Pusat Islam USM @pusatislamusm Channel on Telegram

Pusat Islam USM

@pusatislamusm


Dapatkan informasi sah terkini dari Pusat Islam USM 🕌 Masjid Al Malik Khalid FB: https://bit.ly/2JurafQ IG: https://bit.ly/3315b8o YOUTUBE: https://bit.ly/2Ju50dS

Pusat Islam USM (Malay)

Selamat datang ke Pusat Islam USM! Channel ini adalah sumber maklumat terkini mengenai aktiviti dan berita daripada Masjid Al Malik Khalid yang terletak di Universiti Sains Malaysia (USM). Dengan menyertai channel kami, anda akan mendapat akses kepada info-info terkini berkaitan dengan program keagamaan, ceramah, dan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Islam USM. Sertai kami di Facebook di pautan berikut: https://bit.ly/2JurafQ, atau kunjungi Instagram kami di: https://bit.ly/3315b8o. Jika anda lebih suka menonton video, kami juga aktif di saluran YouTube kami: https://bit.ly/2Ju50dS. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang membina kebaikan dan kebersamaan melalui Pusat Islam USM. Sertai kami sekarang untuk maklumat terkini dan terkini daripada kami!

Pusat Islam USM

16 Dec, 02:55


💡 ANDA MEMPUNYAI BAKAT DAN IDEA KREATIF UNTUK REKA BENTUK RUANG PERNIAGAAN?

Pusat Islam Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Raung Perniagaan Laluan Rahmah. 🎉

💡 Jom sertai dan tunjukkan bakat anda!

🏆 HADIAH MENARIK

🥇 Tempat Pertama: RM 3000
🥈 Tempat Kedua: RM 2000
🥉 Tempat Ketiga: RM 1000
🎖 Saguhati: RM 500 (untuk 2 kumpulan)

Setiap penyertaan akan menerima e-sijil
👥 Terbuka kepada pelajar dan staf Universiti Sains Malaysia serta individu dari bidang seni bina dan rekabentuk. Secara individu atau berkumpulan tidak melebihi 5 orang ahli.

🗓 TARIKH PENTING:
1️⃣ Tarikh Penyertaan: 15 Disember 2024 - 14 Januari 2025
2️⃣ Lawatan Tapak: 15 Januari 2025
3️⃣ Tempoh Pertandingan: 16 Januari 2025 - 15 Mac 2025

🆓 Penyertaan adalah PERCUMA!
📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR dalam poster atau klik pautan: https://tinyurl.com/LaluanRahmah

Maklumat lanjut:
📞 Hubungi: 012-487 0980 (Nawawi)

#pusatislamusm #welead #usm #masjidusm

Pusat Islam USM

15 Dec, 02:18


⭐️ MAJLIS GRADUASI & ANUGERAH KECEMERLANGAN HADHANAH CHILD CARE CENTRE, PUSAT ISLAM USM ⭐️

https://www.facebook.com/share/r/hpVrBYaqG6FE2BrG/

#pusatislamusm #masjidusm #masjidalmalikkhalid #usm #welead #kamimemimpin

Pusat Islam USM

23 Oct, 08:02


ᴊᴏᴍ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ᴍᴀʟᴀᴍ ᴍᴀʜᴀʙʙᴀʜ ʀᴀꜱᴜʟ ʙᴇʀꜱᴇᴍᴘᴇɴᴀ ɪʜᴛɪꜰᴀʟ ᴍᴀᴅᴀɴɪ ᴍᴀᴜʟɪᴅᴜʀ ʀᴀꜱᴜʟ @ ᴍᴀꜱᴊɪᴅ ᴜꜱᴍ

Pusat Islam USM

06 Aug, 02:43


EDARAN E-MIMBAR PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BIL.61: TERBITAN MUHARRAM 1446H/2024

Pusat Islam menjemput para pencinta ilmu untuk singgah membaca di naskhah maya E-Mimbar Pusat Islam USM yang boleh dimuat turun melalui link berikut 👇👇👇
https://tinyurl.com/emimbarogos

Jemputlah membaca coretan para asatizah di Pusat Islam, inilah mimbar kami , isi yang padat dengan tarbiah sesuai dibuat juadah santapan rohani khususnya pada bulan yang mulia ini.☺️

𝒦𝑒𝓂𝒶𝓂𝓅𝓊𝒶𝓃 𝓂𝑒𝓂𝒷𝒶𝒸𝒶 𝒾𝓉𝓊 𝓈𝑒𝒷𝓊𝒶𝒽 𝓇𝒶𝒽𝓂𝒶𝓉, 𝓀𝑒𝑔𝑒𝓂𝒶𝓇𝒶𝓃 𝓂𝑒𝓂𝒷𝒶𝒸𝒶 𝓈𝑒𝒷𝓊𝒶𝒽 𝓀𝑒𝒷𝒶𝒽𝒶𝑔𝒾𝒶𝒶𝓃 📖📚🤗

Sekian, Selamat Membaca!💫

#Emimbar #PusatIslamKampusInduk #PusatIslamKampusKejuruteraan #PusatIslamKampusKesihatan #PusatIslamIPPT #MasjidUSM #MasjidAlMalikKhalidUSM #PusatIslamUSM #USM #WeLead #KamiMemimpin

Pusat Islam USM

30 Jul, 10:47


https://www.facebook.com/share/p/4F69gBmaUaVi4Ct1/?mibextid=oFDknk

Pusat Islam USM

07 Jul, 01:09


🌙 Salam Maal Hijrah 1446H 🌙

Assalamualaikum w.b.t.,
.
Kami dari Pusat Islam Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh warga USM, qaryah Masjid USM serta seluruh umat Islam.
.
Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan kesejahteraan kepada kita semua. Semoga tahun baru ini juga menjadi titik permulaan bagi kita untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan kebaikan.
.
Marilah kita bersama-sama memperbaharui niat dan azam untuk menjadi hamba yang lebih baik dan taat kepada Allah SWT serta memperingati hijrah Rasulullah SAW dan menjadikannya inspirasi dalam kehidupan kita.
.
#AwalMuharram #PusatIslamUSM #1446H #masjidusm #KamiMemimpin

Pusat Islam USM

18 Jun, 10:30


https://www.instagram.com/p/C8WoOGcpfa5/?igsh=YW5ucHp5bzQ4anh3

Pusat Islam USM

21 May, 08:04


HEBAHAN MENGENAI MAJLIS KERAIAN DHUYUFURRAHMAN WARGA STAF USM (KAMPUS INDUK) DAN ANAK QARYAH MASJID AL MALIK KHALID USM

Assalamualaikum wbt Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan para bakal jemaah haji dalam kalangan staf USM Kampus Induk serta anak qaryah Masjid Al Malik Khalid USM bagi tahun ini yang akan menunaikan ibadah umrah dan haji di tanah suci Makkah, kami dengan segala hormatnya ingin menjemput Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan ke Majlis Keraian Dhuyufurrahman yang akan diadakan pada tetapan seperti berikut:

📅
24 Mei 2024 (Jumaat)

11:00 pagi 

📍
Masjid Al Malik Khalid USM 


Perhatian dan kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengimarahkan majlis bacaan doa ini diharapkan dapat diberikan keberkatan dari Allah taala dan saya dahului ucapan terima kasih.

Sekian, wasalam. #haji

Pusat Islam USM

21 May, 05:08


PROGRAM HARI PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI UNTUK KEBAJIKAN OLEH PERTUBUHAN KEBAJIKAN GERAKAN BERSATU PULAU PINANG (NGO Gerak) 👚👕👖👠👢🥻

Sukacita dimaklumkan GERAK akan mengadakan Hari Pengumpulan Pakaian Terpakai untuk Kebajikan di Masjid Al Malik Khalid USM pada tetapan seperti berikut:

📅
25 dan 26 Mei 2024 (Sabtu & Ahad)

9 pagi hingga 9 malam

📍
Perkarangan Masjid Al Malik Khalid USM


👚👕👖👠👢🥻
🔹 Menerima semua jenis fabrik seperti kasut, bag, tudung/selendang, cadar, toto dan langsir.
🔹 Mohon bahagi jenis fabrik yang elok (untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan) dan fabrik yang tidak elok (untuk tujuan kitar semula)
🔹 Tidak dibenarkan untuk hantar awal untuk mengelak kecurian dan menjaga kebersihan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Fairos 011-11922944 (NGO Gerak)

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

b.p
Masjid Al Malik Khalid USM

Pusat Islam USM

16 May, 04:28


𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐀 📣📣📣

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 & 𝗔𝗤𝗜𝗤𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰

Muslimin & muslimat adalah dipelawa untuk menyertai Program Ibadah Qurban & Aqiqah yang akan dianjurkan pada 17 Jun 2024/ 10 Zulhijjah 1445H di Anjung Qurban Pusat Islam USM.

𝙈𝘼𝙆𝙇𝙐𝙈𝘼𝙏 𝙋𝙀𝙉𝙔𝙀𝙍𝙏𝘼𝘼𝙉

H a r g a L e m b u 🐮
𝟷 𝙱𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚗 : 𝚁𝙼 𝟾𝟽𝟶
𝚂𝚎𝚎𝚔𝚘𝚛 : 𝚁𝙼 𝟻𝟽𝟻𝟶

H a r g a K a m b i n g 🐐
𝚂𝚎𝚎𝚔𝚘𝚛 : 𝚁𝙼 𝟷,𝟷𝟶𝟶

T a r i k h T u t u p P e n y e r t a a n
10 Jun 2024

𝙋𝙀𝙉𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍𝘼𝙉

Bagi yang berminat, boleh dapatkan Borang Wakalah Ibadah Qurban/Aqiqah di Pejabat Am, Pusat Islam USM ATAU daftar masuk pada pautan berikut : https://shorturl.at/dkADO

𝙋𝙀𝙈𝘽𝘼𝙔𝘼𝙍𝘼𝙉

Pembayaran secara TUNAI boleh dilakukan di Pejabat Am, Pusat Islam USM atau secara ONLINE ke akaun berikut:

𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗨𝗦𝗠
𝟬𝟳𝟬𝟮 𝟬𝟬𝟬 𝟬𝟰𝟮𝟳𝟳 𝟭𝟴 (𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗠𝗨𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗧)

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

☎️Ustaz Iswandi : 010-462 2468
☎️Ustaz Amirul : 013-744 4214
☎️Pejabat Am : 04-653 3753

▪️𝘈𝘯𝘫𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘑𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘐𝘣𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘘𝘶𝘳𝘣𝘢𝘯 & 𝘈𝘲𝘪𝘲𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘜𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘚𝘢𝘪𝘯𝘴 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢

Pusat Islam USM

06 May, 06:29


📣 Perhatian kepada semua warga USM! 📣

“Kempen Jom Wakaf Tunai”

Sukacita dimaklumkan, Pusat Islam USM bekerjasama dengan Wakaf Pulau Pinang untuk mengajak anda semua menyertai kempen yang bertujuan mewujudkan kesedaran amalan berwakaf di kalangan warga kampus! 🕌

Kempen ini bertujuan untuk memperkukuhkan kesedaran amalan berwakaf di kalangan kita semua. Sumbangan sebahagian daripada rezeki kita akan memberi impak besar kepada Kebajikan dan Pembangunan.

Selain penerangan langsung mengenai wakaf di USM, kaunter kami juga menyediakan bantuan untuk pendaftaran berwakaf secara potongan gaji melalui ePusatIslam di Campus Online .

> SETIAP SUMBANGAN ANDA LAYAK MENDAPAT POTONGAN CUKAI ‼️

Kaunter akan dibuka bermula
📆 13 – 17 MEI 2024
🕚 10 PAGI – 12 TENGAHARI

📍Bertempat di:-

13 MEI 2024 (ISNIN)
Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti

14 MEI 2024 (SELASA)
Ruang Legar Canselori I

15 MEI 2024 (RABU)
Perpustakaan Hamzah Sendut

16 MEI 2024 (KHAMIS)
Jabatan Keselamatan

17 MEI 2024 (JUMAAT)
Masjid Al-Malik Khalid, Pusat Islam

Untuk maklumat lanjut: Ustaz Nawawi (012-4870980)

Mari bersama-sama kita wakafkan sebahagian daripada rezeki kita untuk kebaikan bersama! 🤲 Jom sertai kami dalam Kempen Jom Wakaf Tunai!

#JomWakafTunai #PusatIslamUSM #WakafPulauPinang"