bondaumirahtaib

@bondaumirahtaib


#rejuvenatemarriage

bondaumirahtaib

22 Oct, 08:20


.
"spark" dalam rumahtangga ini dilengkapi dengan unsur
ADVENTURE, SURPRISE dan SMALLEST THING THAT MATTERS
bab "Adventure & Surprise";
perkahwinan perlu ada debaran,
perkahwinan perlu ada sesuatu yang kita eksplorasi bersama,
perkahwinan perlu ada "progress card" yang kita isi bersama supaya cemerlang sentiasa,
perkahwinan tak boleh bosan, tak boleh statik pada satu tahap yang sama.
kalau dah mulai nampak bibit-bibit kesunyian walaupun bersama, mulalah kalian mencari idea untuk diteroka.. jangan sentiasa rasa selesa.
.
bab "Smallest things that matters"
sebab itu ada pasangan veteran yang berpisah setelah 34 tahun berkahwin hanya kerana tak tahan suaminya suka buang sampah dalam pasu bunga kesayangannya. bukan sebab ianya remeh, tetapi apa yang penting bagi suami atau isteri kita, sepatutnya menjadi perkara lebih penting bagi kita
.
dalam rumahtangga, bukan setiap masa perlu usaha yang luar biasa, tetapi kebanyakan masa konsistenlah melakukan apa yang disukai si dia walau sekecil usaha.

.
biggest thing gives impact,
but the smallest thing gives permanent markings if it is being done consistently
.
carilah "spark" dalam rumahtangga kalian masing-masing. oa tersembunyi dan perlu dicari. keluarlah dari zon selesa masing-masing..semoga yang sedang buntu mencari arah mana cahaya bersinar dalam kemelut rumahtangga, berjaya menemukan titik bermulanya bahagia semula❤️
.
#bondaumirahtaib
#rejuvenatemarriage

bondaumirahtaib

22 Oct, 08:20


"kahwin berbelas tahun, tapi kenapa berpisah juga?"
kalau ditanya kepada mereka:

bukan tak sayang, tapi kurang "rasa"
bukan tak cinta, tapi hilang sebahagian "faktor cinta"
bukan tak memerlukan, tapi kalau "tiada pun tak mengapa",
bukan tak bahagia, tapi ada sesuatu yang rasa kurang cukup
di jiwa.
.
itulah yang dipanggil "spark" dalam rumahtangga.
"spark" yg perlu diusahakan meniti usia rumahtangga.
like a wise man said:
to get married is easy, but to stay married is the hardest part

bondaumirahtaib

18 Oct, 13:48


Untuk setiap E-Book mempunyai CODE ISTIMEWA untuk di unlock, selepas berjaya membuat pembayaran anda akan menerima CODE tersebut di dalam invoice yang telah HQ hantar di email masing-masing ❤️

bondaumirahtaib

18 Oct, 13:45


E-book pertama dari Bonda “Ibu, Jangan Marah” telah di launch di website www.bybonda.my sekarang dengan harga early bird selama beberapa hari & special discount 30% Off untuk alumni ByBonda dari normal price ❤️

4 in 1 e-book beserta video penerangan yang amat padat dengan beberapa bahagian :

Bahagian 1 : Get Connected With Our Children
Bahagian 2 : High Impact Stress & Anger Management
Bahagian 3 : Time Management
Bahagian 4 : Q & A Advanced

Semoga ibu-ibu sembuh dari luka dan menjadi ibu-ibu yang paling terbaik buat anak anak 🥰 Dapatkan sekarang di website www.bybonda.my ❤️

bondaumirahtaib

07 Oct, 11:12


hari ini hari dia.
mungkin satu hari nanti hari kita.
kita tak dapat bantu selamatkan rumahtangga orang lain tak mengapa.
tapi jgn menjadi sebahagian dari

"ghibah"

iaitu perbuatan menyampai-nyampaikan atau berbual yg tidak baik tentangnya.


jangan bertepuk tangan.
jangan buat sepekulasi.
jangan pandai2 buat penerangan seolah-olah kita tinggal serumah dan tidur sekatil dgn mereka.

jangan.
jari jemari menjadi saksi perbuatan kita.

Allah nak uji hanya sekelip mata.

Syaitan itu licik,
dari menjadi suami dan isteri,
boleh berpisah,
dari hanya berpisah dan ingin berbaik-baik kerana anak,
ditimbulkan rasa dalam hati,
supaya ada aksi dan perbuatan yang boleh menjadikan permusuhan.
Tahanlah hati, tahanlah mulut, tahanlah tangan dari dikawal sepenuhnya oleh emosi dan perasaan.
Letakkan hukum dan agama di depan.
.
Kita bernikah kerana Allah,
Kita berpisah juga kerana Allah
.
Moga Allah jaga kita semua,
supaya setiap aturan langkah dan perkataan hanyalah yang Dia redha❤️
.
Doakan yang baik2, doa sungguh2. mereka diuji hebat, kita juga bakal diuji hebat.
.
#bondaumirahtaib
#rejuvenatemarriage

bondaumirahtaib

05 Oct, 02:17


Kita bukan berkahwin utk sehari dua tetapi utk selamanya. Do not settle for less, org yg mengahwini kita mestilah org yg tahu nilai diri kita sehingga tidak boleh dibandingkan dgn yg lain...
.
All the best ❤️

#rejuvenatemarriage
#bondaumirahtaib

bondaumirahtaib

03 Oct, 06:26


Suami orang di hadapan yang lain auranya berbeza,
tampak berkepimpinan,
terlihat sebagai satu susuk yang selamat,
tersingkap lengkap,
menjadikan orang dikelilingnya terasa aman.
Tetapi.
Jangan dilupa,
isteri orang juga akan ternampak istimewa,
terlihat sempurna,
pandai serba serbi menjaga
terasa ingin membanding dengan pasangan yang sedia ada,

kerana apa?

kerana yang nampak kelemahan mereka hanyalah yang berhadapan mereka dalam satu kediaman yang sama,
kerana yang melalui proses "grow and glow" adalah mereka suami isteri sendiri bersama,
kerana mereka sudah melalui proses "correct and compensate" sesama mereka sehinggalah mereka terbentuk sebagai satu entiti berbeza dan berkualiti setelah berkahwin:
a quality man
a versatile woman,
is being built under pressure and special circumstances. ia bukan proses yang biasa.
.
hakikatnya,
suami orang yang kalian lihat sempurna itu adalah hasil
pembentukan "character building" bersama antara suami dan isteri setelah bertahun lamanya,
proses menerima dan menangisi kekurangan itu telah dilalui bersama,
bukan sehari dua.

.
ramai,
wanita dan lelaki yang mahukan pasangan yang sudah lengkap tersedia,
tetapi amat sedikit yang mahukan membina empayar dan kehidupan dari kosong bersama.
kerana tidak tahan dengan cabaran kesabaran yang bakal menimpa.
.
tapi jangan dilupakan,
sesuatu yang berpakej lengkap,
juga akan ada "tendency to demand" sesuatu yang serba serbi lengkap juga. ia sama, cabarannya akan menjadi serba serbi berbeza.

pokoknya. the grass is alwaysa greener on the other side,
pasangan dan kehidupan orang lain selalunya tampak lebih baik dari pasangan dan kehidupan kita,
hakikatnya sama sahaja skala cabarannya cuma keadaan berbeza
.
fikir-fikirkan❤️
#rejuvenatemarriage
#bondaumirahtaib

bondaumirahtaib

30 Sep, 02:55


Musthafa agak lambat bercakap dari umur pada awalnya. Bonda "detect" agak awal sbb dah terbiasa tengok abg kakak punya "progress". Nak kongsi apa yang kami usahakan di rumah, alhamdulillah dari hanya satu perkataan satu masa, meningkat kepada 7-8 perkataan dalam masa 4 bulan sampai penat nak suruh dia diam sekejap😆

1. "Hand Motor Exercises"
Dia suka drawing & painting, dan dia sangat teruja dengan warna, jadi masa dia mewarna tu, kita ulang-ulang tanya dan sebut setiap warna tu warna apa? mula-mula dia tak ikut, dia akan senyap je tapi otaknya sedang "digest", lama2 pada lain waktu, dia akan ingat dan sebut sendiri "blue" "red" "green" kadang tu 2-3 hari selepas kejadian... pergerakan tangan yg banyak akan memberi stimulasi kepada perkembangan otak yang bertanggungjawab utk memulakan percakapan. Tapi yang menjadi masalah adalah selepas kejadian mewarna, terkadang dia warna juga tangan dan kaki Mayyah🤣

2. "Mouth exercises"
Salah satu senaman mulut yang efektif & mudah adalah meniup, banyak otot yg digunakan dan banyak jenis pergerakan yang terlibat. Ini membantu mulut dan semua bahagian dalaman termasuk lidah utk menghasilkan perkataan dengan bunyi yg betul. "To improve words articulation and pronounciation, the muscles of the mouth should be strong and flexible enough" cuma hati2, kadang, yang ditiup adalah warna air, tapi yang keluar adalah air liur ahahaha ini sangat membantu, boleh cuba minta anak2 buat setiap hari ya!

3. "Tough task activities"
Utk anak menghasilkan perkataan adalah tugas yg agak sukar, jadi dgn memberi tugas yg lebih sukar secara fizikal (pakai baju, sapu roti, pasang lego dll) akan menampakkan tugasan bercakap itu lebih mudah dari yg lain.. tugas yg sukar juga membuat anak2 kita terpaksa berkomunikasi dgn kita utk meminta bantuan dan berinteraksi dgn baik. Yang menjadi letih adalah kita perlu kemas dan anak2 buat dalam keadaan bersepah😅tapi sabar jelah ya

4. "Hand & leg coordination"
anak tak henti main? biarkan. biar dia lompat, kayuh, lari, dan apa sahaja yg melibatkan koordinasi tangan dan kaki akan sangat merangsang bahagian otak utk stimulasi bercakap. Lebih banyak masa dia bermain, lebih banyak sel-sel otak berhubung😛

5. "Familiar & favourite words"
Jangan paksa anak2 sebut byk perkataan satu masa, pilih apa yg dia paling suka dengan memberi dia tengok perkara tu selalu. Hari2 bonda tunjuk video dan gambar gajah. sbb dia sgt "amaze" dengan gajah.. gajah mandi, gajah makan, gajah lari😂 sampai dia boleh sebut "omeynya jajah ni.." tu dah satu kejayaan besar utk acopa

6. Favourite thing to do!
biarkan dia ulang2 kali buat apa dia suka. Acopa suka makan. setiap 2 jam dia makan, dia seronok sampai sebut "dappp" "naaak" "anashh(panas)" , kita nak keluarkan perkataan melalui apa dia rasa bila dia seronok..

dan akhir sekali.. dia dh penat berlatih, jgn lupa suruh anak2 tidur ! 😂 sbb bila dia tidur cukup, kita pun tak sempat nak jadi rimau.. kalau mommies ada lagi tips utk speech delay, boleh komen tau!
#bondaayahparenting
#bondaumirahtaib

bondaumirahtaib

26 Sep, 04:38


Titik perubahan dlm rumahtangga akan timbul bila mana ada perbandingan kehidupan. walhal, yg sedia ada pada pasangan kita, itulah yg terbaik dia boleh lakukan buat masa ini. Jangan hilang syukur,buangkan rasa ingin tahu tentang kehidupan orang lain❤️
.
#bondaumirahtaib
#rejuvenatemarriage

bondaumirahtaib

25 Sep, 04:42


Hai semua kesayangan Bonda! Jom join & masuk IG Live bonda sekarang untuk program akan datang ini Culture Shock Selepas Berkahwin.

https://www.instagram.com/syoknyakaunseling.official/live/17994103931523811

bondaumirahtaib

19 Sep, 05:15


Terkadang, ada perkara yg kita lihat diluar ruang kehidupan biasa. Bergaduh dan bertelagah pendapat itu perkara biasa dalam
rumahtangga, namun pada akhirnya kita nakkan kesefahaman dan berdamai semula

#rejuvenatemarriage

bondaumirahtaib

18 Sep, 02:17


Suami yang ternampak dan bisa menikmati kecantikan isterinya,
adalah kerana dia berusaha menjaga pandangannya dari yang haram.

Semoga kalian saling mempercantikkan

#rejuvenatemarriage

bondaumirahtaib

18 Sep, 01:44


Ini bonda guna untuk Sumayyah sepanjang Mayyah kahak selsema.

bondaumirahtaib

18 Sep, 01:43


Untuk mommies yang tanya Sumayyah pakai apa untuk pulih dari eczema. Boleh tengok apa yang bonda pakai di atas ☝🏻

bondaumirahtaib

13 Sep, 04:54


"Mujahid demam 40 suhunya, mulut penuh luka, mari dtg ambil anak cepat" Bonda pernah menangis seorang diri dalam bilik air di kampus uni, risaukan Mujahid yg demam panas di rumah pengasuh. Waktu tu tak boleh balik terus sbb final exam tahun 5 Medik. Tuhan sahaja yg tahu betapa susah nak fokus untuk exam sampai petang. Mmg dalam hati terdetik:
"kalau aku fail pun takpalah takda rezeki, repeat saja tahun depan". Perasaan trauma tu boleh terasa sampai ke hari ini walaupun 10 tahun berlalu.

Apa sebenarnya yg paling membunuh kami para ibu selain kehilangan anak? MOM GUILT. rasa bersalah.
.
Adik2,
Mengandung dlm keadaan sakit dan payah,
Melahirkan lebih nyeri dan sukar,
Berpantang disangka dapat berehat dan tenang, rupa-rupanya cabaran baru sahaja bermula.
.
Hidup ini tak selalunya mudah,
Bukan semua orang dihidangkan pilihan dengan stabil kewangan dan keluarga,
Bukan semua diberi peluang tak perlu keluar dari rumah menampung belanja untuk semua,
Ibu mana yang tak rasa bersalah setiap kali meninggalkan anak2 di rumah orang.
Kami para wanita, selain menjadi isteri, masih ada tanggungjawab utk masyarakat & negara. Tanpa kami, boleh lumpuhlah satu2 sistem tersedia. Tapi jangan lupa, kami sentiasa berusaha, membahagi sama rata semua tugas yg tersandang, walau kadang kami hampir rebah tanpa dipandang.
.
Adik2,
Berada disamping anak2 sentiasa,
Tidak juga menjamin segalanya selamat,
Kalau perkara malang nak berlaku,
Maka ia tetap akan berlaku, "kun fayakun"
Meletakkan anak2 dalam jagaan orang lain pula tidak semestinya pilihan yg salah, kerana pucuk pangkalnya kita minta Allah yg jaga
.
Terkadang ibu2 yg dilihat tersenyum
riang, tersimpan 1001 rasa ragu dalam diri adakah kami sedang buat pilihan yg tepat.
.
Jika tiada apa yg baik utk diperkatakan, maka doakan sahaja yg baik2.
Pada akhirnya, kami bukan ibu yg sempurna, tetapi kami semua adalah ibu yg berusaha.
.
#bondayahaparenting
#bondaumirahtaib