Sekadar perkongsian dari seorang newbie. Moga bermanfaat.
Disclaimer: Tidak ada buycall di sini. Jika ada kaunter kajian yang dikongsi, ia hanyalah untuk perbincangan dan pembelajaran semata-mata. Segala risiko ditanggung diri sendiri.
"Ya Allah, jadikanlah jiwa kami tenang dengan-Mu, reda dengan ketetapan-Mu, puas dengan pemberian-Mu, dan penuhi hati kami dengan kedamaian serta ketenangan daripada-Mu. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu kami memohon pertolongan. Maka, perbaikilah segala urusan kami dan janganlah Engkau serahkan kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata."
Nota Saham
17 Feb, 03:00
2,387
Bill Gates, the real old money, mengasaskan Microsoft pada 1975 bersama dengan rakannya Paul Allen. Pada 1986, Microsoft membuat IPO.
Harga pada hari penawaran ialah $21 dan sekarang dijual pada harga sekitar $400 sesaham dan telah melakukan 9 kali stock split. Bill Gates mengekalkan 45% pegangan saham ketika IPO.
Pada 1994, Bill Gates menjual sebahagian dan juga mendermakan sebahagian sahamnya untuk menubuhkan Gates Foundation. .
Warren Buffett, lagi seorang real old money, menubuhkan Buffett Partnership Ltd pada 1956. Mula membeli saham Berkshire Hathaway pada 1962 dan pada 1965 mula mengawalnya.
Beliau mula membeli pada harga $7.50 dan kini harganya lebih dari $700,000 sesaham (kelas A) dan $470 sesaham untuk kelas B.
Berkshire hanya pernah buat stock split 1 kali pada 2010 untuk menerbitkan saham kelas B supaya pelabur runcit pun dapat melabur dalam syarikatnya. .
Bill Gates menjadi billionaire melalui Microsoft.
Resign dari jawatan CEO pada tahun 2000. Resign dari jawatan pengerusi pada tahun 2014, dan tidak lagi menjadi ahli board of director pada 2020.
Sekarang cuma memegang sekitar 1.3% sahaja saham Microsoft yang masih bernilai $40 bilion.
Walaupun Bill Gates telah mendermakan lebih $30 bilion kepada yayasannya dan menjual banyak saham Microsoft, net worth Bil Gates adalah melebihi $108 bilion.
Ini kerana Bill Gates masih kekal melabur dalam pelbagai syarikat (listed dan unlisted) dan aset melalui yang diuruskan oleh pasukan pelaburannya yang diketuai oleh seorang Chief Investment Officer.
Warren Buffett pula pada usia 94 tahun masih kekal menjadi pengerusi Berkshire Hathaway dan masih aktif melabur. Net worth nya dianggarkan bernilai hampir $150 bilion. .
Bill Gates adalah contoh individu yang melabur selepas dah kaya.
Warren Buffett pula individu yang melabur sampai jadi kaya.
Mereka berkawan sejak 1991 sehingga hari ini. Itupun selepas mak Bill Gates paksa dia jumpa Warren Buffett.
Suzardi Maulan
Nota Saham
17 Feb, 01:02
1,511
Tahniah yang dapat Rtech 👏
Nota Saham
15 Feb, 23:34
2,634
Ada 3 IPO yang akan listing minggu ini:
🚀 Isnin (17 Feb) : Rtech
🚀 Selasa (18 Feb) : Techstore
🚀 Khamis (20 Feb) : Sunlogy
-----------
Kalau ada yang berminat nak join Seminar Teknik Entry IPO jam 9.30 pagi ini, masih sempat untuk daftar.
Insya Allah Ahad ni kita ada satu seminar tentang Teknik Entry IPO. Bukan pasal cara apply IPO, tapi cara entry lepas IPO dah listing. Sebab kita semua tahu bukan senang especially lately ni nak dapat allotment yang banyak.
Jadi insya Allah kita akan sama-sama berkongsi sedikit pengalaman tentang teknik² ni.
Oh ya, kita juga akan cover IPO dekat US Market termasuk screener yang kita boleh guna untuk screen IPO di US Market.
Takde buycall dalam Seminar ni. Kita akan banyak bincang study case dan setup serta teknik.
Tuan/puan boleh isi form waiting list ni ya untuk info seterusnya tentang Seminar Teknik IPO ni: