Последние посты Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official (@mofamalaysia) в Telegram

Посты канала Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
#ApaKhabar👋 #RakanWisma🇲🇾🌐⤵️

↗️Saluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia 🇲🇾 | Official Telegram Channel for Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs 🇲🇾

↗️ #MyASEAN2025 #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan
1,809 подписчиков
3,737 фото
364 видео
Последнее обновление 09.03.2025 23:08

Похожие каналы

OrientaldailyNewsMalaysia
26,004 подписчиков
Amanz
6,378 подписчиков
SoyaCincau
1,533 подписчиков

Последний контент, опубликованный в Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official на Telegram

Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

28 Feb, 07:51

141

#Hola👋
#RakanWisma🇲🇾🌐

🌺 Wisma Putra extends its heartfelt congratulations to the Dominican Republic on the auspicious occasion of its Independence Day!

🇲🇾🤝🇩🇴

#WismaPutra #BilateralRelations #HubunganDuaHala #MalaysiaDominicanRepublic #MyASEAN2025 #TaatSetia #MalaysiaMADANI
https://www.instagram.com/reel/DGm8dMPzyAk/?igsh=bXl5M2JleGduYWM0
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

27 Feb, 07:20

194

#Salaam👋
#RakanWisma🇲🇾🌐

✓ Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Dr. Masoud Pezeshkian, Presiden Republik Islam Iran. Ini merupakan pertemuan kali pertama Menteri Luar Negeri dengan Presiden Republik Islam Iran.

🌺 Perbincangan tertumpu kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran serta isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama, terutamanya mengenai situasi di Palestin dan Timur Tengah.

🇲🇾🤝🇮🇷

#WismaPutra #MalaysiaIran
#HubunganDuaHala #BilateralAffairs #MyASEAN2025 #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #TaatSetia

[ 📢 ENG CAPTION IS AVAILABLE AT COMMENT SECTION ]
https://www.instagram.com/p/DGkOLQGzpqB/?igsh=MTI3eTRueXRiNmJmdQ==
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

23

Alhamdulillah, hari yang penuh bermakna buat saya dan delegasi Malaysia.

Selain mengukuhkan hubungan Malaysia dan Bahrain menerusi pelbagai kerjasama, saya juga berpeluang menyampaikan ketegasan Malaysia di hadapan para ulama serta sarjana Islam sewaktu Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC).

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

18

Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, saya dibawa untuk melawat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (Bahrain EDB).

Selain menerima penerangan daripada Menteri Pembangunan Lestari dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahrain EDB, Noor Binti Ali AlKhulaif, kami juga berpeluang berbincang lanjut soal kerjasama baharu yang boleh diusahakan antara kedua-dua negara.

Bahrain EDB juga sedia untuk menjadi pemudah cara kepada mana-mana syarikat Malaysia untuk melabur di negara ini serta menjadi penghubung dengan negara-negara Timur Tengah.

Kami turut membincangkan soal mata wang kripto dan mendengar pengalaman Bahrain dalam mengendalikan perkara ini.

🇲🇾🇧🇭

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

37

Selesai urusan di Manama, Bahrain, saya dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, kunjungan ini telah mencapai objektif dalam mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Bahrain.

Penghargaan saya kepada Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa atas undangan sebagai tamu negara.

Di sela lawatan rasmi, saya turut diberi penghormatan sampaikan ucapan semasa Intra-Islamic Dialogue Conference (IIDC) yang dianjurkan di bawah naungan Raja Bahrain dan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif merangkap Pengerusi Majlis Hukama' Muslimin.

Terima kasih juga buat pasukan kementerian, pihak kedutaan, petugas keselamatan dan rakan media yang melicinkan setiap urusan sepanjang berada di Manama.

Insya-Allah kita ketemu lagi!

🇲🇾🇧🇭

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

8

Menghadap Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya, Manama.

Dalam pertemuan ini, kami dapat menilai tahap kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain selain berpeluanh meneroka bentuk kerjasama baharu.

Kerjasama ini meliputi beberapa bidang tumpuan antaranya pelaburan dan perdagangan, kewangan dan perbankan Islam, semikonduktor serta kesalinghubungan meliputi sektor pelancongan.

Kami juga menyentuh isu serantau terutamanya melibatkan situasi di Timur Tengah khususnya Palestin yang memerlukan kerjasama serta tekad yang menyeluruh untuk memastikan saudara Islam di sana dalam keadaan baik selain mendapat pembelaan sewajarnya.

Ruangan sama turut saya gunakan untuk mengundang Putera Salman ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China.

Semoga hubungan Malaysia dan Bahrain terus diperkukuh sekali gus dapat menarik lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.

-

Had an audience with the Crown Prince and Prime Minister of Bahrain, His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al Khalifa, at Gudaibiya Palace in Manama.

During our discussion, we reviewed the progress of bilateral relations between Malaysia and Bahrain and explored new opportunities for cooperation.

I also took the opportunity to extend an invitation to His Royal Highness to visit Malaysia for the ASEAN-Gulf Cooperation Council (GCC) Summit and the ASEAN-GCC+China Summit.

🇲🇾🇧🇭

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

5

Saya berkesempatan santuni diaspora Malaysia di Manama sekali gus dapat menerangkan pelbagai usaha serta ikhtiar Kerajaan MADANI buat rakyat terbanyak.

Saya turut menjawab pelbagai pertanyaan daripada mereka meliputi beberapa perkara antaranya soal penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Manama, peluang pekerjaan, pelaburan dan kewangan Islam, termasuk isu politik tempatan.

Saya juga titipkan pesan buat mereka agar senantiasa menjaga imej negara selain perlu mencari kesempatan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai perkara khususnya ilmu dan perubahan baru agar tidak terperangkap dengan pemikiran lapok.

Saya percaya pengalaman dan semangat luar biasa mereka di luar negara dapat kita gunakan untuk membangun sebuah negara MADANI yang berjaya dari segi ekonomi dengan budaya yang dinamik, berbilang kaum, dan berbilang agama.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

16

Menerima kunjungan Menteri Kewangan dan Ekonomi Bahrain, Shaikh Salman Bin Khalifa Al Khalifa.

Pertemuan kami berkisar terkait kerjasama ekonomi dan kewangan antara kedua-dua negara yang perlu diperkukuh, termasuk mata wang kripto dan platform sandbox.

Selain itu, kami turut membincangkan kerjasama pelancongan, kesalinghubungan Kuala Lumpur - Manama, dan sektor pembuatan.

Bahrain juga menyatakan komitmen untuk menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China yang mana Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa akan berangkat hadir.

Saya percaya kolaborasi antara Malaysia dan Bahrain dalam bidang yang dipersetujui akan memberi manfaat langsung kepada ekonomi dan rakyat kedua-dua negara.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

3

Diberi penghormatan sebagai satu-satunya ketua negara bagi menyampaikan ucapan dan berkongsi pandangan bersama para ulama serta sarjana Islam di Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC).

Platform ini dimanfaatkan dalam menggesa agar kumpulan ini bersatu dalam menangani isu sektarianisme dengan mengambil tindakan konkrit mendukung Palestin dan Syria.

Saya tegaskan bahawa eksploitasi sektarianisme digunakan sebagai senjata membakar ketegangan hanya akan memecahbelah masyarakat serta melemahkan kerjasama politik sekali gus menjauhkan kita dari kesatuan yang didambakan.

Alhamdulillah, ucapan saya ini senada dengan gesaan Imam Besar Al Azhar Al Sharif Prof Dr Ahmed El-Tayyeb, yang menggesa agar sarjana dan kepemimpinan dunia Islam untuk memimpin usaha memupuk perpaduan serta bertindak dengan kesedaran sebagai ummah yang bersatu, selain menolak budaya fanatisme agama yang kian mengakar.

Dunia Islam mesti mempamerkan solidariti yang lebih besar terhadap warga Palestin – tidak sekadar melalui retorik, tetapi dengan tindakan yang kolektif, usaha diplomatik yang sistematik dan berterusan, serta dukungan ekonomi.

Pembunuhan beramai-ramai, peluasan penempatan haram dan pengusiran berterusan warga Palestin menuntut lebih daripada sekadar kecaman.

Dunia Islam mesti komited dalam menyediakan dukungan dalam aspek pendidikan, hak dan akses kepada kesihatan dan infrastruktur serta mesti melonjak suara mereka di setiap platform antarabangsa.

Selain Palestin, saya juga sampaikan bahawa Syria berpotensi menjadi model bagi usaha perdamaian dan rujukan selain menggesa dunia Islam untuk sama-sama menyusun masa depan mereka.

Tanda-tanda awal penyesuaian dan usaha membina keamanan di Syria bukan sahaja membawa harapan kepada rakyat Syria, tetapi juga peluang bagi seluruh ummah.

Insya-Allah, biar sejarah mencatat bahawa – melalui tindakan, integriti, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi – kita sememangnya satu ummah, dengan satu tujuan yang sama.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Wisma Putra 🇲🇾🌐 - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official

21 Feb, 02:05

15

Menghadap Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Sakhir.

Saya menzahirkan penghargaan kepada Baginda atas layanan yang cukup baik oleh Kerajaan Bahrain kepada delegasi Malaysia sepanjang lawatan rasmi ini.

Sesi menghadap ini menjadi wadah untuk terus memperteguh hubungan akrab antara kedua-dua negara menerusi pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama khususnya pelaburan dan perdagangan.

Saya yakin hubungan baik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan Raja Hamad turut memainkan peranan besar kepada pengukuhan kerjasama kedua-dua negara sekali gus membawa kemakmuran yang lebih besar kepada rakyat.

Visi dan kebijaksanaan Baginda dalam memimpin pertumbuhan Bahrain menjadi inspirasi buat saya untuk terus bekerja keras memacu Malaysia ke arah kebaikan dari segenap aspek.

Semoga Allah SWT memberkati Raja Hamad serta seluruh rakyat Bahrain dan mudah-mudahan hubungan kedua-dua negara akan terus dipertingkat, Insya-Allah.

🇲🇾🇧🇭

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja