Последние посты Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official (@mofamalaysia) в Telegram

Посты канала Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
#ApaKhabar👋 #RakanWisma🇲🇾🌐⤵️

↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾

↗️ #MyASEAN2025 #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan
1,809 подписчиков
3,737 фото
364 видео
Последнее обновление 09.03.2025 23:08

Похожие каналы

Dr Sim Kui Hian
5,904 подписчиков
SOALAN² PSIKOMETRI TERBARU
4,896 подписчиков
EdgeProp MY
3,119 подписчиков

Последний контент, опубликованный в Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official на Telegram

Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

17

Mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb yang juga Pengerusi Majlis Hukama' Muslimin.

Kami dapat menilai semula tahap kerjasama yang telah dipersetujui semasa pertemuan yang berlangsung di Kaherah, November lalu.

Ia memberi fokus kepada memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Institut Bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Al-Azhar Al-Sharif selain penawaran biasiswa buat pelajar Malaysia menyambung pelajaran di institusi berkenaan.

Kami juga membincangkan soal penubuhan secara rasmi Majlis Hukama' Muslimin di Malaysia selain menyentuh hal ehwal Agama Islam dan situasi di Palestin.

Saya turut memperkenalkan Dato' Mohd Nakhaie Ahmad kepada Sheikh Al-Azhar Al-Sharif sebagai wakil Malaysia yang baharu di dalam Majlis Hukama' Muslimin.

Mendoakan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif dan keluarga terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

20 Feb, 08:47

128

#ApaKhabar👋
#RakanWisma🇲🇾🌐

✓ Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah menghadiri pelancaran pameran berjudul "ASEAN - Russia: Prospects of Cooperation in Civilian Nuclear Energy and Technologies" di sela-sela Mesyuarat Pegawai-pegawai ASEAN-Rusia ke-21 pada 19 Februari 2025 di Sekretariat ASEAN.

🌺 Pameran ini mengetengahkan kepentingan potensi kerjasama tenaga antara ASEAN dan Rusia serta peranan pembangunan tenaga nuklear awam ke arah mencapai keselamatan dan kemampanan tenaga di rantau ini.

🇲🇾🌐

#WismaPutra #ASEANRussia #MyASEAN2025 #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #TaatSetia

[ 📢 ENG CAPTION IS AVAILABLE AT COMMENT SECTION ]
https://www.instagram.com/p/DGScJ9azdox/?igsh=M3JzeDg4cGFvd2pp
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

07 Feb, 07:09

91

▶️ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2025 | KHAMIS, 6 FEBRUARI 2025

"Krisis kemanusiaan di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati melalui Kemuafakatan Lima Perkara (Five-Point Concensus)"

#WismaPutra #MyASEAN2025 #MADANIBekerja #TaatSetia #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/reel/DFwzoAxzCRE/?igsh=azZlNThkNWloMmow
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

07 Feb, 00:51

44

#ApaKhabar👋
#RakanWisma🇲🇾🌐

✓ Hari Terbuka Putrajaya 2025 kembali lagi

✓ Temui kami di Hari Terbuka Putrajaya pada 6-9 Februari 2025 yang bakal berlangsung di pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA! 🆓

🌺 JUMPA ANDA DI SANA - DI SANA - DI SANA! INGAT! RERUAI ZON 7, K5-K6 DAN SERTAI SESI INTERAKTIF DAN DAPATKAN CENDERAMATA MENARIK DARI WISMA PUTRA🌟

"Satu Destinasi, Pelbagai Solusi" | "Bersama Merakyatkan Diplomasi"

#WismaPutra #HariTerbukaPutrajaya2025 #PutrajayaOpenDay2025 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia #MyASEAN2025 #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability
https://www.instagram.com/p/DFr5OgEz-gO/?igsh=MXdoN3BtdmdzczExMQ==
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

07 Feb, 00:41

63

▶️ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2025 | KHAMIS, 6 FEB 2025

"Malaysia menolak sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza"

#WismaPutra #MyASEAN2025 #MADANIBekerja #TaatSetia #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/reel/DFwHaYXzPpy/?igsh=OXl6emw3aTRwczUy
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

07 Feb, 00:36

55

▶️ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2025 | KHAMIS, 6 FEB 2025

"ASEAN & Malaysia tidak setuju dengan sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa, Piagam PBB, hak asasi manusia & triti-triti antarabangsa"

#WismaPutra #MyASEAN2025 #MADANIBekerja #TaatSetia #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/reel/DFwGu-WTXw-/?igsh=MTFzY3d6ZWtjOTV2Nw==
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

07 Feb, 00:26

51

#ApaKhabar👋
#RakanWisma🇲🇾🌐

✓ Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri telah menghoskan majlis makan tengah hari pada 6 Februari 2025 bagi meraikan TYT Ary Norton de Murat Quintella, Duta Besar Republik Persekutuan Brazil yang bakal menamatkan tempoh penugasan beliau di Malaysia.

🌺 Timbalan Menteri Luar Negeri turut merakamkan penghargaan Kerajaan Malaysia atas sumbangan dan dedikasi Duta Besar dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil sepanjang penugasannya di Malaysia.

🇲🇾🤝🇧🇷

#WismaPutra #MalaysiaBrazil #HubunganDuaHala #BilateralRelations #MyASEAN2025 #MADANIBekerja #TaatSetia #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/p/DFwFkxizbci/?igsh=MXdlOGNvZ3BpdWNsdQ==
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

07 Feb, 00:17

71

#ApaKhabar👋
#RakanWisma🇲🇾🌐

✓ Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri menandatangani buku takziah bagi pihak Kerajaan Malaysia atas pemergian TYT Horst Köhler, mantan Presiden Jerman di Kediaman Rasmi Duta Besar Jerman pada 6 Februari 2025.

🌺 Legasi dan pengaruh mendiang Horst Köhler sebagai seorang pemimpin dan ahli terkemuka di Jerman serta di persada antarabangsa akan dikenang dan dihormati oleh generasi yang akan datang.

🇲🇾🤝🇩🇪

#WismaPutra #MalaysiaGermany #MalaysiaJerman #HubunganDuaHala #BilateralRelations #MyASEAN2025 #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #TaatSetia
https://www.instagram.com/p/DFwEYQ3zKjM/?igsh=ZzF5a3RoYW1id3Jv
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

06 Feb, 08:37

136

#KiaOra👋
#RakanWisma🇲🇾🌐

🌺 Wisma Putra extends its heartiest congratulations to New Zealand on the auspicious occasion of Waitangi Day!

🇲🇾🤝🇳🇿

#WismaPutra #BilateralRelations #HubunganDuaHala #MalaysiaNewZealand #MyASEAN2025 #TaatSetia #MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/reel/DFuU4mqT_iB/?igsh=MWV1dW55bGFwcm51OQ==
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

29 Jan, 07:28

70

Sewaktu sidang media bersama dengan Presiden Prabowo, saya tegaskan bahawa Malaysia dan Indonesia yang punya sejarah, bahasa dan budaya yang sangat dekat, harus memanfaatkan segala kekuatan untuk melonjakkan keupayaan kedua-dua negara.

Persahabatan dan kerjasama erat antara kedua-dua perlu diperluas dan dipertingkatkan sama ada terkait ekonomi, perdagangan, pelaburan, pendidikan, penyelidikan, teknologi makanan, industri hiliran, tenaga, pertahanan dan seumpamanya.

Ini termasuk kerjasama yang disentuh dalam mesyuarat hari ini membabitkan PETRONAS dan PERTAMINA, dua syarikat gergasi di rantau ini yang boleh menyelaras kesepakatan dalam penerokaan dan bidang perniagaan baharu.

Pertemuan antara delegasi Malaysia dan Indonesia hari ini turut mencapai persefahaman untuk merungkai isu tertunggak seperti sempadan dan tenaga kerja dalam semangat persahabatan.

Saya juga sempat menghimbau nostalgia hubungan peribadi menjangkau puluhan tahun dengan Presiden Prabowo, yang telah saya anggap sebagai keluarga saya sendiri.

Bapak Prabowo adalah antara teman setia yang sentiasa mengambil berat seeaktu tempoh duka lara saya yang panjang dan berliku. Umpama petikan puisi Chairil Anwar, “binatang jalang dari kumpulannya terbuang,” namun masih ada sahabat yang setia.

Sebelum mengakhiri pertemuan penuh bermakna ini, saya membawa Presiden Prabowo berjalan merentasi jambatan ikonik di ketinggian 170 meter yang menghubungkan dua Menara Berkembar PETRONAS.

Saya percaya pertemuan hari ini juga telah menjadi jambatan yang memperkukuh persahabatan Malaysia dan Indonesia, dua negara serumpun dan sejiwa.

🇲🇾🫶🇮🇩

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja