Anis hafiza

@anis_hafiza


Saya anis hafiza bukan ejen hartanah, saya hanya cerita pengalaman pelaburan kecilan saya shj sesuai dgn sy gaji 1500 ketika beli rumah pertama.

Anis hafiza

01 Dec, 01:58


Hari ni minta runner cari surat khabar harian metro 😂. Ada di 7 eleven, petronas..

Alhamdulillah artikel mengenai saya dan hartanah sudah keluar.
Jemput baca surat khabar harian metro ya hari ni.

Kali kedua muka terpampang di surat khabar.
1. Sinar harian 2017
2. Harian metro. 2023

Harian metro 1 Disember 2023.
Tanpa doa seorang ibu, tanpa support dari suami dan anak2 tak mungkin sekuat sekental sekarang.

Anis hafiza

18 Oct, 08:15


Perbezaan penama tabung haji vs hibah akaun tabung haji.

Penama tabung haji.
- jika pemilik akaun si mati telah meletakkan nama anis sebagai penama, maka anis tak perlu minta SURAT KUASA untuk keluarkan wang tabung haji si mati.
- hanya perlukan sijil si mati original sahaja untuk menutup akaun tabung haji si mati.
- tugas anis adalah pemegang amanah iaitu menyelesaikan hutang2 si mati dan baru lah baki itu bahagi ikut faraid ke ikut sama rata ke atau ikut lah korang nak buat apa kan. Macam saya kami bahagi samarata.

Tahukah anda surat kuasa nak dapatkan perlu ambil masa 3 hingga 7 bulan terpulang pada proses pihak di berikuasa iaitu mahkamah syariah, pejabat pusaka kecil, amanah raya dan mahkamah tinggi sivil. Macam saya, saya sendiri tak perlu ke jabatan di atas memandangkan saya lantik wasiyyah shoppe untuk uruskan pusaka kecil arwah ibu saya.

Manakala jika saya mati dahulu sebagai penama akaun tabung haji, duit milik saya tidak akan jadi pusaka kepada pemilik akaun tabung haji saya.

Ia sangat berbeza dengan hibah akaun tabung haji.
Ia adalah hibah mutlak. Hibah mutlak sangat tak best kepada pemberi hibah.

Hibah tabung haji - memberi hadiah sebahagian duit dalam akaun pemberi kepada penerima yang lain.

Sebagai contoh.
Abam stela menghibahkan akaun tabung haji kepada isteri2 beliau
Isteri pertama dapat 50%, isteri kedua dapat 50%.

Dalam kes ini isteri pertama meninggal dan abam stela masih hidup. Maka bahagian 50% isteri pertama perlu di faraidkan dan perlu lalui pembahagian pusaka milik isteri pertama abam stela.

Dan waris2 isteri pertama abam stela ada hak dalam menuntut 50% dari hibah tabung haji abam stela.walaupun abam stela macam tak redha je kan tapi perlu lepaskan kerana ia telah menjadi pusaka kepada isteri pertama.

Itu di panggil hibah mutlak.
Dan keluarga waris isteri pertama abam stela perlu dapatkan surat kuasa untuk mengeluarkan wang tabung haji milik abam stela.

Faham ye.. itu adalah pengalaman saya sendiri dan saya fahamkan serta saya sendiri alaminya.

Ibarat tabung haji ni guna penama seperti kwsp, seperti polisi takaful hibah perlindungan nyawa ada penama. Tapi ia berbeza dengan hibah akaun tabung haji ye.

Sebagai umat islam, seharusnya wajib kita tahu sebelum kita melanggan sesuatu produk bernama hibah.. bukan hibah takaful tapi hibah ada banyak nama.. hibah tabung haji, hibah rumah, hibah tanah.

#anishafiza
#hibah

Share jika bermanfaat.

Anis hafiza

15 Aug, 16:42


Perhatian kepada geng sewa perhead:

Contoh situasi-
En F adalah pemilik enterprise yang mengusahakan bilik sewa dan homestay dengan memajak rumah orang lain bagi menjalankan bisness beliau. Dalam masa yang sama en F juga mempunyai rumah sewa sendiri yakni aset namanya sendiri.

Bagaimanakah en F menyusun akaun bagi memastikan tiada isu double tax dan juga conflict of interest di mata bank?
.

Jawapan:

☑️ Boleh jika En F memilih untuk masuk ke akaun enterprise sebagai income bisness beliau, jika masuk ke akaun saving individu en F pun tiada masalah.
☑️ Perlu pilih yang mana satu sahaja income sewa yang masuk. Samaada akaun individu atau akaun semasa enterprise

☑️Dokumen untuk declare:
Akaun untung rugi + penyata sewaan rumah

☑️Bagi saya berbaloi jika income rumah sendiri masuk ke akaun simpanan indivdu sahaja. Tetapi kena susun elok2 supaya banker tak pening.

Tetapi tak boleh jika :
Income sewa masuk ke akaun enterprise transfer ke akaun individu / akaun simpanan Kerana melibatkan individu yang sama.

Boleh sekiranya encik F subletkan pada pihak lain.

Errr korang faham tak, kalau tak faham saya kena buat coffe table la macam ni. Khas pada sesiapa sewakan perhead aje. Cuba fahamkan flow di bawah.

Ilmu dan info ini di ambil dari tax firm bagi pengesahan sebenar.
Di mata tax tiada masalah.

#anishafiza

Anis hafiza

05 Jul, 07:09


ANDA BELI SAYA JAGA.

satu rumah untuk di jual kepada pembeli rumah pertama.
Memenuhi syarat kelayakkan rumah pertama.
Status rumah low cost.
Owner asal beli melaui lelong dan saya jaga dan urus rumah ni 6 tahun. 2017 hingga 2023.

Tahun ni owner nak jual untuk fokus investment di pahang.
Jika ada anak sepupu sepapat ke anak korang memenuhi syarat di atas.. boleh roger suami saya.

Wasap.my/60126725001/flatdijual
.
.
.
.

Rumah Harga MURAH
Untuk DiJUAL

Flat Sri Perantau
Port Klang
======================
Sesuai untuk pelaburan atau dijadikan kediaman.

Detail Rumah:

🛑Tingkat 3
🛑Luas 650 sqft
🛑3 bilik 2 bilik air
🛑 Ada lift

Title:
1. Leasehold
2. Open title
3. Low cost

Lokasi Strategik:

1. Berhadapan stesen KTM jalan kastam.
2. Port Klang
3. Aeon Mall Bukit Tinggi
4. Econsave pendamaran.

Asking price 140K
Market price 150k~160K.

Anis hafiza

08 May, 03:59


NOTA UNTUK TUAN RUMAH SEWA

➡️nota ini sesuai di hadam pada pemilik rumah sewa dimana adalah ada bukti perjanjian sewa yang di stamping di LHDN dalam tempoh sewakan rumah.

➡️nota ini juga khas untuk pemilik rumah sahaja bukan penyewa atau subletter yang menjalankan bisness pajakan.

➡️nota ini juga khas yang telah menyimpan resit pembayaran dan bukti sewaan masuk sepanjang sewakan rumah.

➡️nota ini juga khas untuk mana-mana orangnya masih bekerja, bekerja sendiri dan bayar cukai individu.
( setelah dapatkan amaun sewaan dari penyata ini boleh tambah bersama dengan jumlah pendapatan gaji dari majikan pada tahun kutipan sewa di jalankan.)

➡️nota ini juga boleh di baca pada individu yang tiada rumah, belum lagi declare sebagai panduan di mana akan datang.

😪 tolong baca helok helok dan fahamkan ye setiap penyata ini ditulis.

penerangan di dalam penyata di bawah:
1. hasil sewa/pendapatan sewa - ambil dari amaun yang kita terima dari penyewa setiap bulan januari - disember (refer akaun sendiri di mana bukti penyewa bayar sewa, bukan akaun saya)

(tolak) Perbelanjaan di BENARKAN :
1. Cukai taksiran yakni cukai pintu, jika free ditanggung kerajaan jangan mengada nak tolak juga ye - sila refer bil cukai taksiran majlis perbandaran rumah anda beli

2. Cukai tanah yakni cukai yang bertanah, jika rumah diatas awan sila refer cukai angkasawan (gurau je) - rumah berstrata refer sendiri, rumah master tittle refer JMB (ala orang yang incas bangunan flat tu)

3. Faedah atas pinjaman / interest bank
refer akaun pinjaman anda, jika tak faham boleh tanya banker atau cawangan terdekat bank yang bagi pinjam loan tersebut.
lihat berapa tempoh setahun interest yang telah anda bayar sepanjang tempoh anda sewa contoh tahun 2022.

4. Premium insurans kebakaran :
refer polisi dan bil anda bayar pada pihak insurans rumah anda, ingat ya insuran kebakaran bukan mrtt/mrta ye

5. Maintenance fee :
Refer/ Rujuk kembali penyata anda bayar maintenance rumah sewa anda selama setahun, simpan resit yang anda bayar maintenance ( saya amalkan maintenance bayar setahun sekaligus atau 6 bulan sekali) senang jaga resit pembayaran

6. Stamping sewaan LHDN
jika anda ada stamping rumah sewa anda di LHDN yang ada cop hijau ala macam cop mohor dekat agreement sewa tu boleh lihat di situ berapa amaun LHDN caj pada anda dan anda bayar amaun tersebut.

selepas mendapat amaun tersebut RM19,343.75 dan declare di efilling, bukan bayar ye. declare dahulu.

Jika korang makan gaji : katakan gaji setahun rm40,000 + 19343.75 ( pendapatan sewa ) = jumlah 59343.75 perlu di isi ketika isi borang BE atau borang B.

Boleh juga bawa jadual pengiraan ini untuk bayar zakat rumah sewaa anda.

sekian, share dan simpan nota ini untuk korang yang akan declare lhdn. Jangan nak declare baru nak tanya saya ye.

#anishafiza
#caraKiraPenyataPendapatanSewa