Tiada perjalanan yang mudah dan senang,
Perjalanan saya berbeza berbanding orang lain,
Saya lalui bukan dengan jalan singkat atau “short cut”, orang kata “hard way”,
Saya banyak kali langgar dinding, pastu buat lagi, kadang2 tak tahu benda tu betul atau tidak,
Saya pernah berniaga tepi jalan waktu tunggu result sewaktu degree masa belajar dahulu, duduk sorang2 tepi jalan cari duit lebih sebab tiada pilihan,
Saya pernah bantu keluarga bukak kedai makan tepi jalan, datang paling awal dan balik paling lambat setiap hari, tapi kedai dah bungkus kami tak teruskan atas sebab yang tertentu “standard la kedai melayu, selagi tak mati selagi tu ada orang dengki” kita move on dan redha,
Saya pernah kerja customer service kat menara celcom xkira siang atau pun malam kadang2 split shift,
Saya pernah kerja contract kerajaan di mahkamah syariah wilayah persekutuan KL, kita mana boleh pilih kerja bang, kerja yang pilih kita,
Saya pernah kerja kat estate sime darby dok kat hutan sorang2 tapi ada je teman iaitu flora dan fauna sebab line telefon memang xda,
Saya pernah kerja sebagai eksekutif dan fasilitator, trainer dan macam2 lagi, setiap hari kerja xkira weekend ataupun public holiday, busy yakmat sebab kerja kat twin tower mercu tanda kebanggaan malaysia,
Saya pernah mintak kerja kerajaan sebagai PTD, exam hampir 10 kali, pergi PAC 5 kali tapi last interview final semua gagal sebab memang xda rezeki dan tidak layak jadi pegawai kerajaan idaman satu malaysia,
Saya buat ja apa yang ada, tak pernah tolak dan say “No”, apa yang datang saya buat ja,
Tahun 2021 berhenti kerja, bersara, tapi xda pencen, ada la saving sikit buat teruskan hidup, Alhamdulillah tahun 2024 masih lagi survive,
Saya xda buat apa sangat, saya investor dan trader, kadang2 saya berkongsi dengan orang di luar sana macam mana nak self sustain dan tambah pendapatan sendiri tanpa guna kudrat yang banyak,
Sekarang pun masih lagi berkongsi tapi kali ni saya ke Utara untuk berjumpa kawan2 saya dan nak bantu mereka supaya independend dan berdikari supaya boleh bantu keluarga dan bayar zakat dengan lebih banyak lagi,
Saya sanggup datang jauh2 habiskan masa tadi drive lepas zuhur, lepas maghrib baru sampai redah hujan dan jem.
Saya buat apa yang selama ini dan sekarang sebab saya rasa berbaloi dan sangat2 berbaloi,
Kawan2 kat Utara memang saya nak bantu, insyaAllah semua standby ya,
Ikutkan penat jugak drive tapi slide tak siap lagi, drive sampai boleh selfie sebab slow nak mampuih, jgn kecam saya na, saya pemandu berhemah dan berwibawa,
Terima kasut harap maklong