*BERHATI-HATI TERHADAP SCAMMER PEMBAYARAN BIL AIR*
Pihak Lembaga Air Sibu ingin memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap scammer pembayaran bil air seperti pada gambar yang tular di media sosial.
Walaupun insiden ini tidak terjadi di Sarawak, namun demikian pihak kami ingin menyarankan orang ramai untuk melaporkan kepada pihak Lembaga Air Sibu sekiranya berhadapan dengan situasi seperti ini.
Pihak Lembaga Air Sibu ingin menegaskan bahawa semua urusan pembayaran bil air hanya dilakukan melalui saluran rasmi, termasuk kaunter pembayaran yang sah, laman web rasmi, atau aplikasi mudah alih yang diiktiraf.
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan scammer ini.
Harap maklum.