UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ @update_covid19 Channel on Telegram

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

@update_covid19


Mohon Sebarkan Channel Telegram @Update_Covid19 Di Whatsapp Dan Lain Lain

Informasi Maklumat Sahih Dan Tepat Berkaitan Covid-19 Kepada Rakyat Malaysia, Jom Shere Info COVID-19 Yang Sahih

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ (Malay)

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ merupakan saluran Telegram yang bertujuan untuk menyediakan maklumat terkini berkaitan Covid-19 kepada penduduk Malaysia. Saluran ini, dengan nama pengguna @update_covid19, memuatkan informasi yang sahih dan tepat mengenai perkembangan Covid-19 di negara ini. Dengan penyebaran yang cepat dan mudah melalui platform Telegram, saluran ini menggalakkan semua untuk menyebarkan maklumat yang benar berkaitan dengan Covid-19. Jadi, mari bergabung dan teruskan menyebarkan maklumat yang sahih dan penting mengenai Covid-19 kepada semua rakyat Malaysia. Jom bersama-sama memerangi wabak ini dan menjaga kesihatan kita bersama.

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Dec, 21:55


Jadilah sinar dalam gelapnya hidup orang lain. Kelak, saat hidup kita berada dalam kegelapan, sinar dalam diri kita akan tetap terpancar. Selamat Tahun Baru 2024!

#SebenarnyaMY #TidakPastiJanganKongsi

SebenarnyaMY
t.me/Update_Covid19
1 Jan 2024

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Dec, 21:54


Ya Allah, ampuni aku jika selama 1 tahun 2023 begitu banyak dosa yang aku lakukan, maka terimalah taubatku, redhailah aku, terimalah amal ibadahku dan bimbingkanlah aku selalu di jalanMu. Aamiin..

Jentik Hati
t.me/Update_Covid19
1 Jan 2024

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Dec, 16:02


Beberapa jam lagi tahun 2023 akan meninggalkan kita yang sudah pasti menyimpan pelbagai kenangan berharga dalam hidup kita.

Bertambahnya tahun menandakan
usia kita turut meningkat seiring dengan bertambahnya pengalaman dan ilmu dalam meneruskan kehidupan.

Marilah sama-sama kita berusaha dalam memajukan diri dan meningkatkan prestasi kerja pada tahun 2024 ke arah memartabatkan Malaysia MADANI.

Selamat menyambut tahun baharu Pengurusan 2024 kepada semua rakyat Malaysia.

Daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja JAKIM.

JAKIM
t.me/Update_Covid19
1 Jan 2024

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Dec, 16:02


Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Teruskan keazaman, kesungguhan dan iltizam dengan meningkatkan momentum demi kejayaan yang lebih menakjubkan pada tahun 2024.

Sentiasa menitikberatkan #kekalcergas sama ada dari segi rohani dan jasmani anda dengan mengupayakan budaya hidup sihat seperti sentiasa kekal berhubung bersama ahli keluarga, sahabat handai, melakukan aktiviti bermanfaat, makan makanan berkhasiat dan seimbang serta memastikan tahap kesihatan mental serta emosi anda sentiasa diutamakan.

Hargai dan hadapi kehidupan ini dengan rasa penuh kesyukuran dan keberanian.

Selamat Tahun Baharu 2024
Ikhlas dari kami semua warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia
t.me/Update_Covid19
1 Jan 2024

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Dec, 16:02


Mari melangkah dengan semangat yang lebih membara.

Tekad yang lebih ampuh dalam memulakan tahun baharu yang penuh makna.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2024 πŸ‡²πŸ‡Ύ

PMO Malaysia
t.me/Update_Covid19
1 Jan 2024

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 06:10


JANGAN MAIN AIR BANJIR!

Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa. Oleh itu, jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan air banjir.

β€œKESIAPSIAGAAN BENCANA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Kementerian Kesihatan Malaysia
t.me/Update_Covid19
26 Dis 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 06:02


Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan.

βœ… Sentiasa minum air yang telah dimasak
βœ… Elakkan makanan mentah
βœ… Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa
βœ… Jaga kebersihan diri dan persekitaran
βœ… Sentiasa cuci tangan dengan betul.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

MyHealth KKM
t.me/Update_Covid19
26 Dis 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Dec, 05:45


Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu terus meningkat kepada 707 orang daripada 172 keluarga setakat 11:45 pagi tadi.

Bilangan itu bertambah berbanding 600 orang daripada 141 keluarga di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semalam. Sebanyak 15 PPS dibuka pagi ini yang menempatkan 172 keluarga.

Sumber : Berita RTM
t.me/Update_Covid19
26 Dis 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

23 Dec, 10:46


Sebanyak 22,413 kes COVID-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2023) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember, berbanding 17,307 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Astro Awani
t.me/Update_Covid19
23 Dis 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

23 Dec, 09:15


Home Surveillance Order (HSO) diberikan selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala untuk kes positif COVID-19. Sebagai contoh, sekiranya gejala bermula pada 1 Disember tetapi keputusan hanya positif COVID-19 pada 3 Disember, HSO akan diberikan dari 1 hingga 5 Disember.

Semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO. Sijil digital HSO adalah sah laku di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342].

Majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian COVID-19 negatif untuk bekerja dari rumah.

Individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin (screenshot) untuk makluman pihak majikan. Pekerja juga dinasihatkan utk melaporkan status COVID-19 dengan JUJUR.

Kementerian Kesihatan Malaysia
t.me/Update_Covid19
23 Dis 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

23 Dec, 09:14


KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
23 Disember 2023

-SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 50 (10 DISEMBER – 16 DISEMBER 2023)-

Kementerian Kesihatan Malaysia
t.me/Update_Covid19
23 Disember 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

23 Dec, 09:11


KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
23 Disember 2023

SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia
t.me/Update_Covid19
23 Dis 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Dec, 11:30


Dapatkan lokasi Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 berhampiran anda sekarang melalui fungsi Fasiliti Kesihatan di Aplikasi MySejahtera.

MySejahtera
t.me/Update_Covid19
21 Dis 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Dec, 11:26


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata pihaknya bimbang sekiranya pergerakan keluar masuk sempena cuti sekolah yang bermula minggu ini serta perayaan Krismas akan menyumbang kepada peningkatan kes di negeri itu.

Astro Awani
t.me/Update_Covid19
21 Dis 2023

UPDATE COVID 19 πŸ‡²πŸ‡Ύ

21 Dec, 11:23


Subvarian Omicron COVID-19, HK.3 dan JN.1 kini dikesan di beberapa bahagian dekat Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr David Perera berkata pihaknya mengesan kehadiran subvarian Omicron itu selepas meneliti 61 sampel, yang diperoleh dari November hingga Disember tahun ini.

Astro Awani
t.me/Update_Covid19
21 Dis 2023