Gold bar 1 kilogram ni paling untung.
Masa beli, kos premium (kos cetak per gram) paling murah. Bila jual, PG beli harga paling tinggi.
KOS PREMIUM + POSTAGE
Kalau beli gold bar 10 gram x 100 keping, caj premium yang kita kena bayar RM1,500.
RM15 x 100 keping
= RM1,500.
Setiap kali beli gold bar 10 gram, kena caj postage lagi RM10 satu postage.
Maka kos postage kena bayar RM1,000.
RM10 x 100 parcel
= RM1,000
Total kos premium + postage RM2,500.
Sedangkan gold bar 1 kilogram ni, kos premium cuma RM250 sekeping. Tiada caj postage sebab boleh collect di branch terdekat.
✅ Jimat RM2,250.
HARGA JUAL
Bila nak jual, harga PG Buy semasa gold bar 10 gram RM4,077.
Kalau 100 keping, dapat RM407,700.
Sedangkan gold bar 1 kilogram RM414,898.
✅ Lebih untung sebanyak RM7,198
✅ Total, gold bar 1 kilogram untung RM9,448 (RM2,550 + RM7,198) berbanding gold bar 10 gram x 100 keping.
BELIAN CARA EPP ATAU GAP
Bagi siapa yang ada target nak kumpul item besar-besar macam gold bar 100 gram, 250 gram ataupun 1 kilogram, boleh bayar secara EPP10, 10 kali bayar.
Cara paling mudah dan paling fleksibel, menabung sahaja melalui #AkaunEmasGAP.
Nak 'bayar' 100 kali atau 1000 kali pun boleh!
Top-up sahaja melalui Akaun Emas GAP.
Bila dah cukup gram, keluarkan item besar-besar ni. Item besar ni lebih menguntungkan bila nak jual nanti berbanding jual terus dari GAP.
Spread value GAP 9%.
Gold bar 1 kilogram ni cuma 6% sahaja.
#TipKayaDenganEmas