Dernières publications de SM KPPIM UiTM JASIN (@smf_fskm_kjm) sur Telegram

Publications du canal SM KPPIM UiTM JASIN

SM KPPIM UiTM JASIN
Telegram rasmi Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Perkomputeran Informatik dan Matematik UiTM Jasin Melaka, Kampus Jasin 💻 👾
1,425 abonnés
194 photos
9 vidéos
Dernière mise à jour 09.03.2025 02:43

Le dernier contenu partagé par SM KPPIM UiTM JASIN sur Telegram

SM KPPIM UiTM JASIN

17 Dec, 02:36

1,236

[HEBAHAN BERKAITAN PENDAFTARAN MUET SESI 1 2025 UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN]

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku. 🎓

Merujuk kepada perkara di atas, pendaftaran MUET Sesi 1 2025 telah dibuka.

📌Oleh itu, pelajar yang berminat untuk mendaftar pada sesi kali ini boleh menyertai group whatsapp yang tertera di bawah untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan MUET.

🔗 https://chat.whatsapp.com/C7JqOyTzqbn1woUv7VJh1v

Jangan lepaskan peluang ini🤗

Sekian, terima kasih.
SM KPPIM UiTM JASIN

15 Dec, 05:11

927

[PEMAKLUMAN STATUS KES KECURIAN BARANG DI KOLEJ UiTM KAMPUS JASIN]

Ahad | 15 Disember 2024

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku. 🎓

Merujuk kepada perkara di atas, pihak SRK, PB, JPK, dan MPP sedang bekerjasama secara aktif untuk menyelesaikan permasalahan kes kecurian barang yang berlaku di Kolej UiTM Kampus Jasin.

📌Semua mangsa yang terlibat telah mengambil tindakan segera dengan melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Merlimau serta di IPD Jasin.

📌Siasatan lanjut juga sedang dijalankan oleh pihak IPD Jasin bagi memastikan insiden ini disiasat secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya dapat diambil.

📌Dimohon agar semua pelajar mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas atau menyebarkan tuduhan palsu berkaitan kes ini.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau maklumat terkini berkaitan kes kecurian, pelajar boleh menghubungi di talian berikut:

http://wasap.my/60164468238/MPPAaron
[MPP AARON]

http://wasap.my/60129860205/JPKAmirul
[JPK AMIRUL]

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar &
Jawatankuasa Perwakilan Kolej
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

14 Dec, 11:49

923

SABTU | 14 DISEMBER 2024

Assalamualaikum w.b.t &
Salam Sejahtera.

HEBAHAN BERKENAAN KES KEHILANGAN BARANG

📣 Perhatian kepada SEMUA RESIDEN KOLEJ UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Merujuk perkara diatas, diminta RESIDEN KOLEJ YANG MENGALAMI KEHILANGAN BARANG agar membuat aduan dengan kadar segera.Sila hubungi :

JPK Amirul : wa.me/60129860205
MPP Aaron : wa.me/60164468238

📌 Para residen kolej juga diingatkan untuk menjaga barang-barang berharga dan sentiasa mengunci rumah dan bilik sebelum keluar.

Diharapkan para residen kolej cakna dengan pemakluman ini dan dapat memberi kerjasama yang baik.

Sekian, harap maklum.

Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Tun Sri Lanang&Tun Gemala serta
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
Sesi 2024/2025

#JPKKJM
#JPKSINERGI
SM KPPIM UiTM JASIN

13 Dec, 06:58

1,475

[PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN/PERMINTAAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN BAGI PELAJAR YANG DILULUSKAN RPGT VIA FEE DEFERMENT]

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.

📌 Merujuk kepada perkara di atas, pelajar yang telah diluluskan permohonan penangguhan bayaran yuran melalui RPGT via Fee Deferment diingatkan untuk membuat pembayaran yuran atau memohon penangguhan selewat-lewatnya pada:

📍 Tarikh: 20 Disember 2024 (Jumaat)

📌 Pelajar disarankan untuk menyelesaikan perkara ini sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERINTEGRITI MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Sekretariat Mahasiswa
Kolej Pengajian Pengkomputeran,
Informatik Dan Matematik
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
SM KPPIM UiTM JASIN

10 Dec, 15:53

1,159

[NOTIS PEMAKLUMAN TEMPAT PERSIAPAN DIRI BAGI PELAJAR NR TERKESAN DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR]

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku. 🎓

📌 Merujuk kepada perkara di atas, barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan tempat tumpangan persiapan diri bagi pelajar non-residen yang terkesan akibat gangguan bekalan air.

📌 Maklumat berkaitan adalah seperti berikut :

📍Tarikh: 11 Disember 2024
📍Lokasi:
[Mandi]
- Kolej Lanang A (1103, 1104, 1105, 1108, 1109, 1111, 1112).
- ⁠Gemala A (3301, 3302, 3303).
[Persiapan diri]
- Tandas Pusat Persatuan Pelajar (PPP).
- ⁠Tandas Medan Kolej.
📍Masa: 5.30 pagi sehingga selesai.

📌 Mahasiswa diingatkan untuk menjaga tingkah laku dan kebersihan sepanjang berada di lokasi yang telah disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

http://wasap.my/60164468238/MPPAaron
[MPP AARON]

http://wasap.my/601158559065/SMPPEiman
[SMPP EIMAN]

Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

02 Dec, 11:12

1,499

[SUMBANGAN DERMA KILAT KEPADA KELUARGA ARWAH MUHAMMAD IRFAN ROSLAN]

ISNIN | 2 DISEMBER 2024

Assalamualaikum w.b.t,
Selamat Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.🎓

📌 Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin iaitu Saudara Muhammad Irfan Bin Roslan telah pulang ke Rahmatullah pada pagi tadi.

📌 Justeru itu, marilah kita bersama-sama membantu meringankan beban keluarga arwah yang terkesan dengan pemergian beliau sekaligus menambah amal jariyah kita bersama.

📌 Sumbangan boleh disalurkan seperti maklumat berikut :

MAYBANK
104059009863
Roslan


📌 Sumbangan ini akan disalurkan terus kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan dikurniakan syurga firdaus di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL"

Yang Menjalankan Amanah

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Sesi 2024/2025.
SM KPPIM UiTM JASIN

02 Dec, 10:03

1,213

[BACAAN YASIN DAN TAHLIL BUAT ARWAH MUHAMMAD IRFAN BIN ROSLAN]

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.

Merujuk perkara di atas, bacaan yasin dan tahlil akan diadakan buat arwah Muhammad Irfan bin Roslan, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Maklumat (CDCS266) UiTM Kampus Jasin yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Berikut merupakan ketetapan bagi bacaan yasin tersebut:

Tarikh: 2 Disember 2024 (Isnin)
Masa: 8.30 malam (Selepas Isya’)
Tempat: Surau At-taqwa serta Google Meet

🔗: https://meet.google.com/oab-bxea-dcz

Kami mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

02 Dec, 04:43

1,693

[AL-FATIHAH BUAT ARWAH MUHAMMAD IRFAN BIN ROSLAN]

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.

Merujuk perkara di atas, kami selaku Majlis Tertinggi Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian, Pengkomputeran, Informatik dan Matematik ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Irfan Bin Roslan, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat, CDCS266 UiTM Kampus Jasin yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ini.

Kami mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kami juga mendoakan agar segala pengurusan jenazah berjalan dengan lancar. Al-Fatihah.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERINTEGRITI, MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Sekretariat Mahasiswa
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
SM KPPIM UiTM JASIN

30 Nov, 13:13

797

[BORANG TINJAUAN PELAJAR UiTM KAMPUS JASIN YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.🎓

Merujuk kepada perkara di atas, pihak UiTM Kampus Jasin sedang mengumpulkan maklumat mahasiswa yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku agar kami dapat mengenal pasti keadaan semasa anda dan menilai bantuan yang diperlukan.

Berikut merupakan pautan Google Form yang perlu diisi oleh mahasiswa yang terlibat:

🔗 https://forms.gle/k3CmzCYhHUsQPqm88

📌Segala maklumat adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk tujuan pengumpulan data bagi membantu mahasiswa yang memerlukan.

Pihak kami memahami kesukaran yang dihadapi dan berharap agar anda semua terus tabah serta bersabar menghadapi dugaan ini.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

https://wa.me/60164468238/MPPAaron
[MPP Aaron]

https://wa.me/60106551212/MPPNaj
[MPP Najmuddin]

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”

Yang menjalankan amanah,

Exco Kebajikan dan Aduan
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

29 Nov, 23:45

1,159

*[PUJa 2024]*🎙

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.🎓

*PERHATIAN*

Kami dari Kelab Debat dan Pidato, UiTM Kampus Jasin, ingin memaklumkan bahawa tarikh penyertaan bagi *Pertandingan Pengucapan Awam Jasin (PUJa) kini dilanjutkan sehingga 1 Disember 2024* bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta.

🇲🇾 Pertandingan ini adalah terbuka kepada *seluruh mahasiswa UiTM* 🇲🇾

Pertandingan ini terdiri daripada dua pusingan:

*1️⃣ Pusingan Pertama:* Penghantaran VIDEO melalui platform Google Form.
*2️⃣ Pusingan Kedua:* Pengucapan awam secara langsung melalui Google Meet untuk 10 peserta terbaik.

🎉Khas untuk para peserta yang memuat naik video ke Instagram: *Kategori Video PUJa Popular* akan diberikan berdasarkan jumlah tontonan dan like terbanyak!

*📌Butiran Pertandingan:*

📍Tema Ucapan: _Jejak Digital_
🗓Tarikh Penyertaan: 16 November - 1 Disember 2024
📥 Platform: Atas Talian

🎉Penyertaan *Percuma*
📜 *E-SIJIL* disediakan
🎁Hadiah berupa *Wang Tunai*!

*🔗Daftar sekarang & dapatkan maklumat lanjut:*
https://tinyurl.com/PUJa-2024

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat, sila hubungi:
📞 Batrisyia: 0139091220
📞 Alya: 01117672742

Sekian,
Terima Kasih.
“Bicara Ilmu, Memperkasa Rakyat”