Sinopsis FIZIK ? @notaperibadiku Channel on Telegram

Sinopsis FIZIK ?

@notaperibadiku


Berputus cinta itu wajar, berputus asa dalam hidup itu jangan sesekali !! ✍🏼

Saluran ini ditubuhkan utk menggalakkan perbincangan dalam bidang Fizik.
Kalau ada kesilapan dalam penulisan tolong maklumkan kepada saya.

Founder/Admin : @AiyoJupi

Sinopsis FIZIK ? (Malay)

Selamat datang ke Saluran Telegram Sinopsis FIZIK ?! Saluran ini dikelolakan oleh @notaperibadiku dan ditubuhkan untuk menggalakkan perbincangan dalam bidang Fizik. Di sini, anda akan dapat berkongsi pengetahuan, bertukar pendapat, dan mempelajari pelbagai topik berkaitan Fizik.

Agar saluran ini dapat terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua ahli, kami mengalu-alukan sebarang maklum balas dan teguran dari anda. Jadi, jangan ragu-ragu untuk memberitahu kami jika terdapat kesilapan dalam penulisan atau pun jika anda mempunyai cadangan untuk penambahbaikan.

Jadi, tunggu apa lagi? Sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang meminati bidang Fizik! Founder/Admin kami adalah @AiyoJupi yang akan membimbing anda dalam perjalanan ini. Jom, kita teruskan perbincangan dan belajar bersama di Saluran Sinopsis FIZIK ?! 🚀🏻️

Sinopsis FIZIK ?

16 May, 14:56


Sinopsis Hari Guru (16 Mei 2024)

Ada satu cerita...

Sewaktu kekalahan Jepun pada Perang Dunia kedua, Maharaja Jepun ketika itu, Hirohito bertanya kepada salah satu perajuritnya,

'Ada berapa guru yang masih hidup?'

Bagi maharaja, dia cuma perlu guru yang cukup untuk membina semula Jepun yang hampir lenyap di peta dunia setelah gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki mengorbankan banyak nyawa ketika itu termasuk orang-orang yang tidak bersalah, kanak-kanak dan orang lanjut usia.

Disini kita sudah tahu bahawa guru merupakan pembina generasi masa hadapan yang berkualiti selaras dengan arus globalisasi. Sebarkan kepada cikgu anda !!😁

Happy Teacher's Day

Sinopsis FIZIK ?

14 May, 01:29


Diatas merupakan asas mekanik kuantum. Saya menggalakkan adik-adik yang masih sekolah menengah untuk mempelajari asas mekanik kuantum. Mula-mula memang susah😭Tapi lama-lama akan rasa teruja dan memang sesekali akan mindblown dan susah mau faham. Kenapa saya galakkan? Sebab it is out future guys. Bits menjadi qubit, cryptography menjadi quantum cryptography, dll.

Sedikit remark mengenai cryptography. Mungkin ramai yang pernah mendengar kripto/crypto. Ya, matawang digital mcm bitcoin, etherium, etc. Mereka menggunakan aplikasi kriptografi. Tapi matawang kripto dan kriptografi berbeza ya. Matawang kripto menggunakan teknologi kriptografi dan blockchain.

Kriptografi klasik berasaskan enkripsi menukarkan plain text(teks biasa) kpd teks cipher(teks cipher tidak boleh dibaca sehingga ia didekripsikan) dan menukarnya ia kembali kepada teks biasa semasa penghantaran maklumat menggunakan kunci awam dan/atau kunci persendirian(private key). Kenapa perlu pakai kriptografi? Untuk memastikan security dan keselamatan semasa penghantaran maklumat dari satu pihak ke pihak lain. Contohnya dlm cryptocurrency, untuk mengesahkan transaksi pembelian wang kripto, kita perlu pakai private key yang dijana oleh penjana nombor rawak(melibatkan matematik yang kompleks seperti pemfaktoran nombor perdana)🤩🤩

Tapi dalam kriptografi kuantum, kita pakai saluran kuantum yakni 'Quantum Key Distribution' untuk menagihkan kunci² utk tujuan enkripsi/dekripsi. Lebih advance kan..Woah🤩 Baca lebih lanjut👇🏼

Bacaan Tambahan :
1.https://www.capgemini.com/wp-content/uploads/2022/04/Final-Web-Version-Quantum-Technologies.pdf
2.https://www.techtarget.com/searchsecurity/definition/quantum-key-distribution-QKD
3.Quantum Computing
A Short Course from Theory to Experiment (Book by Joachim Stoke, Dieter Suter)
4.https://www.csis.org/analysis/quantum-technology-applications-and-implications

Sinopsis FIZIK ?

09 May, 18:03


My first science communication content as well as assignment video about plasma 😂 Hopefully I have much time to do this kind of video in future hahaha😂

"Sambil menyelam minum air"
"Kill 2 birds with 1 stone"
"yī jǔ liǎng dé"

Sinopsis FIZIK ?

09 May, 17:57


https://youtu.be/KPWex1Q2qp8?si=ryl3_cNqgZLfWZaG

Sinopsis FIZIK ?

04 May, 07:59


Testing di kaunter
Testing di gondola pakai plasma sphere

Sinopsis FIZIK ?

29 Apr, 12:10


👆👆Jom joinnnn physics coffee talk. Topic dia berkenaan global optimization in physics😻 RM2 saja utk non-USM😁 Semoga bermanfaat😊

Sinopsis FIZIK ?

29 Apr, 12:07


🤗🤗🤗Welcome to 𝙋𝙝𝙮𝙨𝙞𝙘𝙨 𝘾𝙤𝙛𝙛𝙚𝙚 𝙏𝙖𝙡𝙠 : Global Optimization in Physics organized by 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒊𝒏𝒔 𝑭𝒊𝒛𝒊𝒌 𝑼𝑺𝑴 (𝑷𝑺𝑭 𝑼𝑺𝑴)😍

👉"Join us for an illuminating exploration into the intricate world of global optimization in physics,🤩where we delve deep into the fundamental principles governing the universe.🙀 In this captivating talk, we'll navigate through the complex landscape of optimization algorithms and their applications in various branches of physics, 👀👀from quantum mechanics to astrophysics as explained🗣️🗣️ by Dr Yoon Tiem Leong,Associate Professor of the School Physics in USM. ☺️

📍Event Details:
- Date 🗓: 11th May 2024
- ⁠Platform 🖥 : Cisco Webex
- ⁠Time : 2.00p.m - 4.00 p.m.
- ⁠Fee 💎:
-👉 USM Students (Free)
-👉 Non-USM Students (Rm 2)
𝙈𝙮𝙘𝙨𝙙 𝙋𝙧𝙤𝙫𝙞𝙙𝙚𝙙

🔗 Registration Link : https://forms.gle/Q8FZ3f2rFovc58uq7

💫🤗"Unlocking the Universe's Secrets: Exploring Global Optimization in Physics - Delving into the intricate web of optimization strategies to unravel the 🤩🤩mysteries of our cosmos and push the boundaries of scientific discovery."😍


👉For any inquiries, feel free to contact us 📞:

📲 Leong (Project Director) :
https://wa.me/60165056202

📲 Joshua (Vice Project Director) :
https://wa.me/60142368195

🚀💥Join us for an insightful afternoon diving into the unseen physics that govern our lives! See you then! 🤩

Sinopsis FIZIK ?

27 Apr, 11:11


Cabaran Minggu-3 sepatutnya ...😅

Sinopsis FIZIK ?

27 Apr, 10:57


Perasan tak setiap daya asasi (Fundamental Force) ada zarah boson pembawanya tersendiri. Contoh, daya elektromagnetik zarah pembawanya ialah foton.

Kalau daya nuklear lemah iaitu yang berperanan dalam pereputan nuklear, zarah pembawanya ialah W Dan Z boson.

Daya yang merekatkan proton-proton & neutron =>kuarks didalam nukleus atom disebut daya nuklear kuat. Daya nuklear kuat hanya signifikan pada jarak dekat. Apa boson pembawanya? Zarah Gluon !!

Terus Daya asasi terakhir iaitu graviti? Apa zarah bosonik pembawanya? Graviton? Oppss, masih hipotesis. Tapi saya rasa mungkin graviton wujud, kerana semesta dicipta dengan kesimetrian. Maksudnya daripada 4 daya asasi, kalau 3 bosonik pembawa daya sudah terbukti secara teori maka seharusnya graviti juga mempunyai zarah 😅

Bagaimana pandangan anda?🤔 Tapi macam mana zarah bercas seperti elektron yang bergerak boleh menghasilkan daya elektromagnetik mereka sendiri? Dari mana foton pembawa tu berasal sbb foton kan hasil pengkuantisasian medan elektromagnetik.😂

Sinopsis FIZIK ?

21 Apr, 19:09


Sinopsis Selamat Hari Bumi. 🥳

Homosapiens sp. atau merujuk kepada manusia moden merupakan mahkluk yang menjadi khalifah di muka bumi ini. Kita mungkin berfikir bahawa manusialah entiti paling penting di alam semesta dan merupakan paksi bagi segala hidupan atau sering disebut anthropocentrism . Benarkah? Manusia, makhluk yang pintar mampu membina tamadun yang sangat maju, meneroka seluruh pelosok ilmu pengetahuan dan mampu membina teknologi sendiri. Tanpa kita sedari, manusia itu sebenarnya 'perosak' di muka bumi dengan sifat kesombongan anthropocentrism-nya. Sebut sahaja pemanasan global akibat aktiviti revolusi industri yang sangat giat, belum lagi penyahutanan, proses urbanisasi dan globalisasi yang ekstrem menjurus kepada krisis global yg bakal memusnahkan ekosistem dan dunia. Tahukah anda kepupusan salah satu spesies semut sahaja itu mampu menjurus kepada ketidakseimbangan ekosistem, walhal kepupusan manusia itu sama sekali tidak memberi impak besar kepada ekosistem. Hal ini kerana manusia berada pada hierarki tertinggi dalam rantai makanan yakni kita bergantung kepada hidupan lain untuk keperluan asas seperti makanan namun mereka tidak bergantung kpd kita.

Oleh hal yang demikian, ayuhlah kita bersama-sama hidup saling menjaga ekosistem dan melindungi alam sekitar kita. Janganlah pula kita mencurah minyak ke dalam api, menambah barah kepada krisis global yg sedang berlaku. Pada Hari Bumi, perkara mudah yang kita boleh lakukan ialah cukup tidak membuang sampah merata², jangan melakukan pembakaran terbuka, pengurusan sampah dan sisa makanan dengan betul, elakkan pembaziran air, elektrik dan makanan. Sangat mudah kan? Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh lakukan. Mungkin tindakan diatas dianggap kecil dan remeh, namun cuba fikirkan kalau kita secara kolektif melakukan sedikit perubahan tiap hari, tidak semestinya pada Hari Bumi. Mulalah dari perkara yang paling mudah dahulu. 🌎😁. Sudah tentu itu akan memberi impak yang sangat besar kepada ekosistem sekaligus kepada alam sekitar serta percayalah ia akan berbaloi juga pada akhirnya.

Jadikan Hari Bumi ini sebagai 'jentikan telinga' bagi setiap kita untuk mengingat bahawa Bumi juga memerlukan kasih sayang dari manusia.

SinopsisFiZiK (22 April 24)

Sinopsis FIZIK ?

21 Apr, 19:01


Selamat Hari Bumi 2024. 🥳🌎🌱💧🌚

Kalau boleh, jadikan tiap hari sebagai Hari Bumi.

Sinopsis FIZIK ?

17 Apr, 15:48


##2

Sinopsis FIZIK ?

17 Apr, 15:48


Fizik Attosaat (Bahagian 2)

Tempoh hari kita sudah menyentuh konsep attosaat di segmen sinopsis. Attosaat Fizik merupakan salah satu bidang fizik kuantum yang mulai dikembangkan mulai tahun 1980-an namun tahun lepas, eksperimen penghasilan harmonik berfrekuensi tinggi oleh 3 orang saintis telah mengusung mereka kepada Hadiah Nobel Fizik.

Apa kepentingan Fizik attosaat?
- Mari kita mengimbas semula ciri-ciri elektron. Pertama pergerakan elektron dalam bahan sangat pantas, yakni lebih kurang c/137, dimana c ialah halaju cahaya.

Getaran molekul secara umum berlaku pada skala femtosaat. Nadi femtosaat dihasilkan menggunakan spektrometer femtosaat supaya proses pembentukan atau pemecahan ikatan kimia dapat diperhatikan pada skala molekul. Sekarang kita sudah ada radas utk menghasilkan nadi attosaat menggunakan teknik High Harmonic Generation (HHG). Nadi attosaat digunakan dengan teknik 'pump' & 'probe' untuk mengkaji gerakan elektron pada skala attosaat sebagai contoh revolusi orbit elektron, 150as(atom H).

Sinopsis FIZIK ?

15 Apr, 12:55


Suatu foton tunggal dipancarkan melalui sumber cahaya dan seterusnya pemecah alur(beam splitter) 50% terpantul, 50% menembus. Tiap penghujung laluan mempunyai masing-masing pengesan P1, P2. Manakah pernyataan-pernyataan berikut benar?