UPU Lepasan STPM/Setaraf @lepasanstpmupu Channel on Telegram

UPU Lepasan STPM/Setaraf

@lepasanstpmupu


Channel ini bertujuan untuk berkongsi info tentang UPU Lepasan STPM/Setaraf

UPU Lepasan STPM/Setaraf (Malay)

UPU Lepasan STPM/Setaraf adalah sebuah saluran Telegram yang bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai UPU Lepasan STPM/Setaraf. Bagi mereka yang telah menamatkan STPM atau setaraf, saluran ini adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan info terkini mengenai proses permohonan UPU serta peluang-peluang yang tersedia. Dengan menyertai saluran ini, anda akan mendapat akses kepada tips, panduan, dan juga pengalaman dari individu yang telah berjaya dalam mendapatkan tempat di universiti atau kolej mengikut keputusan UPU. Jadi, jika anda sedang mencari maklumat yang berguna berkaitan dengan UPU Lepasan STPM/Setaraf, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran ini sekarang! Follow @lepasanstpmupu untuk mendapatkan maklumat terkini dan updates yang diperlukan untuk permohonan UPU anda.

UPU Lepasan STPM/Setaraf

10 Feb, 23:48


PERINGATAN PENTING UNTUK PEMILIHAN KURSUS/PROGRAM UPU

1️⃣ Jangan Terburu-buru
Pelajar dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa dalam memilih kursus/program.
Anda diberikan tempoh 1 bulan untuk mendaftar dan membuat pilihan.

2️⃣ Rancang & Kaji Dengan Teliti
Ambil masa untuk menyusun strategi pemilihan yang terbaik.
Teliti setiap kursus/program yang diminati sebelum membuat keputusan.

3️⃣ Kebebasan Mengemaskini Pilihan
Sepanjang Fasa 1, pelajar boleh mengubah, menukar, dan menyusun semula pilihan serta maklumat peribadi tanpa had.

4️⃣ Perhatian Kepada Kursus Pendidikan & Bertemuduga
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan kursus Bertemuduga/Ujian Khas Bukan Pendidikan perlu diatur seperti berikut:
Kursus Pendidikan → Pilihan 1 & 2 sahaja (mengikut keutamaan).
Kursus Bertemuduga Bukan Pendidikan → Pilihan 3 & 4 (atau 1-4 jika tiada pilihan Pendidikan).
Pastikan kursus yang dipilih memenuhi Syarat Am & Syarat Khas yang ditetapkan.

5️⃣ Seimbangkan Masa
Gunakan masa dengan bijak antara pemilihan kursus/program dan persiapan menghadapi STPM Semester 3 & Ulangan 2 dalam tempoh 2 bulan ini.

6️⃣ Dapatkan Pandangan & Nasihat
Berbincang dengan guru, kaunselor, atau senior untuk memahami sistem dan strategi terbaik dalam pemilihan kursus/program.

Semoga berjaya dalam membuat pilihan yang tepat!

UPU Lepasan STPM/Setaraf

09 Feb, 13:24


UPU FASA 1
Lepasan STPM/Setaraf 2025/2026
📅 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025

Pendaftaran Akaun
🟢Daftar akaun baharu menggunakan nombor pin UPU yang telah dibeli.
🟢Isi maklumat peribadi dan akademik dengan lengkap.
🟢PNGK STPM akan diselaraskan secara automatik dalam sistem UPU pada fasa akhir.

Perhatian untuk Kursus Pendidikan dan Kursus Bertemuduga (Bukan Pendidikan)
🟢Fasa 1 adalah satu-satunya peluang untuk memohon kursus Pendidikan dan Bertemuduga/Ujian Khas Bukan Pendidikan.
🟢Fasa 2 tidak lagi menawarkan kursus dalam kategori ini.

Ketetapan untuk Kursus Pendidikan
🟢Pelajar yang memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan wajib mengisi pilihan 1 dan 2 dengan kursus dalam kategori ini.
🟢Contoh:
Pilihan 1 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (UPSI)
Pilihan 2 | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan dengan Kepujian (UUM)

Ketetapan untuk Kursus Bertemuduga/Ujian Khas (Bukan Pendidikan)
🟢Pilihan 3 dan 4 dikhaskan untuk kursus Bertemuduga/Ujian Khas Bukan Pendidikan.
🟢Namun, jika kursus tersebut menjadi keutamaan, ia boleh diletakkan di pilihan 1 dan 2.

Makluman Penting
🟢Dalam Fasa 1, tiada tapisan syarat – semua kursus akan dipaparkan dalam sistem.
🟢Sebelum membuat pilihan, pelajar perlu menyemak syarat am dan syarat khas bagi setiap kursus.
🟢Syarat ini akan menentukan kelayakan dan kebarangkalian pelajar mendapat tawaran kursus yang dipilih.
🟢Selain itu, faktor merit dan ketetapan lain juga perlu dipertimbangkan.

Fleksibiliti Pemilihan Kursus
🟢Pemilihan kursus Pendidikan dan Bertemuduga/Ujian Khas Bukan Pendidikan adalah pilihan sukarela.
🟢Jika tidak berminat, pelajar bebas memilih mana-mana kursus lain.
🟢Semua pilihan masih boleh dikemas kini pada Fasa 2, kecuali kursus Pendidikan dan Bertemuduga/Ujian Khas.

UPU Lepasan STPM/Setaraf

07 Feb, 04:25


PERMOHONAN UPUOnline®
KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2025/2026 KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA, BPT)


FASA 1

DIBUKA
10 FEBRUARI 2025 (ISNIN)
JAM 12.00 TENGAH HARI

DITUTUP
14 MAC 2025 (JUMAAT)
JAM 5.00 PETANG

FASA 2

DIBUKA
14 APRIL 2025 (ISNIN)
JAM 12.00 TENGAH HARI

DITUTUP
18 MEI 2025 (AHAD)
JAM 5.00 PETANG

PROGRAM PENGAJIAN BENTUK DUGA DAN/ATAU UJIAN TIDAK DITAWARKAN PADA FASA INI

MOHON DI LAMAN WEB RASMI
https://upu.mohe.gov.my/

KATEGORI LEPASAN SPM

SPM 2024
SPM 2023 & 2022

KATEGORI LEPASAN STPM/SETARAF

STPM 2024
MATRIKULASI KPM/ASASI SAINS UM/ASASI SAINS SOSIAL UM/ASASIPINTAR UKM/ASASI UiTM/ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN POLITEKNIK SESI AKADEMIK 2024/2025
STAM 2024 & 2023
DIPLOMA/SETARAF

DLM/KM/DVM/DIPLOMA IPTS/DIPLOMA LUAR NEGARA/DIPLOMA ILKA/LAIN-LAIN KELAYAKAN
A-LEVEL/IB/SEKOLAH SUKAN JASMANI/SAM/FOUNDATION IPTS
STPM/MATRIKULASI KPM/ASASI/STAM (BUKAN TAHUN SEMASA) KE UA/DIPLOMA POLITEKNIK/DIPLOMA KOLEJ KOMUNITI

PEMBELIAN NO. PIN UPUOnline® MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

BSN

PEMBELIAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI:
1️⃣ KAUNTER CAWANGAN BSN
2️⃣ AUTOMATIC TELLER MACHINE (ATM) BSN
3️⃣ PERBANKAN INTERNET myBSN

📅 PEMBELIAN NO. PIN UPUOnline® BOLEH DILAKUKAN PADA
🗓 9 FEBRUARI 2025 HINGGA 15 MEI 2025

💰 HARGA NO. PIN: RM10.60

NO PIN
📌 SILA PASTIKAN ANDA MEMBELI NO. PIN & MENYIMPAN RESIT PEMBAYARAN

SEBARANG PINDAAN TERTAKLUK KEPADA ARAHAN PENTADBIRAN DAN PUNCA KUASA TERTINGGI KPT DARI SEMASA KE SEMASA

UPU Lepasan STPM/Setaraf

04 Feb, 00:03


UJIAN MUET UNTUK KEMASUKAN KE UNIVERSITI

1. Perakaunan (Band 3)
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan memerlukan penguasaan bahasa Inggeris pada tahap MUET Band 3 atau lebih tinggi bagi keperluan komunikasi dalam dunia akademik dan profesional.

2. Pendidikan (Band 3)
Bagi bakal guru sekolah menengah, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan biasanya memerlukan sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET. Walau bagaimanapun, ada universiti yang menerima kemasukan dengan Band 2 serta Band 4-5 khususnya untuk bakal guru bahasa Inggeris (TESL).

3. Undang-Undang (Band 4)
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) selalunya memerlukan Band 4 dalam MUET. Namun, terdapat institusi yang menerima pelajar dengan Band 3 tetapi dengan syarat tambahan. Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting untuk membaca jurnal perundangan serta komunikasi profesional dalam bidang ini.

4. Perubatan, Pergigian, dan Farmasi (Band 4)
Kursus dalam bidang Perubatan, Pergigian, dan Farmasi biasanya memerlukan Band 4 atau lebih tinggi dalam MUET. Namun, ada universiti yang menerima kemasukan dengan syarat minima Band 3. Ini kerana bahasa Inggeris banyak digunakan dalam literatur perubatan, pelaporan, serta komunikasi dengan pesakit antarabangsa.

5. Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan (Band 3)
Program Kejuruteraan seperti perisian, sains komputer, mekanikal, elektrik, elektronik, serta kimia biasanya memerlukan Band 3 atau lebih tinggi dalam MUET. Untuk Teknologi Kejuruteraan seperti Teknologi Maklumat dan Teknologi Pembuatan, terdapat institusi yang menerima kemasukan dengan Band 2. Kefasihan bahasa Inggeris penting untuk pemahaman teknikal dalam bidang ini.

6. Kesusasteraan Inggeris, Komunikasi, dan Media (Band 3)
Kursus dalam bidang Komunikasi Massa, Kewartawanan, dan Hubungan Awam lazimnya memerlukan Band 3 atau lebih tinggi kerana kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris amat diperlukan untuk interaksi profesional.

Nota Penting:
Keperluan MUET berbeza mengikut universiti. Program yang lebih kompetitif seperti TESL, Undang-Undang, dan Perubatan sering memerlukan Band 4 atau 5 di kebanyakan institusi. Calon dinasihatkan menyemak syarat kemasukan bagi universiti pilihan mereka.

UPU Lepasan STPM/Setaraf

03 Feb, 00:02


PERBEZAAN KATEGORI UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI PENYELIDIKAN
Memfokuskan kepada penyelidikan dan inovasi.
Menghasilkan penerbitan akademik dan kajian berkualiti tinggi.
Menjalin kerjasama dengan industri dan institusi antarabangsa dalam penyelidikan.

UNIVERSITI KOMPREHENSIF
Menawarkan pelbagai bidang pengajian dalam sains, teknologi, kemanusiaan, dan sosial.
Sesuai untuk pelajar yang ingin memilih daripada pelbagai jurusan akademik.
Menyediakan peluang penyelidikan dan pembelajaran yang seimbang.

UNIVERSITI BERFOKUS
Memfokuskan kepada bidang khusus seperti pendidikan, perniagaan, sains sosial, pertahanan, dan sains marin.
Ditubuhkan dengan objektif tertentu berdasarkan keperluan negara.
Contoh: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi tumpuan kepada bidang pendidikan.

UNIVERSITI TEKNIKAL
Mengutamakan program teknikal dan teknologi tinggi yang berorientasikan praktikal.
Kurikulum lebih menekankan kemahiran teknikal dan latihan industri.
Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

UPU Lepasan STPM/Setaraf

02 Feb, 00:04


SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

📌 UNIVERSITI PENYELIDIKAN
1️⃣ Universiti Malaya (UM)
2️⃣ Universiti Sains Malaysia (USM)
3️⃣ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4️⃣ Universiti Putra Malaysia (UPM)
5️⃣ Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

📌 UNIVERSITI KOMPREHENSIF
6️⃣ Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7️⃣ Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8️⃣ Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9️⃣ Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
🔟 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
1️⃣1️⃣ Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

📌 UNIVERSITI BERFOKUS
1️⃣2️⃣ Universiti Utara Malaysia (UUM)
1️⃣3️⃣ Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
1️⃣4️⃣ Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
1️⃣5️⃣ Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
1️⃣6️⃣ Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

📌 UNIVERSITI TEKNIKAL
1️⃣7️⃣ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
1️⃣8️⃣ Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
1️⃣9️⃣ Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
2️⃣0️⃣ Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

UPU Lepasan STPM/Setaraf

01 Feb, 00:02


TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPUONLINE LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2025/2026

📌 FEBRUARI
Minggu ke-2: Pengumuman tarikh rasmi permohonan UPUOnline.
Minggu ke-2: Pembukaan Fasa 1 permohonan UPUOnline.

📌 APRIL
Minggu ke-3: Fasa 2 permohonan UPUOnline (Program Bukan Bertemuduga sahaja).
Minggu ke-5: Temu duga Program Bukan Pendidikan & Ujian MEdSI (Program Pendidikan).

📌 MEI
Minggu ke-5: Temu duga dan/atau ujian Program Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf.

📌 OGOS
Minggu pertama: Fasa kemas kini UPUOnline bagi Lepasan Diploma/Setaraf.
Minggu ke-2: Fasa kemas kini UPUOnline bagi Lepasan STPM/Setaraf.

📌 SEPTEMBER
Minggu pertama: Hebahan keputusan kemasukan ke UA & permohonan rayuan.
Minggu ke-5: Pendaftaran pelajar baharu ke UA.

📌 OKTOBER
Minggu pertama: Hebahan keputusan rayuan ke UA.
Minggu ke-2: Pendaftaran pelajar baharu rayuan ke UA.

UPU Lepasan STPM/Setaraf

31 Jan, 00:04


KATEGORI PEMOHON LEPASAN STPM/SETARAF

📌 STPM 2024
Kategori A – Aliran Sastera
Kategori S – Aliran Sains

📌 MATRIKULASI/ASASI
Kategori N – Aliran Sains
(Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM, Asasi UiTM)
Kategori P – Aliran Perakaunan
(Calon Matrikulasi KPM)
Kategori U – Aliran Undang-Undang
(Calon Asasi UiTM - KPM)
Kategori K – Aliran Kejuruteraan
(Calon Asasi UiTM)
Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris
(Calon Asasi UiTM - TESL)
Kategori J – Aliran Kejuruteraan
(Calon Matrikulasi KPM)
Kategori M – Aliran Asasi Sains Sosial
(Calon Asasi UM)
Kategori V – Aliran Asasi TVET
(Calon Asasi TVET Politeknik)

📌 STAM 2024, 2023
Kategori T

📌 DIPLOMA/SETARAF
Kategori E – Kelayakan Diploma/DKM/DLKM/DVM/Lain-lain
E1 – DKM/DLKM
E2 – DVM
E3 – Diploma IPTS/Luar Negara/ILKA/Lain-lain
Kategori F – Kelayakan Setaraf
F1 – A-Level
F2 – International Baccalaureate
F3 – Sekolah Sukan
F4 – STPM (Bukan Tahun Semasa)
F5 – Matrikulasi KPM / Asasi (Bukan Tahun Semasa)
F6 – STAM (Bukan Tahun 2023, 2024)
F7 – AUSMAT / SAM / CPU
F8 – Foundation IPTS
Kategori G – Diploma UA/Politeknik/Kolej Komuniti
G1 – Diploma UA
G2 – Diploma Politeknik/Kolej Komuniti

UPU Lepasan STPM/Setaraf

29 Jan, 17:00


PEMBELIAN PIN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2025/2026

Tarikh Pembelian PIN:
📅 9 Februari 2025 - 15 Mei 2025

Harga PIN UPUONLINE:
💰 RM10.60

KAEDAH PEMBELIAN PIN UPUONLINE

Kaedah 1: Hadir ke Kaunter BSN
1️⃣ Ambil nombor giliran di mesin dan pilih menu Pelbagai.
2️⃣ Nyatakan anda ingin membeli PIN UPU untuk lepasan SPM atau lepasan STPM/Setaraf.
3️⃣ Berikan nombor kad pengenalan (IC) kepada pegawai kaunter.
4️⃣ Terima resit pembayaran dan semak butiran sebelum beredar.

Kaedah 2: Bayar di ATM BSN
1️⃣ Masukkan kad ATM BSN dan masukkan nombor PIN anda.
2️⃣ Pilih menu Penukar PIN / Urusan Lain.
3️⃣ Pilih menu Beli No. PIN / IPT / PTPTN.
4️⃣ Pilih menu UPU / UPU Kemahiran.
5️⃣ Pilih kategori Lepasan SPM atau Lepasan STPM/Setaraf.
6️⃣ Masukkan nombor kad pengenalan (IC) dan tekan Setuju.
7️⃣ Ambil resit pembayaran sebagai bukti pembelian.

Kaedah 3: Perbankan Internet (Online Banking di Portal MyBSN)
1️⃣ Log masuk ke akaun MyBSN melalui pautan mybsn.com.my.
2️⃣ Pilih menu Pembayaran Bil & Pembelian.
3️⃣ Pilih kategori Pembelian PIN.
4️⃣ Pilih UPUONLINE.
5️⃣ Masukkan nombor IC dan butiran yang diperlukan.
6️⃣ Sahkan pembayaran dan simpan resit transaksi sebagai bukti pembelian.

Nota Penting:
Simpan resit pembayaran sebagai bukti untuk digunakan semasa permohonan UPUONLINE.
Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat sebelum mengesahkan transaksi.
Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak BSN atau UPU untuk bantuan lanjut.

Semoga berjaya dalam permohonan UPUONLINE!

UPU Lepasan STPM/Setaraf

25 Dec, 23:26


Tiada istilah ‘pintu belakang’ dalam proses kemasukan pelajar ke Universiti Awam – Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor UA menegaskan bahawa semua kemasukan pelajar dilaksanakan secara telus, adil, dan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Pihak JKNCR UA ingin menegaskan bahawa kaedah 'pintu belakang' sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana Universiti Awam di Malaysia.

PENGERUSI
Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam

UPU Lepasan STPM/Setaraf

13 Mar, 04:30


Channel created