Dernières publications de SM KPPIM UiTM JASIN (@smf_fskm_kjm) sur Telegram

Publications du canal SM KPPIM UiTM JASIN

SM KPPIM UiTM JASIN
Telegram rasmi Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Perkomputeran Informatik dan Matematik UiTM Jasin Melaka, Kampus Jasin 💻 👾
1,425 abonnés
194 photos
9 vidéos
Dernière mise à jour 09.03.2025 02:43

Canaux similaires

Zamir Mohyedin
32,502 abonnés
Catalin’s Friends
2,856 abonnés

Le dernier contenu partagé par SM KPPIM UiTM JASIN sur Telegram

SM KPPIM UiTM JASIN

16 Jan, 08:47

1,211

Assalamualaikmum dan Salam Sejahtera.

Kepada Semua Pelajar Ijazah Semester 5 (Sesi Kemasukan 2022/2023) dan Semester 7 (Sesi Kemasukan 2021/2022),

SOAL SELIDIK PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN INDEKS PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL (iPPN) DI UNIVERSITI AWAM BAGI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SEMESTER 3 (AMBILAN SESI 2023/2024) DAN SEMESTER 5 (AMBILAN SESI 2022/2023) DAN SEMESTER 7 (AMBILAN SESI 2021/2022)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukadita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membangunkan Sistem iPPN bafgi mengukur tahap patriotisme dan perpaduan di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

3. Sehubungan itu, semua pelajar dalam kategori berikut adalah DIWAJIBKAN menjawab soal selidik yang terdapat di dalam sistem tersebut seperti ketetapan berikut:

Tahun 3/Semester 5 - Sesi Kemasukan 2022/2023 (20224)
Tahun 4/Semester 7 - Sesi Kemasukan 2021/2022 (20214)

Tarikh Soal Selidik : 30 Disember 2024 – 17 Januari 2025
Laman Sesawang :
https://ippn.mohe.gov.my
Kata (ID) Pengguna : Nombor kad pengenalan pelajar
Kata Laluan : Nombor pelajar


Pelajar perlu mencetak sijil perakuan apabila selesai menjawab soal selidik dan menyimpan dokumen bagi tujuan rekod rujukan.

4. Perhatian dan kerjasama saudara/saudari berkenaan hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian.
SM KPPIM UiTM JASIN

13 Jan, 07:51

1,417

[PEMAKLUMAN BERKAITAN PERMOHONAN MINI TRANSKRIP & SURAT PENGESAHAN BELAJAR]

ISNIN | 13 JANUARI 2025

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓

Merujuk perkara di atas, berikut adalah makluman kepada Semua Warga UiTM Kampus Jasin berkaitan Permohonan Mini Transkrip & Surat Pengesahan Belajar / Tamat.

📌 Permohonan Mini Transkrip & Surat Pengesahan Belajar / Tamat bagi tujuan :
- Latihan Industri
- Permohonan Jawatan
- Permohonan Biasiswa
- Permohonan Sambung Belajar

📌 Mahasiswa/i yang ingin membuat permohonan hendaklah dilakukan sebelum 3 FEBRUARI 2025 (ISNIN).

📌 Menu permohonan Mini Transkrip & Surat Pengesahan Belajar / Tamat di Portal iStudent akan DITUTUP pada ketetapan berikut :
📍 Tarikh Mula Ditutup : 3 Februari 2025 (Isnin)
📍 Tarikh Akhir Ditutup : 14 Mac 2025 (Jumaat)


Diharapkan agar mahasiswa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

http://wasap.my/60164468238/MPPAaron
[MPP AARON]

https://wasap.my/60193102931/SMPPAmmar
[SMPP AMMAR]

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

11 Jan, 05:23

1,554

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam UiTM Dihatiku

[TINJAUAN PEMILIHAN PROGRAM COMPUTER SCIENCE ASSOCIATION 2024/2025]

Kami dari Computer Science Association (CSA) ingin membuat tinjauan mengenai pemilihan program bagi tahun 2024/2025. Dengan mengisi Google Form ini, anda dapat membantu kami merangka aktiviti dan program yang memenuhi citarasa serta keperluan anda sebagai pelajar KPPIM. Berikut adalah pautan tinjauan:

🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeMRppvT8OtatANHGsWnzHlbHlL6QWhlL2q34_G7b9HIKGW3g/viewform?usp=header

🗓 Tarikh Tutup Tinjauan: 21 Januari 2025

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui pautan berikut:
📌 https://wa.me/+60196707172 (Faris)
📌 https://wa.me/+601139413417 (Safura)

Sekian, terima kasih atas kerjasama anda.

#UiTMDiHatiku
#UiTMKJM
#UiTMMelaka
#CSAKJM
#CS230
SM KPPIM UiTM JASIN

08 Jan, 11:41

1,127

[SOLAT SUNAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER]

RABU | 8 JANUARI 2025

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual.🎓

Merujuk perkara di atas, berikut adalah makluman kepada semua Warga UiTM Kampus Jasin, SOLAT SUNAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER yang dianjurkan oleh pihak Hal Ehwal Islam kerjasama pihak Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Permata akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut:

📆Tarikh: 14 JANUARI 2025 (SELASA)
⏱️Masa: 6.45 petang - 9 malam
📍Tempat: Surau At-Taqwa

📌Makanan turut disediakan kepada 300 orang pelajar yang mengisi pautan google form yang disediakan.

📌 Oleh itu, diminta kepada mahasiswa yang berkelapangan untuk mengisi
pautan google form yang telah disediakan.
🔗 https://forms.gle/SjuSdw3XhvVHvxHF6

📌 Semua pelajar yang berkelapangan dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis Solat Hajat ini.

📌 E-merit disediakan untuk semua pelajar yang hadir.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

https://wasap.my/60164468238/MPPAaron
[MPP AARON]

https://wasap.my/60195253923/SMPPNadzrin
[SMPP NADZRIN]


Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

06 Jan, 23:21

856

[TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN BAGI SEMESTER OKTOBER 2024-FEBRUARI 2025 BAGI PELAJAR YANG MENDAPAT KELULUSAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN YURAN]

ISNIN | 6 JANUARI 2025

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓

Merujuk perkara di atas, kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar ingin memaklumkan berkenaan tarikh akhir pembayaran yuran pengajian bagi pelajar yang telah mendapat kelulusan penangguhan pembayaran yuran (Status Yuran 'Y3'). Anda dikehendaki membuat pembayaran yuran bagi Semester Oktober 2024-Februari 2025 selewat-lewatnya pada:

Tarikh : 10 Januari 2025

📌Sekiranya pelajar gagal membuat pembayaran sebelum tarikh yang ditetapkan, pelajar akan dikenakan tindakan GUGUR TARAF MUKTAMAD.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hal ehwal akademik UiTM yang tertera di bawah:

📞 +60355443509
📧 [email protected]

Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

06 Jan, 01:31

1,111

[PEMAKLUMAN TEMPOH PENGISIAN STUDENT FEEDBACK ONLINE (SuFO) UiTM]

ISNIN | 06 JANUARI 2025

Assalamualaikum w.b.t,
Selamat Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓

Merujuk perkara di atas, tempoh pengisian SuFO bagi semester Oktober 2024 - Februari 2025 adalah seperti ketetapan berikut :

📍 Dibuka : 6 Januari 2025
📍 Ditutup : 9 Februari 2025


📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa/i diminta untuk melengkapkan survey tersebut di portal UFuture sebelum tarikh akhir pengisian bagi mengelakkan keputusan penilaian akhir disekat.

Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

05 Jan, 07:48

783

[JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA]

SABTU | 04 JANUARI 2025

Assalamualaikum w.b. t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak universiti telah menyediakan pautan untuk pelajar menyemak jadual peperiksaan akhir bagi semester ini.

Sila klik pautan di bawah untuk mengakses jadual peperiksaan anda:

📌 https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm

Pastikan anda menyemak jadual dengan teliti dan mencatat tarikh serta masa peperiksaan anda.

Diharapkan agar mahasiswa sentiasa peka terhadap maklumat semasa bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

31 Dec, 07:47

1,585

UiTM Blockchain Association dengan sukacitanya menjemput semua pelajar untuk menyertai UiTM Mini Hackathon 2024, di mana anda boleh mengasah kreativiti dan membina projek inovatif menggunakan Solana!

📅 Tarikh: 11 Januari 2025 (Sabtu)
Masa: 9:00 Pagi – 4:30 Petang
📍 Tempat: Dewan Kuliah A, UiTM Jasin, Melaka

📌 Apa yang menarik?

💡Anda berpeluang untuk mengetengahkan inovasi
💡Berpeluang berhubung dengan rakan-rakan dan mentor
💡 Bengkel atas talian sebelum acara juga akan disediakan untuk membantu anda melakukan persiapan

Bengkel Idea: 28 Disember 2024
Bengkel Smart Contract: 29 Disember 2024
🏆 Hadiah wang tunai berjumlah $270 menanti anda!

📥 Penyertaan adalah percuma! Jangan lepaskan peluang ini!
Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan ini: https://forms.gle/C19hdAkyL2gQhfjGA

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

012-6017499 (Emir)
017-589 6691 (Dzhariif)

Mari kita bersama-sama mencipta inovasi dan membawa perubahan! Jumpa anda di sana!
SM KPPIM UiTM JASIN

29 Dec, 04:45

1,176

[PEMAKLUMAN CUTI TAHUN BARU]

AHAD | 29 DISEMBER 2024

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓

Dimaklumkan bahawa cuti sempena Tahun Baru 2025 bagi pelajar UiTM Kampus Jasin adalah seperti berikut:

📍Tarikh: Rabu, 1 Januari 2025

Sesi kuliah dan aktiviti akademik akan berjalan seperti biasa pada hari sebelum dan selepas tarikh tersebut. Para mahasiswa diminta untuk mengambil maklum dan merancang jadual dengan sewajarnya.

Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

17 Dec, 23:30

2,866

[PENGUMUMAN TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN DAN SELAMAT MAJU JAYA SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KPPIM SESI 2024/2025]

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.

📌 Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik ingin mengumumkan dan merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan :

🌟 WAN MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN WAN NAZRI
(Exco Komunikasi Korporat)

🌟 FAZLIN WAHEEDAH BINTI MOHD AZOHAR
(Setiausaha Kerja)

sebagai Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka bagi sesi 2024/2025.

📌 Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan. Semoga kepimpinan ini memberi manfaat kepada mahasiswa serta mahasiswi UiTM dan menjadi pencetus perubahan positif dalam komuniti kampus.

📌 Kami turut mendoakan kejayaan yang berterusan dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Sekian, Terima Kasih.

"MAHASISWA PERINTIS, PELOPOR TRANSFORMASI MINDA"

Ikhlas daripada,

Sekretariat Mahasiswa
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Sesi 2024/2025