Neueste Beiträge von Info Portal Malaya (@portalmalay) auf Telegram

Info Portal Malaya Telegram-Beiträge

Info Portal Malaya
Dieser Telegram-Kanal ist privat.
9,400 Abonnenten
2,000 Fotos
3 Videos
Zuletzt aktualisiert 10.03.2025 21:55

Ähnliche Kanäle

JOBCARI.COM
118,048 Abonnenten
Tazkirah Ringkas
73,556 Abonnenten
Portal Kerjaya Maukerja
45,220 Abonnenten
Pelik Bin Ajaib 🌘
18,827 Abonnenten
Tutorial..ICT
13,009 Abonnenten
Giler Movie
4,762 Abonnenten
ZOZO tv
1,728 Abonnenten

Der neueste Inhalt, der von Info Portal Malaya auf Telegram geteilt wurde.

Info Portal Malaya

31 Oct, 00:32

317

Tabung Haji Tok (2013)
Siaran: RTM
Tarikh: 15 Oktober 2013
Tayangan Semula: 15 Jun 2024
Pelakon : Wan Hanafi Su, Yus Waisar, Muhammad Daeng Faiz, Fazli Daniel, Ahmad Fazli, Fatah Faqrullah & Farhana Qismina

Sinopsis:
Kisah Rafiq dipelihara oleh datuknya Pak Omar dengan hasil menjual lemang sesudah kematian ibu dan bapanya, Razali akibat penyakit. Semasa bapanya masih hidup, Pak Omar telah mengeluarkan duit simpanan Tabung Haji untuk mengubat penyakit Razali. Beberapa tahun kemudian, Rafiq mendapat tahu duit haji Pak Omar habis dikeluarkan. Rafiq begitu sedih kerana setahunya, datuknya begitu berdikit-dikit bagi mencukupi duit hajinya. Tetapi kini, duit itu telah tiada lagi sedangkan bapanya tetap pergi juga buat selama-lamanya.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

31 Oct, 00:28

244

Senyawa
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Platform Digital: iQIYI
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Syarifah Zabrina
Siti Hariesa sebagai Lutfiyah
Shahz Jaszle sebagai Iskandar
Nina Juren sebagai Dato' Asmida
Liang Chia sebagai Eric
Aleza Shadan sebagai Datin Sharifah
Amirah Razak sebagai Maya
Haeriyanto Hassan sebagai Lukman
Hanna Ercaa sebagai Syaza
Atira Karma sebagai Nia
Nasz Sally sebagai Ibu Kartini
Nuremy Ramli sebagai Doktok

Lagu Tema (OST)
Lagu: Kembali Terang
Penyanyi: Marsha Milan
Lirik: Senna
Komposer: Senna & Ajin

Sinopsis Senyawa
Mengisahkan tentang Zabrina (Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan hidup dalam kebahagiaan bersama suaminya, Iskandar (Shahz Jaszle). Namun, di sebalik kejayaannya, Zabrina berdepan dengan pelbagai konflik.

Setelah mengalami keguguran dan disahkan menghidap ‘cervical insufficiency’, Zabrina tertekan dengan desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida (Datin Nina Juren) yang menginginkan cucu.

Tidak sanggup dimadukan, Zabrina nekad untuk mendapatkan ibu tumpang. Pertemuan dengan Lutfiyah (Siti Hariesa), seorang gadis kampung yang berperwatakan seakan dirinya, membuatkan Zabrina merasakan Lutfiyah adalah calon yang sesuai untuk menjadi ibu tumpang. Bagaimanakah kesudahan kisah pengorbanan terlarang ini?

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 23:04

202

Pari-Pari Naik Lori (2021)
Siaran: TV2
Tarikh: 5 Julai 2021, 9 malam
Pengarah: Asya Kamaruddin
Pelakon: Bella Astillah, Mustaqim Bahadon, Nabil Aqil

Sinopsis:
Setelah berfikir panjang, Rosma mengambil keputusan untuk break dengan boyfriend dia iaitu Talha lepas dia rasa yang Talha ni tak ada cita-cita dengan hanya jual ayam. Rosma ni nak hidup dalam kekayaan dan bahagian.


Dan tanpa disangka lepas tu Rosma buat keputusan untuk bertunang dengan lelaki yang ada ciri yang dia nak iaitu Nazif. Keputusan Rosma bukan je mengejutkan orang kampung tetapi juga Talha.


Nekad nak dapatkan Rosma balik, Talha buat keputusan untuk buat rompakan masa majlis pertunangan Rosma berlangsung. Sekali dengan wang hantaran Rosma pun dia rembat.

Join: @ortalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 23:03

170

Pavlova Buat Delfina
Waktu Siaran: Sabtu, 28 September 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTM
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Luncai Emas Sdn Bhd
Pelakon: Syafie Tee, Amanda Laura Helms, Dilla Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Shahrolnizam Noor, Amy Nurtinie, Ahmad Ishmel Ismail, Nik Aneeynorly Che Dah, Afique Hussain, Norlida Amin, Zack, Farid Fauzi, Marinelacoste, Syed Irfan

Sinopsis Pavlova Buat Delfina
Mengisahkan Aryan, seorang disleksia tidak disokong oleh ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang cef. Ini kerana kedua ibu bapanya menganggap kerjaya sebagai cef untuk orang yangkurang oandai. Di kolej, Aryan menyertai Pertandingan ‘Best Dessert Championship’ yang menawarkan hadiah pengajian kulinari di Paris. Aryan menang, dan ibu bapanya sedar akan kesilapan mereka.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 23:03

121

Manisnya Bulan Madu (2015)
Siaran: TV3
Tarikh: 3 Oktober 2015

Pelakon: Fattah Amin, Sherry Ibrahim, Fahrin Ahmad, dan Faye Kusairi.

Sinopsis:
Mirza dan Ameesha pergi berbulan madu di Istanbul dan membayangkan apabila tiba di sana mereka akan tinggal di hotel yang gah. Namun, sangkaan mereka ternyata meleset apabila mendapati apartment yang sempit dan kotor. Disana pula mereka bertemu semula dengan bekas suami dan bekas tunang mereka?

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 23:03

120

JUDUL : CASSANDRA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 20 April 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Syazuwan Hassan, Ikmal Amry, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Shashaa Raman, Dillah Ahmad, Julia Ziegler

SINOPSIS CASSANDRA
Cassandra seorang gadis kacukan dibesarkan oleh ayahnya selepas ibunya meninggal dunia. Dia terkenal di kampung kerana sikap ayahnya, Hj. Fauzan yang suka menderma. Cuma satu sahaja, sikap Hj Fauzan kurang disenangi iaitu kekayaan yang dimiliki membuatkan dia bongkak. Namun berbeza dengan Cassandra yang lebih selesa memilih cara hidup sederhana. Cassandra bersahabat baik dengan Luqman, Zaiyad dan Syakila. Hanya Cassandra dan Zaiyad berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Cassandra dan Luqman saling menyukai antara satu sama lain. Syakila yang menjadi ‘penghubung’ mereka berdua. Namun hubungan mereka merisaukan ibu Luqman kerana ibarat langit dan bumi kerana Luqman dibesarkan dalam kehidupan nelayan tidak seperti Cassandra.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 23:02

112

JUDUL : TERIMA KASIH RAMADAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 17 Jun 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Ben Laden, Aqasha, Razak Ahmad

SINOPSIS TERIMA KASIH RAMADAN
Selepas 6 tahun berkahwin, Maria dan Iskandar mengambil Ramadan sebagai anak angkat. Lebih bahagia lagi mereka apabila Maria disahkan mengandung. Namun Maria keguguran akibat kemalangan dan mula membenci Ramadan yang dianggap membawa sial.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 23:01

116

JUDUL : 14 HARI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Mac 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Khairun Nasuha Bt Shafiai
PENGARAH : Khalid Nadzri
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Elisya Sandha, Syazuwan Hassan, Luqman Hafidz, Riena Diana, Arash Mohamad, Watie Sadali, Faiz Tapaw, Putra Amaris, Aishah Atan, Abby Nadzri

LAGU & MUZIK
Gadis - Escape Plan
Stereotype - Akim & Majistret
Bukan AKu - Tasha Manshahar

SINOPSIS 14 HARI
Kisah Anggun tidak pernah merasa untuk dicintai oleh mana-mana lelaki. Atas dasar itu, Anggun telah menawarkan cadangan kepada rakan baiknya, Eddie untuk menjadi kekasihnya selama 14 hari sebelum Anggun berpindah ke Dubai. Namun Eddie tidak tahu tentang penghijrahan Anggun ke Dubai.

Eddie sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu Mia. Eddie bersetuju dengan tawaran Anggun. Setiap hari mereka berdua akan keluar dating. Malah setiap hari Eddie akan menerima mesej romantik daripada Anggun yang membuatkan dirinya semakin berbunga-bunga. Selama tempoh 14 hari yang dilalui, Eddie sedar Anggun orang yang benar-benar memahami dirinya tidak seperti Mia sering memberi tekanan kepada Eddie.

Genap 14 hari Anggun dan Eddie sebagai pasangan kekasih. Sebelum berpisah mereka mengungkapkan kata-kata cinta terakhir. Namun kata-kata yang diucapkan Eddie adalah ikhlas daripada hatinya. Eddie sedar bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Anggun. Tetapi tiba-tiba Mia muncul dan menarik Eddie daripada Anggun. Pada hari Anggun bertolak ke airport, Eddie muncul dan meminta peluang daripada Anggun. Tetapi dimarahi oleh kedua ibu bapa Anggun. Sepanjang perjalanan Anggun menangis. Akhirnya ibu bapa Anggun izinkan hubungan Anggun dan Eddie. Mia terpaksa dilepaskan.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 23:00

128

JUDUL : PUISI SEDIH AL-KITAB
TARIKH / MASA : Sabtu, 10 Jun 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Elizad Sharifuddin, Khir Rahman, Riz Amin, Liza Othman, Sein Qudsi, Ieka Zulkifli, Zukhlayca Zahary, Elanie

SINOPSIS PUISI SEDIH AL-KITAB
Nadirah telah dihadiahkan dengan sebuah Al-Quran oleh ayahnya apabila dia berjaya khatam Al-Quran. Nadirah membawa Al-Quran tersebut ke kolej dan hanya membiarkannya. Dia bukan saja tidak membaca malahan tidak pernah membuka Al-Quran itu. Masa telah berlalu, kini Nadirah sudah berkahwin dan mempunyai anak. Satu hari, dia didatangi seorang lelaki asing yang membawa naskhah Al-Quran. Nadirah mula rasa malu apabila dia mendapat tahu lelaki itu mempelajari Islam dengan membaca Al-Quran manakala Nadirah telah lama meninggalkannya.

Join: @portalmalay
Info Portal Malaya

30 Oct, 23:00

131

JUDUL : KETUPAT UNTUK ARIANA
WAKTU SIARAN : Ahad, 10 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : CerekaAhad (TV3)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri / Khairul Kiasan
PENGARAH : Ahmad Idham
TERBITAN : Primework Studios Sdn Bhd
PELAKON : Jalil Hamid, Habiel Lutfillah, Arel Azimi, Syed Ali Murtadha, Qistina Raisah, Aliff Yasraf

SINOPSIS KETUPAT UNTUK ARIANA
Mengisahkan tiga kanak-kanak Anip, Bidin dan Caon, mereka merupakan sepupu dan sering balik ke kampung. Segalanya dilakukan bersama-sama sehinggalah Ariana muncul. Ariana, budak bandar yang menjadi kegilaan budak-budak kampung termasuklah Anip, Bidin dan Caon. Seminggu sebelum raya, mereka mula bertelagah dan bermasam muka sesama sendiri untuk cuba mengambil hati Ariana. Akhirnya, pak cik mereka Husin, terpaksa merancang sesuatu untuk merapatkan mereka kembali.

Join: @portalmalay