FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN @govlppsa Channel on Telegram

FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN

FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Pembiayaan rumah atas tanah geran kongsi.

Pembiayaan LPPSA bagi membina rumah banglo atas tanah sendiri.

Saya Faiz, adalah consultant, perunding cara, dan Pegawai Khidmat Pelanggan bagi pihak Tn Rumah.
4,813 Subscribers
3,578 Photos
60 Videos
Last Updated 23.02.2025 13:39

Similar Channels

Zukie Compounding Account
17,420 Subscribers
Muslim Creator Class
5,336 Subscribers
MRHydro Share & Review
1,245 Subscribers

Understanding Housing Financing in Malaysia: A Guide to LPPSA

Di Malaysia, memiliki rumah sendiri adalah impian bagi ramai rakyat. Namun, dengan kos pembinaan dan pemilikan rumah yang semakin meningkat, ramai yang berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan. Salah satu penyelesaian yang popular adalah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), yang ditubuhkan untuk menyediakan pembiayaan kepada kakitangan awam untuk membeli atau membina rumah di tanah yang mereka miliki. Faiz, sebagai seorang perunding dan pegawai khidmat pelanggan bagi LPPSA, membantu individu dalam mendapatkan maklumat dan bimbingan tentang proses pembiayaan, serta kelebihan yang datang bersama program ini.

Apakah itu LPPSA?

LPPSA, atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, adalah sebuah badan berkanun di Malaysia yang menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan kepada penjawat awam. Ditubuhkan dengan tujuan untuk memudahkan akses kepada pinjaman perumahan, LPPSA menawarkan pelbagai skim yang membolehkan kakitangan awam memiliki rumah sendiri dengan kadar faedah yang kompetitif.

LPPSA bertujuan untuk menjadikan pemilikan rumah lebih mudah dan terjangkau, serta meningkatkan taraf hidup penjawat awam. Dengan pelbagai pilihan pembiayaan, LPPSA memudahkan penjawat awam untuk membeli atau membina rumah, termasuk rumah di tanah yang mereka miliki. Ini juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Siapa yang layak memohon pembiayaan LPPSA?

Pembiayaan LPPSA terbuka kepada semua penjawat awam yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Ini termasuk mereka yang bekerja di kementerian, jabatan kerajaan, serta badan berkanun. Selain itu, ada keperluan untuk mempunyai gaji minimum tertentu agar layak untuk memohon.

Penting bagi pemohon untuk memahami syarat kelayakan yang ditetapkan oleh LPPSA, termasuk dokumen yang diperlukan untuk pengesahan, seperti penyata gaji, dokumen pemilikan tanah, dan lain-lain. Dengan memenuhi semua syarat ini, pemohon akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan.

Bagaimana proses untuk memohon pembiayaan LPPSA?

Proses permohonan pembiayaan LPPSA bermula dengan pemohon mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan. Setelah semua dokumen disediakan, pemohon perlu mengisi borang permohonan dan menghantarnya kepada LPPSA. Langkah ini biasanya akan melibatkan proses temuduga dan penilaian kelayakan.

Setelah permohonan dihantar, LPPSA akan memproses dan menilai semua maklumat yang diberikan. Jika semua syarat dipenuhi, pemohon akan menerima tawaran pembiayaan dari LPPSA. Proses ini memerlukan kerjasama antara pemohon dan pegawai LPPSA untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Apakah kelebihan menggunakan LPPSA untuk pembiayaan rumah?

Salah satu kelebihan utama menggunakan LPPSA ialah kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan institusi kewangan lain. Ini menjadikan pembayaran balik pinjaman lebih mudah dan berpatutan bagi peminjam. Selain itu, LPPSA juga menawarkan pelbagai skim yang boleh memenuhi keperluan yang berbeza.

LPPSA juga memberikan kemudahan kepada pemohon yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat untuk memiliki rumah impian mereka, tanpa perlu berkompromi dengan lokasi atau reka bentuk rumah yang mereka inginkan.

Dapatkah perunding seperti Faiz membantu dalam proses ini?

Ya, perunding seperti Faiz memainkan peranan penting dalam membantu individu memahami proses pembiayaan rumah melalui LPPSA. Mereka memberi nasihat tentang cara mengisi borang permohonan, serta menjelaskan syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Ini sangat berguna bagi pemohon yang mungkin tidak familiar dengan proses tersebut.

Selain itu, perunding juga boleh membantu dalam menilai kelayakan pemohon dan memberi panduan tentang dokumen yang perlu disediakan. Dengan bantuan perunding, pemohon berpeluang untuk mempercepatkan proses dan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan kelulusan.

FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN Telegram Channel

FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIANnnFAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN adalah saluran Telegram yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan rumah atas tanah geran kongsi. Pembiayaan LPPSA disediakan bagi membina rumah banglo atas tanah sendiri. Saluran ini diuruskan oleh Faiz, seorang consultant, perunding cara, dan Pegawai Khidmat Pelanggan bagi pihak Tn Rumah. Faiz memiliki pengalaman yang luas dalam bidang ini dan akan membantu anda dengan segala keperluan berkaitan pembiayaan rumah. Jika anda sedang mencari bantuan untuk mendapatkan pembiayaan rumah impian anda, Faiz adalah orang yang tepat untuk menghubungi. Dapatkan nasihat yang tepat dan penyelesaian terbaik untuk memenuhi impian memiliki rumah sendiri. Sertai saluran FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN di Telegram sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bimbingan daripada pakar dalam bidang ini!

FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN Latest Posts

Post image

29 Jan 25
10.00mlm
Kg Bangla, Penang.

MESYUARAT DALAMAN FAIZ CONSULTANCY: PASUKAN OPERASI.

1. Apabila dapat design rumah jenis pelik-pelik je, saya akan panggil anak buah untuk mesyuarat.

"Every architect dreams, is an Engineer nightmare."

2. Design rumah kita boleh buat cantik-cantik. Nak terjemahkan kecantikan lukisan itu kepada rumah sebenar? Nak terjemahkan lukisan rumah kepada binaan batu bata, kimpalan besi, struktur bumbung? Itu semua pening kepala.

3. Sesi malam ini kita berbincang berkenaan plan rumah Pn Shazlin/Tn Azam.

4. BUMBUNG LUTSINAR.

Pn Shazlin nak buat bumbung jenis lutsinar dibahagian dapur, supaya cahaya matahari masuk terus ke dapur.

Apabila malam, kita akan nampak bintang kegelapan malam.

Saya mencadangkan kepada Pn Shazlin untuk guna gentian kaca/tempered glass dibahagian tersebut.

Soalannya, macam mana bumbung atap genting, nak bersambung dengan gentian kaca?

5. HIASAN TEBAR LAYAR.

Tebar Layar adalah satu bahagian diantara beam atas sehingga ke atas bumbung rumah. Boleh juga dikatakan kening rumah.

Di bahagian tebar layar ini, ada satu tingkap jenis bulat. Tn Rumah nak cahaya matahari tembus masuk ke ruang dalam.

Kebiasaannya, tingkap di atas tebar layar tersebut hanya untuk hiasan. Tiada apa function yang significant. Sebab dibahagian bawah nanti, kita akan tutup dengan syiling plaster.

Tn Rumah nak cahaya tetap tembus masuk ke dalam rumah melalui kawasan tersebut. Jadi macam mana?

Kita kena brainstorm design syiling rumah bahagian dalam.

6. TINGKAP JENIS BULAT.

Nak buat tingkat jenis bulat ini sangat susah. Jika silap sikit ja, boleh nampak bulatan itu akan kepek. Tak betul-betul bulat.

Macam mana nak kita nak buat acuan tingkap jenis bulat? Aiyoh, ini semua buah pening.

Banyak lagi hal-hal struktur rumah yang dibincangkan dalam sesi mesyuarat ini.

Penutup:

Pembinaan rumah merupakan satu perkhidmatan yang perlu difikir. Bagaimana kita nak merealisasikan permintaan Tn Rumah supaya jadi mengikut apa yang mereka mahukan.

Tn Rumah tidak perlu tahu kesukaran kontraktor nak buat sesuatu kerja tersebut, kerana Tn Rumah adalah pihak yang membayar perkhidmatan membina rumah. Sukar atau tidak, Faiz Consultancy tetap akan buat mengikut permintaan client.

Tenaga kerja yang kompetent akan tahu, permintaan tersebut susah nak dibuat atau tidak. Makanya, kita mesyuarat sampai lebam. Bagi boleh buat juga walau sukar sekalipun.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.

21 Feb, 09:24
213
Post image

29 Jan 25
6.00ptg
Kuala Kangsar, Perak.

Perjumpaan bersama Pn Shazlin/Tn Azam.

Sesi kali ini adalah bagi membetulkan semua design-design rumah dengan lebih terperinci. Satu demi satu bahagian pembinaan rumah kita kelebek.

Pembinaan rumah LPPSA bersama Faiz Consultancy, kita akan buat pre-planning plan lantai sampai puas hati. Pengubahan tanpa had.

Tn Rumah boleh ubah sampai dapat design rumah idaman yang diimpikan. Selagi tak okay, kita ubahkan sampai jadi ikut kehendak Tn Rumah mahukan.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.

21 Feb, 08:46
170
Post image

29 Jan 25
4.00ptg
Ipoh, Perak.

Turun ke lokasi tanah Pn Farhana.

Terdahulu, saya maklumkan kepada Pn Farhana untuk keluarkan sedikit kos untuk kita mulakan kerja-kerja menambak tanah sewaktu awal mula kita menjalankan kerja dokumentasi.

Proses dokumentasi LPPSA sangat panjang. Dalam tempoh masa pengurusan dokument tersebut, tanah yang telah ditambak sudah kejap/keras. Ready to be build.

Perkara normal dalam pembinaan tembok oleh jiran adalah;

- Kontraktor akan plaster dinding di sebelah dalam sahaja.
- Dinding tembok di sebelah jiran, tidak diplaster.

Faiz: Tak mengapa Pn Farhana, nanti kita masuk tapak ini untuk mulakan pembinaan, kita plasterkan dinding tembok ini ya.

Kita dapat tembok percuma pun sudah besar rahmat dah. Sudah tidak perlu buat tembok kanan dan tembok belakang.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.

21 Feb, 08:43
115
Post image

29 Jan 25
4.00ptg
Ipoh, Perak.

Perjumpaan bersama Pn Farhana bagi membincangkan kos pembinaan rumahnya yang akan berjalan tidak lama lagi.

Proses sekarang adalah kita menunggu LAMPU HIJAU dari LPPSA untuk memulakan kerja-kerja pembinaan di tapak.

Pn Farhana: Bila Faiz boleh mula masuk kerja?
Faiz: Belum boleh mula ya Pn, kita kena selesaikan dahulu urusan dokumentasi. Better late dari gagal total.

Urusan dokumentasi fasa akhir adalah menggadaikan tanah tersebut kepada LPPSA. Ini adalah kerja pasukan peguam. Kita kena tunggu ini dilaksanakan terlebih dahulu, baru boleh kita mulakan pembinaan.

Ada kes dimana kontraktor masuk mulakan kerja-kerja pembinaan di tapak lebih awal, sedangkan dokumentasi masih berjalan (belum dapat kelulusan). Pada akhirnya pegawai JPPH turun check di tapak, ada binaan rumah, dan gagal total, tak boleh claim tuntutan pembinaan dari LPPSA. Naya Tn Rumah.

Faiz Consultancy membina rumah ikut SOP dan kepatuhan undang-undang kerana pembiayaan LPPSA ini melibatkan angka RM ratus ribu. Jika tersilap langkah, kena tanggung hutang 35 tahun lamanya. Jadi kita kena buat kerja dengan lurus dan berhati-hati.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.

21 Feb, 08:38
108