Dernières publications de Info Portal Malaya (@portalmalay) sur Telegram

Publications du canal Info Portal Malaya

Info Portal Malaya
Ce canal Telegram est privé.
9,400 abonnés
2,000 photos
3 vidéos
Dernière mise à jour 10.03.2025 21:55

Canaux similaires

JOBCARI.COM
118,048 abonnés
Tazkirah Ringkas
73,556 abonnés
Najib Razak
50,166 abonnés
Giler Movie
4,762 abonnés
ZOZO tv
1,728 abonnés

Le dernier contenu partagé par Info Portal Malaya sur Telegram

Info Portal Malaya

30 Oct, 22:59

153

Gadis Kampung Paling Popular
Waktu Tayangan: Sabtu, 21 Oktober 2023, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Nuansa Sdn Bhd
Pelakon: Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Daim Jailani, Aizat Hassan, Firdaus Nadxaman

Sinopsis Gadis Kampung Paling Popular
Kisah Maya Maya seorang gadis kampung yang cantik dan suka menyanyi tetapi pemalu.Maya baru berhijrah ke bandar dan bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa. Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya. Namun, Maya menolak. Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya.

Bermulalah kehidupan Maya sehingga dia menjadi bintang YouTube yang terkenal sehingga ke pengetahuan Azad. Azad menyukai Maya dalam diam dan dia menyatakan bahawa Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan yang tidak jujur. Maya yang berkecil hati kerana Lady Wawa itu adalah dirinya, pergi membawa diri dan bersedih. Adakah Azad akan mengetahui hal sebenar?

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 22:59

216

Nenek Ranggi (2014)
Siaran: TV3
Pelakon: Maria Farida, Lufya Luvya, Shukri Yahaya

Sinopsis:
Keseronokan Azita untuk menerima menantu terbantut apabila dia termakan hasutan pembantu butiknya, Yam Becok bahawa dia akan menjadi nenek pada usianya 41 tahun. Saksikan kesudahan kisah mereka.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

29 Oct, 02:45

542

JUDUL : DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 Januari 2018, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Dato Hattan, Sharifah Shahira, Aman Graseka, Joey Daud, Ropie, Syamim Razi, Naraswara

SINOPSIS DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH
Mengisahkan Hattan, seorang pemandu lori sering menghantar barang dari ibu kota ke Kuala Pilah. Setiap kali dia ke sana, dia tanpa henti akan berhenti di satu tempat memerhatikan bekas kekasihnya, Rita. Mengimbas kembali sejarah lampau 20 tahun yang lalu, Rita berkahwin dengan abangnya, Zakuan tanpa rela. Perkahwinan mereka gagal, dan dikurniakan seorang anak bernama Amir. Hattan kecewa membawa diri ke Kuala Lumpur untuk menjadi penyanyi rock tapi gagal. Konflik bermula apabila dia menyelamatkan Rita dan Amir daripada Zakuan yang sering menjadi menggangu hidup mereka.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

29 Oct, 02:44

380

JUDUL : JASMINE
TARIKH / MASA : Isnin, 30 Oktober 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Nina Iskandar, Liza Abdullah, Dato Jalaluddin Hassan, Afiq Muiz

SINOPSIS JASMINE
Zaman berusia 13 tahun ketika Jasmine kehilangan ibubapanya dalam kemalangan jalanraya. Jasmine ketika itu berusia 3 tahun. Bapa Jasmine, Zahari adalah driver kepada keluarga Zaman, Datuk Zahari dan Datin Sofia. Jasmine membesar menyayangi zaman sebagai abang kandungnya kerana dia tidak tahu bahawa dirinya hanya anak angkat. Datuk Zahari dan Datin Sofia merahsiakannya kerana tidak mehu Jasmine bersedih. Gerak manja Jasmine menyayangi dirinya membuatkan hati Zaman berdetik mencintai Jasmine. Sayang telah bertukar menjadi cinta tanpa dipinta. Untuk itu, walaupun diusia 33 tahun, Zaman masih sendiri. Hati Zaman terguris kala Jasmine menyatakan cintanya pada lelaki lain. Awal segala-gala pada Jasmine kerana Awal cinta pertamanya.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

29 Oct, 02:44

286

Abang Samseng Jemur Kain (2014)
Siaran: TV3
Tarikh: 21 Jun 2014, 10 malam
Pelakon: Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Amar Baharin, Shah Iskandar, Zul Yahya, dan Fauziah Nawi

Sinopsis:
Marzuki merupakan seorang samseng yang ditakuti. Namun,sikapnya menjadi berlainan bila berdepan dengan isterinya Elyana. Dia bertukar menjadi suami yang romantik dan manja.Mampukah dia meninggalkan kerjayanya sebagai samseng demi anaknya.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

29 Oct, 02:41

259

JUDUL : CINTA BERSEGI SEGI
TARIKH / MASA : Isnin, 23 Oktober 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Suzanna Zaily Zin
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Mawar Rashid, Nazirul Mubin, Raja Azura, Eizlan Yusof, Feiyna Tajudin, Zahir Deck

SINOPSIS CINTA BERSEGI-SEGI
Zin Ruby dan Ana dahulunya adalah teman rapat semasa zaman persekolahan. Tamat persekolahan mereka bertembung semula di sebuah pusat karaoke apabila masing-masing sudah berpuluh tahun tidak bertemu. Zin kini menduda setelah kematian isteri. Ruby juga keseorangan setelah bercerai dengan suaminya, manakala Ana pula masih keseorangan tanpa teman. Ruby dan Ana berpakat mengenalkan Zarina, anak rakan mereka kepada Zin yang beriya-iya mahu mencari pengganti. Dalam proses mengenal hati budi masing-masing, segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari Zin berterus-terang. Dia tidak mampu membohongi jatuh cinta kepada ibu Zarina, Fetty jauh lebih tua daripadanya. Fetty pula tidak tahu yang Zin sukakannya. Dia melayan Zin macam melayan bakal menantu.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

29 Oct, 02:41

229

Sopeah Jin (2015)

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 6 September 2024 (Jumaat)
Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Pyan Screw
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Emma Maembong, Shah Iskandar, Hairi Safwan, Fadlan Hazim, Raja Ema, Abdul Rahman Suud, Ruhaini

Sinopsis:
Kisah tiga orang adik-beradik Sabarudin, Shahbudin dan Tajudin diwasiatkan oleh ayah mereka sehelai peta lama yang menunjukkan harta karun.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

29 Oct, 02:41

216

Mr. Maid, Suami Ibu
Waktu Siaran: Jumaat, 4 Mac 2022, 10:00 malam
Rangkaian: TV3
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: White Merpati Entertainment
Pelakon: Iman Rifqi, Aishah Ilias, Izzue Islam, Faye Kusairi, Khaty Azian, Adam Lee

Sinopsis Mr. Maid, Suami Ibu
Myazara adalah ibu tunggal kepada Arjuna hakim. Memandangkan kerjaya Myazara sibuk, Arjuna merasa ibunya tidak menyayanginya dan lebih mementingkan kerjaya. Arjuna rapat dengan Hadi, seorang pelatih senamrobik. Hadi terpaksa menjadi pembantu rumah ketika Myazara bekerja.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

29 Oct, 02:40

223

JUDUL : MAMA SADO
TARIKH / MASA : Isnin, 29 Februari 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Azlina Din
PENGARAH : Haizul Anafer Ali
TERBITAN : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Didie Alias, Miera Liyana, Ben Amir, Mubarak Majid, Isma Danial, Enot, Dato Tarmimi Serigar

SINOPSIS MAMA SADO
Andra Raina malu untuk mengaku wanita yang berperwatakan seperti seorang lelaki itu adalah ibunya, Shamsiah. Sungguhpun Shamsiah gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Andra memperkenalkan Idris, teman lelakinya kepada Shamsiah dan mereka mempunyai keserasian tentang motosikal berkuasa tinggi. Namun tidak bagi ibu Idris yang tidak gemar akan perubahan Idris. Andra melarikan diri kerana tertekan dengan keadaan yang terjadi. Shamsiah mulai rasa sedar yang dia tidak boleh berterusan sebegitu. Dia mula berubah kepada seorang wanita yang feminin. Andra pulang dengan lega namun dia perasan yang ibunya tidak seceria dulu. Menjelang hari perkahwinan Andra dan Idris, Shamsiah resah menunggu Andra yang tidak kunjung tiba. Lalu dikejutkan dengan sekumpulan geng motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Andra dan Idris disusuli paluan kompang untuk memeriahkan majlis mereka.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

29 Oct, 02:40

238

JUDUL : LUNA ELVIRA
TARIKH / MASA : Isnin, 14 November 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Mache AllStar United Sdn Bhd
PELAKON : Ruhainies, Syazuwan Hassan, Iswan Ismail, Amyza Adnan, Nadia Aqilah, Fathimah Azzahra

SINOPSIS LUNA ELVIRA
Luna Elvira seorang gadis yang naif datang daripada keluarga yang hidup sederhana. Semenjak kecil, Luna menjadi saksi ibunya dimarah dan dipukul oleh bapanya sendiri namun Luna tidak mampu berbuat apa-apa. Dia tiada daya melainkan menyimpan dendam terhadap bapanya dan golongan seperti bapanya.

Selepat tamat belajar, Luna membantu ibunya menjual nasi lemak. Luna bertemu jodohnya di situ. Fattah adalah seorang ahli perniagaan produk kecantikan yang terkenal. Kehadirannya dalam hidup Luna menjadikan hidup Luna sekeluarga senang dan bahagia.

Lama kelamaan, Fattah menunjukkan belangnya apabila dia juga dalam golongan lelaki dayus seperti bapa Luna, Luna sentiasa dimarahi dan dimalukan oleh Fattah. Namun di depan khalayak, Fattah menunjukkan yang dia seorang suami mithali.

Atas bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dia telah mendengar penerangan dan mendapat bantuan bagi dia bangkit melawan semula kehidupannya itu.

Baginya, kehidupan yang terseksa bukanlah sebuah kehidupan. Bagaimanakah nasib Luna? Dapatkah dia lari dari kekejaman suaminya sendiri?

Join: @portalmalay