TACENDA

@tacendawords


Things better left unsaid.

Anggaplah ini diari, tulus dari hati menceritakan tentang dunia.

Need someone who can lending their ears for you? Just hit me up @nrtlnsfa

TACENDA

21 Aug, 14:31


Satu lagi, bila dah besar ni. Jangan terlalu mudah buat kawan, berikan masa pada diri untuk mengenali sesorang. Jangan mudah percaya.

-nrtlnsfa

TACENDA

21 Aug, 14:29


Wahai perempuan,
Jagalah diri sebaiknya, kita tak tahu dengan siapa kita akan berurusan dalam harian kita. Kita tak tahu hati mana yang busuk, hati mana yang ikhlas. Jangan selalu kemana2 sendirian, dunia sekarang bukan lagi tempat yang aman. Banyak manusia yang lebih keji dari binatang perangainya.

Jika tiada siapa yang risau pasal kau, aku risau pasal kau. Mulai harini sharelah location dengan kawan rapat/keluarga, dan mula lah beli safety tools jika tak pernah ada

- Pesanan ikhlas dari Admin 🤍

TACENDA

14 Jul, 18:12


Orang baik tu ramai, tapi orang yang tak pernah ada khilaf tu tak wujud. Jadi, berkawanlah dengan semua orang tanpa memandang rendah atau terlalu menyanjung mereka. Andai dia pengaruh negatif, itu tugas kita untuk sikit demi sedikit membimbing dia, tapi andai kata sebaliknya jadikanlah itu ikutan.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

14 Jul, 18:03


Allah tu adil, cuma kita je lupa bersyukur dan tamak.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

14 Jul, 10:51


“Kau tu perempuan, kau tak boleh buat tu semua, tu keje lelaki” , “kudrat perempuan tak sama macam lelaki” , “takyah sombong sangat lah one day kau kahwin dengan lelaki juga”

Siapa kata aku ada persaingan dengan lelaki? Dan Siapa kata aku tak perlukan lelaki?. Apa yang aku pertonton kan sekarang adalah usaha aku untuk bina kehidupan aku sendiri. Dan sejauh ni tiada lagi lelaki yang boleh aku banggakan selain gelaran “ayah” aku sendiri.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

14 Jul, 10:44


Sesusah mana pun aku selagi ada cara untuk aku selesaikan, aku akan buat. Walaupun terkadang hasilnya melukai fizikal diri sendiri.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

14 Jul, 10:43


Aku obses buat semua benda sorang diri bukan sebab aku sombong. Tapi aku tahu bertapa sakitnya bergantung pada orang. Jadi, sebab tu aku gigih cari kebahagian aku sendiri walaupun terkadang jauh sudut hati, aku nak ada seseorang yang treat aku macam dunia dia.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

20 May, 02:34


Sabarlah hati, adat manusia memang begitu.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

10 May, 01:09


Kalau kau rasa kau sorang kat dunia yang hadap sakit tu, kau silap. Sebenarnya ramai yang sedang hadap benda yang sama, hanya cuma mereka tak bicarakan duka tu pada dunia.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

10 May, 01:07


Allah pilih kita untuk hadap supaya kita boleh berkongsi pengajaran pada orang lain, jadi gunakan peluang tu untuk buat kebaikan.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

10 May, 01:06


Kenapa kita? Kenapa tak orang lain? Sebab itulah keistimewaan kita. Dalam dugaan pasti ada kemanisan. Orang lain takkan mampu hadap apa kita hadap.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

10 May, 01:04


Sakit kan berpura-pura? Tapi hidup tak selamanya akan berpihak kepada kita walaupun kitalah yang teraniaya. Ujian tu berat, tapi if kita masih mampu terus hidup kita hebat.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

05 May, 13:33


Siapa kata orang lain penentu bahagia kita. Bukan semua tahu kisah kita, bait yang kita lafaz dalam sepi, dan alur cerita sebenar yang kita simpan seorang dalam hati. “Mereka tak tahu”. Tapi berbalik kepada lumrah, mereka pasti ada sebab tersendiri disebalik kata-kata mereka, cuma pemahaman kita yang berbeza.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

05 May, 13:32


Dah lumrah manusia macam tu, kalau dikira dari logik memang ingin sahaja tertawa pada mereka-mereka yang binasa kerana patah perkataannya sendiri, tapi hakikatnya kita juga manusia. “Hidup bagai roda yang berputar ikut takdir”. Semua manusia sama, dibahagi bahagian nya sama rata. Mungkin harini kita tertawa dia, entah esok atau lusa pula giliran kita.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

05 May, 13:32


Tak semua benda akan kekal sama, ada masa kita kene berubah menyesuaikan diri dengan keadaan. Dan tak mudah juga untuk berubah, masih tetap akan ada lukanya, tapi mungkin jauh lebih sakit jika kita memaksa ia untuk kekal sama.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

05 May, 12:10


take a deep breath...

...

if it's been a stretch of rough times for you lately, then please know that the good things may take time but they're definitely coming to you.
the wait might be a little longer this time around but the sine wave of good times and bad never flatlines. it'll keep going up and down.
keep holding on. you're here and for now, that's all that matters. You've got this.

TACENDA

05 May, 12:10


I know you're going through a lot lately, just keep in your mind that you're going to be okay. Breathe and remember that you’ve been in this place before. You’ve been this uncomfortable and anxious and scared, and you’ve survived. Breathe and know that you can survive this too. These feelings can’t break you.

TACENDA

24 Jan, 18:49


Aku masih percaya dan akan teruskan percaya yang rezeki kita itu ada. Lambat atau cepat itulah prosesnya.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

24 Jan, 18:48


Ramai yang dah berumah tangga dan ada yang sudah tinggi pelajarannya. Jujur aku bangga, tapi apa yang bunuh hati kecil ini apabila orang-orang mula bersoal teki tentang pencapaian diri ini.

-nrtlnsfa
@tacendawords

TACENDA

24 Jan, 18:46


Jujur aku tak iri pada rezeki orang-orang seumur aku. Mereka adalah motivasi untuk aku terus berusaha dapatkan apa yang aku impi.

-nrtlnsfa
@tacendawords