13. Walaupun sebahagian mereka begitu cemerlang dalam akademik, mempunyai degree dan master, mempunyai kerjaya yang baik, nampak ceria dan gembira, tetapi sebenarnya mereka masih berada dalam zaman kanak-kanak yang menderita akibat kecederaan emosi. Lebih malang jika ada yang trauma akibat kes-kes yang lebih berat seperti penderaan fizikal, gangguan seks, dinodai oleh bapa kandung atau datuk atau bapa tiri, kemalangan ngeri, peristiwa pahit seperti pembunuhan oleh orang yang disayangi dan seumpamanya. Ini semua menjadi punca anak dewasa kita mengalami trauma berpanjangan.
14. Saya banyak belajar tentang hal-hal ini apabila saya sendiri berdepan dengan pelbagai situasi emosi team bisnes saya. Asalnya untuk kenal diri sendiri. Yang mengheret saya untuk belajar meneroka punca-puncanya dan cuba memahami keadaan mereka. Buku ‘Be Kind TonYour Mind’ membawa saya meneroka lebih dalam tentang masalah hubungan ibu dan anak remaja serta kecederaan emosi yang ditanggung dalam masyarakat kita. Dan ia banyak membantu saya sendiri membina hubungan yang lebih baik dengan anak-anak saya yang semakin dewasa. Alhamdulillah.
15. Saya juga suka membaca tulisan Aiman Psikologi, beberapa kali masuk webinar dengannya. Saya juga belajar dengan Prof Aziz Shah tentang kesihatan mental, Parenting Love Therapy(PLT), Mindfulness Love Theraphy, CBT, depressoin, anxiety dan sebagainya. Banyak juga belajar dengan Dr Rosnizam tentang mental health. Saya cuba menjadi sebahagian komuniti mereka untuk membantu masyarakat melalui ruang yang saya ada. Sebelum itu saya banyak ke Jakarta belajar ESQ, belajar dengan Pak Ary Ginanjar di Jakarta, pergi ke Indonesia belajar dengan Pak Nasrullah, belajar dengan MIR Hazir dan Pn Shuha Khamis serta Allahyarham Prof Muhgeni. Dan macam-macam guru lagi. Pengalaman luas dalam bisnes membuat saya suka melihat pelbagai watak manusia dan cuba memahaminya.
16.Ramai juga yang pm atau wasapp minta buat personal coaching(PC) untuk membantu mereka memperbaiki hubungan dengan pasangan, nak minta PC mendapat kehidupan yang lebih tenang, memperbaiki hubungan dengan keluarga dan ibu bapa. Malahan ada juga yang meminta saya membantu anak-anak remaja mereka. Saya menolak kerana saya bukan kaunselor. Lagipun saya sibuk dengan urusan bisnes.
17. Sebetulnya saya bukan kaunselor atau penasihat perkahwinan. Saya adalah bekas seorang guru yang terlibat dengan bisnes. Tetapi pengalaman dalam bisnes membawa saya untuk cuba memahami karektor diri sendiri. Sehingga saya terlibat pula dengan training untuk memahami orang lain.
#Ditulis oleh Faridah Mohd Ali. Sila share jika penulisan ini bermanfaat.
⎙ | @ByMissappleHijrahBoT🍏📚