Islamic Talk 💡 @islamtalk Channel on Telegram

Islamic Talk 💡

@islamtalk


Semua orang melakukan kesilapan. Tapi kesilapan itu mestilah diperbaiki bukan diulang kembali. 💖

Islamic Talk 💡 (Malay)

Islamic Talk 💡 adalah saluran Telegram yang bertujuan untuk menyediakan platform bagi individu untuk berkongsi pandangan, pengetahuan, dan pemahaman tentang Islam. Saluran ini menekankan nilai-nilai keagamaan dan memberikan inspirasi untuk meningkatkan kefahaman tentang ajaran Islam. Dengan moto 'Semua orang melakukan kesilapan. Tapi kesilapan itu mestilah diperbaiki bukan diulang kembali.', Islamic Talk 💡 menggalakkan pengikutnya untuk belajar dari kesilapan dan terus berusaha menjadi individu yang lebih baik. Jika anda mencari maklumat berkaitan agama Islam, inspirasi dari al-Quran, atau ingin mendengar pandangan dari komuniti yang sama, bergabunglah dengan Islamic Talk 💡 hari ini dan jadilah sebahagian daripada perbincangan yang bermakna.

Islamic Talk 💡

01 Sep, 02:35


Tiada siapa pun nak stay kekal mcm diri dia sekarang. Semua nak jadi makin baik dan makin baik. Nak kepada Allah. Nak makin dekat dengan Allah. Nak buat semua perintah Allah. Nak ikut ajaran dan sunnah Rasulullah.

Yang dah berkelubong litup pon, nak perbaiki akhlak dan peribadi. Yang free hair nak pakai tudung. Yang buka aurat nak tutup aurat. Yang x solat nak solat. Yang solat lewat2 nak solat awal waktu. Yang jarang selawat nak perbanyak selawat. Semua nak hijrah ke arah lebih baik.

Fitrah, ini fitrah manusia. Suka sangat kepada kebaikan walaupun diri masih kekurangan.

Niat dan keinginan dah ada kat situ. Selalu terbit menjelma dalam hati sanubari. Itu tanda panggilan daripada Allah. Dengan seberapa daya sambutlah. Peluang dan ruang bukan selalunya terbuka. Jangan biar berlalu sia-sia.

Jalan mujahadah ni sangatlah berat. Lebih berat drpd besi berjuta tan metrik. Mintalah Allah bantu. Kita kan ada Allah. Sentiasalah bersama Allah. Sentiasa bersama Rasulullah. Kita tak akan mampu menjalaninya sendiri.

Wallahualam.

صلوا على النبي ,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ﷺ

#tarbiahiman
#freegaza
#frrepalestine
#prayforrafah
#cnp

Islamic Talk 💡

02 Apr, 13:57


Nak dekat Raya ni marilah kita saling ingat mengingatkan:-

Siapakah yang bergelar *Bukan Mahram* yang kita *TIDAK BOLEH* bersalaman:

*A) Jika kita seorang Lelaki:-*

1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

*B) Jika kita seorang Perempuan:-*

1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak (lelaki)

*Ada yang tidak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya TAK BOLEH.*

Jadi sekarang dah tahu...minta minta ler sampaikan pula pada saudara2 & sahabat2 kita.

@tarbiyahiman

Islamic Talk 💡

02 Jan, 11:53


Assalamualaikkum dan Salam Sejahtera.
Dear respondents,

Hi, we are final year students of Bachelor of Entrepreneurship (Commerce) students with honours from University Malaysia Kelantan (UMK). We are currently doing a research survey about the factor affecting University Malaysia Kelantan’s number of graduates unemployed. This survey will take only 5 to 10 minutes. Your answer will be kept strictly confidental and used solely for academic purposes. We greatly appreciate your time, kind cooperation given, and good feedback in answering this questionnaire. Thank you.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf6VPEpBIJoVQQRKng_lC9BnmJVOBzml6cLvMREsYdGrqG7vw/viewform?usp=sf_link

Thank you for taking the time to answer this survey.