Terkini Palestin द्वारा टेलीग्राम पर साझा की गई नवीनतम सामग्री
Terkini Palestin
27 Jan, 10:08
83
Senjata Pejuang Kebebasan Palestin yang muncul dari bawah runtuhan menceritakan kisah saat-saat terakhir mereka dalam hidup
Senjata berlumuran darah, berkarat, ada yang patah.
Mereka berlawan dengan hebat dan heroik sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Sumber: Tamerqadh
Terkini Palestin
27 Jan, 09:43
82
Sepanduk "Tuan Taufan" diletakkan di atas runtuhan rumah bekas Ketua Biro Politik Hamas, Al-Syahid Yahya Sinwar, di Khan Younis.
Sumber: Al-Jazeera
Terkini Palestin
27 Jan, 08:18
85
Penganalisis Zionis, Tsvi Yehezkeli: Kami melihat kanak-kanak Gaza menyanyikan lagu kemenangan, mereka adalah golongan terpelajar buat generasi akan datang.
Sumber: TV Al-Aqsa
Terkini Palestin
27 Jan, 07:13
88
TERKINI | Rakaman jelas Tentera Rejim Isr4el melepaskan tembakan ke arah penduduk Lubnan yang menunggu waktu untuk pulang ke Kafr Kila, Selatan Lubnan. Beberapa das tembakan dilakukan, membunuh sekurang-kurangnya 3 orang warga Lubnan dan mencederakan lagi 44 yang lain hari ini.
Serangan berlaku ketika hari sepatutnya Tentera Rejim Isr4el diarahkan keluar daripada kawasan itu.
"Sesungguhnya gerakan yang mempersembahkan para pemimpin dan pengasasnya sebagai syuhada demi martabat bangsa dan umat kita tidak akan pernah dikalahkan.
Serangan-serangan ini hanya akan menambah kekuatan, keteguhan, dan tekad yang tidak akan goyah. Inilah sejarah pejuang dan gerakan setelah pembunuhan para pemimpinnya, ia menjadi lebih kuat dan bersemangat."
Sumber: Hamas
Terkini Palestin
27 Jan, 05:29
89
Pertahanan Awam Gaza melaporkan bahawa utara Gaza telah menjadi tanah perkuburan besar-besaran akibat kempen pembersihan etnik pengganas Israel, yang bermula lebih tiga bulan lalu untuk meratakan kawasan bagi pembinaan penempatan haram Yahudi.
Sumber: Quds News Network
Terkini Palestin
27 Jan, 04:48
89
Puluhan keluarga baring di atas tanah berhampiran paksi Netzarim, menunggu untuk dibenarkan pulang ke rumah mereka di Utara Gaza. 😭😭
Sumber: Aljazeera Palestin
Terkini Palestin
27 Jan, 04:12
92
Empat askar wanita Israel yang diserahkan oleh Hamas kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengucapkan terima kasih kepada Briged al-Qassam atas layanan yang mereka terima.
Sumber: TRT World
Terkini Palestin
25 Jan, 09:29
48
🎥 Rasmiya Abu Samra, seorang wanita Palestin dari Rafah di selatan Gaza, memeriksa runtuhan rumahnya, yang musnah akibat pengeboman tanpa henti Israel ke atas bandar itu.
"Seluruh hidup kami dan kerja keras kami, semuanya hilang," katanya.
Ketika ditanya sama ada dia menjangkakan kemusnahan ini, Rasmiya menjawab, "Saya tidak pernah menyangka akan menemui rumah saya dalam keadaan sedemikian. Saya terkejut melihat rumah saya menjadi satu longgokan. Semua impian kami hilang."
Sumber : MEE
Terkini Palestin
25 Jan, 06:43
67
Dilaporkan, sehingga 1 juta kanak-kanak di Gaza mempunyai masalah kecemasan, kemurungan, dan pemikiran bunuh diri setelah hampir 15 bulan berdepan dengan serangan bom Israel.