Canal Hadi Sayuti ✍️ (Official) @hadisayuti97 no Telegram

Hadi Sayuti ✍️ (Official)

Hadi Sayuti ✍️ (Official)
Bertebaran mencari ilmu dan pengalaman. Sentiasa mendambakan hikmah dan taufiqNya.
#BudakPinggiranKota
1,191 Inscritos
23 Fotos
1 Vídeos
Última Atualização 10.03.2025 19:44

Canais Semelhantes

مرصد تفسير
4,129 Inscritos

Pentingnya Mencari Ilmu dan Pengalaman dalam Kehidupan

Dalam perjalanan kehidupan, pencarian ilmu dan pengalaman menjadi salah satu aspek terpenting yang dapat membentuk karakter dan kualitas seseorang. Di zaman yang penuh dengan informasi dan teknologi seperti saat ini, tantangan untuk terus belajar dan menggali pengetahuan semakin tinggi. Banyak orang merasa tertantang untuk tidak hanya memahami teori, tetapi juga menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. Ini adalah perjalanan tanpa akhir yang mengarah ke pengembangan diri dan pencarian hikmah serta taufiq dari Tuhan. Dengan mengumpulkan berbagai pengalaman, kita dapat memperluas wawasan, memperkaya pengetahuan, dan menjadi individu yang lebih bijaksana.

Mengapa mencari ilmu itu penting dalam kehidupan?

Mencari ilmu sangat penting dalam kehidupan karena ilmu merupakan landasan bagi pengambilan keputusan yang baik. Dengan memahami berbagai konsep dan fakta, individu dapat bertindak lebih bijak dalam menghadapi tantangan sehari-hari. Selain itu, ilmu juga membantu meningkatkan kualitas hidup seseorang, baik dalam aspek pribadi maupun profesional.

Ilmu juga berfungsi sebagai alat untuk beradaptasi dengan perubahan zaman. Di era globalisasi ini, perubahan terjadi dengan sangat cepat. Tanpa pengetahuan yang memadai, seseorang mungkin merasa kehilangan arah dan kesulitan dalam menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, sosial, dan ekonomi.

Apa saja metode efektif untuk mencari ilmu?

Ada berbagai metode untuk mencari ilmu, antara lain melalui pendidikan formal, pembelajaran mandiri, dan pengalaman langsung. Pendidikan formal di sekolah dan perguruan tinggi memberikan landasan teori yang kuat, sementara pembelajaran mandiri bisa dilakukan lewat buku, artikel, atau kursus online. Pengalaman langsung, seperti praktik di lapangan, juga tak kalah penting.

Selain itu, mendiskusikan pemikiran dengan orang lain dan mengikuti seminar atau workshop juga dapat menjadi cara yang efektif untuk memperluas wawasan. Berinteraksi dengan orang-orang dari berbagai latar belakang memperkaya perspektif dan memberikan insight baru tentang suatu masalah.

Bagaimana pengalaman dapat mempengaruhi cara berpikir seseorang?

Pengalaman adalah guru yang sangat berharga. Ketika seseorang mengalami sesuatu secara langsung, pemahaman yang diperolehnya seringkali lebih mendalam dibandingkan hanya mempelajari teori. Pengalaman mengajarkan keterampilan praktis dan kemampuan untuk menghadapi situasi yang tidak terduga, yang semuanya berkontribusi pada cara berpikir yang lebih matang dan bijaksana.

Pengalaman juga memberikan pelajaran berharga tentang konsekuensi dari tindakan. Dengan belajar dari kesalahan dan keberhasilan sebelumnya, seseorang dapat membuat keputusan yang lebih baik di masa depan. Hal ini menciptakan siklus pembelajaran yang berkelanjutan, yang memperkuat kemampuan individu untuk menyelesaikan masalah.

Apa itu hikmah dan bagaimana cara mencapainya?

Hikmah dapat diartikan sebagai kebijaksanaan yang diperoleh dari pengalaman dan pemahaman mendalam tentang hidup. Mengenali hikmah memerlukan refleksi, di mana individu merenungkan pengalaman hidupnya dan menarik pelajaran dari situ. Dalam konteks spiritual, pendekatan ini juga melibatkan pengharapan akan petunjuk dan bimbingan dari Tuhan.

Untuk mencapai hikmah, penting untuk bersikap terbuka terhadap pembelajaran dan pengalaman baru. Seringkali, pengalaman pahit sekalipun bisa menjadi sumber hikmah jika dilihat sebagai kesempatan untuk tumbuh. Dalam mencari hikmah, seseorang juga perlu melibatkan diri dalam komunitas yang mendukung dan berbagi pengalaman serta pengetahuan.

Mengapa taufiq penting dalam pencarian ilmu?

Taufiq, yang berarti petunjuk dan bimbingan dari Tuhan, menjadi sangat penting dalam pencarian ilmu. Taufiq membantu individu untuk memahami jalur yang benar dalam belajar dan bekerja. Dengan adanya petunjuk Ilahi, seseorang bisa terhindar dari kesalahan yang merugikan dan diarahkan untuk menempuh jalan yang benar.

Dalam pencarian ilmu, taufiq juga memberikan ketenangan hati dan keyakinan dalam setiap langkah yang diambil. Keberhasilan dan kemampuan untuk memahami sesuatu tidak hanya bergantung pada usaha sendiri, tetapi juga pada restu dan bimbingan dari Tuhan. Maka, penting untuk selalu memohon taufiq dalam setiap pengetahuan yang dicari.

Canal Hadi Sayuti ✍️ (Official) no Telegram

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi 'Hadi Sayuti ✍️'! Saluran ini dikelolakan oleh pengguna dengan nama pengguna @hadisayuti97. Saluran ini diwujudkan dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para pelanggan. 'Hadi Sayuti' sentiasa dijadikan sebagai tempat menyelami hikmah dan mendapatkan taufiq daripadaNya. Melalui saluran ini, anda akan mendapat pelbagai artikel, tips, dan panduan berkaitan dengan kehidupan sehari-hari dan motivasi diri. Ia sesuai untuk mereka yang sentiasa berminat pada perkembangan diri dan ingin memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran ini dan terus mendapatkan inspirasi serta pembelajaran yang berkualiti! Mari sertai kami hari ini dan jadilah sebahagian daripada komuniti #BudakPinggiranKota yang sentiasa berusaha mencapai kejayaan bersama-sama!

Últimas Postagens de Hadi Sayuti ✍️ (Official)

Post image

Niat yang baik kunci mudahnya urusan. Niat yang murni membuka jalan yang tidak disangka-sangka. Jangan belajar kerana sijil. Jangan ke kelas kerana nak digelar kaki talaqqi. Jangan buat kebajikan kerana nak disebut & diingat di ingatan manusia paling banyak berbakti. Jangan berbuat baik kerana mahukan faedah dan kelebihan dari manusia. Jangan bekerja kerana nakkan duit. Tapi buatlah semua kerana "Allah suruh & harap redhaNya sahaja." Belajar Allah suruh. Buat baik Allah suruh. Bekerja cari nafkah Allah suruh. Bila buat semua kerana taat pada apa yang Allah suruh, redhaNya hadir dan percayalah bahawa ia akan menjadi magnet menarik segala kebaikan, dunia mahupun akhirat.

03 Feb, 17:33
408
Post image

Doa ibu memang luar biasa.

Sebelum ini aku pernah kongsi satu kisah berkaitannya pada musim imtihan, ada lagi kisah miracle doa seorang ibu.

Ni kisah kawan aku pula. Saja share, supaya kita tahu nilai doa tu memang senjata ampuh, lagi pula dari orang yang doanya tiada hijab.
.
.
Sehari sebelum peperiksaan, kawan ni call mak dia, minta doakan untuknya exam esok hari. Mak dia memang tahu dah dia sekarang fatrah exam.

" Alhamdulillah, mak baru sudah solat hajat tadi untuk kamu...", jawab ibunya.
.
.
Malam tu, kawan aku ni dia tak tidur, study je memanjang. Sampailah waktu Subuh, mata mula berat dah. Peperiksaan hari tu jam 10 pagi.

Memang tak kuat nak tahan ngantuk, dia tidur dan minta ahli rumahnya kejut sebelum peperiksaan kalau dia tak bangun.

Bangun dari tidurnya pagi tu, rupanya jam dah 11 pagi. Jeng krengg...

Kawannya tak kejut sebab ingat dia dah pergi, sebab biasa dia tidur katil bawah, hari tu Allah takdirkan dia tidur katil atas, dan kawannya memang tak perasan dia tidur atas tu.

Bangun tidur tu, tak cakap panjang. Terus dia siap-siap ambil pen nak gerak ke kuliah. Waktu menjawab baki satu jam sahaja lagi. Dalam 15 minit juga naik kenderaan ke kuliah.

Bersiap dan nak keluar. Kawannya tadi terkejut dia masih di rumah, ingat pergi dah, sebab takde pun di katil bawah.

Maka, dia pun minta la pendapat perlu pergi atau tak, sebab memang dah lewat. Kalau pergi pun, belum tentu dapat masuk sebab biasanya dah ditutup pintu kuliah bila mula waktu exam.

Akhirnya, hati pun reda sahaja walaupun berat. Maka, tak pergilah hari itu peperiksaan. Apa boleh buat, semuanya dari Allah juga, kita merancang, Allah juga merancang.
.
Tak lama selepas tu, dapat mesej whatapps dari mak dia.

Mak nya tanya la, macam mana jawab peperiksaan tadi semua.

Dia jawab " alhamdulillah, ok".

Tak kuat nak jujur bagitahu tertidur dan terlepas tadi. Kemudian, si mak ni pun doakan sahaja untuknya, moga berjaya.

Dia aminkan saja, tak mampu kata apa-apa.
.
.
Masin tau mulut ibu ni. Doanya takde hijab. Anak-anak kena minta selalu doa mereka.

Dan para ibu bapa pula kena selalu tahu dan yakin doa mereka 'miracle', serta selalu doakan kejayaan anak-anak dunia akhirat. Dalam hadis banyak sebut tentang ajaib doa ibu bapa, yang memang dah ma'ruf tak perlu dah sebut sini.

Jangan putus asa, walaupun kesan atau hasilnya masih tak terlihat segera. Anak buat hal, anak begitu begini, terus doa dan doa.

Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani. Dia mengabulkan doa kita pada waktuNya, dan dengan caraNya yang tersendiri.
.
.
Beberapa minggu selepas peperiksaan, maka dia pun cek result.

Mula-mula tu, mata dia dah mencari subjek yang dia tak hadir tu. Tafsir.

Tertulis di situ " ل ". Yakni, maqbul. Lulus.

Alhamdulillah. Tak terkata. Terkejut. Bagaimana?

Mustahil adat, tapi tak mustahil akal. Adatnya kalau tak jawab terus, tak datang, macam mana nak lulus kan. Tapi tak mustahil akal, Allah menghantar malaikat menjawab bagi pihaknnya berkat doa ibunya.

Pelbagai cara kalau Allah nak bagi, tak terfikir dan tercapai pun dengan akal kita.

Masa dia cerita pada aku kisah ni, katanya dia yakin ni mesti berkat doa ibunya.

Begitulah hebatnya doa sang ibu.

Moga Allah merahmati ibu dan bapa kita, yang masih ada atau yang telah pergi, Ameen ya Rabbal Alamin.

Selamat berimtihan semua sahabat Mesir. Jangan lupa hari-hari pm mak ayah minta doa.

Hadi Sayuti,
Mekah al-Mukarramah.
https://t.me/hadisayuti97

08 Jan, 12:05
568
Post image

Keberkatan rezeki bukan pada kuantitinya.

Ada seorang pakcik ni aku jumpa tempoh hari ketika kami turun dari Gua Hira'. Di perhentian akhir, aku rehat dan mula menyapa ringkas. Orang Kedah dan mari berdua dengan isteri.

" Abang first time ke datang ke Mekah ni?", tanya aku meneruskan perbualan.

" Ya. Saya first time ni dengan isteri. Ni pun tak tahu macam mana Allah jemput kami ke sini..", balasnya.

Aku hanya mengangguk, hanya mendengar dan tertarik untuk lebih tahu.

" Saya ni bukan kerja besar pun. Menoreh getah je. Kadang-kadang tu buat job mesin rumput. Hari-hari boleh lah RM20-30.." sambungnya.

" Ooo.. kira abang simpan kumpul sikit-sikit lah ya duit untuk ke sini tu?", selingan aku bertanya.

" Eh, tak kumpul juga, tapi 'terkumpul'. Saya pun tak tahu. Orang pun terkejut tau saya boleh ke Mekah ni, dari mana dapat duit.. tapi gitulah, rezeki Dia kan..", jawabnya ringkas.
.
Allah mengurniakan rezeki dari banyak jalan. Kita buat tugas kita sebagai hambaNya, ibadah dan usaha dengan kemampuan yang ada, selebihnya serahkan pada Allah SWT.

Yakinlah Dia Maha Pemurah, Maha Luas Pemberian untuk hambaNya. Mereka yang kufur nikmat, buat maksiat pun, Allah masih bagi RahmanNya. Kita yang berusaha untuk buat taat, pastiNya rahmat Dia teramatlah luas. Hanya bentuknya sahaja berbeza.

Kadang ia datang tidak sebijik seperti yang kita minta. Kadang ia tidak segera seperti yang kita minta. Ditangguhkan pada waktunya yang lebih baik, dan Dia Maha Mengetahui yang terbaik itu bila dan di mana.

Rezeki juga bukan material semata. Tak semestinya berupa wang ringgit, makanan yang mewah dan sebagainya.

Ada yang mewah hidupnya tetapi hatinya tidak tenang, kerana sifat harta perlu dijaga, bukan dirinya menjaga. Ada yang besar pendapatannya, tapi tak mampu membeli nikmat kesihatan dan kebahagiaan.

Ada yang biasa-biasa sahaja hidupnya, tetapi air mukanya kelihatan tenang. Hatinya tak gundah. Tuturnya lembut dan anak-anaknya menjadi 'orang'.

Kedamaian, ketenangan hati dalam beribadah, keluarga bahagia, ilmu, kecerdasan fikiran, anak-anak soleh, pelajar yang taat, orang yang memahami dan menghargai, suasana yang tenang. Semua ini ialah rezekiNya, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya.

Moga Allah mengurniakan kita taufiq untuk sentiasa syukur dengan apa yang ada serta sabar dengan segala ujian dan kuat menghadapinya, kerana dunia ini ladang ibadah bagi orang beriman. Dan pasti Allah akan menguji kita setelah kita mengaku beriman.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ [سُورَةُ العَنكَبُوتِ: ٢]

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Coretan bersama..

Hadi Sayuti,
Mekah al-Mukarramah.
https://t.me/hadisayuti97

06 Jan, 05:49
507
Post image

HUKUM BACA BAHAGIAN HADAPAN MATHURAT YANG MERUPAKAN AYAT-AYAT AL-QURAN BAGI PEREMPUAN YANG SEDANG HAID

Dalam menjelaskan tentang hukum zikir bagi perempuan haid, Imam Nawawi dalam al-Azkar menyatakan hukumnya HARUS zikir dengan tahmid, takbir, tasbih, selawat serta doa.

Timbul persoalan, bagaimana pula dengan bacaan al-Quran?

Imam Nawawi menyebut di dalam al-Azkar, hukumnya HARAM bagi perempuan haid dan nifas membaca al-Quran ketika waktu haidnya, sama ada banyak ataupun sedikit. Tetapi membaca di dalam hati tanpa melafazkannya, maka hukumnya HARUS.

Kemudian, kata Imam Nawawi setelah itu: " HARUS hukumnya sekiranya dia (perempuan haid & nifas) menyebut " Inna lillah wa Inna ilaihi Raajiun" , doa naik kenderaan & doa "rabbana aatina fi dunya hasanah...", dengan TIDAK DINIATKAN BACAAN AL-QURAN.
__

📍Penjelasan:

Ketika membahaskan perkara ini, timbul persoalan bacaan al-Quran yang terdapat dalam al-mathurat bagi perempuan haid, apakah hukumnya?

Difahami jawapannya dari ibarat Imam Nawawi pada masalah kedua iaitu " BACAAN SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN DENGAN BUKAN NIAT BACAAN AL-QURAN DIHARUSKAN", maka hukum wanita haid membaca Mathurat (bahagian depan yang meliputi ayat al-Quran) hukumnya ialah HARUS.

Perkataan Imam Nawawi ini dikuatkan dengan beberapa nas ulama' dalam mazhab Syafie juga seperti:

1) Sheikh Khatib Syirbini dalam Muhghil Muhtaj :

أَمَّا إذَا قَرَأَ شَيْئًا مِنْهُ لَا عَلَى قَصْدِ الْقُرْآنِ فَيَجُوزُ، وَلَوْ عَبَّرَ الْمُصَنِّفُ بِهَا هُنَا كَانَ أَوْلَى لِيَشْمَلَ مَا قَدَّرْتُهُ، بَلْ أَفْتَى شَيْخِي بِأَنَّهُ لَوْ قَرَأَ الْقُرْآنَ جَمِيعَهُ لَا بِقَصْدِ الْقُرْآنِ جَازَ.

" Adapun sekiranya perempuan haid itu membaca sesuatu dari al-Quran BUKAN DENGAN NIAT BACAAN AL-QURAN, MAKA HUKUMNYA HARUS, sekiranya musonnif (Imam Nawawi) menyebutkan dengan (qaid ini), maka itu terlebih aula supaya merangkumi apa yang aku taqdirkan (haram itu ialah dengan qasad bacaan al-Quran), bahkan guruku juga telah berfatwa bahawa sekiranya dia membaca al-Quran semuanya bukan dengan niat bacaan Al-Quran, maka hukumnya HARUS. "

2) Sheikh Bai'syan dalam syarh Muqaddimah Hadramiah:

فإن لم تقصد القراءة: بأن قصدت الذكر أو المواعظ أو القصص أو التحصن ولم تقصد معها القراءة لم يحرم...

" Sekiranya wanita tersebut tidak berniat (bacaannya) dengan niat bacaan al-Quran, seperti berniat zikir atau nasihat atau bercerita atau menjaga diri (dari gangguan), serta tidak diniatkan bersertanya bacaan Al-Quran, maka hukumnya TIDAK DIHARAMKAN baginya (demikian itu).

3) Syeikh Muhammad Zuhaili dalam kitabnya al-Mu'tamad :

يحرم علي الحائض قراءة القران، لما رواه ابن عمر رضي الله عنهما: أن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال: " لا يقرأ الجنب ولا الحائض شيئا من القران" أما ان قالت ذلك على سبيل الذكر فيجوز...

" Haram bagi perempuan haid membaca al-Quran, seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:" Tidak membaca orang yang junub atau haid sesuatu pun dari al-Quran", adapun sekiranya disebut demikian atas jalan zikir, maka diharuskan.

📌 Khulasah:

Boleh bagi wanita membaca Mathurat dengan niat zikir atau dinding diri, bukan dengan NIAT BACAAN AL-QURAN berdasarkan nas-nas di atas. Wallahua'lam.

Penulis: Hadi Sayuti.
6/12/2024

06 Dec, 16:39
584