Victoria Institution @victoriainstitution Channel on Telegram

Victoria Institution

@victoriainstitution


Kindly visit official Victoria Institution website
πŸ‘‡

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/victoria-institution/utama

Facebook PIBG: https://www.facebook.com/profile.php?id=61557829936769&mibextid=LQQJ4d

Victoria Institution (English)

Welcome to the official Telegram channel of Victoria Institution, a prestigious educational institution with a rich history of academic excellence. Founded in [year], Victoria Institution has been a beacon of knowledge and learning for generations of students. Our channel aims to provide updates, news, and information about upcoming events, achievements, and opportunities at Victoria Institution. Whether you are a current student, alumni, parent, or simply interested in education, our channel is the perfect place to stay connected with the vibrant community of Victoria Institution. Join us on Telegram to be a part of our journey towards excellence in education! For more information, please visit our official website at [website link]. You can also follow us on Facebook at [Facebook link]. Stay informed, stay connected, and be a part of the Victoria Institution family!

Victoria Institution

25 Jan, 05:39


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman Pengoperasian Kedai Buku Victoria Institution.

πŸ“’Murid dan ibu bapa boleh rujuk jadual penggiliran pembelian buku mengikut tingkatan.

πŸ“’ Scan QR di poster untuk lihat senarai harga buku mengikut tingkatan.

πŸ“’Sebarang pertanyaan berhubung pembelian buku/alat tulis, boleh hubungi nombor berikut 011-11901209 (Pn Sya)

Terima kasih🌼

Victoria Institution

15 Jan, 06:12


Salam sejahtera

PERHATIANπŸ“Œ PENGHANTARAN LOKER KELAS

πŸ–ŒPelajar yang telah membuat sewaan loker telefon batch 1 akan membuat penghantaran kunci pada penghujung bulan 2 nanti.

πŸ–ŒPelajar yang telah membuat sewaan loker telefon batch 2 akan membuat penghantaran kunci pada penghujung bulan 3.

πŸ–ŒTetapi jika mana-mana pelajar yang ingin membuat penghantaran kunci bg mengelakkan berlaku kehilangan pada musim cuti sekolah boleh berbuat demikian pada minggu terakhir sekolah iaitu 17 Januari 2025.

πŸ–Œ Deposit sebanyak rm20 akan dikembalikan semasa penghantaran jika loker dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.

Mohon kerjasama guru tingkatan untuk maklumkan pada pelajar berkenaan.

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VICTORIA BERHAD DENGAN KERJASAMA UNIT HEM VICTORIA INSTITUTION


HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH

Victoria Institution

14 Jan, 03:24


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025.

🌹Penyerahan bantuan akan dibuat terus kepada anak tuan/puan melalui guru kelas masing- masing.

🌹Ibu bapa/penjaga tidak perlu hadir ke sekolah.

🌹Adalah diharapkan tuan/puan dapat mengingatkan anak masing-masing agar membawa kad pengenalan bagi memudahkan urusan penyerahan bantuan.

🌹 Agihan secara kredit melalui akaun bank akan dimaklumkan oleh pihak sekolah setelah selesai urusan oleh pihak bank yang dipertanggungjawabkan.

🌹 Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi sekolah di talian 03-20782489 atau merujuk guru kelas anak masing-masing.

Terima kasih 🌹

Victoria Institution

07 Jan, 03:12


https://www.youtube.com/watch?v=twiNuIbJ3os

Victoria Institution

31 Dec, 07:06


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman waktu pulang murid sepanjang peperiksaan SPM 2024.

Harap maklum, terima kasih🌹

Victoria Institution

29 Dec, 14:19


Victoria Institution pinned Β«As Salam dan Selamat Sejahtera. MAKLUMAN PEMAKAIAN BAJU SUKAN Berhubung perkara diatas dimaklumkan semua murid Victoria Institution tingkatan 1 - 4 dibenarkan memakai pakaian sukan/pjk yang lengkap sehingga cuti akhir sesi persekolahan. Murid-murid tingkatan…»

Victoria Institution

26 Dec, 05:49


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

🌹Borang permohonan asrama untuk ambilan dalaman (Murid Vi shj)- Pengambilan bagi sesi 2025/2026

🌹Permohonan ini hanya perlu diisi oleh murid-murid VI yang belum pernah tinggal di asrama sebelum ini dan ingin mohon masuk ke asrama.

🌹Permohonan terbuka kepada semua murid tingkatan 2,3,4,5 bagi sesi 2025/2026 yang bersekolah di Victoria Institution.

Terima kasih🌹

Victoria Institution

21 Dec, 05:33


https://anyflip.com/yutgt/dvml/

BUKU PROGRAM GERAKAN KEPIMPINAN MADANI : HENTIKAN SALAH LAKU BULI DAN SEKSUAL 2024

TARIKH : 30 DISEMBER 2024
HARI : ISNIN
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN WARISAN VICTORIA INSTITUTION

Victoria Institution

17 Dec, 02:18


Makluman Cuti Penggal 3 Sesi Akademik 2024/ 2025🌹

Victoria Institution

15 Dec, 03:52


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

MAKLUMAN PENGHANTARAN KUNCI DAN LOKER KELAS


πŸ–ŒPelajar yang telah membuat sewaan loker kelas boleh mula menghantar kunci beserta loker ke koperasi pada waktu rehat 1,2 dan 3.

πŸ–Œ Deposit sebanyak RM 20 akan dikembalikan semasa penghantaran jika loker dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.

πŸ–Œ Pelajar yang gagal membuat penghantaran loker dan kunci akan dikenakan tindakan tegas.

πŸ–ŒMohon kerjasama guru tingkatan untuk maklumkan kepada pelajar.

HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH πŸ¦‹

πŸ’  KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VICTORIA BERHAD πŸ’ 

Victoria Institution

12 Dec, 14:06


As Salam dan Selamat Sejahtera.

MAKLUMAN PEMAKAIAN BAJU SUKAN

Berhubung perkara diatas dimaklumkan semua murid Victoria Institution tingkatan 1 - 4 dibenarkan memakai pakaian sukan/pjk yang lengkap sehingga cuti akhir sesi persekolahan.

Murid-murid tingkatan Lima yang terlibat dengan Peperiksaan SPM dimestikan memakai pakaian uniform sekolah.

Harap Maklum.

πŸ’  Unit Disiplin VI πŸ’ 

Victoria Institution

12 Dec, 09:05


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman Penghantaran Buku Teks.

Murid-murid tingkatan 2 dan tingkatan 3 yang belum memulangkan buku teks dikehendaki berbuat demikian pada hari jumaat (13 Dis 2024) di bilik SPBT.

Terima kasih.

πŸ¦‹ Unit SPBT VI πŸ¦‹

Victoria Institution

03 Dec, 06:35


Tahniah!!!πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’ͺ

Victoria Institution

01 Dec, 07:33


πŸ¦‹JADUAL CUTI BERGILIR SEMPENA SPM 2024πŸ¦‹

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut dilampirkan jadual cuti bergilir untuk rujukan ibu bapa sempena peperiksaan SPM, iaitu ujian bertutur Bahasa Melayu (UBBM)  yang akan bermula pada Isnin ini diikuti Bahasa Inggeris (UBBI), Ujian Amali Sains (UAS) dan ujian mendengar BM dan BI.

Sehubungan itu, semua murid tingkatan 1-4  dikehendaki hadir ke sekolah mengikut jadual penggiliran yang telah disediakan.

Terima kasih🌹

Victoria Institution

30 Nov, 00:35


Selamat pagi.

Penebusan E-Baucar Buku Madani

Berikut ialah senarai murid yang belum tebus eBaucar Buku Madani setakat 29 November 2024, 10 pagi.

Mohon bantuan guru kelas untuk maklumkan kepada murid kelas masing-masing agar menebus baucar buku Madani secepat mungkin.

Sekiranya murid perlukan bantuan untuk kata laluan akaun DELIMa, sila isi Google Form berikut:

https://forms.gle/JQNgahQuK4uvXdNh7

Terima kasih atas kerjasama.

Victoria Institution

19 Nov, 08:53


Sumbangan SPM Meals 2024
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa yg dihormati.     

Ribuan terima kasih diucapkan kpd ibu bapa yang sudi bersama- sama PIBG , Pihak Sekolah dan Barisan-barisan pentadbir Victoria Institution.

Kutipan dana SPM Meals akan bermula pada 18 Nov 2024 sehingga 31 December 2024 :


πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ

Amount : RM80
Bank : AmBank Islamic
Account no : 2112022006401
Remarks : ( SPM Meals : Nama anak & Ting)

πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ

Justeru itu,besar harapan kami agar ibu bapa dapat bersama-sama memberi sumbangan untuk menyediakan makanan utama bermula 2/1/25 dan mengikut  jadual Peperiksaan SPM .

Sokongan dan keprihatinan ibu bapa amat bermakna kepada kami dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.     


Terima kasih🌹     
YDP Fairul Nizam
PIBG VI 2024/2025

Victoria Institution

16 Nov, 10:38


https://anyflip.com/fwhqj/tddx/

Introducing the newsletter 1/2024 of PTEVI STEM Society (VI - Pioneer in Science Education since 1929).
All about microscopes and science fair (Past and Current). Our first VI STEM Educational Product, HistoGuide: Virtual Microscopy (Copyright: AR2023W00089)

Victoria Institution

16 Nov, 06:15


Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Emas Pengetua dan Anugerah Lonjakan Saujana!πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Teruskan usaha dengan konsisten untuk lebih cemerlang dalam SPM nantiπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

πŸ’  Unit Kurikulum VI πŸ’ 

Victoria Institution

11 Nov, 23:33


2024 BPMB ORATORY COMPETITION supported by Ministry of Education and in collaboration with Pintar Foundation.

Orator: Khaarthik Shankar ( 1 Hijau)
Guru Pengiring: Pn. Balqis Syazwani binti Ahmad Nila
Consolation Prizes: RM 500 cash + Trophy

Congratulations!😍 πŸŒΉπŸ‘πŸŒŸ

Victoria Institution

10 Nov, 03:37


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

https://forms.gle/JQNgahQuK4uvXdNh7

Murid-murid yang lupa password dan hadapi masalah untuk menetapkan semula kata laluan emel DELIMa MOE kerana perlu pengesahan/verify nombor telefon perlu mengisi Google Form berikut. Terima kasih

Victoria Institution

27 Oct, 01:07


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Utk makluman semua, saya telah menerima arahan pergerakan ke sekolah yg baharu pada 18 okt 2024 dan 25hb okt 2024 merupakan hari terakhir sy di vi.

Sehubungan dgn itu, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua yg telah memberikan kerjasama yg sgt baik sewaktu sy berada di VI dan saya bersama warden warden mengurus amal.

Budi baik tuan puan akan sy kenang sampai bila bila. Terima kasih juga kerana menjadi ibubapa / penjaga yg sgt hebat.. saya doakan agar tuan puan semua dipermudahkan segala urusan dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat

Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada tuan puan sekiranya dlm tempoh yg singkat ini ada tersalah kata, terkasar bahasa.. ketahuilah tuan puan semua,saya hanyalah manusia biasa yg menjalankan tugas dan ingin memastikan VI menjadi memori yg indah untuk ank ank belajar dan menjalani kehidupan. Sy pun syg semua ank ank murid sy dan mempunyai impian yg sama spt tuan puan utk melihat ank ank ini berjaya dunia dan akhirat. Maaf sekali lagi semua.

Mohon doakan sy utk terus kuat dan diberikan kesihatan yg baik utk saya terus berkhidmat di tmpt yg baru.

Terima kasih semua.. saya mohon utk undur diri dr VI ..

Victoria Institution

23 Oct, 08:16


Assalamualaikum & Salam Sejahtera🌹

πŸ–ŒDikongsikan Jadual Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2024/2025.

πŸ—“ Tarikh UASA & PAT T1,T2 & T4 : 11/11-22/11.

πŸ—“Tarikh UASA T3: 18/11-28/11.

Victoria Institution

20 Oct, 07:27


EDU KL Fun Run 2024
Tarikh : 20 Oktober 2024
Tempat: Dataran DBKL Kuala Lumpur

Victoria Institution

20 Oct, 02:56


πŸ“ KUIZ AI KEBANGSAAN

Jom sertai Kuiz AI Kebangsaan 2024 semua !

Dianjurkan oleh Ai Lab dengan kerjasama MDEC serta sokongan KPM.

Pertandingan julung kali dianjurkan utk mengukur pengetahuan anda dalam bidang AI!

Terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah seluruh Malaysia!

βœ… Sijil penyertaan dan mata PAJSK penglibatan peringkat kebangsaan diberikan kepada yang mendaftar.

πŸ’» Daftar sekarang dengan imbas kod QR di poster atau melalui pautan di bawah:
https://forms.gle/v33V7LYsDoribprh9

Victoria Institution

20 Oct, 01:26


Penyertaan seramai 21 ahli Persekutuan Pengakap Malaysia Bukit Bintang 1 & 2 ke Jota Joti 2024 β€” Jamboree On The Air & On The Internet bertempat di SMK Raja Ali🌹

Victoria Institution

19 Oct, 23:34


Program Khidmat Masyarakat 1 STEM bersama β€œKebun-Kebun Bangsar”. Program anjuran murid semester 3 ini disertai oleh 7 orang murid. Terima kasih atas sokongan. Kami akan kembali lagi pada 26/10/24 dengan kumpulan murid yg berbeza… Matlamat utama ialah untuk mempraktikan pembelajaran disana apabila kembali ke sekolah… β€œCommunity service back to the schoolβ€πŸŒ·

Victoria Institution

19 Oct, 23:25


Program Khidmat Masyarakat Pusat Tingkatan 6 Victoria Institution bersama Rumah Bakti Nur Syaheera Kuala Lumpur. Program anjuran murid semester 3 dan disertai oleh 45 orang murid. Terima kasih atas sokongan pihak sekolah 😊

Victoria Institution

15 Oct, 04:55


Berkenaan parkir Guru dan Ibu bapa pada hari rabu (Fundraising For VI)

Kawasan dibenarkan parkir
1. kawasan asrama
2. Parkir Tingkatan 6
2. Parking di laluan tepi jalan dari Vioba sehingga bilik Kebal
3. Pintu utama sehingga kedai buku

Kawasan larangan parkir/ Sekatan jalan.
1. Quadrangle
2. Bermula dari bilik kebal sehingga kedai buku

Victoria Institution

15 Oct, 04:55


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Utk makluman ibu bapa, pada hari esok akan diadakan 3K mini carnival Fundraising for VI anjuran unit 3K
serta pertandingan kawad kaki melibatkan badan beruniform anjuran unit kokurikulum.

🌷Sehubungan itu, ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Ibu bapa boleh datang bermula jam 10 pagi.

🌷Semoga dengan kehadiran ibu bapa akan menjayakan dan memeriahkan lagi program pada hari esok.

🌷Ibu bapa digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan dan kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan sekolah.

🌷Makluman tambahan : tiada aktiviti kokurikulum esok (rabu) dan murid akan pulang pada pukul 2 petang.

Harap maklum dan terima kasih🌹