Latest Posts from TACENDA (@tacendawords) on Telegram

TACENDA Telegram Posts

TACENDA
Things better left unsaid.

Anggaplah ini diari, tulus dari hati menceritakan tentang dunia.

Need someone who can lending their ears for you? Just hit me up @nrtlnsfa
2,276 Subscribers
161 Photos
58 Videos
Last Updated 11.03.2025 01:21

Similar Channels

Fatinnnabila
85,834 Subscribers
POOLSTOTO OFFICIAL
21,454 Subscribers
Lawak Pickup Line 🥱
2,486 Subscribers

The latest content shared by TACENDA on Telegram

TACENDA

06 Mar, 22:06

77

Mencintaimu itu seperti mencintai luka, semakin berdarah semakin aku jatuh cinta.

-nrtlnsfa
TACENDA

16 Feb, 02:30

260

Sebegitulah aku mencintainya, dan aku harap kau faham kenapa ku memilih jalan ini dalam membuktikan cinta.

'Cinta tak harus memiliki'

-nrtlnsfa
TACENDA

16 Feb, 02:28

261

Jika ditanya 'adakah kau berharap dia kembali?'

Kan ku balas dengan 'aku tidak mengharap dia kembali, malah aku lebih bahagia jika dia memilih untuk terbang tinggi, tapi aku tidak pernah menghalang sekiranya dia mahu bersandar kembali disaat sayapnya terlalu luka untuk terbang lagi. Aku akan ada untuk ubati.'

-nrtlnsfa
TACENDA

16 Feb, 02:24

237

Sekiranya ada yang bertanya 'jika diundur masa, adakah kau berharap untuk tidak mengenalinya?'

Dengan senang aku menjawab 'tidak, aku masih mahu mengenalinya. Kerana dengan dia, aku temukan diri aku harini.Jadi, tak mungkin aku menyesal mengenalinya, kerana dia telah ajarkan aku erti sebuah dunia dan dewasa'

-nrtlnsfa
TACENDA

16 Feb, 02:20

207

Ada yang bertanya, 'kenapa tidak bersatu semula? sedangkan kau masih mengaguminya'.

Dengan tenang ku menjawab 'nanti suatu saat, saat kau berjumpa dengan cinta kau yang sesungguhnya, kau akan faham kenapa berpisah adalah jalan terbaik untuk membuktikan cinta'.

-nrtlnsfa
TACENDA

12 Feb, 06:00

235

Singkat cerita, dia tak layak dihukum atas segala apa yang dia lakukan. Walaupun pahit untuk ditelan, tapi dia dan kita itu sama. Kedua-dua nya baru pertama kali diberikan nafas untuk hidup. Perkara yang dilakukan salah tetap salah, tapi siapalah kita untuk menghukum? Kita juga punya cerita hitam tersendiri, tinggal kita punya dijaga rapi.

-nrtlnsfa
TACENDA

12 Feb, 03:38

213

Jika ditanya kenapa aku masih boleh selembut ini? Akan ku balas dengan senyuman.

Tapi jika ditanya dengan lebih dalam, akan ku ceritakan dengan tangisan.

-nrtlnsfa
TACENDA

12 Feb, 03:15

219

Bolehkah untuk hari ini sahaja aku tidak mahu di lihat manusia? Kerana aku ingin kesana kesini dengan hati yang lara tanpa takut mengeluarkan air mata.

-nrtlnsfa
TACENDA

12 Feb, 03:12

205

Pandangan ku hambar, semuanya kelihatan tidak berwarna. Malah, ku rasa seperti diri sendiri juga tidak bernyawa, seperti hidup tapi hakikatnya mati. Entah kenapa segalanya kian terasa, persoalan demi persoalan kini mula kedengaran di dalam riuhnya kepala.

Sempat aku bertanya pada Nya, pengajaran apa yang sebenarnya kau ingin ku pelajari?

- Nrtlnsfa
TACENDA

12 Feb, 01:13

180

Ku jalani hari dengan berat dihati adalah bukti bahwa aku tak pernah bermain hati dalam mengatakan ku cintai kau seikhlas hati.

-nrtlnsfa