أحدث المنشورات من NotaSaham Global (@notasahamglobal) على Telegram

منشورات NotaSaham Global على Telegram

NotaSaham Global
Channel ini akan menyajikan kepada anda pelbagai info bermanfaat mengenai US Market.
1,920 مشترك
383 صورة
13 فيديو
آخر تحديث 06.03.2025 10:41

أحدث المحتوى الذي تم مشاركته بواسطة NotaSaham Global على Telegram

NotaSaham Global

01 Nov, 00:54

817

Kalau berminat nak belajar setup dekat US Market, boleh rujuk sini ya:

https://notasahambursa.onpay.my/order/form/globallearningcirclenovember2024

Ada kupon istimewa sempena Deepavali, boleh guna kod "deepavali2024".

Kod ini valid sehingga jam 12 tengahari hari ini sahaja.
NotaSaham Global

18 Oct, 14:44

1,058

Tadi dia dah halt/circuit breaker dekat 57
NotaSaham Global

18 Oct, 14:44

1,555

Alhamdulillah jual dulu 55

Ada setup kita masuk lagi 😁
NotaSaham Global

18 Oct, 14:43

1,695

Dahsyat Drug. Sambung lagi malam ni. 165% malam ni!
NotaSaham Global

17 Oct, 12:09

1,254

https://www.investing.com/news/stock-market-news/tsmc-profit-surges-past-expectations-sending-uslisted-shares-higher-premarket-3667625
NotaSaham Global

17 Oct, 01:57

1,249

Alhamdulillah sempat cilok sikit semalam 😁
NotaSaham Global

11 Oct, 04:04

768

💸Nota Bitcoin & Crypto Intensive Masterclass

Ada yang serius nak belajar tentang Bitcoin & Crypto secara mendalam dan advanced?

Saya sangat rekemen join Masterclass ni. Insya Allah sangat berbaloi. Sifu yang akan ajar dalam kelas ni memang sifu yang dah lama berpengalaman dalam Bitcoin dan Crypto.

Kelas akan bermula petang ni dah.

Ini jadual kelas selama 3 hari:

🗓Jumaat 11/10/24

🎙Sesi 1 6pm-7.30pm
Bitcoin, Cryptocurrency & Analisis Syariah

🗓Sabtu 12/10/24

🎙Sesi 2 9am - 10.30am
Smart Technical Analysis on Crypto

🎙Sesi 3 11am-1pm
Fundamental Analysis on Altcoins World

🎙Sesi 4 1.30-4.30pm
Airdrops: Still Relevant?

🎙Sesi 5 6pm-8.30pm
Exchanges & Wallets

🗓Ahad 13/10/24

🎙Sesi 6 9am-selesai
Elliott Wave Analysis

➡️Daftar segera di sini:
https://shorturl.at/4533d
NotaSaham Global

02 Oct, 12:38

728

Do you trade the US stock market?

Then join me at my free upcoming event called, Stock Trading Secrets.

Claim your free ticket here: https://www.tradingwithrayner.com/sts/

In this 2-hour webinar, you'll discover...

1. How to beat the markets and earn an extra 10%, 20%, or even 40% a year—without analyzing candlestick charts, reading financial reports, or studying technical analysis

2. How to grow your account to 7-figures and beyond even if you have a small starting capital

3. How to generate consistent profits during a bull market, bear market, or even a recession

4. A simple trading system to profit from the stock market—even if you have tried everything else and failed

So if you trade the US stock market or have plans to do so, then this event is for you.

Claim your free ticket here... https://www.tradingwithrayner.com/sts/
NotaSaham Global

01 Oct, 00:07

1,285

While September is usually the cruelest month for stocks, Wall Street indexes recorded monthly wins to close out the month.

Yahoo Finance
NotaSaham Global

22 Sep, 09:10

1,635

KENAPA DI US ADA PRE-MARKET & AFTER HOURS MARKET?

Di US, pasaran saham bukan hanya beroperasi dalam waktu biasa yang kita semua tahu, iaitu dari 9:30 pagi hingga 4 petang waktu Timur (Eastern Time, ET), tapi ada juga sesi tambahan yang dikenali sebagai pre-market dan after-hours trading.

Bagi pelabur yang sibuk, waktu ini memberi peluang untuk membuat dagangan di luar waktu pasaran biasa. Namun, persoalannya, kenapa tak biar saja pasaran saham dibuka 24/7 seperti kedai serbaneka? Apa sebabnya pasaran ada waktu tertentu untuk beroperasi?

Kalau kita lihat dari sudut mudah, analoginya macam pasar tani. Kalau anda jual sayur, adakah anda akan datang ke pasar pada bila-bila masa saja dan berharap ada pelanggan? Mestilah tidak. Anda akan tunggu waktu pasar beroperasi sebab itulah masa yang anda tahu pelanggan akan datang. Begitu juga dengan pasaran saham.

Pada zaman dulu, peniaga di Bursa Saham New York (NYSE) perlu berkumpul di satu tempat untuk menjalankan transaksi. Tapi kini, dengan teknologi elektronik, kebanyakan dagangan berlaku secara digital.

Walaupun begitu, menetapkan waktu operasi tertentu masih memberi manfaat supaya semua pembeli dan penjual tahu bila orang lain sedia untuk berdagang. Waktu operasi yang ditetapkan seperti 9:30 pagi hingga 4 petang ET memastikan pasaran aktif dengan pelabur yang sedia memberi dan menerima harga yang berpatutan.

Namun, teknologi juga membolehkan dagangan berlaku sebelum dan selepas waktu biasa pasaran, yang kita kenal sebagai pre-market (biasanya dari 4 pagi hingga 9:30 pagi ET) dan after-hours (dari 4 petang hingga 8 malam ET).

Pre-market dan after-hours ini menggunakan rangkaian komunikasi elektronik (ECNs) yang menghubungkan pembeli dengan penjual secara langsung. Tapi, ada risiko besar dalam berdagang pada waktu-waktu ini.

Pertama, liquidity (kecairan) lebih rendah. Dalam pasaran biasa, ramai orang aktif, jadi mudah nak jual beli saham tanpa mengubah harga terlalu banyak. Tapi dalam sesi tambahan, jumlah peserta jauh lebih sedikit.

Kalau anda cuba jual saham dalam kuantiti yang besar pada waktu ini, harga saham tersebut boleh turun mendadak sebab tak ramai pembeli yang bersedia.

Kedua, harga saham juga lebih volatile (berubah-ubah) kerana jumlah dagangan yang rendah menyebabkan sebarang transaksi boleh mengubah harga dengan lebih ketara berbanding waktu pasaran biasa.

Sebab utama pre-market dan after-hours wujud adalah kerana peningkatan permintaan global dan perkembangan teknologi. Pelabur kini mahukan fleksibiliti untuk bertindak balas kepada berita atau laporan yang keluar di luar waktu pasaran.

Contohnya, jika ada laporan pendapatan syarikat yang keluar selepas 4 petang, pelabur boleh terus membeli atau menjual saham tersebut dalam sesi after-hours tanpa perlu menunggu hingga pasaran buka keesokan harinya.

Namun, ramai pelabur besar atau institusi kewangan memilih untuk tidak aktif dalam waktu after-hours atau pre-market. Ini menjadikan risiko harga bergerak tidak stabil lebih tinggi kerana kurangnya liquidity dan jumlah peserta.

Sebagai contoh, saham mungkin jatuh teruk dalam after-hours, tetapi kembali naik bila waktu dagangan biasa bermula, kerana lebih ramai pembeli muncul.

Kesimpulannya, walaupun sesi dagangan tambahan ini memberi kelebihan dari segi fleksibiliti dan peluang untuk bertindak cepat, ia juga datang dengan risiko besar seperti volatility, liquidity, dan keperluan untuk menggunakan limit orders bagi mengelakkan slippage harga.

Itulah sebabnya pasaran saham tetap menetapkan waktu operasi utama dan tidak dibuka 24 jam sehari, walaupun teknologi sudah membolehkan dagangan berlaku di luar waktu tersebut.

Kredit: Empayar Saham