Parent Kem Akil Baligh @happyparenting Channel on Telegram

Parent Kem Akil Baligh

@happyparenting


happyparenting (Turkish)

Ebeveynlik dünyanın en zor ama en güzel görevlerinden biridir. Çocuk yetiştirirken karşılaşılan zorluklar ve sorunlar her zaman var olacaktır. Ancak, doğru rehberlik ve destekle, ebeveynler bu zorlukların üstesinden gelebilir ve mutlu bir ebeveynlik deneyimi yaşayabilirler. İşte tam da bu noktada devreye "happyparenting" kanalı giriyor

"happyparenting", ebeveynlerin ihtiyaç duydukları destek ve rehberlik konusunda yardımcı olan bir Telegram kanalıdır. Kanalımız, ebeveynlere çocuk yetiştirme konusunda faydalı ipuçları, güvenilir bilgiler ve destek sağlayarak, mutlu ve sağlıklı bir aile ortamının oluşturulmasına yardımcı olmayı amaçlamaktadır

Ebeveynlik deneyimi bazen yalnızlık ve belirsizlik hissiyle dolu olabilir. Bu nedenle, "happyparenting" kanalı, ebeveynlere birlikte öğrenme ve destekleşme fırsatı sunar. Kanalımızda, çocuk psikolojisi, eğitimi, sağlığı ve daha birçok konuda uzmanlar tarafından kaleme alınmış makaleler ve bilgilendirici içerikler paylaşılmaktadır. Bu sayede, ebeveynler yaşadıkları sorunlara daha iyi bir bakış açısıyla yaklaşabilir ve çözüm bulabilirler

Eğer siz de mutlu bir ebeveynlik deneyimi yaşamak ve çocuklarınızla daha sağlıklı ilişkiler kurmak istiyorsanız, "happyparenting" kanalına katılın. Profesyonel destek ve bilgiye kolayca erişebileceğiniz bu kanal, size ebeveynlik yolculuğunuzda rehberlik edecektir. Unutmayın, çocuklarınızın mutluluğu ve sağlığı sizin elinizde!
Hadi, birlikte daha mutlu ve sağlıklı bir aile ortamı oluşturalım. "happyparenting" kanalına hemen katılın ve ebeveynlik yolculuğunuzda destek alın!

Parent Kem Akil Baligh

27 Jan, 00:18


ENAM KESALAHAN ANAK² DALAM SOLAT YG BOLEH MENGAKIBATKAN SOLAT TAK SAH

1. Ambil wudhuk tak sempurna
2. Bacaan Alfatihah tak betul, tak jaga tajwid, makhraj dan sifat huruf
3. Solat laju tanpa tomakninah, terkejar tak tau nak kena mana
4. Tak tau beza antara rukun dan sunat dlm solat
5. Bersembang dalam solat
6. Bergerak melebihi tiga pergerakan besar

⚠️Mahu anak anda belajar ilmu solat?
⚠️Risau anak anda masih tak jaga solat lima waktu?

Jom hantar ke KEM SYOKNYA SOLAT ONLINE

Tarikh : 3-7 Feb 2025
Hari : Isnin ke Jumaat (5 hari)
Masa : 9pg - 11pg
Medium : Zoom Online
Yuran Asal : RM99
Promosi : RM39/family

Hubungi admin
www.wasap.my/60115588513/BerminatKemSyoknyaSolatOnline

Atau daftar sini segera. Pendaftaran dah nak tutup.
https://tapowa.onpay.my/order/form/kss2025/248

P/s : Tolong share info ni ya. Kami sasarkan nak bantu 500 pelajar ada kesedaran pelihara solat sempena cuti sekolah ni insyallah. Tq ya semua

Parent Kem Akil Baligh

19 Jan, 02:31


Keistimewaan Tuisyen Online Matematik Tapow Math Sempena Cuti Sekolah

1. Dibuat online, jadi sesiapa boleh join di mana saja
2. Fokus bab asas congak, sifir dan algebra sebab ramai pelajar tak kuasai asas, bagaimana nak setel masalah matematik yang lebih rumit
3. Ada sesi motivasi dan kerohanian (percuma) bersama Tapow A
4. Ada sesi parenting (percuma)
5. Modul Corak Sifir (COFIR) dan Jari Kalkulator (JATOR) dibangunkan oleh dua anak muda iaitu Dr. Ammar dan Cikgu Hanif
6. Ada group komuniti khas untuk ibu bapa bertanya soalan dan follow up

P/s : Final Call. Tuisyen Online Tapow Math sempena cuti sekolah. Yuran cuma RM69 sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Mula esok, Isnin. Daftar sini sekarang https://tapowa.onpay.my/order/form/148/248

Parent Kem Akil Baligh

18 Jan, 07:02


5 Keburukan Kalau Anak Lemah Matematik

1. Sukar kuasai Sains dan Teknologi sebab matematik asas untuk subjek penting seperti fizik dan IT.

2. Lemah urus kewangan seperti sukar buat bajet dan elak hutang.

3. Kurang keyakinan diri, Kerap gagal boleh meruntuhkan keyakinan.

4. Peluang semakin terhad sebab banyak aspek kehidupan dan pekerjaan memerlukan kemahiran matematik.

5. Lemah berfikir logik seperti sukar buat keputusan dan selesaikan masalah.

P/s : Final Call Tuisyen Online Program Cuti Sekolah Tapow Math. Istimewa tuisyen Matematik digabung dengan elemen bina sahsiah dan rohani pelajar bersama Tapow A. Yuran cuma RM69 sesuai untuk sekolah dan menengah. Klik sini sebab tuisyen akan bermula Isnin ini https://tapowa.onpay.my/order/form/148/248

Parent Kem Akil Baligh

05 Jan, 03:07


Khas Untuk Ibu Bapa Yang Ada Anak Lemah Matematik & Kurang Yakin Diri

Tuan puan, cuti sekolah panjang Jan-Feb bakal tiba. Jadikan cuti ini sangat bermakna buat anak anda. Ada anak yang

‼️Lemah/gagal matematik
‼️Rasa matematik bosan
‼️Tak kuasai sifir
‼️Tak pandai congak

Dalam masa yang sama

‼️Kurang motivasi
‼️Tak hormat ibu bapa
‼️Tak jaga solat

Apa kata daftarkan anak anda ke Tuisyen Online Tapow Math. Program online yg menggabungkan 2 modul utama iaitu kuasai asas Matematik dan bina sahsiah diri

Bermula 20 Jan - 23 Jan 2024
Selama 4 hari
4 sesi matematik
2 sesi motivasi
2 sesi parenting
Online Zoom/Google Meet

Yuran cuma RM69 sahaja seorang.

Daftar sini sekarang
https://tapowa.onpay.my/order/form/149

Atau daftar wasap di
www.wasap.my/601155885513/NakDaftarTuisyenOnlineTapowMath

Parent Kem Akil Baligh

05 Jan, 02:22


Waktu Terbaik Memberi Nasihat Pada Anak Menurut Sunnah

1. Sewaktu berjalan/menaiki kenderaan
2. Sewaktu makan
3. Sewaktu mereka sakit
4. Sewaktu mereka bertanya soalan

Parent Kem Akil Baligh

01 Jan, 08:28


SURVEY PROGRAM TUISYEN ONLINE MANTAP MATEMATIK & BINA SAHSIAH

Salam & selamat tahun baru 2025 semua ibu bapa yang dikasihi. Tapow A dengan kerjasama Mantap Math bakal menganjurkan Tuisyen Online selama seminggu sempena cuti sekolah panjang Januari-Februari 2025.

▶️Tempoh : 7 hari
▶️Sesi : 8 sesi
▶️Durasi : 1 jam - 1jam 30 min/sesi
▶️Yuran cadangan : RM59/pax
▶️Fokus tuisyen : Mantapkan asas matematik & kukuhkan sahsiah diri
▶️Medium : Zoom Online
▶️Sasaran :
▪️Tahap 1 (Darjah 1-3)
▪️Tahap 2 (Darjah 4-6)
▪️Men Bawah (Ting.1 -3)
▪️Men Atas (Ting.4-5)

Jadi kami nak jalankan sedikit survey, ada ibu bapa yang mahu anaknya cemerlang matematik & sahsiah?

Kalau berminat sila klik link survey di bawah dan tandakan berminat
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfZd4sZzF331SYQ_cyojM9wX2Uw6PLASV64kUim99KmMGtB7Q/viewform?usp=header

Parent Kem Akil Baligh

27 Dec, 04:44


"SEJUK HATI TENGOK ANAK SAYA YANG LAMA DAH KEMBALI. DAH RAJIN SOLAT, RAJIN BELAJAR, JADI MAKIN LEMBUT, SENANG DENGAR KATA."

PANGGILAN AKHIR KEM TAPOW A 2024!

Anda ibu bapa yang ada anak umur 10 hingga 18 tahun dan ada masalah :

1. Tak fokus pelajaran
2. Tak jaga solat 5 waktu
3. Susah dengar kata
4. Sibuk main game
5. Tak ada disiplin
6. Tak semangat belajar

Bawa anak anda ke Kem Tapow A!
▶️ 28-29 Dis 24, Sabtu Ahad
▶️ Kem Cahaya Bulan Rantau N.Sembilan

Ada 5 perkara utama yang anak anda akan belajar :

Kesedaran memelihara solat 5 waktu
Memuliakan ibu bapa
Motivasi Belajar
Kesedaran & Fitnah Akhir Zaman
Kemahiran Kerjasama dan kerja berpasukan

Yuran RM 139 sahaja seorang. Daftar sekarang di www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

12 Dec, 04:40


📚 Promosi 12.12: Diskaun Hebat untuk Pecinta Buku! 📚

Beli Buku, Hadiahkan Ilmu!

Sempena 12.12, kami bawakan tawaran luar biasa:
Diskaun semua Buku Tulisan Che Mat!
Diskaun Beli Kombo

📖 Formula Yakin Diri -RM79- 🎉RM50
📖 30 Doa Pelajar Cemerlang -RM25- 🎉RM15
📖 100 Teladan Rasulullah Setiap Hari -RM35- 🎉RM15
📖 Mudahnya Mengendalikan Usrah -RM20- 🎉RM10

Hanya 24 jam sahaja! Jangan lepaskan peluang! Tamat 13 Dis 2024, jam 12 malam

Klik sekarang
tapowa.onpay.my/order/form/bukualaf2024

Parent Kem Akil Baligh

05 Dec, 05:10


Hari tu anak menyampuk ketika saya bercakap. Jadi terpaksa tegur terus sebab bimbang kalau dibiarkan membesar jadi manusia tak beradab.

Saya katakan ada 9 tanda orang tak ada adab ketika bercakap

1. Apabila bercakap tak pandai henti

2. Apabila bercakap cepat menyampuk

3. Banyak bercakap di hadapan yang lebih tua

4. Banyak bercakap di hadapan yang lebih berilmu

5. Memberi nasihat tanpa diminta

6. Cepat mengulas tanpa usul periksa

7. Cepat melenting apabila ditegur

8. Terdesak nak tunjuk diri lebih hebat/mulia

9. Apabila bercakap, semua perkara dia lebih tahu, semua perkara dia ada pengalaman, semua perkara nak ulas

Saya katakan berhati-hati lah dengan orang begini. Janganlah jadi manusia begini.
.
.
.
Che Mat
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

03 Dec, 23:58


Ciri-ciri anak soleh dlm Al-Quran:

1. Beriman & bertakwa pd Allah

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal." (Al-Kahfi: 107)

2. Berbuat baik pd ibu bapa

"Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya..." (Al-Ahqaf: 15)

3. Berakhlak mulia

"..dan berbuat baiklah kepada manusia sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu..." (Al-Qasas: 77)

4. Mendoakan ibu bapa

"Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidikku pada masa kecil." (Al-Isra: 24)

5. Berusaha mencari ilmu

"...Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat." (Al-Mujadilah: 11)

6. Menjaga solat dan ibadah

Ayat Rujukan: "Peliharalah segala solatmu dan solat wustha. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk." (Al-Baqarah: 238)

Che Mat
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

29 Nov, 01:04


Apa itu Seminar Tapow A?

Secara bahasa :

Seminar = program perkongsian ilmu
Tapow = Bekal
A = Kejayaan

Secara istilahnya :

Seminar Tapow A adalah program yang memberikan bekalan kejayaan dunia dan akhirat.
Ia bukanlah program bekalan makanan, sebab jika nak beri bekalan makanan tak perlu buat seminar, memadai kami buat kenduri.

Pelajar kalau nak cemerlang jangan dalam pelajaran sahaja, tapi kena cemerlang dalam semua aspek.

A = Agama, Akhlak dan Akademik

Maka itulah Seminar Tapow A.
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

28 Nov, 00:29


5 Perbuatan Ibu Bapa Yang Merosakkan Anak Tanpa Sedar

1. Membantu siapkan tugasan sekolah

Bukan tugas kita buatkan kerja mereka. Ajarkan jika perlu, tegas kalau malas. Kalau tak siap, biar cikgu hukum. Balik rumah, kita hukum lagi.

2. Memenuhi semua permintaan

Bukan semua yang anak minta perlu dituruti. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Jika nak sangat, ajar buat timbal balas – usaha dahulu baru dapat.

3. Melindungi anak dari rasa gagal atau sakit

Kegagalan dan kesilapan mengajar mereka matang. Jangan terlalu lindungi, biar mereka belajar dari pengalaman, kegagalan dan kesakitan

4. Mengurus semua keperluan anak

Beri tanggungjawab seperti kemas bilik, gosok baju, bawa beg sendiri. Kalau semua kita urus, anak jadi lembik dan malas.

5. Menyelesaikan konflik anak

Biar mereka belajar selesai sendiri – contohnya bergaduh. Biar mereka belajar berunding, dan belajar hormat tanpa korbankan diri.

Ingat manja boleh. Tapi jangan sampai merosak. Wallahuaklam.

Che Mat
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

28 Nov, 00:28


5 Perbuatan Ibu Bapa Yang Merosakkan Anak Tanpa Sedar

1. Membantu siapkan tugasan sekolah

Bukan tugas kita buatkan kerja mereka. Ajarkan jika perlu, tegas kalau malas. Kalau tak siap, biar cikgu hukum. Balik rumah, kita hukum lagi.

2. Memenuhi semua permintaan

Bukan semua yang anak minta perlu dituruti. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Jika nak sangat, ajar buat timbal balas – usaha dahulu baru dapat.

3. Melindungi anak dari rasa gagal atau sakit

Kegagalan dan kesilapan mengajar mereka matang. Jangan terlalu lindungi, biar mereka belajar dari pengalaman, kegagalan dan kesakitan

4. Mengurus semua keperluan anak

Beri tanggungjawab seperti kemas bilik, gosok baju, bawa beg sendiri. Kalau semua kita urus, anak jadi lembik dan malas.

5. Menyelesaikan konflik anak

Biar mereka belajar selesai sendiri – contohnya bergaduh. Biar mereka belajar berunding, dan belajar hormat tanpa korbankan diri.

Ingat manja boleh. Tapi jangan sampai merosak. Wallahuaklam.

Che Mat
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

27 Nov, 12:28


Ini Keburukan Jika Terlalu Memanjakan Anak:

1. Anak sukar berdikari, sebab sering bergantung untuk selesaikan masalah.

2. Anak kurang rasa tanggungjawab, sebab semua dapat mudah.

3. Tidak menghargai nilai usaha, duit, masa.

4. Mudah merungut walau dah dapat yang terbaik.

5. Jadi egois, hanya fikir diri sendiri.

6. Lemah hadapi konflik, perkara kecil pun ibu bapa selesaikan.

7. Mental tak tahan cabaran, mudah goyah.

8. Kurang disiplin, sebab peraturan selalu diketepikan demi perasaan dia

9. Anak sukar bergaul, susah bertolak ansur.

10. Emosi tak stabil bila dewasa, tak dapat terima kekurangan.

P/s: Manjakan boleh, terlalu manja tak boleh.
Wallahu'alam.

— Che Mat
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

26 Nov, 14:25


Bismillah. Pendaftaran Seminar Tapow A Final 2024 telah dibuka

Anda ibu bapa yang ada anak umur 10 hingga 18 tahun dan ada masalah
1. Tak fokus pelajaran
2. Tak jaga solat 5 waktu
3. Susah dengar kata
4. Sibuk main game
5. Tak ada disiplin
6. Tak semangat belajar

Bawa anak anda ke Seminar Tapow A. Insyaallah kita ada 4 lokasi di Cheras, Putrajaya, Paroi dan Kem Cahaya Bulan Rantau

▶️21 Dis 24, Sabtu, Surau Assyakirin Bandar Tun Razak Cheras, KL
▶️24 Dis 24, Selasa, Masjid At-Taqwa Paroi, Seremban
▶️25 Dis 24, Rabu, Surau Jannatul Firdaus Presint 5, Putrajaya
▶️27-28 Dia 24, Sabtu Ahad, Kem Cahaya Bulan Rantau N.Sembilan

Ada 5 perkara utama yang anak anda akan belajar

1. Kesedaran memelihara solat 5 waktu
2. Memuliakan ibu bapa
3. Motivasi Belajar
4. Kesedaran & Fitnah Akhir Zaman
5. Kemahiran Kerjasama dan kerja berpasukan

Yuran bermula RM15 sahaja seorang. Daftar di www.TapowA.com
www.TapowA.com
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

20 Nov, 02:26


10 perkara mencederakan emosi anak pada waktu pagi:

1. Membangunkan dengan kasar atau marah

2. Mengkritik, menghukum, menyalahkan terus selepas bangun (Contoh "itulah, tidur lewat lagi")

3. Tidak sempat menyediakan sarapan yang mencukupi atau terlupa berikan duit belanja atau terlupa berikan bekal.

4. Mendesak atau menggesa mereka secara berlebihan seperti menjerit, gertak dan ugut

5. Tidak memberikan waktu untuk bersedia dengan tenang, sedikit sangat masa untuk bersiap

6. Menggunakan bahasa kasar atau nada suara yang tinggi

7. Tidak memberi perhatian pada penampilan atau keperluan mereka

8. Mengabaikan soalan atau permintaan-permintaan kecil mereka

9. Menyuruh mereka tergesa-gesa setiap pagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar

10. Kurang memberikan kata-kata semangat atau pelukan kasih sayang

Wallahuaklam

Che Mat


P/s : Pastikan tidur anak cukup, pastikan semua tidur awal sebelum jam 10 malam, berikan anak hadiah jam loceng berbunyi kuat. Klik sini https://s.shopee.com.my/3AqJLxv4ze

Parent Kem Akil Baligh

06 Nov, 04:09


Salam semua. Kami sedang mencari 5 buah masjid atau surau untuk bekerjasama menjalankan program motivasi Tapow A sempena cuti sekolah Disember 2024.

1 di KL
1 di Putrajaya/Bangi
2 di Seremban
1 di Melaka

Jika ada di kalangan tuan/puan AJK Masjid atau surau, mohon wassap team kami, kami akan berikan kertas kerja cadangan.

Ustaz Asri www.wasap.my/60104006756/MasjidKamiSediaBekerjasamaDenganTapowA


Ikhlas dari
Che Mat
Penceramah Utama
Seminar Tapow A

Parent Kem Akil Baligh

01 Nov, 01:17


Lima Benda Anak Akan Belajar Di Seminar Tapow A

1. Bina matlamat. Ingat ya kajian mengatakan 90% pelajar cemerlang kerana adanya matlamat
2. Motivasi dalaman. Nak berjaya kena bermula dari dalam diri sendiri
3. Solat. Jangan tinggal solat. Solat itu tiang agama
4. Muliakan ibu bapa. Itu kunci kejayaan
5. Fokus menuntut ilmu. Ilmu itu cahaya penerang hidup dunia & akhirat
6. Bonus : Bahaya game, gajet & media sosial

Panggilan Akhir
Seminar Tapow A
Kem Cahaya Bulan Kg Pasir Rantau N9
2-3 Nov 2024, Sabtu Ahad
Peserta : 10-15 tahun sahaja

Daftar di
www.TapowA.com
www.TapowA.com
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

30 Oct, 04:09


[FINAL CALL. PENDAFTARAN SEMINAR TAPOW A BAKAL DITUTUP 3 HARI LAGI]

Hai Ibu Bapa Semua
📝 Ada anak umur 10 - 15 tahun?
📝 Nak isi Cuti Sekolah anak2 dgn pgrm bermanfaat?
📝 Risau anak2 asyik dgn fone & games shj?
📝 Risau anak2 tak jaga Solat & Akhlak ?
📝 Mahu anak fokus belajar & rajin solat 5 waktu?


Jom daftarkan anak anda ke Seminar  Tapow A

Lokasi 2 (Final Call)
📍 Kem Cahaya Bulan,Kg Pasir,Rantau
🗓️ 2-3 November 2024(2Hari 1Malam)
🗓️ Sabtu - Ahad
💲 Promosi : RM139/pax

Terhad 20 tempat sahaja!
Peserta berumur 10-15 tahun sahaja!
Anak bawah umur tak dibenarkan ikuti

Daftar sekarang!
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

24 Oct, 02:48


Ini Saya Himpunkan Tujuh Fakta Menarik Berkenaan Remaja. Ibu Bapa Ada Anak Umur 10 ke 18 tahun Wajib Baca

1. Perkembangan Otak Mereka Belum Sempurna

Otak anak remaja anda, khususnya bahagian prefrontal cortex (yang mengawal fungsi seperti membuat keputusan dan kawalan diri), belum sempurna dan masih berkembang sehingga mereka berumur sekitar 25 tahun. Secara biologinya keadaan ini menjelaskan mengapa remaja cenderung untuk membuat keputusan berasaskan emosi dan tergesa-gesa. Orang kampung saya cakap tak menyompek-nyompek

2. Masa Tidur Mereka Berbeza

Remaja secara biologi memerlukan lebih banyak tidur, sekitar 8-10 jam sehari, namun corak tidur mereka beralih kepada tidur lewat malam dan bangun lambat kerana perubahan hormon. Inilah sebab ramai pelajar sukar bangun pagi. Wallahuaklam

3. Mereka Sedang Sibuk Mencari Identiti Sendiri

Fasa remaja adalah tempoh penting di mana mereka sedang mencari identiti sendiri. Mereka mula berfikir tentang siapa mereka sebenarnya, apa yang mereka percaya, dan di mana mereka ingin berada dalam masyarakat.

4. Pengaruh Rakan Sebaya yang Kuat

Dalam kalangan remaja, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan dan tingkah laku mereka. Mereka lebih cenderung untuk dipengaruhi oleh apa yang dilakukan atau difikirkan oleh rakan-rakan. Ibu bapa wajib ambil tahu dengan siapa anak remaja anda berkawan .

5. Remaja Sekarang Sangat Teknologi & Mesra IT

Generasi remaja sekarang lahir dan membesar dengan teknologi di tangan. Mereka sangat mahir dengan teknologi sehinggakan hal berkaitan gajet dan aplikasi mereka lebih maju berbanding mak ayah mereka sendiri. Namun berhati-hati lah, mereka juga terdedah kepada kesan negatif seperti ketagihan media sosial dan tekanan dek kerana selalu sangat tengok imej sempurna yang dipamerkan dalam medsos.

6. Remaja Suka Risiko

Remaja lebih cenderung mengambil risiko kerana otak mereka masih dalam proses perkembangan. Ini termasuk membuat keputusan berani atau berbahaya seperti mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan akibat jangka panjang. Mereka juga sejenis makhluk yang pantang dicabar. Osah botolah.

7. Perlukan Rasa Autonomi/Berkuasa Pada Diri Sendiri

Ini satu lagi, remaja sebenarnya sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari, jadi mereka sering menolak autoriti ibu bapa atau guru. Mereka inginkan kebebasan untuk membuat keputusan sendiri, walaupun masih memerlukan panduan dan bimbingan. Kadangkala situasi ini membuatkan mereka disebut sebagai degil atau keras kepala

Wallahuaklam. Semoga bermanfaat buat kalian yang memerlukan

Yang benar
Chemat
Penceramah yang selalu disebut masih remaja padahal sudah purba
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

24 Oct, 02:47


Perbezaan Antara Pelajar Cemerlang dan Pelajar Biasa

▶️1. Mentaliti: "Aku Nak Tahu" vs. "Aku Nak Lulus"

Berdasarkan pengalaman, saya lihat pelajar cemerlang belajar dengan niat untuk faham dan mendalami ilmu. Mereka sangat berminat nak tahu kenapa dan bagaimana. Manakala pelajar biasa pula belajar hanya untuk lulus peperiksaan. Fokus mereka semata-mata pada markah, bukan pemahaman, sayang sangat.

▶️2. Disiplin Diri: Konsisten vs. Menunggu Saat Akhir

Kalau anda perhatikan dengan jujur, pelajar cemerlang belajar secara konsisten geng. Mereka tak tunggu saat-saat akhir untuk ulang kaji. Sebaliknya, pelajar biasa cenderung bertangguh dan hanya bertindak apabila masa semakin suntuk, menyebabkan tekanan meningkat dan kualiti belajar menurun.

▶️3. Cara Fikir: Peluang untuk Belajar vs. Beban

Ini satu lagi, bagi pelajar cemerlang, belajar itu adalah peluang untuk berkembang. Mereka melihat cabaran dalam pelajaran sebagai peluang untuk menjadi lebih baik. Tetapi pelajar biasa pula melihat belajar sebagai BEBAN yang membosankan dan sesuatu yang terpaksa dilakukan.

▶️4. Persediaan: Rancang Awal vs. Tiada Rancangan

Pelajar cemerlang ada perancangan yang jelas. Mereka tahu apa yang perlu dibuat, bila perlu mula, apa matlamat pendek dan apa matlamat panjang mereka. Pelajar biasa pula sering datang tanpa persediaan, berharap nasib akan menyebelahi mereka.

▶️5. Kegagalan: Pembelajaran vs. Kekecewaan

Pelajar cemerlang melihat kegagalan sebagai pengajaran. Mereka belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri. Pelajar biasa mudah putus asa apabila gagal, malah ada yang terus berhenti mencuba kerana takut gagal lagi.

Wallahuaklam

Ikhlas dari
Che Mat
Seminar Tapow A
www.TapowA.com

P/s : Ingat ya pelajar cemerlang bukan sempurna, tetapi mereka berbeza dari mentaliti, prinsip hidup, cara mengurus diri, cara berfikir, dan usaha. Cuba ubah buat sesuatu yang kecil dengan bersungguh-sungguh, insyaallah benda besar pun akan jadi bersungguh-sungguh. Jom cikgu-cikgu dan ibu bapa semua, kita bantu anak-anak pelajar jadi insan cemerlang

Parent Kem Akil Baligh

21 Oct, 23:49


Tak Tau Nak Kata Macam mana, Tapi Tolonglah Sampaikan Pada Anak-anak Yang Suka Main Game

1. Kau Boleh Jadi Raja dalam Game, Tapi Realiti Hidup Kau Tetap Hamba. Tak kira berapa power kau dalam game, kalau dalam dunia sebenar kau malas, kau tetap gagal. Dunia tak peduli berapa banyak "level" kau naik.

2. Kau Rasa Kau Main Game, Tapi Sebenarnya Kau Dah Kena Game. Kau ingat kau kawal permainan, tapi hakikatnya, game dah kawal hidup kau. Masa depan kau sedang terbuang perlahan-lahan.

3. Orang Lain Sedang Bina Masa Depan, Kau Masih Sibuk ‘Grind’ dalam Dunia Fantasi. Sementara kau kejar 'rank', kau sibuk nak naik level, kawan-kawan kau pula kejar impian. Jangan terkejut kalau nanti kau tertinggal jauh. Hanya yang sedar akan keluar dari alam game

4. Walau Kau Sedang Bina Dunia Maya, Tapi Kehidupan Nyata Kau Sedang Runtuh. Game bagi kau dunia yang sempurna, tapi dalam realiti, hidup kau serabut. Kau biarkan hidup sebenar hancur, asalkan avatar kau berjaya. Kau kata kau sedang buat duit, tapi mana duitnya? Akhirnya kau bukan menipu aku tapi menipu diri sendiri

5. Kau Mungkin Boleh Reset Game, Tapi Hidup Tak Ada Button Reset. Sekali kau buang masa, masa tu hilang selamanya. Game boleh ulang dari checkpoint, tapi hidup kau takkan ada peluang kedua. Dalam game nyawa ada banyak, tapi dalam dunia realiti nyawa kau cuma satu

Ingatan ikhlas buat anak remaja yang suka main game

Dari
Che Mat
Nak main game boleh, tapi biar berpada-pada
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

20 Oct, 22:46


Tujuh Nasihat Ikhlas Untuk Pelajar

1. Anda Malas, Itulah Sebab Utama Anda Gagal, Rasakan Apabila Dewasa Nanti
▶️ Anda bukan tak cukup masa. Anda gagal bukan sebab susah. Anda gagal sebab malas. Hadap kenyataan ini atau terus duduk di takuk lama.

2. Tiada Siapa Akan Datang Selamatkan Anda
▶️ Tolong simpan nasihat ini di benak hati yang paling dalam, jangan harap orang lain akan tolong bila anda jatuh. Anda sendiri yang perlu bangkit. Dunia ini tak peduli pada mereka yang lemah.

3. Masa Depan Anda, Tanggungjawab Anda, Bukan Tanggungjawab Orang Lain
▶️ Kalau anda gagal, itu salah anda. Hentikan mengharap orang lain akan susun masa depan untuk anda. Kalau terus bergantung, anda akan ketinggalan. Good bye!

4. Kejar Keselesaan Sekarang, Anda Akan Kehilangan Semuanya Pada Masa Depan
▶️ Hidup bukan tentang selesa. Semakin anda cari jalan mudah, semakin anda hilang peluang untuk berjaya. Keselesaan adalah musuh kemajuan.

5. Anda Tak Sebaik yang Anda Fikirkan
▶️ Jangan perasan anda sudah cukup bagus. Kalau tak berusaha lebih dari orang lain, jangan terkejut bila orang lain jauh meninggalkan anda. Satu lagi jangan ingat anda yang terpaling susah, orang lain pun susah juga.

6. Rasa Malas Itu Racun Pembunuh Masa Depan Anda
▶️ Setiap kali anda biarkan malas menguasai diri, anda sedang merosakkan masa depan sendiri. Masa yang dibuang takkan pernah kembali.

7. Hidup Miskin Tak Mengapa, Sebab Miskin Bukan Kehinaan, Tapi Ingat Jangan Lembik
▶️ Dunia ini bukan untuk yang lembik atau manja. Kalau anda tak sanggup kerja keras sekarang, bersedia untuk hidup biasa-biasa atau lebih teruk

Yang benar
Che Mat
Penceramah Seminar Tapow A
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

26 Sep, 23:10


Alhamdulillah program jati diri remaja kembali lagi.

Bermalam
Berkhemah
Ada outdoor
Ada indoor
Bina semangat
Bina jati diri

Ayuh hantarkan anak anda ke Seminar Tapow A

Tarikh : 2 & 3 Nov 2024
Lokasi : Kem Cahaya Bulan, Rantau N9
Yuran Sebenar : RM179
Yuran Promosi : RM139
Checkin : Sabtu, 10 pagi
Checkout : Ahad, 12.30 tghr
Sasaran Peserta : Umur 10-18 tahun

Daftarkan anak anda sekarang
www.wasap.my/601155885513/NakDaftarKemTapowARantau

Atau terus daftar online
https://tapowa.onpay.my/order/form/sta2024website

Parent Kem Akil Baligh

11 Sep, 00:28


[FINAL CALL. PENDAFTARAN SEMINAR TAPOW A BAKAL DITUTUP]

Hai Ibu Bapa Semua
📝 Ada anak umur 10 - 15 tahun?
📝 Nak isi Cuti Sekolah anak2 dgn pgrm bermanfaat?
📝 Risau anak2 asyik dgn fone & games shj?
📝 Risau anak2 tak jaga Solat & Akhlak ?
📝 Mahu anak fokus belajar & rajin solat 5 waktu?


Jom daftarkan anak anda ke Seminar  Tapow A

Lokasi 1 : (Dah Tamat)
📍Masjid AlAnsar Taman Keramat KL
🗓️ 7 Sept 2024, Sabtu
💲 Promosi : RM69/pax

Lokasi 2 (Final Call)
📍 Kem Cahaya Bulan,Kg Pasir,Rantau
🗓️ 14 - 15 September 2024(2Hari 1Malam)
🗓️ Sabtu - Ahad
💲 Promosi : RM129/pax

Terhad 50 tempat sahaja!
Peserta berumur 10-15 tahun sahaja!
Anak bawah umur tak dibenarkan ikuti

Daftar sekarang!
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

30 Aug, 01:52


Ceramah Kemuliaan Menuntut Ilmu

Semoga anak pelajar semakin fokus dalam pelajaran

www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

29 Aug, 00:22


Mencungkil impian dan cita-cita yang tersembunyi

www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

27 Aug, 01:19


Video from Mohamad Bin Mohshin

Parent Kem Akil Baligh

24 Aug, 12:05


[TERBARU. PENDAFTARAN SEMINAR TAPOW A KINI DIBUKA]

Ada 2 lokasi KL & Seremban

Hai Ibu Bapa Semua
📝 Ada anak umur 10 - 15 tahun?
📝 Nak isi Cuti Sekolah anak2 dgn pgrm bermanfaat?
📝 Risau anak2 asyik dgn fone & games shj?
📝 Risau anak2 tak jaga Solat & Akhlak ?
📝 Mahu anak fokus belajar & rajin solat 5 waktu?


Jom daftarkan anak anda ke Seminar Tapow A

Lokasi 1 :
📍Masjid AlAnsar Taman Keramat KL
🗓️ 7 Sept 2024, Sabtu
💲 Promosi : RM69/pax

Lokasi 2
📍 Kem Cahaya Bulan,Kg Pasir,Rantau
🗓️ 14 - 15 September 2024(2Hari 1Malam)
🗓️ Sabtu - Ahad
💲 Promosi : RM129/pax

Terhad 50 tempat sahaja!
Peserta berumur 10-15 tahun sahaja!
Anak bawah umur tak dibenarkan ikuti

Daftar sekarang!
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

23 Aug, 06:43


Infaq Jumaat.

Tawaran Merebut Pahala Infaq Pembinaan Menara Azan. Hanya RM1500 Sahaja Lagi Diperlukan

Lokasi : Surau Riadhul Falihin Kg. Pasir Rantau N9


Maybank
Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir
555 126 526 540

Parent Kem Akil Baligh

23 Aug, 02:04


[TERBARU. PENDAFTARAN SEMINAR TAPOW A KINI DIBUKA]

Ada 2 lokasi KL & Seremban

Hai Ibu Bapa Semua
📝 Ada anak umur 10 - 15 tahun?
📝 Nak isi Cuti Sekolah anak2 dgn pgrm bermanfaat?
📝 Risau anak2 asyik dgn fone & games shj?
📝 Risau anak2 tak jaga Solat & Akhlak ?
📝 Mahu anak fokus belajar & rajin solat 5 waktu?


Jom daftarkan anak anda ke Seminar Tapow A

Lokasi 1 :
📍Masjid AlAnsar Taman Keramat KL
🗓️ 7 Sept 2024, Sabtu
💲 Promosi : RM69/pax

Lokasi 2
📍 Kem Cahaya Bulan,Kg Pasir,Rantau
🗓️ 14 - 15 September 2024(2Hari 1Malam)
🗓️ Sabtu - Ahad
💲 Promosi : RM129/pax

Terhad 50 tempat sahaja!
Peserta berumur 10-15 tahun sahaja!
Anak bawah umur tak dibenarkan ikuti

Daftar sekarang!
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

21 Aug, 04:10


Pesan pada anak

1. Berimanlah pada Allah
2. Taat dan buat baiklah pada ibu bapa
3. Ingatlah semua amalan kita dihitung Allah walaupun kecil, walaupun tersembunyi
4. Jaga solat 5 waktu
5. Serulah manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
6. Jangan sombong sesama manusia, jalan dengan sopan, berkata-katalah dengan lembut, hadapkan wajah pada manusia semasa berkomunikasi

.
Surah Luqman
Ayat 12 hingga 19
.
.
Ikhlas dari Che Mat
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

21 Aug, 03:31


Sesuai untuk semua pelajar muslim terutama yang bakal mengambil peperiksaan

Hanya RM17

https://tapowa.onpay.my/order/form/promosipbakl2024

Parent Kem Akil Baligh

20 Aug, 11:08


"Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.

Sangat mengecewakan saya. Tusyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang.

Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.

'Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.'

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga.

Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.

Bersangka baiklah dengan Allah.

Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.

Sumber : Tulisan Netizen Dari Facebook

P/s : Mahu anak rajin jaga solat, rajin belajar dan mentaati ibu bapa? Daftar ke program Seminar Tapow A. Agama. Akhlak. Akademik

www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

17 Aug, 13:23


"Kamu balik tak berubah pun tak mengapa dik. Saya memang tak ada kuasa nak buat kamu berubah. Apa yang penting sekarang kamu sudah pasakka n niat untuk berubah. Itu pun dah dapat pahala dik. Dah jom niat"

Seminar Tapow A
www.TapowA.com

Parent Kem Akil Baligh

17 Aug, 00:10


Empat Pintu Kejayaan Buat Pelajar

Kalau ada anak yang bakal exam, ini saya kongsikan Empat Pintu yang boleh bantu mereka lulus cemerlang

1. Kefahaman. Ini kena dapatkan di kelas ketika cikgu mengajar. Ramai pelajar tak selesai bab ni, itu yang terpaksa cover semula dengan tuisyen

2. Teknik Belajar. Ini kena dapatkan dari luar. Sekolah tak sediakan ilmu ni. Teknik mengingat. Teknik membaca. Teknik tulis nota. Macam-macam lagi

3. Teknik Menjawab Peperiksaan. Ini kena dapatkan dari cikgu sekolah. Kadangkala ada soalan yang mudah dapat markah, tapi bila teknik menjawab salah, terlepas markah begitu sahaja

4. Motivasi & Semangat. Ini mesti dapatkan dari ibu bapa dan guru. Ataupun boleh dapatkan suntikan dari seminar & kursus antaranya Tapow A

Wallahualam

Semoga membantu

www.TapowA.com