri sendiri, kamu mungkin boleh menipu hati, tapi hati tak boleh menipu kamu.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

12 Oct, 05:50


Kamu tak boleh ubah hujan menjadi cerah. Yang kamu boleh buat adalah mencari tempat teduh sebelum basah.

Macam tu juga diri kamu sekarang, kamu tak boleh ubah perangai orang terhadap kamu, yang kamu boleh ubah adalah perangai kamu terhadap orang.

Nabi pun tak ubah perangai orang, tapi orang yang terpesona dengan perangai Nabi, akhirnya masuk Islam.

Ingat, semuanya bermula daripada kamu, jika kamu mahu mengubah semuanya. 😊

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

11 Oct, 04:27


Kamu akan sedar, bilamana kamu biarkan orang mengata belakang, maka langkah kamu akan maju ke depan.

Macam kereta, semakin ringan beban yang kamu bawa, semakin lancar dan laju kereta kamu.

Kenapa perlu serabutkan kepala dengan beban kata-kata orang? Cukuplah beban yang ada di tangan kamu sekarang.

Jadi, sekarang adalah masa untuk kamu fokus dengan hidup, barulah hidup kamu akan lebih lancar dan ceria.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

07 Oct, 04:40


Jika kamu tidak mampu menjadi pensel warna, cukuplah menjadi pensel biasa. Paling tidak, kamu masih bisa menulis, walaupun pemadam cuba menghapuskan coretan hidup kamu.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

06 Oct, 13:35


Belajar untuk mengikhlaskan, bimbang jika kamu terlalu lama mengharap akan melemaskan.

Hidup kamu itu umpama air sungai, walaupun satu laluan sudah tertutup, ia akan membentuk laluan baru.

Yakinlah, Allah pasti memberimu jalan keluar. Walaupun kamu berasa semua ini amat mencabar.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

20 Sep, 13:19


Kalau kamu tengah sedih, cuba ingat nasihat ni;
"Kamu cuma hilang semalam, bukan hari ini. Hari ini masih wujud untuk kamu, dan kamu perlu wujudkan bahagia hari ini.

Semalam mungkin dah pergi jauh, tetapi hari ini sudah tiba. Dan ia sedang menunggu kamu bangkit.

Sampai bila?

Sampai kamu bertemu bahagia pada hari esok."

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

15 Sep, 23:42


Dari dalam perut lagi Nabi Muhammad diuji. Ayahnya pergi takkan pernah kembali. Ya, baginda lahir tanpa seorang ayah, Bila besar sikit, hilang pula kasih sayang seorang ibu, dan bila besar sikit, hilang pula kasih sayang seorang atuk.

Satu persatu Allah tarik, tetapi adakah Allah tinggalkan Nabi? Adakah Nabi dibiarkan tanpa perlindungan dan tujuan?

Tak!

Allah berikan فَـَٔاوَىٰ , iaitu perlindungan. Allah campakkan rasa kasih sayang bapa saudaranya kepada Nabi. Akhirnya, Nabi dibesarkan seperti anak sendiri.

Bayangkan, mata kamu dah nampak hujan nak turun lebat, tapi tanpa kamu sangka, Allah hadirkan seseorang yang sangat mengambil berat, dialah yang menghulurkan payung untuk melindungi kamu, dialah yang sayangkan kamu.

Hingga sekarang, sepatutnya kamu sedar, masih ada orang yang ambil kisah tentang kamu, walaupun kamu tak kisahkan dirimu sendiri.

Salam maulidurrasul.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

15 Sep, 03:54


Kamu tahu tak, kamu itu macam pokok yang dipukul ribut. Walaupun ribut membantai kamu teruk, tetapi kamu tetap bertahan, dan kamu tetap berlembut.

Sebab kamu tahu, bila akar pokok kamu kuat, kamu takkan mudah tumbang, dan kamu takkan mudah tercabut.

Dan ketahuilah, akar pokok itulah iman, dan salah satu iman itu adalah yakin dengan Qada dan Qadar Allah.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

14 Sep, 04:43


Bukan semua hal perlu ditunjukkan kat semua orang, kadang kamu juga perlu belajar untuk simpan hal-hal manis di dalam poket kamu sendiri.

Bukan sebab kamu tak bahagia, tapi untuk elakkan orang luar tak bahagia melihat kebahagiaan kamu.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

03 Sep, 09:06


Ada 2 pilihan jika orang toksik terus menghinamu berubah menjadi lebih baik;

1. Kamu berhenti, tetapi mereka tetap menghina.
2. Kamu teruskan, tetapi mereka juga tetap menghina.

Jadi, kenapa perlu berhenti sedangkan mulut mereka masih tidak mampu ditutup? Lebih baik teruskan bukan? Paling tidak kamu masih punya harapan untuk bahagia.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

02 Sep, 03:23


Jadi macam ubi kayu, orang tak tahu ia bertumbuh, dan orang memerli kerana nampak tak bersungguh.

Tetapi dalam diam, isinya lebih ampuh. Kerana yang dikejar bukan pada kata-kata orang, tetapi apa yang sedang ia perjuang.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

01 Sep, 04:00


Kenapa masalah itu namanya masalah?

Sebab ia perlukan masa, jangan terburu-buru melakukan salah. Sebab itu namanya masa+salah = masalah.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

31 Aug, 02:18


Merdeka itu bukan tentang masalah kamu yang hilang, tetapi bagaimana hati kamu menjadi lapang. Semua masalah yang kamu anggap besar sebelum ini, akhirnya nampak sekecil butang.

Bukan kerana masalah itu yang berubah menjadi kecil, tetapi dirimu yang berubah menjadi besar. Maka, kamu akan bebas dan menjadi seorang pejuang, walaupun memerlukan air mata untuk kekal tenang.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

30 Aug, 09:39


Ada orang yang terlalu takut dengan masa hadapan, sehingga tidak mampu hidup di masa sekarang.

Dan ada orang juga yang terlalu takut dengan masa sekarang, kerana terperangkap dengan masa lalu.

Sebab apa dia takut?

Sebab dia 'tidak yakin' dan 'tidak pasti', sehingga fikirannya dihancurkan oleh overthinking.

Sebab itu, Allah telah recall untuk ingatkan kita di dalam surah ad-Dhuha.

Ada 3 perkara yang telah Allah telah berikan kepada kamu sebelum ini, mungkin kamu terlupa;

1. Perlindungan ( فَـَٔاوَىٰ )
- Buktinya kamu masih bernafas dan membesar sehingga sekarang.

2. Petunjuk ( فَهَدَىٰ )
- Buktinya di dada kamu masih punya Iman dan Islam.

3. Kecukupan ( فَأَغۡنَىٰ )
- Buktinya walaupun kamu kurang, kamu bukanlah miskin yang teruk. Malah, diberikan kecukupan untuk teruskan hidup.

Jadi, kenapa perlu takut? Sedangkan Allah sudah memberikan 3 perkara ini?

Jadi, senyum. :) Simpan mesej Allah ini baik-baik.

Stres belajar? Dapatkan buku terbaru inche lebah 'Best Student - Restart' di shopee. Sangat sesuai untuk student yang tengah stres belajar.

inche_lebah - Healing Untuk Matang

28 Aug, 02:44


Jika kamu rasa sedih dan susah sangat nak move on daripada masalah. Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti pernah beritahu;

"Salah satu sebab manusia itu sering kemurungan adalah disebabkan tidak tahu akan hakikat hidup...

Seperti dia tidur pada malam ini, dan bangun pada pagi esok di dalam gerabak kereta api yang bergerak laju...

Dia tak tahu dari mana kereta api itu bermula, dan sekarang sedang berada di mana? Kemudian akan berakhir di mana?

Sedangkan di dalam gerabak itu ada kondektur kereta api yang sedang memandu, dan ada juga penumpang lain di dalamnya.

Jika dia masih berdiam, dia akan bersedih. Dia akan stres dan terus kemurungan.

Dan jika dia bertanya, barulah dia akan tahu bahawa, rupa-rupanya gerabak ini sekarang sedang berada di alam dunia, sudah melepasi alam roh dan juga alam rahim.

Kemudian ia sedang menuju ke alam barzakh, dan akan berakhir di alam akhirat.

Apabila dia tahu bagaimana kehidupan ini berfungsi, dan alam dunia ini hanya singgahan sementara sahaja. Dia takkan terus kecewa, malah dia akan bangkit untuk memanfaatkannya."

Dapatkan buku terbaru inche lebah 'Best Student - Restart' di shopee. Sangat sesuai untuk student yang tengah stres belajar.

inche_lebah - Healing Untuk Matang

27 Aug, 02:10


Yang hilang bukan dia, tetapi diri kamu. Kamu tak gembira seperti dulu lagi kerana meletakkan bahagia pada dia seorang sahaja. Kerana itulah dia mudah mempermainkan kamu. Walaupun kamu memainkan peranan penting dalam hidup dia.

Move on. Jangan biarkan bahagia kamu hilang, kerana kamu sendiri yang memegang bahagia.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

12 Aug, 11:26


Kamu berhak tahu, andai suatu hari nanti kamu jatuh, bukan tanda kamu itu dibuang jauh, tetapi itu adalah seni untuk kamu jatuh cinta kepada Allah dengan lebih dalam.

- inche_lebah