TAZKIRAH & ILMU II. @tazkirahilmu Channel on Telegram

TAZKIRAH & ILMU II.

@tazkirahilmu


TAZKIRAH & ILMU II. (English)

Welcome to TAZKIRAH & ILMU II.! This Telegram channel is dedicated to providing insightful knowledge and valuable reminders to its subscribers. With a focus on spiritual teachings and educational content, TAZKIRAH & ILMU II. offers a unique platform for those seeking to enhance their understanding of various subjects. Whether you are interested in Islamic studies, personal development, or general knowledge, this channel has something for everyone. The content shared here is carefully curated to inspire, enlighten, and inform individuals from all walks of life. Join us on TAZKIRAH & ILMU II. and embark on a journey of learning, growth, and self-discovery. Who is it? TAZKIRAH & ILMU II. is a channel that provides spiritual teachings and educational content to its subscribers. What is it? TAZKIRAH & ILMU II. is a platform for those seeking to enhance their understanding of various subjects through insightful knowledge and valuable reminders.

TAZKIRAH & ILMU II.

19 Oct, 17:42


Subhanallah..
Nak bukak surah al mulk di hp, tiba2 jari ni tertekan surah Al Qamar,
Sungguh Allah nak beri peringatan tentang apa yang sedang terjadi & apa yang makin hampir dengan kita sekarang.

TAZKIRAH & ILMU II.

19 Oct, 17:41


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
(Al-Qamar 54:33)

Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
(Al-Qamar 54:34)

Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
(Al-Qamar 54:35)

Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
(Al-Qamar 54:36)

Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:37)

Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
(Al-Qamar 54:38)

Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:39)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:40)

Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
(Al-Qamar 54:41)

Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
(Al-Qamar 54:42)

Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
(Al-Qamar 54:43)

(Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
(Al-Qamar 54:44)

Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
(Al-Qamar 54:45)

(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
(Al-Qamar 54:46)

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
(Al-Qamar 54:47)

Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.
(Al-Qamar 54:48)

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
(Al-Qamar 54:49)

Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
(Al-Qamar 54:50)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
(Al-Qamar 54:51)

Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
(Al-Qamar 54:52)

Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
(Al-Qamar 54:53)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
(Al-Qamar 54:54)

Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
(Al-Qamar 54:55)

TAZKIRAH & ILMU II.

19 Oct, 17:41


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:18)

Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
(Al-Qamar 54:19)

Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
(Al-Qamar 54:20)

Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:21)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:22)

(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
(Al-Qamar 54:23)

Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
(Al-Qamar 54:24)

Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
(Al-Qamar 54:25)

Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
(Al-Qamar 54:26)

Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
(Al-Qamar 54:27)

Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
(Al-Qamar 54:28)

(Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
(Al-Qamar 54:29)

Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
(Al-Qamar 54:30)

Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
(Al-Qamar 54:31)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:32)

TAZKIRAH & ILMU II.

19 Oct, 17:19


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
(Al-Qamar 54:1)

Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
(Al-Qamar 54:2)

Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
(Al-Qamar 54:3)

Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
(Al-Qamar 54:4)

(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
(Al-Qamar 54:5)

Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
(Al-Qamar 54:6)

(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.
(Al-Qamar 54:7)

Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!
(Al-Qamar 54:8)

Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
(Al-Qamar 54:9)

Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
(Al-Qamar 54:10)

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
(Al-Qamar 54:11)

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
(Al-Qamar 54:12)

Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
(Al-Qamar 54:13)

Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
(Al-Qamar 54:14)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
(Al-Qamar 54:15)

Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
(Al-Qamar 54:16)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:17

TAZKIRAH & ILMU II.

15 May, 13:57


~ SURAH AL-ISRAA’ ~
( Ayat 17:24)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Israa' 17:24

TAZKIRAH & ILMU II.

15 May, 02:38


~ TERJEMAHAN SURAH ADZ-DZAARIYAAT~
( Ayat 51:15 -51-23 )

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
(Adz-Dzaariyaat 51:15)

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
(Adz-Dzaariyaat 51:16)

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
(Adz-Dzaariyaat 51:17)

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
(Adz-Dzaariyaat 51:18)

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
(Adz-Dzaariyaat 51:19)

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
(Adz-Dzaariyaat 51:20)

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
(Adz-Dzaariyaat 51:21)

Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
(Adz-Dzaariyaat 51:22)

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.
(Adz-Dzaariyaat 51:23)

TAZKIRAH & ILMU II.

14 May, 14:44


~ SURAH AL- BAQARAH ~
(Ayat 2 : 215)


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
(Al-Baqarah 2:215)

TAZKIRAH & ILMU II.

02 May, 13:33


~ TERJEMAHAN SURAH AL - HASY-R~
(Ayat 59 : 22 - 59 :23)

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Hasy-r 59:22)

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
(Al-Hasy-r 59:23)

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Hasy-r 59:24)

TAZKIRAH & ILMU II.

26 Apr, 18:57


~TERJEMAHAN SURAH YAA SIIN~
{ 36:1-36:6 }

Yaa, Siin.
(Yaa Siin 36:1)

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
(Yaa Siin 36:2)

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
(Yaa Siin 36:3)

Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
(Yaa Siin 36:4)

Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
(Yaa Siin 36:5)

Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
(Yaa Siin 36:6)

TAZKIRAH & ILMU II.

04 Jul, 17:05


~Terjemahan Surah Al- Hajj~
{22:3-22:4}

Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.
(Al-Hajj 22:3)

Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.
(Al-Hajj 22:4)

TAZKIRAH & ILMU II.

03 Jul, 16:46


~Terjemahan Surah Al- Hajj~
{22:1-22:2}

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
(Al-Hajj 22:1)

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.
(Al-Hajj 22:2)

TAZKIRAH & ILMU II.

22 Jun, 13:53


(Maksudnya): Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan materikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)".

Syarat yang pertama adalah istiqamah (teguh di atas jalan yang betul) dan yang kedua; jangan ikut jalan orang-orang yang jahil (yang tidak tahu), yang tidak mahu berjuang, yang berputus asa dan menganggap kemenangan Islam itu adalah mustahil.

Nabi Musa 'alaihis salam menunaikan syarat itu dengan penuh kesabaran dalam tempoh beberapa tahun yang panjang. Setelah mereka menerima syarat itu dan diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, Nabi Musa diperintah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya berhijrah meninggalkan Mesir dengan cara kerahsiaan. Mereka berhijrah beramai-ramai. Keesokannya diketahui oleh Firaun, lalu memburu mereka dengan berjuta bala tentera yang lengkap dengan segala kekuatannya. Mereka tersekat di tepi laut. Melihat debu yang menjulang ke langit yang menandakan ramainya bala tentera Firaun, mereka berkata sebagaimana firman Allah Ta'ala:

فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَىٰ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ (٦١) [سورة الشعراء : ٦١]

(Maksudnya): Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

Nabi Musa menjawab dengan beriman dan yakin kepada janji Allah Subhanahu wa Ta'ala:

قَالَ كَلَّا ۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ (٦٢) [سورة الشعراء : ٦٢]

(Maksudnya): Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".

Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan Nabi Musa supaya memukul tongkatnya ke laut. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan air laut terangkat seperti bukit dan gunung ganang dengan lorong-lorong yang kering. Bani Israil diselamatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala semuanya, manakala Firaun ditenggelamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan mukjizat yang menandakan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Peristiwa ini menjadi pengajaran kepada umat Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wasallam yang menyambung perjuangan Islam untuk seluruh dunia, menghadapi keadaan pasang surut, rebah dan bangun, menang dan kalah. Kita menghadapi kehilangan kerajaan Islam dengan jatuhnya khilafah yang telah berlalu selama seratus tahun. Negeri-negeri Islam dijajah oleh musuh, dibahagikan oleh kuasa-kuasa penjajah sesama mereka. Ada negeri Islam ditakluk oleh British, dijajah oleh Perancis, dijajah oleh Belanda, dijajah oleh Komunis dan penjajah-penjajah yang lain. Bukan sahaja tanahairnya dipecah, bahkan umat Islam juga dipecah, ditekan dan ditindas. Islam mahu dihapuskannya, orang Islam ditangkap dan ditawan untuk menjadi hamba abdi serta dihantar ke seluruh pelusuk dunia. Hasil-hasil negeri Islam dirampas, dirompak dan disamun, serta dibelasah umat Islam habis-habisan. Melihat kepada cara yang dilakukan ini, habislah Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala berjanji:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (٨) [سورة الصّف : ٨]

(Maksudnya): Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam telah berjanji:

TAZKIRAH & ILMU II.

22 Jun, 13:53


KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 4 ZULHIJJAH 1444 / 23 JUN 2023

KISAH NABI MUSA DAN FIRAUN BERULANG

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلۡقَاهِرِ فَوۡقَ عِبَادِهِ، وَالۡأَوَّلُ لَيۡسَ قَبۡلَهُ شَيۡءٍ، وَالۡأٓخِرُ لَيۡسَ بَعۡدَهُ شَيۡءٍ، وَالظَّاهِرُ لَيۡسَ فَوۡقَهُ شَيۡءٍ، وَالۡبَاطِنُ لَيۡسَ دُونَهُ شَيۡءٍ.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar firman Allah Ta'ala yang memberi semangat kepada umat Islam sehingga hari kiamat:

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ (٥) [سورة القصص : ٥]

(Maksudnya): Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).

Ayat ini menceritakan raja yang paling zalim dalam sejarah manusia yang mengaku dirinya menjadi tuhan iaitu Firaun yang berkata:

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ (٢٤) [سورة النازعات : ٢٤]

(Maksudnya): (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu, yang paling tinggi".

وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِن تَحْتِي ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ (٥١) [سورة الزخرف : ٥١]

(Maksudnya): Dan Firaun berseru kepada kaumnya, (seraya) berkata: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini kepunyaanku, (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihatnya?

Firaun yang mencabar ketuhanan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan kekuasaannya dijatuhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan cara yang menakjubkan. Allah Subhanahu wa Ta'ala melantik seorang rasul iaitu Nabi Musa 'alaihis salam yang dibesarkan di dalam mahligai Firaun sendiri dan dipelihara oleh Firaun sendiri. Tidak diduga olehnya diatur oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala , tiba-tiba Musa yang dijadikan anak angkat itu menjatuhkan kerajaannya dan membinasakan bala tenteranya.

Keras dan zalimnya undang-undang untuk mengekalkan kerajaannya seperti menyembelih anak lelaki dan membenarkan anak perempuan sahaja untuk melumpuhkan kaum Bani Israil yang tinggal di Mesir meneguhkan kerajaannnya. Musa dilantik oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadi rasul ditemani oleh saudaranya Harun datang ke Mesir dengan gagah berani bersama mukjizat pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan kejatuhan Firaun dengan perjuangan, bukan dengan percuma. Diperintah supaya mereka bersabar. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan kemenangan. Musa 'alaihis salam yakin dengan kemenangan itu. Bani Israil meminta Musa berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَن سَبِيلِكَ ۖ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ (٨٨) قَالَ قَدْ أُجِيبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ (٨٩) [سورة يونس : ٨٩-٨٨]

TAZKIRAH & ILMU II.

22 Jun, 13:53


[لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ. [رواه إمام أحمد

(Maksudnya): Sesungguhnya urusan agama ini akan sampai (ke seluruh pelusuk dunia) di mana sampainya siang dan malam.

Hari ini kita dapati orang Islam yang ditawan dan yang dihalau diletakkan di seluruh pelusuk dunia menyebarkan agama Islam dan diterima oleh penduduk-penduduk tempatan. Kita melihat kelemahan agama-agama yang lain daripada Islam. Gereja-gereja dan rumah-rumah ibadat dikosongkan. Kita melihat kehancuran kuasa besar Komunis di abad yang lalu dan kini kita melihat kuasa besar Liberal Kapistalisme sedang merudum.

Kita menyaksikan kisah Firaun dan Nabi Musa berulang. Anak-anak orang Islam yang ditawan, raja-raja Islam yang ditawan dididik dan diasuh di bawah mereka diajar dengan maksiat, minum arak, berzina dan sebagainya, diajar dengan fahaman-fahaman yang sesat untuk kembali ke tanahair mereka bagi merosakkan umat Islam. Kita dapati generasi baharu yang dibawa oleh penjajah ini kembali kepada Islam dan mempertahankan Islam dan menegakkan Islam.

Perubahan berlaku di seluruh dunia bermula dengan negeri tabir besi negeri Komunis yang dianggap tabir besi di mana orang-orang Islam dikurung di dalam tabir besi, tidak boleh bergerak. Apa yang berlaku kejatuhan Komunis dan orang-orang Islam negara Komunis bangkit semula, belajar agama, belajar Islam, dan Islam berkembang. Kita menyaksikan Islam berkembang di negara Eropah. Di negeri Islam pula muncul kumpulan Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam. Kita melihat pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat kemenangan Islam dengan apa cara sahaja, sama ada menggunakan tentera, menggunakan kekayaan dan menggunakan media untuk menipu. Segala-galanya untuk menghalang cahaya Islam untuk dipadamkan. Kita menyaksikan semua usaha itu gagal.

Percayalah akan tiba masanya Islam akan kembali dan bangkit semula. Sabda Nabi Shallahu 'alaihi wasallam:

[بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ. [رواه ابن ماجه

(Maksudnya): Islam bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali semula (di akhir zaman) menjadi dagang, maka berjaya dan mencapai kemenangan bagi orang-orang yang dagang.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini - https://bit.ly/3NGmyUz

Dihantar oleh Dewan Ulamak PAS Perak

TAZKIRAH & ILMU II.

24 May, 17:25


Juzuk 5 - 5 Zulkaedah 1444H - Mukasurat 94

Orang-orang munafik dan orang-orang yang lemah imannya, yang tidak ikut serta berhijrah bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam ke Madinah, akhirnya dikerah oleh pembesar Makkah; Abu Jahal untuk bersama tentera Musyrikin Quraisy Makkah untuk memerangi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam di medan Badar.

Keadaan mereka menjadi begitu sebenarnya kerana iman mereka yang rapuh dan ragu-ragu dengan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya, apabila mereka diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah untuk membina kekuatan, tetapi mereka enggan untuk turut sama berhijrah.

Akhirnya mereka dipaksa untuk memerangi Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersama para muslimin Madinah di peperangan Badar dan akhirnya mereka terkorban sebagai orang-orang munafik.

Allah Subhanahu wa Ta`ala menurunkan ayat 97 Surah An-Nisa' ini kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam untuk menjadi peringatan kepada muslimin yang lain:

إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ ظَالِمِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡۖ قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٗ فَتُهَاجِرُواْ فِيهَاۚ فَأُوْلَٰٓئِكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا (٩٧)

(Maksudnya): Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi (Makkah)". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [Surah An-Nisāʾ: 97]

WAllahu'alam....

Disclaimer: Gambar hanya sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Maaf kerana gambar tidak menyenangkan bagi sebahagian pembaca.

https://www.facebook.com/100003887509244/posts/pfbid05egp8Y32sLGqfpYohoRpd2F7j7PGiV13QPa6XeDvQqRdbRWCYwAoszd1AmKMXkJbl/?mibextid=Nif5oz

TAZKIRAH & ILMU II.

06 Apr, 11:24


UWAIS AL QARNI, [Apr 6, 2023 at 7:22 PM]
SELAMAT BERDOA & BERBUKA PUASA

TAZKIRAH & ILMU II.

23 Mar, 17:24


KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 2 RAMADAN 1444 / 24 MAC 2023

PUASA MELAHIRKAN SABAR DAN SYUKUR

ٱلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣) [سورة البقرة : ١٨٣]

(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita telah dijemput oleh Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang menjadi tetamunya dengan ketibaan bulan Ramadan yang dihidangkan dengan kelebihan-kelebihan dunia dan akhirat yang memberi pahala yang sangat besar, bukan sembahyang dan puasa kita sahaja.

Marilah kita mengambil peluang mengisi bulan yang bakal tiba ini untuk menerima jemputan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan ibadat-ibadat. Setiap amal kebajikan digandakan pahalanya sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda dan ada yang digandakankan sehinggan 700 kali ganda, melainkan puasa yang tidak terhingga pahalanya diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Itulah ganjaran yang diberi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi bersahur, berbuka, makan, minum, lapar dan dahaga diberi pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ibadat puasa ini adalah kurnia yang sangat besar untuk mendidik dan mengasuh diri kita menjadi orang yang bersabar dan bersyukur serta bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sabar adalah sifat ketahanan diri dalam menghadapi ujian dalam kehidupan dunia apa sahaja ujian yang menimpa diri kita dan keluarga kita. Kita menganggap ujian itu daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Begitu juga bila kita senang, kita tidak leka dan lalai, bahkan sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk menjadi orang yang bersyukur kepadaNya. Sifat sabar dan syukur ada di bulan Ramadan melalui ibadat puasa yang melatih diri kita menjadi orang yang bersyukur dan bersabar bagi mendapat pahala yang sangat besar.

Sifat orang yang beriman, dalam masa yang sama untuk sampai ke kemuncaknya bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Perkataan taqwa yang kita dengar tiap-tiap minggu dalam khutbah Jumaat dan khutbah-khutbah yang lain adalah sifat yang menentukan martabat diri manusia. Allah Subhanahu wa Ta'ala menentukan kedudukan manusia bukan dengan baka dan keturunan, bukan pangkat dan harta, bukan warna dan rupa paras, tetapi ketaqwaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu mengikut perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣) [سورة الحجرات : ١٣]

TAZKIRAH & ILMU II.

23 Mar, 17:24


(Maksudnya): Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini - http://bit.ly/3njg0BK

Dihantar oleh Dewan Ulamak PAS Perak