؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛ @mujahidhuffaz Channel on Telegram

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

@mujahidhuffaz


٠ ﷽
٠ Hari ini kamu berjuang menghafal al Quran، Di Akhirat al Quran berjuang untuk menyelamatkanmu.

Bangkitlah wahai Huffaz!
Kenanglah selalu masa-masa sulitmu ketika menghafaz al Quran agar dirimu menghargai setiap masa yang ada untuk terus mengulang!

Mujahidin Huffaz (Indonesian)

Selamat datang di kanal Telegram Mujahidin Huffaz! Dalam kanal ini, kamu akan menemukan inspirasi dan motivasi untuk terus berjuang dalam menghafal al-Quran. Kami percaya bahwa setiap langkah yang kamu ambil dalam menghafal al-Quran akan memberi manfaat besar di akhirat nanti

Siapa sebenarnya Mujahidin Huffaz? Kami adalah komunitas yang didedikasikan untuk mendukung para huffaz, para penghafal al-Quran, dalam perjalanan mereka menuju keunggulan dalam menghafal Kitabullah. Kami mengundangmu untuk bergabung dengan kami dan merasakan kehangatan serta dukungan dari sesama huffaz

Apa yang bisa kamu harapkan dari kanal kami? Di sini, kamu akan menemukan kutipan-kutipan motivasi, cerita inspiratif dari para huffaz sukses, serta tips dan trik dalam memperkuat hafalan al-Quran. Kami percaya bahwa dengan bersama-sama, kita dapat mencapai tujuan mulia ini

Jangan biarkan kesulitan dalam menghafal al-Quran membuatmu putus asa. Dengan terus mengingat perjuanganmu dalam menghafal al-Quran, kamu akan belajar untuk menghargai setiap momen yang ada dan terus bersemangat dalam memperdalam hafalanmu

Bergabunglah dengan Mujahidin Huffaz sekarang dan jadilah bagian dari komunitas yang saling mendukung dalam menghafal al-Quran. Bangkitlah, wahai huffaz!

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

03 Dec, 12:39


Kata Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim,

Jika berulang dosa seratus kali atau seribu kali atau lebih, namun si pembuat dosa bertaubat pada setiap kali... taubatnya akan diterima dan dosanya akan berguguran."

Dan antara tanda benar taubat seseorang adalah :
1) Ia akan berhijrah dan meninggalkan tempat yang dia pernah melakukan maksiat didalamnya.
2) Allah menjauhkan diri dia daripada kawan-kawannya yang jahat.
3) Hal hatinya selalu merasa sedih, dan patah hati dengan dunia.
4) Selalu menangis menyesali dosa dosa lalu.
5) Banyak diam dan berfikir.

Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad ‎رحمه الله تعالى

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

27 Nov, 09:21


POV tengok ustaz/ah. 😄

Nasiblah kalau kita tersesat dalam lingkungan hamalah Quran, sekurangnya datang rasa nak mengulang.

Jika tersasar di lorong lain, kita tenang melihat yang lain tiada mengulang kerana sememangnya mereka tidak menghafal seperti kita. Namun sebenarnya kita dah benar² tergelincir pada haluan selain penghafal al-Quran. Tenang yang memudaratkan hafalan (taklifan) kita.

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

24 Nov, 10:39


"Masha-Allah al-Hafiz al-Hafizah la ni. Kagumnya saya dapat berjumpa dengan awak.."

Ayat yang selalu dapat jika bergelar al-Hafiz dan al-Hafizah kan?

Mungkin saja kita akan merasa bangga terkenal sebagai seorang penghafal al-Quran.

'Aku hafal 30 juzuk. aku budak tahfiz. Aku masyi 20 juzuk..'

Disegani oleh sesiapa kerana satu gelaran itu.
Disayangi oleh ahli keluarga, kawan-kawan, masyarakat. Dipandang tinggi oleh mereka.

Namun,
Disebalik kebanggaan itu, cuba tanya pada diri.

'Betul ke aku ni penghafal al-Quran?'

'Akhlak aku seperti al-Quran ajarkan?'
Tak semua tetapi dalam usaha.

'Aku mengulang setiap hari?'

Bertambah sayang jika gelaran itu hanya sekadar gelaran diatas sijil. Jika ditebuk, juzuk 30 pun terkontang-kanting.

Jangan suka banggakan dan puji diri sendiri, keluarga sendiri, anak sendiri, dan lain-lain, di hadapan orang lain.

Imam al-Ghazali berkata:

"Sedarlah, ketika engkau memuji diri sendiri di hadapan orang lain, orang itu sebenarnya tengah mencelamu dalam hati. Selepas engkau beredar pergi, ia akan menzahirkan celaan itu di hadapan orang lain."

Iwana Aisyah Ab Halim
al-Hafiz atau al-Habis?

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

04 Nov, 11:53


Ada satu amalan seseorang itu boleh jadi orang yang soleh dan bersih hatinya iaitu dengan perbanyakkan selawat.

Kerana selawat akan jadi guru padanya untuk mendapat cahaya demi cahaya yang lain. Dengan berselawat, dia akan dapat bertemu dengan orang yang baik, dengan para alim ulamak, dibukakan 70 pintu rahmat padanya.

Orang itu boleh terbimbing hatinya tanpa guru, biasanya seseorang akan lurus hatinya dengan guru tetapi bila seseorang itu banyak selawat, hatinya akan terbimbing dengan selawat.

al-Imam Abu Thalib mengatakan :
“Baru dikatakan seseorang itu banyak berselawat jika melebihi 300x sehari.”

iwanaaisyah
Selawat sehingga mendapat cahaya Rasulullah

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

24 Oct, 15:42


Assalamualaikum. Kami mengajak diri kami dan semua untuk melaksanakan satu kempen iaitu:

KEMPEN: #jom_usaha_ingat_alquran

TUJUAN: Mengajak menghafaz dan mengingati Al-Quran macam Al-Fatihah.

SASARAN:
1. Pemula yang baru menghafaz Al-Quran.
2. Para huffaz yang telah khatam hafazan Al-Quran.

TEMPOH KEMPEN: Hingga akhir hayat

PESANAN:
- Mulakan sekarang
- Muda selebum tua
- Hidup sebelum mati

- Hendak 1000 daya

Kami berbesar hati menjemput semua, sertai Channel Telegram "JOM INGAT AL-QURAN MACAM AL-FATIHAH" untuk melihat proses perjalanan murajaah yang sebenar dari semasa ke semasa, hingga khatam 30 juzuk dan ingat macam al-Fatihah suatu hari nanti in Sya Allah, Amin! Link 👉 https://t.me/jom_usaha_ingat_alquran

Chat @Murabbi_Siber untuk sebarang cadangan

#jom_usaha_ingat_alquran
#jom_usaha_ingat_alquran
#jom_usaha_ingat_alquran

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

16 Sep, 00:09


🆙

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

14 Sep, 00:53


Posisi Hafal / Baca Al-quran Yang Terbaik.

Alhamdulillah saya sendiri sudah pun praktik cara ni sejak 2021, dan memang betul buat diri tidak mengantuk, lebih fokus dan lebih mudah hafal. Insya-Allah.

Tips ini juga yang pernah dikongsi oleh saudara Sodeeq Subri dahulu, barakallahu fiihuma. ☺️