✔️ - Kelilingkan diri dengan kawan-kawan yang positif. Family yang positif.
✔️ - Takde kawan atau family yang positif, kita sendiri yang kena positif dan cuba menerima orang sekeliling kita yang negatif tu.
✔️ - Dalam sebulan, satu atau dua kali jumpa kaunselor atau psikologis. Better jumpa psikologis kalau tengok simptom macam dah ke arah anxiety.
Anxiety perlu dirawat dengan tekniknya sendiri. Contohnya CBT technique…
✔️ - Sekali sehari harus berbual dengan rakan atau family yang memang kita tahu dia positif dan boleh bagi semangat kat kita.
✔️ - Sekali atau dua kali seminggu pergi keluar ke mana-mana. Berjalan ke shopping mall, tengok haiwan, tengok bunga-bunga, tengok hutan, waterfall…
✔️ - Sekali sebulan pergi travel jauh sikit. Tempat yang tak pernah pergi. Contohnya, negeri lain selain Kuala Lumpur… Perak, Kedah, Johor, Kelantan. Pergi dan menginap dekat sana.
✔️ - Sekali sehari harus buat grounding atau earthing dalam 5-10 minit. Berjalan atas rumput tanpa selipar atau kasut.
✔️ - Biasakan diri untuk sentiasa RELAKS dan TENANG sepanjang masa. Jangan panik atau gelabah bila ada sesuatu yang mencabar datang. Just relax… solusi akan muncul sendiri.
✔️ - Tidur yang cukup dan berkualiti. At least tidur pukul 11 malam. Selepas 11 malam, tak elok diamalkan untuk tidur. Kalau sekali sekala nak tidur lewat, takde masalah. Jam 10 atau 11 malam, dah tidur dah…
✔️ - Bersenam atau buat stretching sikit-sikit. Bagi badan kita bergerak dan aktif. Jangan duduk saja-saja. Pagi-pagi buat stretching. Tengok di internet… cara buat.
✔️ - Apa yang orang cakap, atau sakitkan hati kita, terus lepaskan. Ambil masa dalam 1-3 minit untuk LET GO perasaan sedih tu. Tapi jangan lama-lama sampai satu hari bersedih.
✔️ - Perasaan takut, sedih, risau, dan resah jangan dilayan terlalu lama. Perasaan tu boleh dilayan sekejap sahaja. Jangan terlalu lama.
✔️ - Cakap pada diri “Aku sihat, aku dah sembuh, aku kuat, dan aku boleh buat apa sahaja yang aku suka.” Ulang ayat ni dalam 2-3 kali seminggu. Jika rasa down, sedih, dan lemah, boleh ulang ayat ni dalam hati.
Dari semasa ke semasa, mungkin ada lagi tips, boleh follow dan buat dulu.
Tindakan itu yang penting.
Buat sikit-sikit jika tak mampu.
Buat banyak jika mampu. 😁