آخرین پست‌های Psikologi & Motivasi (@psychology_motivational) در تلگرام

پست‌های تلگرام Psikologi & Motivasi

Psikologi & Motivasi
Only you can change yourself. You dont have to be great to start, but you have to start to be GREAT
4,588 مشترک
1,596 عکس
103 ویدیو
آخرین به‌روزرسانی 06.03.2025 21:38

کانال‌های مشابه

Eskatologi Official
21,086 مشترک

آخرین محتوای به اشتراک گذاشته شده توسط Psikologi & Motivasi در تلگرام

Psikologi & Motivasi

15 Aug, 14:10

3,182

Jadilah content creator yang berilmu dan berpendidikan. Bukan yang kata, "SPM tak penting sebab jadi content creator pun boleh jadi kaya..."

Risau kayap sebelum sampai waktunya. Di thread, saya selalu baca betapa ramai content creator yang suffer mengejar bayaran paid review dari company kecil dan gergasi.

Sebab mereka perlu bersandarkan kepada bayaran paid review untuk survive.

Secara tak langsung, kalau hanya bergantung kepada bayaran ini untuk kelangsungan hidup dan perlu berdepan dengan kerenah manusia yang kita berurusan untuk dapatkan duit atas 'kerja keras' kita menghasilkan video, perlu fikir kesan jangka panjang kepada kesihatan mental kita.

Semalam berlangsungnya Tiktok Award yang diadakan gilang gemilang dan siaran langsung di TV3. Mungkin gen X akan kata, lagha je semua ni. Tapi nak tak nak kita kena akui, dunia tiktok telah mendominasi media sosial.

Waima guru agama dan guru mengaji juga banyak menyampaikan kuliah di situ. Jadi kewujudan tiktok ini tak dapat nak diketepikan dalam arena media sosial yang semakin berkembang.

Cuma yang 'sabar' akan terus bertahan. Bukan semua boleh survive di dunia media sosial. Jangan lupa kes cyberbully melibatkan seorang content creator berbangsa India sebelum ni sehingga melayang nyawa beliau.

Jika nak dedahkan anak-anak kita dengan dunia media sosial, ajarkan mereka bagaimana memilih content yang bermanfaat. Bezakan yang mana content yang baik dan sebaliknya. Jika mereka boleh bezakan, maka in shaa Allah mereka tidak menjadi mangsa cyberbully. Jangan lupa, Malaysia di tangga ke-2 cyberbully di Asia.

Dalam ucapan Khairul Aming semalam dia kata, kalau ditanya dengan para pelajar di sekolah nak jadi apa bila besar? Majoritinya akan menjawab nak jadi content creator.

Sebenarnya tak salah nak jadi content creator sebab banyak impak positif yang kita boleh bagi kepada masyarakat. Tapi dalam masa yang sama kita juga boleh beri pengaruh kurang baik.

Menurut Khairul Aming, demi mengejar view dan engagement, ada yang sewenangnya kata:

pendidikan tu tak penting
bad marketing is a good marketing
tak apalah orang kecam, asalkan kita kaya

Sedikit demi sedikit benda ni dah meracuni anak muda di luar sana. Dan sangat penting untuk semua content creator menerapkan unsur positif dalam setiap kandungan yang dicipta.

Tahun ini, Tiktok telah mencalonkan ramai content creator dalam pelbagai kategori. Dan seperti tahun lalu, sekali lagi Tiktok mengangkat mereka yang 'selayaknya' digelar Creator of The Year.

Abdul Qayyum Halid telah diumumkan sebagai Creator of The Year bagi tahun 2024. Disampaikan oleh pemenang Creator of The Year 2023, Khairul Aming.

Siapakan Abdul Qayyum Halid?

➡️ Abdul Qayyum Halid, merupakan alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Beliau dikenali dengan video-video tiktok bertemakan masakan.

➡️ Beliau bermula dengan berniaga sambilan pada tahun 2013 dan tahun yang sama juga beliau mengambil SPM.

➡️ Tahun 2014 beliau mendapat tawaran universiti dan atas nasihat ayah beliau berhenti berniaga secara sambilan dan menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas.

Sewaktu belajar di universiti, beliau mencuba pelbagai jenis perniagaan.

➡️ Tahun 2015 beliau berniaga bersama kawan-kawan menjual roti RM1 tetapi gagal.

➡️ Tahun 2016 beliau melakukan perniagaan KamiDelivery tapi turut gagal.

➡️ Tahun 2017 beliau menjalankan perniagaan Solvypro, walaupun nampak macam berjaya tapi perniagaan berasaskan teknologi ini turut mengalami fasa kegagalan juga.

➡️ Tahun 2018, beliau bergraduasi dengan ijazah kelas pertama. Mendapat Anugerah Pelajar Terbaik dan penerima Anugerah Canselor Emas. Baca ini wahai anak-anak muda.

➡️ Tahun 2019 beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di syarikat oil & gas. Banyak yang beliau pelajari dari pengalaman bekerja bersama syarikat korporat di dalam dan luar negara.

➡️ Tahun 2020 beliau tidak berputus asa menjalankan perniagaan beliau yang ke-5 iaitu Choco Flakes. Beliau banyak R&D sendiri dan menjalankan perniagaan bersama adik-beradik menggunakan kesemua duit simpanan. Tapi GAGAL!
Psikologi & Motivasi

12 Aug, 04:32

2,401

Haiwan yang paling berbahaya di planet ini ialah kawan palsu.
Psikologi & Motivasi

07 Aug, 03:39

3,374

Setiap manusia adalah produk zamannya sendiri. Kita boleh belajar hikmah dari sejarah. Tapi kita tidak boleh hidup atas legasi dan memori masa lalu.

Ya, kita tidak mampu mendepani cabaran hari ini dan membina masa depan dengan hanya taksub bernostalgia.

“Dulu kami begini dan begitu. Bukan macam kamu sekarang…”

“Kalau kamu hidup dalam zaman kami dulu, memang kamu akan lunyai, bla, bla…”

Setiap zaman ada gelora dan gelombang tersendiri. Mungkin kita dilambung dengan cara berbeza, tapi sakitnya masih sama.

Sebab itu jangan terlalu obses mau membanding-banding. Kita hormati orang yang lebih dulu makan garam. Tapi kita juga perlu sedar bahawa garam sekarang tidak sama dengan garam dulu-dulu.

Kita harus menerima hakikat perubahan dunia, dan menghadam tanda aras yang baru. Jangan terus dibuai nostalgia, dan terkepung dalam kenangan.

Seperti juga sukan Olimpik. Betul, Carl Lewis adalah antara raja pecut paling agung dalam sejarah olahraga dunia. Ingatan ini akan kekal selamanya.

Tapi jika Carl Lewis menyertai Olimpik tahun ini, sambil membawa kemuncak kegemilangannya pada era 80-an, bukan saja dia tidak boleh menang pingat emas.

Malah dia tidak mampu masuk final pun. Dalam pusingan semifinal lagi, dia sudah tersingkir awal-awal.

Namun demikian, perbandingan ini tidak adil, kerana seluruh ekosistem sukan, dulu dan sekarang tidak setara. Kita dendang Carl Lewis dan julang Noah Lyles mengikut eranya sendiri. Kedua-dua mereka agung dan terbilang pada zaman masing-masing.

Sumber: FB Rem Dambul
#RemRefleksi
#MoveOnGenerasiKlasik
Psikologi & Motivasi

01 Aug, 22:37

2,654

Hebatnya Indonesia mendokong pemain mereka. Kalau sungguh-sunguh bersukan biar sampai ke OLIMPIK!