JTMK Info Hub @jtmkinfohub Channel on Telegram

JTMK Info Hub

@jtmkinfohub


Platform ini diwujudkan untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat/hebahan berkaitan dengan jabatan, aktiviti-aktiviti, penasihatan akademik dan sebagainya yg berkaitan. Terima kasih.

JTMK Info Hub (Malay)

JTMK Info Hub adalah satu platform yang diwujudkan khas untuk pelajar-pelajar yang terlibat dengan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Channel ini, dengan username @jtmkinfohub, bertujuan untuk menyediakan maklumat dan hebahan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, penasihatan akademik, serta perkara-perkara lain yang melibatkan JTMK. Apakah anda seorang pelajar yang ingin sentiasa mendapat informasi terkini mengenai program-program atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JTMK? Atau mungkin anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai nasihat akademik yang berguna untuk membantu dalam pengajian anda? JTMK Info Hub adalah tempat yang tepat untuk anda! Platform ini telah direka khas untuk memudahkan pelajar-pelajar mendapatkan akses kepada maklumat dan hebahan yang relevan dengan keperluan mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti JTMK yang sentiasa berinformasi dan terkini. Sertai kami di JTMK Info Hub sekarang dan sertai perjalanan kita dalam memperkasa pendidikan dan pengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Terima kasih kepada semua yang menyokong platform ini. Mari kita berkongsi pengetahuan dan maklumat bersama-sama! #JTMKInfoHub #PlatformMaklumatPelajar #AktivitiJTMK #PenasihatanAkademik

JTMK Info Hub

28 Jan, 15:00


Saksikan PODCAST CENDEV di mana pelajar berkongsi bagaimana menjana pendapatan 4 angka sehari dengan meniaga di Politeknik Ungku Omar.

https://vt.tiktok.com/ZS6WvqRMH/

JTMK Info Hub

27 Jan, 09:31


Assalamualaikum, ada ker mana2 pelajar secara individu ataupun berkumpulan yang menjalankan perniagaan tak kisah lah secara digital atau face to face yang mana perniagaannya mempunyai keuntungan pada tahun lepas 2024, dan ingin meneruskan perniagaan pada tahun 2025 ni. Kalau ada sila hubungi saya, untuk kami rekodkan sebagai pelajar yg menjalankan perniagaan bagi memenuhi KPI keusahawanan JPPKK. Terima kasih

Pn Nur Hafiza Abd Rahman (Puan Zaza)
Unit Keusahawanan JTMK
0165663054

JTMK Info Hub

22 Jan, 07:39


https://online.anyflip.com/odbml/sehy/mobile/index.html

Moga ada manfaat buat semua pelajar.

JTMK Info Hub

22 Jan, 06:59


Assalamualaikum w.b.t/Salam sejahtera

Tuan/Puan,

*MAKLUMAN STATUS PENERIMAAN WANG UNTUK PELAJAR TAJAAN PTPTN SESI SEMASA*

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. Dimaklumkan bahawa Perbadanan sedang dalam proses membuat pengesahan pembayaran pinjaman pelajar IPT/Politeknik.

*Tarikh duit PTPTN dijangka masuk ke akaun Pelajar adalah pada :

*KELOMPOK 1 : 24.1.2025*
*KELOMPOK 2 : 7.2.2025*

Pelajar tajaan dapat menyemak maklumat ini di portal MYPTPTN untuk maklumat lanjut.


Dari Pegawai Pinjaman Dan Biasiswa PUO

JTMK Info Hub

22 Jan, 06:14


Salam Sejahtera,
Taklimat CTCE peringkat jabatan akan diadakan pada petang ini pukul 3.00pm secara atas talian. Memo pengecualiaan kuliah akan diberikan bagi pelajar yang hadir.
Pautan: https://meet.google.com/vqy-utug-fhx
Sekian, terima kasih.

JTMK Info Hub

21 Jan, 02:39


We’re excited to announce new career opportunities under our Enterprise Accelerator initiative. Whether you’re looking to expand your career or take on a new challenge, we’ve got the perfect role for you.

1. Customer Success Specialist (Penang)
Salary Range: RM 2,800 – RM 3,300 (Mandarin Speaker)
Salary Range: RM 7,000 – RM 7,800 (Japanese Speaker)

As a Customer Success Specialist, you'll play a key role in ensuring customer satisfaction and driving success with our innovative solutions.

2. Traditional Chinese Support - Reservation Project (Kuala Lumpur)
Salary Range: RM 3,500 – RM 4,200
This role offers you the chance to work in a dynamic environment, providing essential support for a reservation project while leveraging your language skills.

We’re looking for passionate individuals who are ready to take their careers to the next level. Apply now and be part of a growing team that values innovation, customer satisfaction, and personal growth!

JTMK Info Hub

21 Jan, 02:39


https://beyond4.tech/tp_b4_recruitment/

JTMK Info Hub

21 Jan, 00:18


Pelaksanaan PdP Hibrid/PdPDT sempena Cuti Tahun Baharu Cina 2025

JTMK Info Hub

20 Jan, 01:41


*HEBAHAN PENGAMBILAN AHLI BARU SEKRETARIAT RUKUN NEGARA (SRN)*

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
Dengan berbesar hati KELAB SRN PUO mengalu-alukan kemasukan dan pendaftaran ahli baru sesi 2024/2025
seperti berikut :

Hari: Selasa
Tarikh : 21 Januari 2025
Tempat: Pusat Pelajar PUO

https://forms.gle/DsgSGS7w9wjXVEMx6

Kelebihan menyertai SRN:
- Dapat mengasah kemahiran kepimpinan, pengurusan acara, dan kerjasama dalam pasukan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
- Berpeluang untuk terlibat dalam perbincangan dan aktiviti yang menyentuh isu negara.

JTMK Info Hub

20 Jan, 00:56


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) akan menganjurkan Program CTRL (+) Ethics: Empowering Digital Responsibility & Cyber Ethical Action pada ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Januari 2025 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Dewan Jubli Perak (Kampus Astra), Politeknik Ungku Omar
Peserta: Pelajar Semester 1, Pelajar DIT/DDT trek Information Security (Sem 2-Sem 4)

Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki hadir bagi menjayakan program ini dan meningkatkan penglibatan aktif pelajar bersama penasihat akademik. Segala urusan penilaian berterusan pelajar dalam tempoh tarikh berkenaan hendaklah di bawa ke satu tarikh yang lain.

Kerjasama dan keprihatinan pihak Dr./ Ts./ Tuan/ Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

JTMK Info Hub

18 Jan, 01:59


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HEBAHAN PELAWAAN UNTUK MENYERTAI KEM PEMILIHAN PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA 2025 ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia membuka permohonan bagi menyertai Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa bagi tahun 2025 bermula 6 Januari sehingga 24 Januari 2025.

3. Permohonan ini terbuka kepada belia berusia 18 hingga 30 tahun. Sehubungan itu, bagi pelajar PUO yang berminat dan berkelayakan boleh memohon menyertai program ini. Keterangan lanjut, syarat - syarat permohonan dan tatacara permohonan boleh didapati dengan melayari exchange.kbs.gov.my.

Sekian. Harap Maklum

JTMK Info Hub

16 Jan, 02:40


Sesiapa yang ada tertinggal beg sandang,boleh dapatkan di Bilik Staf Level 3/2

JTMK Info Hub

16 Jan, 01:07


*BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)*
Permohonan BKOKU 2025 telah dibuka pada 15/1/2025

Kepada pelajar yang layak, Boleh buat semakan dan permohonan dengan kaedah:-

1- Download Borang Permohonan & Borang Tuntutan di website https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/
2- Mengisi Lengkap borang dan sertakan Document sokongan yang diminta
3- Menghantar kepada secara hardcopy kepada En Azrul Junaidi di JHEP

Tarikh penghantaran kepada JHEP adalah sehingga 24 Januari 2025

*Maklumat ini juga boleh dirujuk di eportal pelajar.

JTMK Info Hub

14 Jan, 07:19


Salam Sejahtera,

Mohon pelajar JTMK yang hendak membuat permohonan CTCE untuk membaca memo yang disertakan dan mengisi maklumat pada pautan berikut. Satu perjumpaan secara atas talian akan diadakan dalam masa terdekat.

https://forms.gle/1cNi6z7szVpTEX9Z7

Sekian, terima kasih.

JTMK Info Hub

14 Jan, 04:02


*PERMOHONAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) BAGI SESI 2 2024/2025*

Permohonan untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) Kelompok 2 PUO bagi Sesi 2 2024/2025 telah dibuka pada 1 JANUARI 2025.

Pelajar yang telah mendaftar masuk ke Politeknik Ungku Omar adalah layak dan boleh menyemak kelayakan memohon di portal myPTPTN. Urusan permohonan perlu diuruskan sendiri oleh pelajar dengan pihak PTPTN.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui portal ww.myptptn.ptptn.gov.my.
Semakan dan pendaftaran myptptn boleh dilakukan dalam apps myptptn(android / ios)

Tarikh tutup permohonan bagi Kelompok 2 adalah pada 30 JANUARI 2025

Maklumat ini juga boleh dirujuk di eportal pelajar.

JTMK Info Hub

14 Jan, 04:01


*INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK (INSISYP) (SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI ‘DERMASISWA YAYASAN PERAK’)*

Bantuan permulaan secara ‘one-off’(Pemberian diberi sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian) kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Politeknik/Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara.

Tarikh tutup permohonan adalah 4 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.

Permohonan telah di buka mulai 1 Januari 2025 .

Maklumat ini juga boleh dirujuk di eportal pelajar.

JTMK Info Hub

14 Jan, 04:00


Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan adalah melalui atas talian (online) di laman web Yayasan Negeri Sembilan. Permohonan BSH 2025 boleh dirujuk di laman web berikut:

https://www.yns.gov.my/v7/ms/bahagian/pendidikan/pembangunan-insan/bantuan-sara-hidup#

Maklumat ini juga boleh dirujuk di eportal pelajar.

JTMK Info Hub

13 Jan, 03:41


Assalamualaikum.. Mohon pelajar2 semester 3 ke atas untuk dapatkan stiker motorsikal ye.. esok kaunter akan dibuka secara besar besaran bermula jam 9.00 pagi di Perkarangan JHEP. Tanggal 15/1/2025 (Rabu) penguatkuasaan stiker akan bermula.. Dapatkan stiker kenderaan pelajar yang sah hanya di JHEP PUO.

JTMK Info Hub

13 Jan, 03:36


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

📚Pertandingan E-Book Keusahawanan📚

Pusat Pembangunan Keusahawanan PUO dengan sukacitanya mengumumkan Pertandingan E-Book Keusahawanan bertemakan "Masa Depan Keusahawanan: AI dan Teknologi Revolusioner"

Peluang Menangi Hadiah Menarik!
* 🎁 Hadiah Utama: E-Book Terbaik
* 💵 5x Hadiah Saguhati
* 📜Semua pemenang akan menerima Sijil Penghargaan

Maklumat Pertandingan:
* 📭 Terbuka kepada: Pelajar, pensyarah, dan staf (Polycc Zon Perak).
* 📅 Tarikh Tutup Pendaftaran: 10 Februari 2025.
* 📜 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.
* 📰 Rujuk Lampiran untuk syarat-syarat dan garis panduan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
* 📱Nur Hafiza Abd Rahman (016-5663054)
* 📱Noor Farazila bt Radzi (012-510 5303)

Ayuh sertai kami dan cipta e-book yang inspiratif serta berinovasi. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada revolusi keusahawanan.

Sekian, terima kasih.

JTMK Info Hub

13 Jan, 02:52


Mohon pelajar sediakan dokumen & buat permohonan awal supaya tidak 'kalut' di akhir2 tarikh.

JTMK Info Hub

13 Jan, 02:51


PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PUO (SKIM BANTUAN SARA HIDUP) SESI 2 2024/2025 MELALUI SISTEM e-ZAKAT dan iPUO>ZAKAT PUO

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Zakat dan Wakaf (UZWA) PUO membuka permohonan Zakat PUO (Skim Bantuan Sara Hidup) bagi Sesi 2 2024/2025 untuk pelajar-pelajar asnaf melalui Sistem e-Zakat di pautan www.zakatpuo.com dan melalui iPUO>ZAKAT PUO bermula 13 Januari 2025 (Isnin) sehingga 16 Februari 2025 (Ahad).

Sehubungan itu, semua pelajar Muslim PUO (Diploma, Asasi, Ijazah, Latihan Industri) yang berkelayakan, dipelawa untuk membuat permohonan di laman web berkenaan atau di iPUO>ZAKAT PUO.

Sebarang masalah teknikal berkaitan permohonan, sila hubungi Puan Afifah Nailah binti Muhamad di talian 013-9402120
Sekian, terima kasih.

WAN MOHAMMAD HAFIZ BIN WAN ARSHAD
Ketua Unit Zakat dan Wakaf (UZWA)
Politeknik Ungku Omar
012-9297302

JTMK Info Hub

08 Jan, 09:51


*PERMOHONAN STIKER KERETA BAGI PELAJAR SEM 4/5 SAHAJA*

1. Pelajar hantar permohonan (4 dokumen) ke JHEP.
2. Permohonan akan diproses dlm masa 3 hari.
3. LULUS - Pelajar datang utk membuat pembelian stiker/aku janji
4. TIDAK LULUS - Semak semula dokumen, buat pembetulan dan hantar semula.

Stiker kereta adalah TERHAD. Permohonan akan ditutup apabila kuota telah penuh.

JTMK Info Hub

08 Jan, 01:13


Assalamualikum dan salam sejahtera.

*KAUNTER MEGA*
*JUALAN STIKER MOTOR PELAJAR* akan dibuka pada *13 JANUARI 2025* di *PERKARANGAN JHEP PUSAT*. Pelajar PUO yang layak memohon di jemput hadir untuk membeli stiker motor tersebut dengan membawa 4 dokumen yang diperlukan. Sekian harap maklum.

JTMK Info Hub

08 Jan, 01:13


the latest poster

JTMK Info Hub

06 Jan, 07:09


Jadual Kelas untuk Sesi 2 2024/2025

Dilampirkan link Jadual Kelas untuk Sesi 2 2024/2025
https://drive.google.com/drive/folders/1yawVW2FHGKN5yef2qm8A11kSjUomeglh?usp=sharing

Di dalam link yang dilampirkan ada Jadual Kelas. 

Sekiranya ada kekeliruan dan kemusykilan, mohon rujuk Penasihat Akademik masing-masing dengan segera. Terima Kasih.

JTMK Info Hub

06 Jan, 05:44


Makluman Pendaftaran Kursus Sesi II 2024/2025

Perhatian kepada semua pelajar, sila rujuk Dokumen di bawah bagi proses Pendaftaran Kursus Sesi II 2024/2025

1)Carta Alir Pendaftaran Kursus
2)Dokumen PK01
3)Senarai Seksyen Kursus

https://drive.google.com/drive/folders/1Vj_ExyW8ivAxpnb4pxIn7cQ3Cej4fkjx?usp=sharing

Kuliah akan bermula pada 13 Januari 2025, sila selesaikan pendaftaran kursus sebelum kelas bermula. Pelajar tidak dibenarkan mengikuti kelas sekiranya belum mendaftar kursus. Pastikan pelajar mendaftar mengikut Seksyen Kursus yang telah ditetapkan (mohon rujuk PA)

Sebelum Pendaftaran Kursus dapat dilakukan di iPUO, pelajar mestilah membuat pembayaran yuran pengajian terlebih dahulu dan kemudian selepas 2 hari bekerja dari pembayaran yuran barulah pelajar dapat mendaftar Sesi II 2024/2025 di e-Portal. Kemaskini maklumat di e-Portal, pastikan pelajar menekan butang kemaskini maklumat walaupun tiada data yang diubah, sekiranya tidak, pelajar tidak dikira mendaftar ke Sesi yang baru dan akhir sekali tekan butang daftar. Panduan pendaftaran pengajian ada disediakan di e-Portal pelajar.

JTMK Info Hub

02 Jan, 08:13


Pelajar boleh dapatkan maklumat Tarikh dan Cara Pembayaran Pengajian di sini

JTMK Info Hub

25 Dec, 02:22


Assalamualaikum n Salam sejahtera,
Looking for Internship Opportunities?
Azam Achievers Management is now offering internship positions in IT & Multimedia, Finance, and Financial Advisor Management!

📍 Location: Mercu Azam, 57 & 59 A, B, C, Susuran Station 18, 31650 Ipoh, Perak.
🎓 Benefits:

Gain hands-on experience.

Shadowing and training with knowledgeable professionals.

Allowances available.


📧 Email Your CV: [email protected]

Don't miss this chance to enhance your career skills with us.

JTMK Info Hub

17 Dec, 04:07


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Taklimat Pelajar Tamat Latihan Industri Sesi I 2024/2025

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa satu taklimat akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Disember 2024
Tempat: Platform Ms Teams (https://shorturl.at/BGYcX)
Waktu: 9.00 am – 11.30 am

Disertakan juga tentatif taklimat untuk rujukan pelajar. Semua pelajar adalah diwajibkan hadir. Kerjasama semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih
KUPLI PUO
17.12.24

JTMK Info Hub

06 Dec, 03:59


HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN SESI II : 2024/2025

1. Pelajar senior yang telah membuat permohonan Kolej Kediaman Sesi II : 2024/2025 boleh menyemak keputusan tawaran Kolej Kediaman di eportal pelajar (https://webapps4.puo.edu.my/eportal) mulai 06/12/2024 (11.00 pagi).

2. Pelajar yang berjaya mendapat tawaran dikehendaki membuat pengesahan setuju terima / tolak tawaran Kolej Kediaman SEBELUM ATAU PADA 13/12/2024 (5.00 petang) di MENU EKAMSIS-> sistem ePortal.

3. Pembayaran Yuran Kolej Kediaman hanya boleh dibuat setelah pendaftaran pelajar senior Sesi II : 2024/2025 dibuka.

4. Semak Surat Lapor Diri Kolej Kediaman Sesi II : 2024/2025 untuk maklumat lanjut.

JTMK Info Hub

24 Nov, 08:42


https://forms.gle/Rj4j1gYtQLGD6DDM9

JTMK Info Hub

24 Nov, 08:42


Assalamualaikum kepada PELAJAR-PELAJAR SEM 3 yg mengambil CYBERPRENEURSHIP, WAJIB isi link di bawah yer. Isi per individu(Letak TIADA pada SSM DAN WEB(sekiranya tiada), yang lain semua isi dengan data yang benar.

JTMK Info Hub

23 Nov, 00:12


https://www.instagram.com/p/DCsXljuzBYM/?igsh=MW9zOG41cGJxZWJqdA=

JTMK Info Hub

23 Nov, 00:11


https://www.facebook.com/share/p/12DTSZqAaqY/

JTMK Info Hub

21 Nov, 08:49


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semasa peperiksaan akhir, pelajar di ingatkan untuk membawa kad matrik dan slip menduduki peperiksaan (yang dicetak dari iPUO). Sila hadir selewat2 nya 15 minit sebelum peperiksaan bermula. tq

JTMK Info Hub

19 Nov, 00:43


Student Handbook boleh diakses melalui:

https://sites.google.com/view/puolibrary/bahan-digital/buku-terbitan-puo/terbitan-2024 (Library PUO)

http://tiny.cc/DIT_StudentHandbook (Direct Link)

JTMK Info Hub

18 Nov, 15:31


HEBAHAN : QR CODE DAN PAUTAN AKSES STUDENT HANDBOOK
PROGRAM DIPLOMA IN INFORMATION TECHNOLOGY (DIT)

Pelajar Diploma in Information Technology (DIT), anda kini boleh mengakses Student Handbook melalui pautan dan QR code.

JTMK Info Hub

15 Nov, 01:11


HEBAHAN : PERMOHONAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN BAGI PELAJAR SEMESTER 3 SESI II : 2024/2025

Kepada semua pelajar PUO yang akan naik Semester 3 dan ke atas pada Sesi II : 2024/2025,

Permohonan penempatan Kolej Kediaman PFI dan Kolej Kediaman Lama Sesi II : 2024/2025 telah dibuka mulai 11 - 29 November 2024.

Permohonan secara dalam talian di eportal masing-masing.
https://webapps4.puo.edu.my/eportal/

Keputusan permohonan akan diumumkan pada 06 Disember 2024.

Penawaran Kolej Kediaman bergantung kepada kekosongan.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
11 November 2024

JTMK Info Hub

12 Nov, 12:40


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kelab Teknologi Digital, JTMK PUO telah diiktiraf sebagai Premier Digital Tech Institutions (PDTI) Tech Club oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Kelab Teknologi Digital akan membuat pencalonan bagi kategori Outstanding Tech Club Award bagi 2024 PDTI Outstanding Award anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Mohon semua warga JTMK untuk like & follow facebook page Kelab Teknologi Digital sebagai tanda sekongan.

https://www.facebook.com/kelabteknologidigital

Sekian, terima kasih

JTMK Info Hub

09 Nov, 07:18


https://www.facebook.com/share/p/19d2sGzsVF

Ingin tingkatkan kebolehan komunikasi anda dalam bahasa isyarat?

Kilinik Kerjaya kembali lagi dengan tawaran kursus percuma!

*Klinik Kerjaya Kursus Asas Bahasa Isyarat*

📅 Tarikh Kursus: 20 - 21 November 2024 (Rabu & Khamis)

🕗 Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang

🏢 Tempat : Pusat Latihan PASAK

BERMINAT?
CARI APLIKASI TALENT PERAK DI:

📲 Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=org.perakpasak.talentperak

📲 App Store : https://apps.apple.com/app/talent-perak/id1658234492

Rebutlah peluang untuk meningkatkan kemampuan anda!

JTMK Info Hub

06 Nov, 07:15


Jom saksikan Live Program NCIS https://fb.watch/vGQ0ex_Hk2/

JTMK Info Hub

06 Nov, 07:13


https://www.facebook.com/share/v/5KWVcpJJgD1Ga7Fn/

JTMK Info Hub

06 Nov, 00:55


Jemput membeli belah di tepi dewan jubli yer bersempena Penilaian Projek Pelajar Jtmk

JTMK Info Hub

05 Nov, 14:19


Assalamualaikum,
Arena JTMK bersiaran di Dewan Jubli Perak pada esok seawal 7.45am(inshaaAllah).

📢 Jualan di Dewan Jubli Perak - Rabu, 5 November 📢

Pelbagai hidangan menarik menanti anda.

1. 🍚 Nasi Lemak
2. 🧁 Kuih Muih
3. 🍜 Ramen
4. 🌯 Wrap
5. 🧃 Air Botol & Teh Dhaka
6. 🥤 Air Mineral & Air Kotak
7. 🍿 Jajan
8. 🍚 Nasi Goreng Kampung
9. 🍮 Dadih
10. 🍳 Omelet Kaya
11. 🍲 Tauhu Begedil

Jangan lepaskan peluang! Jom datang beramai-ramai untuk menikmati pelbagai pilihan jualan dari kami, esok di Dewan Jubli Perak..Jangan biarkan perut anda dibelenggu kelaparan.

JTMK Info Hub

31 Oct, 03:49


🌟 Happy Deepavali to all! 🌟

Wishing our students, staff, and the JTMK community a bright and joyous Festival of Lights! May this season bring you prosperity, happiness, and the strength to overcome challenges.

#mypdti #jtmkpuo #towardsapexpolytechnic

JTMK Info Hub

31 Oct, 03:48


https://www.instagram.com/p/DBxh8E1ya5m/

JTMK Info Hub

31 Oct, 03:47


https://web.facebook.com/share/1CzD79PJqJ/

JTMK Info Hub

31 Oct, 01:39


Selamat Menyambut Deepavali

Kelab Teknologi Digital mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua warga JTMK PUO yang beragama Hindu.

Semoga cahaya Deepavali membawa kebahagiaan dan kedamaian yang tidak terhingga.

Marilah kita raikan perayaan ini dengan penuh kegembiraan dan saling menghormati.

Happy Deepavali! 🪔🎉

JTMK Info Hub

28 Oct, 10:55


*SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA CALON PENERIMA ZAKAT PUO (BANTUAN SARA HIDUP) SESI 1 2024/2025*

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan temuduga calon penerima Zakat PUO (Bantuan Sara Hidup) Sesi 1 2024/2025 boleh disemak melalui pautan www.zakatpuo.com atau iPUO > ZAKAT PUO. Wang zakat akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat bermula 28 Oktober 2024 sehingga 1 November 2024.

Terima kasih.

*WAN MOHAMMAD HAFIZ BIN WAN MAT RESAB*
Ketua Unit Zakat dan Wakaf
Politeknik Ungku Omar

JTMK Info Hub

28 Oct, 07:50


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Perhatian kepada para pelajar JTMK yang akan menjalani Latihan Industri (LI) pada Sesi 2 2024/2025, anda dikehendaki untuk hadir Sesi Taklimat LI yang ke-2 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 29/10/2024 (Selasa)
Tempat: https://tinyurl.com/2t79br69
Masa: 2.15-5.00 ptg

Kehadiran adalah WAJIB.

JTMK Info Hub

24 Oct, 07:25


🔊Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Mohon kerjasama semua Urusetia Jabatan/Unit untuk menghebahkan maklumat kepada yg ada kehilangan telefon bimbit di PUO harini untuk menghubungi saya CC Khairul di Pejabat Pentadbiran yer..

Atas kerjasama yg diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

JTMK Info Hub

23 Oct, 13:30


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami, barisan Majlis Perwakilan Pelajar cakna terhadap isu yang berlaku dalam kalangan pelajar. Oleh itu kami wujudkan pendekatan melalui program Gerobok Rezeki 3.0 ini ingin menghulurkan bantuan kepada para mahasiswa yang sukar untuk mendapatkan sarapan pagi. Oleh itu, mari dapatkan sarapan anda di

📍*Lokasi:* Dataran Ilmu JKM & JKA dan Dataran Parkir JKP
📆 *Tarikh:* 24 hb Oktober 2024, Khamis
🍛*Makanan:* Nasi lemak, kuih kaswi pandan

Jumpa anda di sana nanti!

*'Peneraju Keunggulan Mahasiswa'*

Sekian, terima kasih.
Diusahakan oleh,
*Exco Kebajikan & Pembangunan Siswi*
*Majlis Perwakilan Pelajar*
*Politeknik Ungku Omar*

JTMK Info Hub

23 Oct, 01:15


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua Warga PUO

*KEMPEN DERMA DARAH*

Untuk makluman semua, Jabatan Transfusi HRPB Ipoh, Perak sedang dalam usaha mengekalkan bekalan darah yang mencukupi bagi proses transfusi darah kepada pesakit-pesakit yang memerlukan di HRPB Ipoh dan hospital-hospital di negeri Perak.

Sehubungan itu, Unit Tabung Darah HRPB Ipoh akan mengadakan Program Derma Darah pada ketetapan berikut;

*Tarikh : 23 Okt 2024 (Rabu)*
*Masa : 9.30 pagi - 4.00 petang*
*Tempat : Dewan Warisan, PUO*

Semua *warga PUO adalah dijemput hadir* ke program ini.

🩸*1 BEG DARAH MAMPU SELAMATKAN 3 NYAWA*🩸
Jom kita bantu....

Sekian. Terima Kasih

JTMK Info Hub

23 Oct, 00:39


📢 Jualan di Arena JTMK - Rabu, 23 Oktober 📢

Menu menarik menanti anda:

1. 🍪 Cookies
2. 🥪 Sandwich
3. 🍗 Nugget
4. 🍮 Puding Roti
5. 🌯 Sardin Roll
6. 🌭 Sosej Roll
7. 🍌 Cekodok Pisang
8. 🍚 Nasi Lemak
9. 🧁 Kuih
10. 🍜 Ramen
11. 🌯 Wrap



Jom datang beramai-ramai ke Arena JTMK dan support jualan kami! Pelbagai pilihan makanan dan minuman untuk dinikmati. Jangan lepaskan peluang ini!

JTMK Info Hub

21 Oct, 03:40


Jomm, sama2 join dapatkan ilmu bagi yang berkelapangan

JTMK Info Hub

21 Oct, 03:40


https://meet.google.com/niy-ccjw-aop

JTMK Info Hub

20 Oct, 10:51


Congratulations to Intan Munirah for becoming the Champion 🥇 in the Women’s Individual Petanque event at the PUO Sports Carnival 2024. 🎉

That’s a fantastic achievement!

JTMK Info Hub

20 Oct, 10:51


Congratulations to the JTMK Netball Team for becoming the Runner-Up 🥈 in the Netball event at the PUO Sports Carnival 2024. 🎉

That’s a great accomplishment!

JTMK Info Hub

20 Oct, 10:51


Congratulations to Dania Fathin & Siti Balqis for securing Third Place 🥉 in the Women’s Double Petanque event at the PUO Sports Carnival 2024. 🎉

That’s a commendable achievement!

JTMK Info Hub

20 Oct, 10:50


Congratulations to Nurin Mysarah & An En Xi for securing Fourth Place 🏅 in the Women’s Double Petanque event at the PUO Sports Carnival 2024. 🎉

That’s a notable achievement!

JTMK Info Hub

20 Oct, 10:50


Congratulations to Nur Nadhirah & Nur Aliya for securing Fourth Place 🏅 in the Women’s Double Badminton event at the PUO Sports Carnival 2024. 🎉

That’s a notable achievement!

JTMK Info Hub

20 Oct, 04:43


https://www.instagram.com/p/DBVTk2cv5Jo/?igsh=MThkZmYyZzNkdmI3eQ==

JTMK Info Hub

20 Oct, 04:43


https://www.facebook.com/share/p/bcVcKzMXFShCFV5b/

JTMK Info Hub

19 Oct, 11:53


Karnival Sukan PUO 2024

Team JTMK bakal beraksi hebat esok, Ahad, 20/10/2024 8.00 pagi:

Separuh Akhir Bola Jaring

Separuh Akhir Badminton Beregu Wanita

Separuh Akhir Petanque Perseorangan Wanita

Separuh Akhir Petanque Beregu Wanita (JTMK A & JTMK B)

Tingkatkan semangat, berjuang dengan penuh dedikasi dan tunjukkan bahawa kita adalah yang terbaik!

Semoga berjaya dan terus bersemangat Team JTMK di Karnival Sukan PUO 2024.

Anda semua adalah juara! 💪🎉🏆

JTMK Info Hub

18 Oct, 10:03


HEBAHAN KARNIVAL SUKAN PUO 2024

19 & 20 Oktober (Sabtu & Ahad)

Acara: Bola Sepak, Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton, Petanque & Bola Jaring

Lokasi: Padang A, Gelanggang Sukan & Dewan Sri Kinta PUO
Masa: 7.45AM - 5.00PM

JOM KITA SOKONG KONTINJEN JTMK!

Dijemput kepada semua warga JTMK untuk beramai - ramai datang bagi menyokong para atlet JTMK serta memeriahkan lagi Karnival Sukan PUO 2024

Selamat berjaya untuk atlet JTMK.

#JTMKPADU
#WINNINGMENTALITY

JTMK Info Hub

17 Oct, 07:12


HEBAHAN KEPADA PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR YANG TINGGAL/MENYEWA DI TAMAN CEMPAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Ops Bersepadu Taman Cempaka akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Oktober 2024
Masa: 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
Lokasi: Perkarangan Dewan Komuniti Taman Cempaka
Dirasmikan oleh: YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Caning

Antara agenda yang akan dilaksanakan ialah:

1. Pemeriksaan rumah sendiri bagi tempat pembiakan Aedes.
2. Aktiviti gotong-royong membersihkan sampah haram/kebun haram.
3. Tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
4. Perasmian Ops Bersepadu dan pemberian Abate kepada penduduk.
5. Saringan kesihatan penyakit berjangkit.

Kami amat menggalakkan pelajar yang tinggal/menyewa di Taman Cempaka untuk turut serta dalam aktiviti ini demi menjaga kebersihan dan kesihatan komuniti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Edsha Solution di talian 014-3410383.

SEMUA DI JEMPUT HADIR!

Terima kasih

JTMK Info Hub

17 Oct, 03:41


Jom sertai sesi ''Collaborative Teaching: Sharing Session'' oleh Puan Mona binti Azizan yang akan berkongsi konsep keselamatan data melalui topik "Secure Our Data", yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya melindungi maklumat peribadi dan organisasi dalam era digital. Sesi akan diadakan secara dalam talian pada 21 Oktober 2024. 'Save the Date! '😍