لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا @janganbersedihdontbesad Channel on Telegram

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

@janganbersedihdontbesad


لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

La Tahzan, innAllaha Ma'ana
Don't be sad, indeed Allah is with us

[Quran 9:40]

Est: 190916

لَا تَحزَن إنَّ اللهَ مَعَنَا (Arabic)

Welcome to the Telegram channel "لَا تَحزَن إنَّ اللهَ مَعَنَا" (Don't be sad, indeed Allah is with us). This channel, with the username @janganbersedihdontbesad, is dedicated to sharing messages of hope, faith, and positivity inspired by Quran 9:40. Founded on September 16, 1909, this channel aims to provide encouragement and support to all its followers. Who is it for? This channel is for anyone who needs a source of strength and motivation in their daily lives. Whether you are going through a tough time, feeling down, or simply seeking words of wisdom, this channel is here for you. What is it about? "لَا تَحزَن إنَّ اللهَ مَعَنَا" is all about spreading positivity and reminders of Allah's presence in our lives. Through quotes, reflections, and uplifting messages, this channel strives to uplift the spirits of its followers and remind them of the power of faith. Join @janganbersedihdontbesad today and let the words of wisdom and hope bring light into your life. Don't be sad, indeed Allah is with us. Let this channel be your source of inspiration and strength in times of need. Embrace the positivity and faith that radiates from "لَا تَحزَن إنَّ اللهَ مَعَنَا."

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

03 Oct, 03:30


Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف
Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Al Ahqaf: 15
وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.
Dalam ayat yang lain.....
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
Al Fathir: 37
عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :
" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan
( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.
عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .
Masruq berkata :
" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح
“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".
HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:
من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار
“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.
( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )
Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.
Sedikit tazkirah... Khas utk kita yg ke arah, di alam, di hujung dan telah melewati 40an.

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

27 Sep, 02:14


Doa agar dapat Melunasi Hutang

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

24 Sep, 02:01


AAMIINKAN DOA BERKAH INI 🤲

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا

(Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiits, wa ash-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan)

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Maha Berdiri Sendiri tidak butuh segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata mendapat pertolongan dari-Mu selamanya

Video By : Adi Hidayat Official (Youtube)

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

15 Sep, 16:20


𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥

𝟏𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

𝑴𝒂𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕 𝒌𝒆 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝑩𝒂𝒈𝒊𝒏𝒅𝒂 𝑵𝒂𝒃𝒊 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑺.𝑨.𝑾.

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

09 Sep, 03:12


TOLONG AAMIIN KAN DOA BERKAH INI 🤲

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا

(Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiits, wa ash-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan)

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Maha Berdiri Sendiri tidak butuh segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata mendapat pertolongan dari-Mu selamanya

Video By : Adi Hidayat Official (Youtube)

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

05 Sep, 03:18


Doa untuk anak-anak:

1. Ya Allah. Jadikan anak kami makin rajin solat dan tak tinggal solat walau berjauhan daripada kami.

2. Ya Allah. Jadikan anak kami cemerlang dalam semua peperiksaannya. Jadikan anak anak kami fokus belajar dan bersungguh menuntut ilmu.

3. Ya Allah. Jadikan anak kami anak yang ada karakter PENYABAR. Mampu menahan diri ketika marah, sukakan kedamaian dan berkasih sayang sesama adik beradik.

4. Ya Allah. Jadikan anak kami, anak yang ada karakter PEMIMPIN. Sangat bertanggungjawab, jujur dan amanah sifatnya.

5. Ya Allah. Jadikan anak kami anak yang ada karakter BERDIKARI. Mampu mengurus adik adiknya dan diri sendiri.

6. Ya Allah. Jadikan anak kami, anak yang BERDISIPLIN. Ada rutin yang teratur, pembersih dan pandai mengatur rutin hariannya sendiri.

7. Ya Allah. Jadikan kami ibu ayah yang sabar. Sabar dalam mendidik dan membesarkan anak anak kami.

8. Ya Allah. Jauhkan anak anak kami daripada pengaruh buruk rakan sebaya, gajet media sosial, game dan sebagainya.

9. Ya Allah. Bahagiakan diri kami supaya kami dapat bahagiakan anak anak kami dengan sepenuh jiwa raga. Berikan kami ketenangan dan kelapangan hati setiap masa.

10. Ya Allah. Jauhkan kami sekeluarga daripada azabMu dan masukkan kami sekeluarga ke dalam syurgaMu.

Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin 🤲

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

04 Sep, 03:49


Bismillahirrahmannirrahim

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik amalan, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, dan teguhkanlah pendirianku, beratkanlah timbangan amal baikku, mantapkanlah keimananku, tinggikanlah martabatku, terimalah solatku, ampunilah kesalahanku, dan aku memohon kepada- Mu derjat yang tinggi dalam syurga, perkenankanlah doa kami ya Allah.

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

02 Sep, 06:23


Subuh terlajak tidur,
Ingatlah bahawa ada tidur yg panjang di alam kubur. Bezanya tenang sejahtera atau azab sengsara.

Zuhur sibuk dengan kerja,
Ingatlah bahawa bekal kita di akhirat ialah amal ibadah bukannya harta benda.

Asar sibuk dengan kawan2 dan anak isteri,
Ingatlah bahawa perjalanan kita di mahsyar tersangatlah panjang dan nafsi-nafsi (sendiri²).

Maghrib sibuk layan drama tv,
Ingatlah bahawa kisah hidup kita akan ditayangkan di akhirat nanti.

Isyak lepak minum kedai kopi,
Ingatlah bahawa di neraka nanti minumannya ialah daripada nanah,darah dan air yg menggelegak panas tak terperi.

Tiba-tiba mati,
Ingatlah bahawa malaikat maut tidak menunggu taubat kita untuk memanggil kita pulang menghadap Ilahi.

Usahakan solat berjemaah 5 waktu di surau atau masjid bagi yg lelaki dan solat di awal waktu bagi yg perempuan.

Baiki diri dengan pergi ke taman2 syurga ( majlis2 ilmu ) sebagai jambatan untuk dijemput masuk ke syurga yg kekal abadi.

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

22 Aug, 01:22


FREE 3 SERIES TADABBUR 3 QUL

Al-Ikhlas,
Al-Falaq,
An-Nas.

These 3 surahs are short surahs and we frequently read them in our solah.

We even memorised them since little right ?

But how much we have understood and feel the messages behind these surahs ?

Thats why EQG brings to you ; 3 FREE series of Tadabbur 3 Qul.
Yes they are free !

We will learn from 3 Quranic scholars ;

🍃Al-Ikhlas : "I Am Helpless, Help Me Ya Rabb"
By Dr Hafiz Salleh

🍃Al-Falaq : "I am Scared, Help Me Ya Rabb"
By Ustaz Fazrul Ismail

🍃An-Nas : "I Am Confused, Help Me Ya Rabb"
By Ustaz Shamsul Hakim

Claim your FREE seat here :
Register Free Tadabbur 3 Qul (Click Here)

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

15 Aug, 14:01


8 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕 𝑱𝒊𝒃𝒓𝒊𝒍

1. 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒔𝒚𝒂𝒇𝒂𝒂𝒕 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑨𝑾 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒕 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒌.
2. 𝑴𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒊𝒏𝒔𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒌𝒊𝒂𝒎𝒂𝒕.
3. 𝑫𝒊𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒐𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒓𝒋𝒂𝒕𝒏𝒚𝒂 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉.
4. 𝑫𝒊𝒎𝒂𝒌𝒃𝒖𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒅𝒐𝒂.
5. 𝑫𝒊𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒄𝒖𝒌𝒖𝒑𝒂𝒏 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉.
6. 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒂𝒔 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕 𝒉𝒂𝒎𝒃𝒂-𝑵𝒚𝒂.
7. 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂.
8. 𝑴𝒆𝒏𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒓𝒊𝒔𝒂𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒖𝒌𝒂𝒄𝒊𝒕𝒂.

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

09 Aug, 04:44


8 Faedah Berselawat

1. Dapat pahala ikut perintah Allah SWT
2. Tunaikan hak Nabi SAW
3. Dapat balasan selawat 10x
4. Diangkat 10 darjat di Syurga dan di padam 10 dosa
5. Pengubat duka dan kesedihan
6. Berhak dapat syafaat Nabi SAW
7. Paling dekat dengan Nabi SAW di akhirat
8. Nabi SAW jawab selawat dan salam kita

الَلَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

09 Aug, 04:36


9 benda untuk mendapatkan hati yang bersih

1. Baca al-Quran
2. Mengurangkan makan
3. Mendirikan malam
4. Bermunajat Pada waktu malam
5. Mendampingi orang soleh
6. Diam daripada perkara yang tiada kaitan
7. Menjauhi ahli maksiat
8. Tidak melebih-lebih dalam urusan manusia
9. Makan benda yang halal

الَلَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

31 Jul, 06:42


https://celiktafsir.net/

لَا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

28 Jul, 11:48


Dengar di Radio IKIM. Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula² Ustaz kongsi tanda² lalai:

1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pada Allah:
- Tidak fokus
- Sering terlupa bilangan rakaat
- Melewatkan solat
- Kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dengan perkara yang syubhah & haram.
9. Tangguh untuk bertaubat.
10. Malu untuk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut: Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak kita dgn Al-Quran.

Pesan Ustaz: Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. (nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. Bunuh kebaikan yang kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab - sebab lalai:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yang lalai.
3. Berada alam persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan lain - lain.

Cara² mengatasi lalai:

1. Cari sahabat yang baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca al quran.
6. Bersangka baik pada org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Na'uzubillahhi min zalik. Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini.

Simpan untuk peringatan.

Terima kasih kepada saudara Ameer yang share di FB.