Majlis Ilmu Malaysia @majlisilmumalaysia Channel on Telegram

Majlis Ilmu Malaysia

@majlisilmumalaysia


- Channel Telegram Majlis Ilmu Malaysia -
Poster Majlis Ilmu Dan Maulid

Majlis Ilmu Malaysia (Malay)

Salam sejahtera kepada semua pencinta ilmu di Malaysia! Kini, kami dengan bangga memperkenalkan kepada anda Telegram Channel Majlis Ilmu Malaysia. Channel ini dikelola oleh Poster Majlis Ilmu Dan Maulid untuk membawa kepada anda pelbagai maklumat berguna berkenaan ilmu pengetahuan, agama, dan kehidupan secara keseluruhan.

Siapa sebenarnya Majlis Ilmu Malaysia? Ia adalah sebuah platform di mana para ahli masyarakat Malaysia boleh berkongsi ilmu, pengalaman, serta pandangan tentang pelbagai topik yang menarik. Channel ini juga mempunyai pertemuan rutin di mana ahli-ahlinya dapat bertukar pendapat dan menimba ilmu dari sesama mereka.

Apa yang anda boleh harapkan dari channel ini? Anda akan mendapat akses kepada ceramah, bacaan, dan video-video yang memberi panduan tentang kehidupan seharian, solat, serta adab-adab yang seharusnya kita amalkan. Selain itu, terdapat juga perkongsian-pertemuan ilmiah dari para ulama dan cendekiawan Malaysia yang terkemuka. Dengan menyertai Channel Majlis Ilmu Malaysia, anda tidak hanya dapat menambah pengetahuan anda, malah dapat menjalin silaturahim dengan ahli-ahli lain.

Jadi, jom sertai Telegram Channel Majlis Ilmu Malaysia sekarang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang berilmu dan berdaya! Mari kita sama-sama mengejar ilmu pengetahuan demi kebaikan diri kita dan masyarakat sekeliling. Terima kasih dan jumpa anda di sana!

Majlis Ilmu Malaysia

09 Oct, 05:54


https://vt.tiktok.com/ZS2cLNeyL/

Majlis Ilmu Malaysia

28 Sep, 12:50


Follow the Info Maulid channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E

Majlis Ilmu Malaysia

16 Sep, 05:11


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Majlis Ilmu Malaysia

18 Aug, 14:32


Sanad keilmuan pondok saya adalah daripada:
Tuan Guru Baba Haji Ghazali Bin Ahmad Al-Fatōniy Al-Azhariy (Baba Li Sekam) daripada Tuan Guru Baba Haji Abdul Qadir Bin Wangah Al-Fatōniy Al-Makkiy (Ayah Dir Sekam) daripada Tuan Guru Syaikh Wan Ismail Bin Wan Abdul Qadir Al-Fatōniy Al-Makkiy (Pak Da Eil Mekah).

خالد سبت عبد الله
طالب الدراسات العليا (قسم الحديث)
بجامعة الأزهر الشريف

Majlis Ilmu Malaysia

18 Aug, 14:32


“GELARAN BABA”
Semasa tahun-tahun terakhir memondok di Sekam, Mayo, Pattani dahulu, guruku yang mulia, Tuan Guru Baba Haji Ghazali Ahmad (Baba Li Sekam) حفظه الله pernah menyentuh dan utarakan kepada kami berkaitan gelaran “Baba” ini.

Sebelum itu, untuk pengetahuan ramai, terdapat 5 peringkat gelaran keilmuan di pondok-pondok Pattani:

1.Tok Pakir ( berasal daripada kalimah فقير iaitu yang sangat/sentiasa berhajat): gelaran ini untuk pelajar-pelajar yang baru belajar di pondok dan masih bertatih belajar matan-matan asas dan tidak mampu baca kitab Arab.

2. Kepala Telaah (berasal daripada مطالعة): gelaran untuk abang-abang yang sudah boleh baca kitab Arab dan mampu ajar matan-matan asas dan kitab mutawassith kepada adik-adik dan kawan-kawan sebaya. Biasanya Tok Guru/Baba yang berikan keizinan kepada Kepala Telaah ni untuk mengajar dalam kelompok kecil di sekitar pondok. Panggilan mereka ini biasanya Abe (Abang).

3. Ustaz. Gelaran ini diberikan kepada pelajar-pelajar senior yang sudah mahir dan kemas baca kitab Arab dan sudah diiktiraf dan dipercayai kefahamannya oleh Tok Guru/Baba. Biasanya Ustaz ini akan dipilih dan diutuskan oleh Tok Guru/Baba untuk mengajar kitab di luar pondok iaitu di masjid-masjid untuk orang awam. Oleh kerana itu pelajar-pelajar pondok akan merasa pelik apabila seseorang yang belum mahir mengajar kitab Arab dengan bagus atau masih baru belajar ilmu agama tapi sudah digelar sebagai Ustaz.

4.Kholi: Gelaran kepada ustaz-ustaz yang sudah lama di pondok. Biasanya sudah jadi menantu Tok Guru/Baba.

5.Tok Guru/Baba. Gelaran tertinggi sistem pondok yang telah melalui peringkat-peringkat sebelum itu. Sudah tentu mereka ini telah menguasai ilmu dan tarbiah syakhsiah dengan baik. Berpengalaman mengajar dan mampu mengajar kitab aras tinggi dan memimpin pondok. Tok Guru/Baba lepasan universiti Timur Tengah biasanya ada takhassus mereka masing dan semestinya ada musyārakah yang baik dalam ilmu-ilmu lain. Syarat utama mereka ini sudah pasti Ilmu Alat khususnya Nahu Sorof dan Balaghah mereka baik. Tidak akan digelar Tok Guru/Baba bagi mereka yang tidak kemas baca kitab Arab.

Kembali semula kepada isu gelaran “Baba”. Menurut pandangan Baba Li, asal usul gelaran “Baba” ini pelbagai pandangan samada yang baik dan buruk termasuk apa yang disebutkan oleh Tuan Guru Baba Abdul Basit حفظه الله. Namun semua pandangan tersebut bersifat zhann dan belum dibuat kajian secara khusus. Gelaran asal yang tidak ada isu adalah Tuan Guru/Tok Guru dan secara khusus kepada pelajar-pelajar pondok Sekam, Baba lebih mesra dipanggil dengan “PokSu” kerana isteri Baba merupakan anak bongsu Ayah Dir Sekam رحمه الله.

Sejurus Baba kata begitu kepada kami, kami pelajar-pelajar Malaysia pun berbincang nak panggil Baba dengan apa selepas itu kerana kami nak panggil dengan gelaran yang selayaknya yang kekal ada haibah keilmuan sama ada TokGuru, Syaikh, dan lain-lain kerana panggilan “PokSu” tu terasa agak kekok ketika itu kerana sudah ada orang lain berdekatan pondok yang kami sudah biasa panggil “PokSu”.

Namun saya secara peribadi, kekal panggil dengan gelaran “Baba” kerana لكل امرئ من دهره ما تعودا dan kalimah Baba walaupun dalam Bahasa Arab digunakan untuk ketua gereja, ia digunakan juga untuk makna bapa/ayah. Tambahan pula sebelum itu saya pernah mengaji dengan Kiyai Haji Uthman Al-Mandiliy رحمه الله. Mula-mula saya dan lain-lain panggil Kiyai namun satu masa Kiyai suruh panggil Ayah. Tidak kira gelaran apa kepada mereka, mereka realitinya memang ayah/baba keilmuan bagi kita.

Oleh sebab itu, secara peribadi sampai sekarang saya akan panggil Tuan Guru Haji Ghazali Ahmad حفظه الله sebagai Baba supaya saya sentiasa syukur dan berterima kasih atas didikan ilmu dan akhlaknya kepada saya bak seorang ayah kandung ke mana-mana sahaja beliau pergi, saya sering dibawanya bersama . جزاه الله عني خير الجزاء .

Sebagai nasihat untuk diri sendiri dan orang lain, berilah gelaran Tok Guru/ Tuan Guru/ Baba/ Ustaz hanya kepada yang benar-benar layak.

Majlis Ilmu Malaysia

12 Aug, 04:52


🔴 LIVE | Daurah Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah | Habib Alwi Bin Abdullah Alaydrus | Akademi Darul Turath Al-Hajari

YOUTUBE
https://www.youtube.com/live/PmYFclP8zI4?si=0PVO63k5JV3kM1lO

FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/v/yNN8tZzJjdh9b5oa/?mibextid=WC7FNe

Majlis Ilmu Malaysia

03 Jul, 05:13


https://www.instagram.com/p/C88ZmLpS5jp/?igsh=MTA0MjJxNmVsb2Y0ag==

Kami Sokong RUU MUFTI WILAYAH

Majlis Ilmu Malaysia

05 Jun, 23:39


Curang dan setia adalah pilihan hamba, namun di bawah lingkungan qada dan qadar Allah ﷻ.

Kesilapan diri sendiri lalu dipalitkan dengan qada qadar merupakan kesilapan berganda.

Bila bicara perbuatan hamba sebagai hukum biarlah dalam ruangan hukum.

Bila bicara akidah pula biarlah dijadikan asas di tempatnya, barulah tidak timbul porak peranda.

Namun yang paling penting asas akidah sebagai benteng sebelum menyelam di pelbagai lapangan dunia.

kredit :
Abdul Rashid Muhamat Akip

Majlis Ilmu Malaysia

04 Jun, 10:42


Festival Sunnah 7.0

3 Oktober Hingga 5 Oktober 2024
Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah

Untuk Update Info Maulid Dan Majlis Ilmu Seluruh Malaysia:
https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E

Majlis Ilmu Malaysia

29 May, 09:02


Assalamualaikum semua, nak minta jasa baik semua untuk sebarkan link Channel Info Maulid boleh?

Moga lebih ramai lagi dapat update berkaitan Majlis Ilmu dan Maulid

Link :
https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E

Boleh share ke group-group dan status masing-masing InshaAllah
Terima kasih yaa semua🤍

Majlis Ilmu Malaysia

29 May, 01:46


BERIKUT 15 CIRI-CIRI MENGENAL WAHHABI:

1. Bukan semua individu yang meninggalkan bacaan Qunut itu dikira sebagai Wahabi,
tetapi siapa saja yang menyerupakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan makhlukNya dan mensifatkanNya dengan anggota maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Tanbihat Fi Rad ‘Ala Man Tawwala al-Sifaat, Karangan Ibn Baz, terbitan Riasah ‘Ammah Lilifta’, Riyad, hlm 19).

2. Bukan semua individu yang meninggalkan Shalat Sunnah Qabliyyah sebelum Jum’at itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengkafirkan al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah serta menghalalkan darah mereka itu maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahhabi. (Lihat: Kitab Min Masyahir al-Mujaddidin Fi Islam, terbitan Riasah ‘Ammah Lilifta’, Riyadh, hlm 32. Kitab Fathul Majid karangan Abdul Rahman, terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh, hlm 353. Kitab Manhaj Asya’irah fil Aqidah, karangan Dr Safar al-Hawali, hlm 5, 16 dan 29. Kitab Lal-Maturidiyyah Wamauqifuhum Minal Asma’ Wa Sifaat, karangan Syamsul Salafi al-Afghani, 10,11 dan 44. Kitab al-Tauhid, terbitan tahun 1423 H, hlm 66-67, dimana ulama Wahhabi Soleh Fauzan al Wahhabi berkata: فهؤلاء المشركون هم سلف الجهمية والمعتزلة والأشاعرة “Maka golongan musyrik tersebut adalah salaf firqah al-Jahmiyyah, al-Muktazilah dan al-Asya’irah (Asy’ariyyah)”.

3. Bukan semua individu yang tidak mengumandangkan adzan sebanyak 2 kali pada hari Jum’at itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengkafirkan umat Islam yang bertawassul dengan Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam dan menghalalkan darah serta harta mereka maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab al-Tauhid karangan Shaleh Fauzan, hlm 70).

4. Bukan semua individu yang meninggalkan majelis Tahlil (Tahlilan) kepada si mayyit itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mensifati Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan duduk bersemayam, menetap, bergerak, dan berpindah-randah maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Fathul Majid, karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab, cetakan Darul Salam, Riyadh, hlm 356. Kitab Fatawa Aqidah, karangan Ibn al-Utsaimin, hlm 742).

5. Bukan semua individu yang mendakwa dan mendengungkan dia mengikut al-Quran dan as-Sunnah itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengkafirkan orang yang mengikut mazhab-mazhab yang muktabar (seperti madzhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Hanbali), menghalalkan darah mereka serta menganggap taqlid kepada imam-imam mazhab itu adalah syirik maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab al-Din al-Khalish, karangan al-Qanuji, jilid 1 hlm 140 dikatakan: تقليد المذاهب من الشرك “Mengikut mazhab-mazhab yang muktabar adalah syirik”. Dengan ini, mereka telah mengkafirkan mayoritas umat Islam di seluruh dunia pada hari ini dan umat Islam sebelumya yang beramal dan bertaklid kepada mazhab-mazhab yang empat).

6. Bukan semua individu yang membayar zakat Fitrah dengan mengeluarkan bahan makanan seperti beras itu Wahabi, tetapi siapa saja yang melarang atau mengharamkan perjalanan dengan tujuan untuk menziarahi maqam Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam itu maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Tahqiq Wal Idhoh Likathir Min Masail al-Haj Wa al-‘Umrah, hlm 88, 89, 90,dan 98).

7. Bukan semua individu yang meninggalkan ucapan Sayyidina “سيدنا” ketika bersholawat kepada Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengharamkan majelis Maulid Nabi dan mengkafirkan pelakunya maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Llihat: Kitab al-Tauhid, karangan Shaleh bin Fauzan, Riyadh, hlm 166 dan 120. Kitab Tahzir Min al-Bid’ah, karangan Ibn Baz, hlm 3, 4, 5 & 5).

Majlis Ilmu Malaysia

29 May, 01:46


Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala melindungi kita dan keluarga kita dari fitnah akhir zaman, fitnah Syiah, fitnah Wahhabi, fitnah Yahudi Nasrani, dan fitnah Dajjal.

Majlis Ilmu Malaysia

29 May, 01:46


8. Bukan semua individu yang tidak mengamalkan membaca Quran Surah Yasin (Yasinan) pada malam Jum’at adalah Wahabi, tetapi siapa saja yang mengharamkan bacaan al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia maka tidak diragukan lagi dia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Taujihaat Islamiyyah, karangan Muhammad Zainu, Riyadh. Hlm 137).

9. Bukan semua individu yang meninggalkan doa dan dzikir setelah shalat itu dikira sebagai Wahabi,
tetapi siapa saja yang mengharamkan amalan bertabarruk dengan Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam dan menuduh orang yang melakukannya dengan syirik serta menghalalkan darah mereka maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahhabi. (Lihat: Kitab Islamiyyah La Wahhabiyyah, karangan Nashir bin ‘Abdul Kareem Al-‘Aqal, hlm 87. Kitab Tahzir al-Sajid Min Ittikhaz al-Qubur Masajid, hlm 68-69).

10. Bukan semua individu yang tidak melafadzkan niat (seperti niat shalat Usholli, niat Puasa Ramadhan, dll) itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang meyakini bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala duduk atau bersemayam di atas ‘Arasy (langit) maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Majalah Haji, Edisi 9 jilid 11, 1415 Hijriyyah, Makkah 73-74).

11. Bukan semua individu yang mengatakan bahwa pahala bacaan al-Quran (seperti hadiah Al-Fatihah) tidak sampai kepada si mayyit melainkan dengan cara berdoa itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengingkari kenabian Adam ‘Alaihis Salam maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahhabi. (Lihat: Kitab al-Iman bil Anbiya’ Jumlatan, karangan Abdullah bin Zaid, cerakan Maktabah Islami, Beirut. Kitab Syarah Thalathah al-Ushul, karangan Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, Dar al-Thurauyya Linnasyr, hlm 149).

12. Bukan semua individu yang melarang pembangunan di atas kuburan yang diwakafkan itu dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengkafirkan para Sufi dan menganggap pembunuhan terhadap golongan Sufi adalah suatu perkara yang wajib maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Majmu’ al-Mufid Min ‘Aqidah al-Tauhid, Maktabah Darul Fikr, Riyadh, hlm 102).

13. Bukan semua individu yang mensifati Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan istiwa’ dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mentafsirkan istiwa’ yang warid di dalam al-Quran dengan makna duduk bersemayam (الجلوس) maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Nazarot Wa Ta’aqubat ‘Ala Ma Fi Kitab Al-Salafiyyah, karangan Shaleh bin Fauzan, Cetakan Darul Watan Riyadh, hlm 40).

14. Bukan semua individu yang tidak menyebut sifat 20 di dalam kitab-kitab mereka dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mensifatkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan anggota badan maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahhabi. (Lihat: Kitab Tanbihaat Fi Rod ‘Ala Man Taawwala al-Sifat, karangan Bin Baz, hlm 19).

15. Bukan semua individu yang tidak mengusap tangan ke muka setelah berdoa dikira sebagai Wahabi, tetapi siapa saja yang mengharamkan ucapan Shodaqollohul ‘Adzim (صدق الله العظيم) setelah selesai membaca al-Quran, maka tidak diragukan lagi ia adalah Wahabi. (Lihat: Kitab Majalah Buhuth Islamiyyah, terbitan Riyasah Buhuth Al-‘Alamiyyah wa al- Ifta’, Edisi 45 tahun 1416 H, Riyadh, hlm 94. Kitab Taujihaat al-Islamiyyah, karangan Muhammad Zainu, hlm 81. Kitab al-Bahthu wa al-Istiqra’ Fi Bida’ al Qurra’, karangan Dr Muhammad Musa Nasr).

Melalui 15 perkara atau ciri yang telah disebutkan di atas maka kita sebagai pengikut ahlussunnah wal jama’ah dapat dengan mudah membedakan dengan pasti hakikat sebenarnya sipakah Wahhabi, mana yang termasuk golongan Wahhabi dan mana yang bukan Wahhabi. Mungkin masih banyak lagi perkara atau ciri-ciri yang menandakan seseorang itu Wahhabi atau bukan, bisa saja lebih dari 15 perkara di atas. Yang jelas, kelima belas ciri-ciri tersebut bisa dijadikan pedoman bagi kita untuk mendeteksi secara dini “kewahabian” dalam diri sendiri atau orang lain agar tidak terjerumus lebih jauh ke dalam firqah tersebut karena kadang kala seseorang itu sudah terpengaruh faham Wahhabi tetapi tidak disadari.

Majlis Ilmu Malaysia

26 May, 04:40


إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan, kita baru sahaja kehilangan seorang permata Ulama dari kalangan Muhaddithin iaitu Sayyidi Asy-Syaikh Ibrahim Al-Kittani

Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan mulia di sisi Allah SWT, Aamiin

Majlis Ilmu Malaysia

18 May, 07:08


JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS KHATAM AL-QURAN KALI KE-49 ANJURAN PERSATUAN HALAQAH AL-QURAN DAN TAHSIN TILAWAH BESTARI DENGAN KERJASAMA MASJID ABU DARDA'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

YB / Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato'/ Datin / Tuan/Puan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Halaqah Al-Quran dan Tahsin Tilawah Bestari akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-49 seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 23 Jun 2024 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Masjid Abu Darda', Nilai Impian

3. Objektif Majlis ini antara lainnya adalah;
i. Menanam sikap menyanjungi Al-Quran dan memuliakan Al-Quran.
ii. Menarik minat orang ramai membaca dan berusaha mengkhatamkan Al-Quran.
iii. Menyemaikan minat orang ramai menyertai program-program keagamaan.
iv. Mempelbagaikan dengan tilawah, tadabbur dan haflah, seni dalam bacaan Al-Quran.
v. Menghayati Surah melalui Tadabbur Al-Quran.

Pengesahan Kehadiran boleh ke nombor tertera :

http://www.wasap.my/601123940913/khatam49

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Admin Persatuan Halaqah Al-Quran di talian 011-2394 0913 (Cik Nurul Shazura Shazlen). Kerjasama YB / Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato'/ Datin / Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Majlis Ilmu Malaysia

13 May, 08:22


https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E

Jom ajak sahabat dan ahli keluarga join channel Info Maulid nak?
Moga lebih ramai lagi dapat update mengenai majlis-majlis ilmu dan maulid

Sebarkan semoga menjadi pahala jariah untuk kita semua🤍

Majlis Ilmu Malaysia

06 May, 13:41


Video Penuh Penerangan Syeikh Aminuddin Berkaitan Isu Renjis Kereta
https://www.facebook.com/share/v/hmSs4DZ36Ypsn6AZ/?mibextid=oFDknk

Majlis Ilmu Malaysia

04 May, 13:28


https://www.facebook.com/share/v/aMCqPA9ZVBrP12t4/?mibextid=qi2Omg

LIVE SEKARANG | 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗠𝗲𝗴𝗮 𝗔𝗦𝗪𝗝 - 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗞𝗲 𝗟𝗮𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗜𝗱𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗪𝗮𝗱𝗶 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿

Majlis Ilmu Malaysia

03 May, 22:33


MALAM INI

𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗠𝗲𝗴𝗮 𝗔𝗦𝗪𝗝 - 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗞𝗲 𝗟𝗮𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗜𝗱𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗪𝗮𝗱𝗶 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿

Tarikh : 4 Mei 2024 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu

🔴 Siaran langsung di media sosial Facebook & TikTok rasmi Ustaz Wadi Annuar

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sebarkan iklan ini semoga bermanfaat.